Kenduri Kahwin Terakhir 2013 (^_^)

9:05:00 pm Yana Yani 16 Comments

Semalam aku menghadiri kenduri kahwin anak sepupu aku di Bukit Kuching, Sungai Buloh, Selangor. Encik suami bekerja lebih masa, so aku pergi dengan Mak Abah.

Ini kira kenduri terakhir yang aku attend bagi tahun 2013 ni.

Untuk makluman, atuk pengantin adalah abang Abah. Kira pangkat pakcik dengan aku. Aku panggil dia Wak Murad. Dalam masyarakat jawa, orang yang lebih tua dipanggil Wak.

Macam Abah sebab dia yang paling kecil sekali, anak saudara dia panggil dia Paman.



Adik-adik aku semua ikut kecuali Dayah yang masih dalam pantang. Teringat zaman anak dara bila semua berkumpul. Lupa pula yang aku ni dah jadi Mama pada Afif dan Aisy. Hehe!

Ni lah kalau tinggal dekat dengan family, selalulah dapat jumpa. Hehe! Kebetulan Syafie dan Annur ada sebab diorang semester break.



Lagi satu kami adik beradik ni memang kaki posing. Ditambah pula diorang tahu yang aku ada blog, maka lagi menjadi masing-masing berposing. Hehe!

Yang ni Annur dan Anis a.k.a Acu


Yang ni pula Angah. Pssttt, dia masih single and available lagi tau! Hehe! Lepas tu Annur lagi dan Aisy!


Yang ni pun Annur lagi! Yang handsome tu Afif. Hehe!



Anak dara aku pun kebelakangan ni dah pandai posing. Pandai nak melawa pun ye juga. Sebelum keluar rumah, mesti dia tengok cermin lepas tu puji diri sendiri, "Cantik!"

Perasan cam Mama dia juga. Hehe!


Kalau dekat Selangor ni, tiap majlis yang kita attended especially bila kita bagi "wang sumbangan" mesti akan dapat ole-ole. Kira macam perkara wajiblah! Hehe!

Kami panggil ole-ole pengantin. Ole-ole pengantin kali ni agak unik sebab aku tak pernah dapat. Tak tahulah orang lain. Hehe!


Aisy bila dia tengok semua orang pegang paper bag tu, dia pun nak pegang sama walau aku dah cakap banyak kali paper bag tu berat. Dia still nak pegang juga.

Ambillah!


Sebelum nak balik, kami posing lagi. Kali ni semua! Siapa yang belum kenal family members aku, meh aku kenalkan ye.

Yang berdiri paling depan sekali tu Abah, Anis, Annur, Angah, Mak dan Syafie. Yang dekat bawah tu anak-anak aku, Afif dan Aisy


Dan yang paling jelita sekali of course lah aku! Hehe!


So begitulah kisahnya. Sekian terima kasih (^_^)

16 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Makanan Best Di Pulau Pinang (^_^)

8:33:00 am Yana Yani 18 Comments

Makanan Best Di Pulau Pinang | Sepanjang kami berada di Pulau Pinang, aku rasa makanan dekat sana memang yang terbaik pernah aku rasa. Ni adalah antara sebab untuk kembali lagi ke Pulau Pinang! Ceritakan pasal ni aje dah buat aku teringat kenikmatan rasa makanan di rasa. Selain dari tu harga makanan dekat sana memang agak murah berbanding di sini.

Sampai aje di rumah Syafie, perut masing-masing dah start mendendangkan irama tanda minta diisi. Kami bercadang nak cari makanan yang ringan-ringan aje. Lagipun Syafie dah kata dia nak bawa kami pergi makan char koay teow yang terbaik dekat area situ. So, kami singgah di sebuah warung yang berada di sekeliling kawasan Syafie tinggal.

Ada banyak gerai lain juga, tapi kebanyakkannya tutup. Menurut Syafie diorang tutup sebab pembeli diorang yang kebanyakkannya budak UiTM dah balik bercuti. Kami order roti canai biasa dan juga roti telur. Bila masuk aje roti tu ke mulut, automatik terkeluar perkataan sedapnya!

