Penangan MasterChef Selebriti (^_^)

11:09:00 pm Yana Yani 4 Comments

Siapa yang dok rajin baca coretan-coretan aku mesti tahu yang aku ni menghidap penyakit malas masak! Tapi kalau dok tengok blog masakan atau rancangan memasak, aku suka! Suka tengok!

Kalau tengok rancangan memasak, siap boleh bayangkan aku ni sehandal tukang masak tu! Tapi berangan ajelah! Belum sampai level tu lagi!

Terbaru rancangan yang aku tak pernah miss setakat ni, MasterChef Selebriti 2! Dapat tengok ulangan pun jadilah, janji tengok!

Yang first dulu aku tengok juga, tapi tak sesetia macam yang second ni

Entah kenapa "drama" terancang dalam rancangan ni buat aku setia melekat!

Sampaikan anak bujang aku dah tahu hobi baru Mama dia. Habis aje Buletin Utama dia dok jerit, "Mama MasterChef dah start!"

Semalam time tengok episod penyingkiran, rasa terharu pula bila dok tengok Che Ta menangis. Aku bukanlah kategori minat sangat dengan dia!

Tapi bila tengok dia tersedu-sedan macam tu, tersentuh juga hati aku! Jujurnya aku setuju dengan apa yang Michael Ang kata.

Siapalah kita nak judge seseorang hanya kerana personaliti dia yang macam tu atau lebih tepat berbeza dari kita.

Pun begitu adalah lebih elok untuk mengelak daripada memberi ruang atau peluang untuk orang bercakap tentang kita.

Sebabnya yang sakit dan terluka tu adalah diri kita sendiri! Bukan orang lain! Mulut orang tak boleh tutup macam mulut tempayan!

Bak kata Kjee:
Che Ta sendiri mengundang 'cakap2 belakang' apabila membuat keputusan 'berdandan sedemikian rupa'.

Readers boleh klik sini kalau nak baca pendapat Kjee tentang episod penyingkiran MasterChef semalam.

So sekarang tinggal lima orang aje lagi bila Michael Ang dah terkeluar semalam. Yang tinggal sekarang Celina, Syanie, Che Ta, Syura dan Kenchana.

Siapa yang akan menang for this season? Rasanya lebih elok kita tunggu dan lihat aje nanti! Tapi aku paling suka Celina! Harap-harap dia menang! Go girl!

  

4 comments:

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...