Part 3: Jalan Aje! (^_^)

11:36:00 pm Yana Yani 4 Comments

Hari nak sambung cerita pasal berjalan hari tu. Sambil dok melayan anak bujang dok tengok Jurassic Park dekat TV2 ni, post lah entry kejab.

Ni bahagian akhir untuk title nitak larat pula nak membebel panjang-panjang! Hehe! Anyway pada siapa yang belum baca cerita sebelum ni, sudi-sudikanlah untuk klik di sini.

Pagi esoknya iaitu hari Sabtu, kami sekeluarga bersiap nak ke Kuala Lumpur pula. Nak pergi kenduri bertunang sepupu Encik suami. Aku tak berapa ingat nama tempatnya.

Tapi kalau tak silap Kampung Dato Keramat. Hampeh betullah aku ni, nak bercerita tapi tak ingat nama tempat! Hehe! Seriously aku memang fail bab nak mengingatkan nama tempat.

Anyway time sampai tu, panas terik! Tapi yang peliknya tak terasa panas! Encik suami kata dekat Kuala Lumpur ni memang macam ni! Panas tapi tak rasa panas. Boleh ke macam tu?

Peace! Afif tengah dok makan cupcake 
Aisy pun join sama!
Hantaran dari pihak lelaki dan perempuan
Sebenarnya aku mati-mati ingat kakak dia yang bertunang (yang pakai baju biru tu). Rupanya adik dia!

Dalam perjalanan balik tu, Abah Encik suami sempat bercerita tentang Kuala Lumpur ni. Abah pernah menghabiskan zaman bujang dia dekat sini.

Setiap bangunan lama yang ada sepanjang perjalanan kami balik tu, habis semua dia cerita sejarahnya. Sempat juga tanya dia dekat mana jalan TAR.

Aku tak pernah sekali pun menjejakkan kaki ke situ. Tapi tengok jalan aje hari tu, nak singgah tak boleh sebab Aisy dengan Afif tengah sedap berdengkur. 

Tak apalah, lain kali boleh pergi. Lagipun dah tahu jalan ni senang sikit! 

Abah mentua dengan Aisy

Time lalu dekat Shah Alam berhampiran dengan i-City, terpandang orang ramai dok beratur panjang semata-mata nak beli cendol. Terus ajak Encik suami singgah sekejab.

Aku tak pernah rasa cendol dekat sini, tapi aku sedia maklum yang cendol ni pernah keluar dalam rancangan Jalan-Jalan Cari Makan. Kalau tak silap time Iqram Dinzly jadi host.

In fact ada tergantung signage tertera, Pilihan Jalan-Jalan Cari Makan TV3!


Jujur aku katakan, cendol ni lagi sedap daripada cendol durian Borhan yang aku pernah cerita dalam entry sebelum ni. Siapa yang belum baca boleh klik di sini.

Walaupun cendol biasa, maksud aku tak ada tambahan perasa lain, ia tetap memikat tekak aku ni! Confirm aku akan datang lagi! Mak mentua aku kata, laksa dia pun sedap!

So for those yang belum rasa especially yang tinggal dekat-dekat aje, boleh lah try! Ditambah pula dengan musim panas macam sekarang ni, memang "mengancam" selera! 

Begitulah ending cerita aku sepanjang last weekend. Memang kalau sebut aje weekend, kami jarang lekat dekat rumah. Weekend ni pun kita orang nak berjalan lagi!

Ke mana? Tungguuu! (^_^)

4 comments:

  1. Yes, laksa dekat situ sangat sedappp...laksa utara...cik fiza selalu makan bila balik keje...dokek dengan umah je tue...eheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aritu akak dah kekenyangan sangat, tak larat plak ndak try. hehe! tak apa-apa, lain kali boleh try =)

      Delete
  2. sedapnyer cendol...

    ReplyDelete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...