Roti dia lembut sangat dan yang paling sedap dia punya kari dal! Walawei, sedap bangat korang! Aku tak bawa kamera time ni, kalau idak confirm dah tunjuk dekat korang! Hehe! Malamnya pula lepas ronda-ronda sekitar bazar, Syafie bawa kitorang ke sebuah restoran yang hanya menjual char koay teow dan juga nasi lemak.

Makanan Best Di Pulau Pinang

Time tu jam di tangan dah melewati pukul 12 tengah malam, tapi orang dekat restoran tu sikit punya ramai! Terpusing-pusing kami cari tempat duduk. Sampai aje apa yang kami pesan, terus aje melahap. Tapi korang jangan tanya aku perbezaan rasa dia sebab ni adalah kali pertama aku rasa char koay teow. Hehe!

Yang pasti aku suka rasa udang dia yang segar. Marvelous! Cuba pedas teramat! Hehe!

Makanan Best Di Pulau Pinang

Besoknya pula kami memang dah target nak makan nasi kandar. Dalam kepala otak memang dok terfikir Line Clear aje sebab memang famouskan. Nak sampaikan ke sini pun kitorang sesat! Sesat aje kerja kitorang time dekat sini. Hehe! Masa sampai dekat restoran ni, kitaorang lalu pintu belakang.

Dekat belakang tu ada car wash, aku mati-mati ingat itu restorannya. Siap tanya Syafie tak ada kerusi meja ke nak duduk makan. Hehe!

Makanan Best Di Pulau Pinang

Perjalanan dari signboard dekat bawah, tak berapa jauh sangat sebenarnya. Terasa macam adventurous pula sebab dia punya jalan macam nak pergi bertapa dekat gunung. Hehe! Orang sikit punya ramai time tu. Kitorang kena tunggu giliran pula nak makan. Sementara tu aku dok jenguk sekitar restoran ni.

Restoran ni tak adalah besar sangat macam yang aku bayangkan. Dia punya kedai macam dekat tepi lorong aje. Syafie kata sebab tu nama kedai dia Line Clear. Dulu bila kereta dah tak ada lalu, diorang jerit "Line clear!"

Betul ke tak cerita tu, aku tak tahu. Hehe!

Makanan Best Di Pulau Pinang
Makanan Best Di Pulau Pinang

Lepas dah ada tempat nak duduk, kami berbaris pula ambil makanan. Encik suami suruh campur kari apa entah, tiba-tiba orang yang ambilkan tu kata, "Tak kena ni! Nanti rasa tak sedap!" Kalau tanya dekat aku, boleh tahanlah rasa dia. Memang akan buat korang rasa nak datang lagi. Yang pasti pinggan aku memang clear time tu. Hehe!

Makanan Best Di Pulau Pinang

Sebelum aku ke Pulau Pinang, manager aku suruh aku rasa pasembor. Tapi aku boleh pula lupa nak rasa pasembor tu macam mana. Dah balik Klang baru teringat. Macam mana rupa dia pun aku tak tahu. Syafie kata lebih kurang macam makan Yong Tau Fo tapi kuah dia kuah kacang. Mungkin lain kalilah dapat makan pasembor. (^_^)

Itulah aje makanan yang sempat aku rasa time dekat Pulau Pinang. Rasa dia buat aku teringat sampai sekarang especially kuah kari dal roti canai yang aku mula-mula makan dekat sini. Memang sedap tak terkata! Hehe!

Okaylah korang, itu ajelah bebelan aku hari ni. Nak bersiap pergi kenduri kahwin anak sepupu aku di Kuala Selangor pula ni. Kenduri terakhir untuk 2013 ni

Chow (^_^)

18 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Nilai RM10 Pada Zaman Ini (^_^)

12:23:00 pm Yana Yani 10 Comments

Untuk seketika kita lari dulu dari cerita percutian aku dan family di Pulau Pinang. Aku nak cerita atau bincangkan satu isu yang mungkin agak serius pada zaman sekarang ni.

Kebelakangan ni isu kenaikan harga barang keperluan merupakan satu isu hangat. Isu ni dibangkitkan dalam perbualan harian sama ada kita sedari ataupun tidak.

Minggu ni Encik suami kerja shift pagi. Sebelum pergi kerja Encik suami pasti akan tinggalkan duit untuk kegunaan aku seharian di rumah.

Aku pandang sepi RM10 yang diselitkan bawah handphone aku. "Tak cukup ni" ngomel aku sendirian. Apapun aku percaya, mungkin hanya ni yang mampu ditinggalkan Encik suami.

