Bila Diri Disayangi
Bila Diri Disayangi | Minggu lepas adalah ulang tahun ke 34 tahun kelahiran YY. Tak sangka YY dah melalui lebih tiga dekad kehidupan dengan dua per tiga darinya dilalui sebagai seorang pesakit tiroid. Mula-mula dulu memang YY sering persoalkan kenapa YY "terpilih" menjadi seorang penghidap invisible illness. Tapi semakin bertambah usia, semakin berbeza penilaian YY tentang kehidupan. Slowly, YY belajar untuk menghargai. Syukur Alhamdulillah YY tidak terlambat untuk menyedari betapa beruntungnya YY.Terasa beruntung bila dikelililing dengan orang-orang yang sangat menyayangi YY. Bahagia tau rasa hidup bila diri disayangi. Cehwah!
Nasi lemak dalam format kek |
Bersempena dengan ulang tahun kelahiran YY, YY dapat banyak "hadiah" yang sangat membahagiakan dan pada masa yang sama buat YY rasa terharu sangat
Seriously YY rasa sangat terharu bila adik YY yang nombor dua, si Angah bersusah payah menyediakan nasi lemak dalam format kek. Rasa tak tergambar dia punya rasa seronok bila tengok ianya terhidang di depan mata. Anyway Angah memang seorang yang hebat bab masak kalau dibanding dengan YY. YY hebat bab makan aje. Haha!
Emak YY kata, Angah dah bangun seawal jam empat pagi semata-mata nak menyediakan nasi lemak yang istimewa ni untuk YY dan MyChintaHati. Punyalah dia sayang sangat dekat Kak Long dia yang jelita ni, Haha! Terima kasih sangat Angah atas kegigihan kamu. Love you so much! Lain kali buat lagi tau. Muah sikit!
Kad ucapan dan hadiah lain dari Afif |
Paling buat YY terharu adalah pemberian hadiah dan kad ucapan dari anak bujang YY, Afif. Afif memang sejak dia pandai menulis tak pernah gagal memberi kad ucapan pada YY. Sebenarnya bukan YY aje, dia akan berikan hadiah atau kad pada sesiapa sahaja yang dia rasakan bermakna dalam hidup dia. Kiranya dia berjiwa romantik gitu! Haha!
Dah lah kad tu dihasilkan sendiri. Anak patung berbentuk bear tu pun dia buat sendiri. Afif kata dia belajar buat teddy bear tu dalam kelas Pendidikan Seni. Patutlah sebelum tu dia asyik dok tanya dekat YY sama ada cantik atau tidak teddy bear tersebut. Siap tanya YY suka ke tak sebelum tu. Rupanya dia nak bagi pada YY. Sweet sangat tau!
Mama yang cantik tu! Sweet sangat! Haha! |
Abang yang kacak? Okay, tu sangat perasan! Haha! |
Kadang bila kita diberikan ujian, contoh sakit. Kita mudah lupa siapa orang yang menyayangi kita. Sehinggalah kita diberi peluang untuk melihat sendiri kasih sayang ahli keluarga kita yang wujud walau dalam pelbagai bentuk. Kebanyakkan kasih sayang itu ditunjukkan dari perbuatan, bukan kata-kata manis.
Ada yang sanggup mendaki sehingga ke tingkat tujuh wad hospital semata-mata nak berikan air kesukaan kita. Ada yang tak tidur malam semata-mata nak menemankan kita. Ada yang kelam kabut keluar mencari barang permintaan kita sedangkan ketika itu sudah tiada kedai dibuka. Kalau itu bukan kasih sayang, then apakah dia?
Penyakit ini berikan YY kesedaran betapa pentingnya ahli keluarga dalam kehidupan YY. Ahli keluarga adalah orang yang sentiasa berada di sisi YY sama ada susah dan senang, Bersama mereka buat YY terasa sangat disayangi. Kasih sayang yang diberikan mereka buat YY mampu meneruskan kehidupan despite terpaksa berhadapan dengan invisible illness ni untuk seumur hidup YY. So, sayangilah keluarga korang.
Tetiba teringat rangkap lagu Ukay's
Bila ku sedari diri disayangi, langkah kaki ini semakin berani, bila terkeliru ku ucap namamu, terasa diriku kembali dipandu - Bila Diri Disayangi (Ukay's)
Imej dari http://bit.ly/2rXVmVv |
Anyway, besok kita semua akan berpuasa di bulan Ramadhan. Malam ni dah mula terawih untuk malam pertama. So dikesempatan ini, YY nak ucapkan SELAMAT BERPUASA buat semua pembaca blog DIARI SEORANG MAMA. Semoga ibadah kita sepanjang bulan yang mulia ini diterima oleh DIA yang SATU.
9 dah komen (^_^):
PERHATIAN:
Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.
Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.
Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN
Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA
✿ Yana Yani ✿