Back to School: Bosan! (^_^)

11:31:00 pm Yana Yani 2 Comments

Hari ini bermulalah sesi persekolah selepas cuti pertengahan tahun. Aku memang dah dapat ramalkan yang Afif akan buat perangai bila bermulanya sesi persekolahan.

Bermula Rabu minggu lepas dia dah start gelisah bila teringat pasal sekolah. Tak senang duduk dia bila kita beritahu, "Sekolah tak lama lagi tau!"

Semalam lagilah teruk! Bermulalah episod di mana segala macam alasan tercipta. Semua tu semata-mata sebab tak mahu pergi sekolah aje!

Pagi tadi bangun aje dari tidur, dia dah sediakan alasan! "Mama, kaki Afif ni sejuk sangat! Tak boleh berjalan!" kata dia sambil memegang bahagian kaki yang dimaksudkan.

"Hari ni Papa kan cuti. Nanti Papa hantar naik motor. Tak payah jalan kaki. Tak adalah sakit kaki" jawab aku sambil mencuit Encik suami minta dia bagi sokongan

"Ye nanti Papa hantar. Cepat pergi mandi!" kata Papa dia pula.

Afif start meraung time tu sambil menjerit, "Afif tak mahu pergi sekolah! Sekolah bosan!"

Apabila aku tak layan alasan dia tu, dia tukar alasan lain pula. "Afif rasa tak cukup tidur. Afif penat!" kata Afif dengan esak tangis.

Aku masih buat tak tahu! Sekali sekala aku tukar atau twist topik perbualan kami. Bila dia cukup "pasti" yang aku tak akan layan permintaan dia, dia berhenti menangis.

"Mama Afif nak makan kentang goreng. Mama masaklah" kata dia.

Mata aku hala ke arah jam, "Sempatkan ke nak masak ni. Dah dekat pukul 8, nanti lambat!" kata aku sambil membetulkan baju sekolah Afif.

"Sempat! Mama masaklah pakai api besar!" jawab Afif sambil menunjuk ke arah dapur gas.

"Ewah budak ni, main order aje!" bebel aku dalam hati. Layankan ajelah! Janji dia nak pergi sekolah! Tu yang paling penting!

Mata bengkak sebab dok menangis tak mahu pergi sekolah. Nasib baik ada kentang goreng. Boleh jadi "penyejuk"
Aisy pun sibuk nak join sama

Settle sudah episod hari ni! Esok tak tahu apa pula ceritanya. Tadi sebelum tidur dia dah bangkitkan lagi isu tak mahu pergi sekolah. Sabar ajelah!

--------------------------------------

Aku nak selitkan sikit cerita pasal ahli baru keluarga sebelah Encik suami. Aku tak sempat nak melawat dia lagi. Lagipun aku memang plan nak tengok time Mama dia dah betul-betul sihat.

Aku sendiri rasa tak selesa bila ada orang datang ziarah bila kita baru aje lepas bersalin.

Agak-agaklahkan kalau nak datang pun. Orang tu baru aje gunakan seluruh tenaga bertarung nyawa nak lahirkan seorang lagi insan di atas muka bumi Allah ni!

Tunggulah dia dapat balik tenaga yang hilang tu kot ye nak datang ziarah pun. Nasihatkan aku kepada readers kalau nak tengok orang selepas bersalin, seeloknya selepas dua minggu ke atas.

Anyway ni lah dia ahli baru dalam keluarga sebelah Encik suami. Nama dia Rayna Zaara Binti Khairil Anwar. Di lahirkan pada 5 Jun 2013 pukul 2017 atau 8:17 malam.

Tunggu Acik datang ye Rayna! (^_^)

Gambar ni cilok dari Mama Rayyan and Rayna punya Facebook! Hehe!

2 comments:

  1. biasa la sis..budak2 ni banyak ragamnya kalau nak sekolah..hehehe..comel anak sedara sis..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tp kadang-kadang rs seronok jugak...sbb blh bt kenangan tuk ank cucu

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...