Image daripada Bank Negara Malaysia
Biasa kalau Encik suami tak ada pada waktu pagi, aku pasti akan beli sarapan di luar. Aku tak begitu rajin nak buat sarapan bila Encik suami tak ada. Bagi aku, kos beli diluar lebih murah.

Harga sebungkus nasi lemak bersama dengan telur mata kerbau di tempat aku ni, RM2. Kalau beli dua bungkus, dah RM4. Masih ada balance RM6.

Mujur Afif tak minta ayam goreng, kalau tidak dah kena RM5 sebungkus.

Pergi kedai runcit pula cari ikan untuk dibuat lauk tengahari. Beli dua tiga ekor ikan kerisi dengan surat khabar dah RM5.40. Balance RM0.60.

Kira murah berbanding kalau beli ikan sardine dalam tin yang bersaiz besar. Makan sardine dalam tin pun sekarang ni dah dikategorikan makanan mewah sebab harga tin besar dah RM6 ke atas.

Itulah nilai RM10 pada zaman ni untuk orang seperti aku. Even kalau aku bekerja pun, nilai tu tak akan cukup menampung perbelanjaan seharian aku di tempat kerja.

Itulah dia cabaran yang terpaksa dihadapi oleh kita semua pada masa sekarang. Nilai duit terlalu tinggi! Dulu zaman aku sekolah menengah, nasi lemak baru RM0.50 sepinggan.

Kuih seketul RM0.20, besar! Makan seketul pun kenyang. Mak dulu bagi aku duit belanja antara RM1 ke RM2. Bergantung sama ada aku bawa bekal atau tidak ke sekolah.

Zaman tu belum sampai 2 dekad pun aku tinggalkan. Bebudak sekarang kena bawa sekurang-kurangnya RM10 untuk belanja sekolah pagi dan petang. Untunglah!

Tapi bila fikir balik, duit tu diorang tak boleh beli benda banyak pun. Harga makanan di kantin atau koperasi sekolah, lebih kurang sama macam harga di luar.

Mak kata zaman dia dulu, beli seketul kuih RM0.05 aje. Zaman sekarang, nilai yang sama nak beli gula-gula sebiji pun tak lepas. Cepat betul perubahan pada nilai ringgit.


Malangnya pendapat seisi rumah kami tetap takat tu aje. Bukan tak bersyukur, tapi terasa ralat!  

Anyway, ni hanya pendapat aku. Seorang rakyat yang pendapatnya hanya dinilai atau didengari setiap 5 tahun sekali. (^_^)

10 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Part II: Kami di Pulau Pinang! (^_^)

11:54:00 pm Yana Yani 8 Comments

Alright tak payah merapu panjang-panjang, kita sambung cerita semalam ye. Pada siapa yang belum baca, boleh klik sini okay.


Time sampai dekat sini, aku dah rasa nak menangis bila dok tengok kami kena berjalan seolah-olah mendaki jauh ke atas lagi.

Letih meronda sekitar bazar malam tadi pun tak hilang lagi, ni nak kena mendaki pula. Macam tak larat aje! Macam nak surrender aje!

Screw kaki dah start rasa longgar. Rasa dah macam tak boleh nak menapak lagi. Berat semacam aje. Aku cuba gagahkan juga walau hakikatnya, TAK LARAT!


Sampai dekat bahagian tengah bukit, ada macam khemah dekat dataran berhampiran dengan food court. Afif dah terjerit-jerit, "Nak tengok dinosaur! Mama cepatlah!"

Nak masuk dalam ni kena bayar lagi. RM10 untuk dewasa lepas tu RM6 untuk kanak-kanak antara umur 4 ke 12 tahun. Aisy masih kategori free entrance.

Time nak bayar harga tiket, budak dekat kaunter buat muka yang aku rasa nak tampar. "Kak, duit akak ni tak boleh guna" sambil tunjuk kesan koyak pada note RM50 tu.

Dalam hati aku kata, "Ee, budak ni! Dah lah aku penat ni. Kang naik kaki kat muka kau!" Sambil tu dok selongkar purse cari duit lain. Cakap elok-elok tak boleh gamaknya.


