Kekuatan Dah Hilang! (^_^)

11:20:00 am Yana Yani 4 Comments

Hari ni aku terpaksa ambil EL sebab Mak nak temankan Angah ke HUKM. Hopefully doktor-doktor dekat sana dapatlah cari jalan penyelesaian untuk Angah. Dah lama dia suffer!

Angah dah pernah pergi HTAR, dan pergi PPUM, HKL pun dah pergi. Majoriti doktor yang dia jumpa semua kata itu hanya halusinasi. Kepala otak dia orang! Angah still suffer juga!

Apapun be strong girl! Allah hanya uji insan yang terpilih aje!

------------------------------------------

Anyway pagi tadi tengah dok leka mengosok baju sekolah Afif di bilik sebelah, aku terdengar Afif memanggil aku dari bilik tidur.

"Mama dekat sini!" jerit aku dari dalam bilik. Aku masih lagi meneruskan kerja mengosok aku. Terdengar bunyi tapak kaki Afif menuju ke bilik di mana aku berada.

"Mama, Afif rasa mulut Afif macam lainlah! Tak boleh tutup" kata Afif.

Aku memberhentikan sekejab kerja mengosok. Dalam hati terfikir mugkin ini salah satu alasan Afif untuk tak nak ke sekolah. Sekilas aku memandang Afif yang ketika itu leka memandang cermin.

"Mari Mama tengok. Lailahaillallah! Bibir Afif dah macam alien dah!" kata aku dengan nada hampir menjerit. Terus aku teringat peristiwa awal pagi tadi yang menjadi punca bibir Afif bengkak macam tu.


Aku terjaga dari tidur bila terdengar bunyi berdentum disusuli dengan tangisan yang amat kuat! Aku jenguk ke bawah katil bila ternampak Afif dalam posisi meniarap menjerit kesakitan.

Jatuh katil budak ni! Kali terakhir dia jatuh katil masa dia umur 6 bulan. Bersusah payah aku nak mengangkat dia sebab katil dia dan aku bersebelahan, di mana kedua-duanya bersaiz queen.

Ruang tempat Afif jatuh adalah muat-muat untuk kami bergerak aje. Aku memujuk Afif dalam keadaan aku yang masih mamai. Memikirkan tiada apa-apa kecederaan, aku sambung tidur bila tangisan dia dah reda.

Pagi ni baru nampak ada sikit kesan melecet pada bibir dia yang menyebabkan bibir dia bengkak. "Tak apalah! Sikit aje! Afif kan kuat" kata aku sambil mengusup rambut dia.

"Tapi kekuatan Afif dah hilang!" kata dia dengan nada minta disimpati.

Aku hampir tergelak dengan jawapan tu. Nasib baik juga dia tak gunakan alasan tu untuk tak nak ke sekolah. Alhamdulillah mood dia cukup baik despite dari kecederaan di bibir dia tu.

Si Aisy pula lepas dah hantar Abang dia pergi sekolah, dah pandai minta air sejuk. Kalau bagi air suam dia tak nak. Siap cuba buka peti sejuk sendiri lagi semata-mata nak minum air sejuk.


Macam-macam karenah anak-anak ni. Kadang-kadang tu terasa pening juga, tapi sebenarnya aku seronok! Entah selama mana Allah nak bagi aku melalui semua kenangan indah dengan dia orang ni.

Baca paper pagi tadi buat aku terasa maut boleh datang pada bila-bila masa dan dalam pelbagai bentuk! Cuba diri kita aje, ready atau tidak?

4 comments:

  1. macam2 karenah anak2 uyang membuat kita senyum,marah dan tertawa...harap2 usia kita masih di panjangkan sehinggalah anak2 kita boleh berdikari..

    ReplyDelete
  2. bila dorang dh besar nnt, mesti kita rindukan semua moment ni kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la...rasa macm tak mau bagi diorang besar plak =)

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...