Patin Masak Tempoyak: Pujaan Hatiku! (^_^)

11:24:00 pm Yana Yani 10 Comments

Minggu ni Encik suami kerja petang. So aku agak kelam kabut sikit dok uruskan anak-anak plus menguruskan kerja rumah bila time dia tak ada ni.

Semalam time dok kelam kabut tu, tiba-tiba telefon berbunyi. "Long, Mak tanya kau nak tak ikan patin masak tempoyak? Dia lupa nak bagi tadi!" kata adik aku Anis.

Tanpa berfikir panjang aku terus jawab, "Nak!"

"Alright, nanti lepas pergi mengaji Anis hantar ye" kata Anis lagi sebelum memutuskan talian telefon.

Lepas aje talian diputuskan, baru aku teringat Mak baru balik daripada kampung. Biasa tiap kali balik dari sana memang dia akan beli ikan patin! Walaupun setakat ikan patin kolam aje!

Bukannya dekat sini tak ada ikan patin! Cuma dekat sana lebih segar dan "kesucian" tidak diragui! Tak kisahlah kalau terpaksa bayar lebih pun, janji puas hati!

Kalau nak beli ikan patin sungai, memang bukan dalam skop kemampuan kot! Aku pernah dengar cerita dulu ada seorang manusia ni terpaksa gadai jam Rolex lepas makan ikan patin sungai dekat Temerloh.

Tapi bila fikir logik akal, tak akanlah pakai jam Rolex tak mampu bayar bil ye dak? Agaknya dia lupa bawa cash kot! Tu yang agaknya terpaksa gadai jam Rolex dia tu!

Anyway, berbalik kepada cerita tadi, ikan patin masak tempoyak memang favourite all the time aku! Teringat aje boleh buat meleleh air liur ni!

Memang aku suka sangat especially hasil dari air tangan Mak! Terbaik! Pada aku orang lain buat tak sedap! Nak kena air tangan Mak juga baru laju aje makan!

Kalau dapat makan ikan patin masak tempoyak, memang confirm tak toleh kiri kanan dah!

Masa newly married dulu, Encik suami tak reti makan masak tempoyak ni. Biasa kalau ikan patin Mak dia masak asam pedas. Tapi sekarang, bukan main berselera lagi dia!

Jujurnya aku tak suka makan durian! Tekak tak boleh "blah" dengan buah durian! Tapi apa-apa sahaja benda yang berasal dari durian, aku confirm makan! Salah satunya adalah tempoyak!

Ikan patin masak tempoyak - air tangan Mak!

Rupa gambar dekat atas mungkin agak nampak buruk bagi certain people, tapi trust me dia punya test lebih better dari dia punya look!

Siapa yang tak makan tempoyak memang rugilah! Hehe!

10 comments:

  1. sedapnya...mau mkn menambah2 ni.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang pun! samapi tak cukup nasi...hehe =)

      Delete
  2. ingat air tgn yana td... hehehehe x pnh pun mkn ikan patin nie...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tak pandai masak! hehe! jujur punya statement tu! pandai makan aje! =)

      Delete
  3. saya tak mkn tempoyak...tapi teringin nak mkn masak tempoyak ikan patin ni

    ReplyDelete
  4. kalu mak buat zura suka request mak buh cilipadi banyak2.. wallawey... terliur plk !!

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tak kisah camne pun, janji tempoyak tu kena kaw-kaw rasa dia. baru puas ati! hehe

      Delete
  5. sedapnyer sis....

    ReplyDelete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...