Nasib baik aku ni jenis cepat lembut tau. Kalau jenis panas memanjang tu, memang selamat dah budak tu agaknya. Aku sejuk pun sebab dapat belon percuma. Hehe! Dekat luar RM5 satu ni!

Time kitorang masuk sini, Encik suami tak join sama. Dia tak larat nak jalan. Kalau tak dukung Aisy, aku memang boleh sangat dukung Encik suami.

Tapi dah dukung Aisy kan, memang tak bolehlah! Hehe!


Dekat dalam ni adalah beberapa ketul dinosaur. Tak sampai sepuluh jenis pun rasanya. Afif paling suka dengan T-Rex. Dia minta naik T-Rex dekat belakang tu tapi aku buat tak dengar aje. Hehe!

Aku rasa tak sampai sepuluh minit kitorang dekat sini, lepas tu keluar sebab tekak rasa kering. Aku terpusing-pusing cari tempat jual air. Jumpa! Sebotol air mineral besar tu korang rasa berapa?

To my suprise, harga dia dua kali ganda dari harga biasa. RM4! Tapi rasa dahaga mengatasi perasaan sayangkan duit. So beli ajelah!

Kitorang lepak lama juga dekat sini. Memikirkan sama ada nak meneruskan pendakian atau tidak. Rasa ngeri tengok tangga yang tinggi semacam tu.

Sementara tu layankan dulu karenah si Afif, Aisy dan Anis.


Akhirnya kami semua sepakat untuk tidak meneruskan pendakian! Ada juga rasa macam rugi sebab tak seluk pekasam sampai ke pangkal lengan. Hehe!

Habis nak buat camne, penat kategori melampau! Serius, memang tak larat! Syafie kata dekat atas tu ada banyak lagi benda yang interesting.

Tapi kami surrender. Mungkin lain kali, siapa tahu kan?


Kami turun balik sebab level energy kami dah kategori low. Kami perlu cari benda untuk dimakan sebab nak kena refill balik tenaga kami. Dalam kepala otak ni dah terfikir, Line Clear!

Part tu aku akan cerita lain entry okay. So sementara menunggu keretapi, kami posing lagi untuk ke sekian kalinya! Hehe!

Cer tengok Anis tu, memang style bebudak sekarang posing camtu ke? Aku pernah try buat camtu juga, Encik suami kata cencurut lagi comel! Sungguh kejam statement tu! Hehe!


So begitulah berakhirnya trip kami di Bukit Bendera. Aku tak boleh nak rumus banyak sebab tak habis jelajah pun. Tapi memang terasa seronok dekat sini.

Yang pasti korang kena standby duit lebih sebab dekat atas bukit ni semua tempat ada bayaran dikenakan untuk setiap kemasukan. Nasihat paling sesuai, sila bawa bekalan makanan sendiri! Hehe!


Next entry aku akan ceritakan pengalaman di atas Jambatan Pulau Pinang pula. Aku juga akan buat satu entry khas pasal makanan di Pulau Pinang yang aku rasakan sangat marvelous!

Tunggu ye! Chow! (^_^)

8 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Part I: Kami di Pulau Pinang! (^_^)

11:15:00 pm Yana Yani 16 Comments

Attention: Seperti biasa entry aku panjang berjela. Itupun aku dah separate ikut part I, II dan III. Panjang juga! Nak buat camne, hobi suka membebel panjang! 

Selamat Membaca! (^_^)

--------------------------------------

Sebenarnya perjalanan nak ke Pulau Pinang ni dah dikhabarkan pada aku sejak awal bulan Disember lagi. Tapi tiada keputusan rasmi dibuat oleh big boss a.k.a Encik suami

Aku main apply aje cuti. Kalau jadi, pergilah. Tak jadi duduk aje dekat rumah. Hehe! Sampai dah last minute aku masih tak dapat hidu lagi kesahihan status percutian kami.

Tapi semua orang aku dah beritahu ni! Bila orang tanya aje, dengan yakin aku jawab nak pergi Pulau Pinang. Kira malu besar jugalah kalau tak jadi. Hehe!

Malam Sabtu baru Encik suami cakap, " Esok kita pergi Penang tau" Aku rasa macam nak melompat bila dapat perkhabaran tu. Kira macam hadiah ulang tahun perkahwinan kami ni!

Lagipun dalam tempoh 3 dekad aku menghirup udara di atas muka bumi ALLAH ni, baru ni lah pertama kali aku menjejakkan kaki ke Pulau Pinang! Seronok tak terkata!

Malam tu kelam kabut aku sediakan segala kelengkapan. Paling penting booking Syafie sebab dia kena jadi tour guide kami. Lagipun dia sepatutnya balik ke Klang pada hari yang sama.

"Uish, Syafie dah beli tiket. Kata tak jadi! Arghh, tak kira, tak kira! Korang kena beli tiket Syafie!" Bengang gila dia bila tahu kitorang jadi pergi. Hehe! Sorry Syafie!

Perjalanan kami dimulakan seawal 10 pagi. Lalu highway, so jalan lurus aje. Tapi jem dibeberapa tempat. Ramai juga umat manusia bercuti seperti kami. Lebih kurang pukul 6 petang baru sampai.

Terasa jauh betul perjalanan! Letih tak terkata! Walaupun aku jadi co-pilot aje, letih juga okay dok pangku Aisy sepanjang perjalanan. Tapi nama pun bercuti kan, redha ajelah! Hehe!

Sepanjang kami di sini, kami menumpang di rumah sewa Syafie. Kalau tak silap nama pangsapuri dia, Casa Prima yang terletak di Permatang Pauh ke Bukit Mertajam. Tak berapa nak pasti bab tu.

Apa yang pasti ianya tak berapa jauh dari UiTM tempat Syafie menuntut ilmu dalam bidang engineering. Seronok duduk sini, angin dia buat terasa mengantuk aje! Hehe!

Lepas Isyak kami keluar ronda-ronda di sekitar kawasan tempat tinggal Syafie. Minta maaf katalah, jalan dekat sini teruk betul! Ingat kawasan kampung, rupanya bandar. Pelik.

Kami singgah di bazar yang terletak di Jalan Perda Utama, kalau tak silaplah! Hehe! Dekat sini kami cuci mata aje! Apa yang pasti semua peniaga di sini adalah bumiputera!


Lepas tu kami singgah makan Char Koay Teow di Permatang Pauh yang akan aku ceritakan di lain entry.

Esoknya kami bercadang nak pergi banyak tempat. Semangat keluar rumah pagi-pagi! Apa yang pasti aku teramat kagum dengan kepanjangan Jambatan Pulau Pinang. Terfikir, macam mana diorang buat huh?

Nak jadikan cerita kami sesat! Terpusing-pusing dekat bandar Georgetown. Pi mai pi mai, tang tu juga! Macam kota sesat! Tak jumpa jalan keluar. Tanya dekat orang baru jumpa.

Aisy sampai dah kebosanan dalam kereta. Aku yang pening melayan kelincahan dia.


Bayangkan pukul 1 petang baru sampai ke Bukit Bendera. Tak kesampaian hasrat nak ke Batu Feringgi dan juga Muzium Patung yang merupakan antara tempat wajib pergi di Pulau Pinang.

Apapun, banyak juga kami berposing dekat sini. Hehe!


Gambar dekat atas ni semua sebelum naik ke atas. Umat manusia sikit punya ramai. Berbaris sikit punya panjang time nak naik ni. Rasa ngeri bila keretapi (keretapi ke benda tu?) bergerak laju.

Takut menjunam sebab benda tu naik menegak. Ee, teringat pun rasa ngeri!


Time ni Afif dah sibuk tanya mana dinosaur sebab dia dok nampak banyak poster tunjuk gambar dinosaur sejak dari kami dekat bawah lagi.

Aku mula-mula tu malas nak layankan sebab teringat dia buat perangai time dekat Pusat Sains Negara. Boleh dia menjerit takut tengok dinosaur bergerak. Padahal dia yang beria nak tengok.

Part yang ni aku cerita kemudian ye. Meh layan view sekitar Bukit Bendera. Tapi aku ada satu gambar ni aje. Lain semua gambar kitorang berposing. Hehe!


Okay, aku rasa cukup sudah aku membebel. Kita sambung besok ye, Insya Allah kalau kerajinan tinggi dan yang pasti laptop ni tak ada orang lain conquer. Hehe!

Chow (^_^)

16 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Musim Orang Kahwin! (^_^)

10:16:00 pm Yana Yani 32 Comments

Kalau sebut aje cuti sekolah, memang sikit punya banyak undangan untuk ke pelbagai majlis. Yang paling common, majlis perkahwinan. Kadang-kadang dapat lebih dari 5 jemputan untuk satu hari!

Jenuh nak memenuhi jemputan, pergi pun yang mana sempat aje. Kalau tolak tambah perjalanan dan kadang-kadang kewangan, memang tak sempat. Hehe!

Zaman sekarang pergi ke sesebuah majlis tak boleh pergi dengan tangan kosong. Malahan bagi sesetengah orang, "Kalau time majlis kau dulu aku bagi RM100, majlis aku pun kau kena bagi macam tu juga!"

Jadi umpatan keji kalau kita gagal membayar balik duit pinjaman tu. Aku tak cakap kosong tau! Aku pernah nampak orang mengomel pasal benda ni! Seriously tak faham!

Kalau semua manusia berfikir macam tu, habislah! Tak akan ada orang buat kenduri kahwin lepas ni! Hehe! Cubalah bayangkan, majlis kahwinkan nak meraikan pasangan yang baru diijabkabulkan.

Kalau dah macam ni, rasa macam terbeban tau! Tak rasa seronok nak ke majlis kahwin sebab teringat kau dok bagi pinjaman RM500! Mana nak cekau duit nak pula time tu orang tu tengah kesusahan.

So moral of the story, nak bagi duit biar ikhlas jangan dok harap balasan. Kita tak akan tahu apa berlaku di masa depan. Tuan rumah pun jangan dok fikir pulangan dari hasil buat majlis.

Tak berkat buat gitu. Cuba niat hati ikhlas seikhlasnya bagi makan minum dekat orang yang datang mendoakan kebahagian pasangan mempelai. Baru kita rasa seronok! Dak gitu?

Anyway pasangan pengantin yang aku share gambar dekat sini tak ada kena mengena dengan bebelan aku dekat atas ye! Ianya bersifat umum!

Pasangan yang mula-mula aku nak cerita ni adalah sepupu Encik suami sebelah Mak. Faham tak? Tak faham abaikan aje. Hehe!


Lan ni anak bongsu Wak Damiri. Orang yang datang sikit punya ramai! Penuh khemah! Nak makan kena tunggu giliran. Aku rasa kalah majlis Che Ta sebab Che Ta tak jemput ramai orang. Hehe!

Mungkin sebab ni menantu last bagi keluarga Wak Damiri, tu yang buat penuh khemah. Aku difahamkan ada 10 khemah tapi tak cukup nak memenuhi kebanjiran orang! Dahsyat!

Apapun semoga Lan dan isteri berbahagia hingga ke Jannah! Amin (^_^)

Petang tu kami ke Petronas Cub Prix. Klik sini pada siapa yang belum baca. Malamnya pula kami ke majlis perkahwinan anak jiran aku, Uncle Shamugum.

Seumur hidup aku, ini adalah majlis perkahwinan masyarakat India pertama yang aku pernah pergi. Bukan tak pernah dapat jemputan, tapi tak pernah berkesempatan nak pergi.

Untuk pengetahuan, Uncle Shamugum ni merupakan satu-satunya keluarga India yang tinggal selorong di taman perumahan kami ni.

Ini pun anak kedua Uncle Shamugum, yang pertama dulu aku tengah dalam pantang. Tak sedap pula kalau tak pergi sebab Uncle Shamugum tak pernah missed majlis kami. Rewang pun dia turun juga!


Klik sini juga kalau rajin (^_^)

Majlis dia pun happening sangat! Jemputan dia aku rasa tak ramai, tapi jiran-jiran yang semuanya berbangsa Melayu turun juga memeriahkan majlis!

Uncle Shamugum pun gunakan catering orang Melayu bagi menghormati jiran-jiran dia yang berbangsa Melayu dan beragama Islam. Memang touching dengan keprihatian Uncle Shamugum.

Apapun untuk anak dia (alahai, aku lupa nama dia!) all the best to both of you! (^_^)

Ini baru sebahagian aje majlis perkahwinan yang aku penuhi jemputannya. Yang lain tu pergi juga tapi tak bawa kamera! Hehe!

Kepada mereka yang sedang menghitung hari untuk diijabkabulkan, all the best! Sila hafal apa yang patut ye sebab tok kadi tanya tau! Hehe!

P/S - 6 tahun dulu, tinggal lagi 3 hari aku nak diijabkabulkan. Suspend gila! (^_^)

32 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Pengalaman di Petronas Cub Prix (^_^)

11:39:00 pm Yana Yani 18 Comments

Masa aku kenal Encik suami, dia ni mat rempit! Sekali tengok Encik suami dulu, memang bukan ciri-ciri yang orang tua nak buat menantu sebab nampak macam hantu! Hehe!

Personaliti dia memang berbeza dengan lelaki lain yang aku kenal. Dengan rambut panjang sehingga paras bahu, aksesori penuh satu badan! Dengan gelang, rantai dan cincin yang semuanya perak!

Cermin mata hitam pula memang dah jadi trademark dia. Hehe! Kalau orang lain dating dekat mall atau tengok wayang. Tapi aku dulu dating tengok benda-benda cam gini.

Mula-mula dulu rasa macam, arrrgghh bosannya! Tapi aku cuba minat benda yang dia minat. Kata sayang kan, mesti cari initiative! So aku banyak bertanya. Kadang-kadang tu tak masuk akal!

Mujur dia rajin nak melayan. Semua pertanyaan aku dia jawab pula tu! Sedikit sebanyak ianya membantu menguatkan hubungan kami sehingga ke peringkat sekarang. Gitu ceritanya! Hehe!

-------------------------------------------


Encik suami begitu excited bila dia dapat tahu Petronas Cub Prix yang akan diadakan di Stadium Shah Alam. Awal-awal semua jadual dia dah clearkan semata-mata nak ke situ.

Time sampai tu, penuh gila umat manusia! Parking usah ceritalah! Ada aku nampak orang tu atas divider pun dia sanggup parking. Kalau kereta kitorang buat gitu, dia jadi cam kura-kura tersempit! Hehe!

Dari luar dah dengar bunyi deruman enjin yang mengujakan Encik suami dan Afif. Tak sabar diorang nak turun dari kereta. Cuaca pula mendung semacam aje.


Aisy sebenarnya takut dengan bunyi yang agak asing pada dia. Banyak kali Abang dia peluk adik dia untuk menenangkan sambil kata, "Tak ada apa-apalah Aisy. Tu bunyi motor aje!"

Tapi bila aku halakan kamera, sempat lagi dia pegang kepala adik dia suruh pandang kamera. Tangan yang tak boleh blah, peace katanya. Sabar ajelah!


Sampai aje dekat bahagian luar litar, terpampang jelas amaran dari pihak Petronas Cub Prix. MENONTON ATAS RISIKO SENDIRI!


Manusia yang mempunyai minat yang sama dengan Encik suami, sikit punya ramai mengelilingi bahagian luar litar dan di ceruk mana yang dirasakan selesa untuk menonton. Lagipun FREE kan! Hehe!


Tak lama lepas tu bermulalah perlumbaan yang ditunggu-tunggu oleh semua yang berada dekat situ. Deruman enjin yang mengaum, menggegarkan Stadium Shah Alam! Auwww!

Nasib baik tanah yang aku pijak tak gegar, kalau idak confirm aku lari tak cukup tanah. Hehe!


Mulut Encik suami dengan Afif tak berhenti-henti dok cakap, wow! Macam benda tu satu yang amat mengagumkan pada diorang. Aku dengan Aisy pula yang macam orang blur.

 

Pusingan belum habis, aku dah bawa Aisy keluar dari kawasan tu. Lagipun tak larat dok dukung Aisy yang semakin berat kebelakangan ni. Tanda sihat tu! Hehe!

Tapi dia boleh pula marah aku sebab baby dia tak ada! Yang kau pi tinggalkan dalam kereta tu pasal apa! Mama pula kau marah. Dah macam Degawan! Hehe!

Aisy, Aisy!


Bila habis aje perlumbaan, aku excited! Tak sabar nak balik! Hehe! Nampak sangat benda ni memang bukan minat aku. Berlakon minat untuk orang tersayang. Hehe!

Tapi memang normal untuk seorang Mama dan isteri seperti aku melakukan pengorbanan sedemikian kan? Lagipun kegembiraan diorang, kebahagian aku! (^_^)

18 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...