Resepi Ikan Kerisi Masak Taucu

7:14:00 am Yana Yani 1 Comments

Resepi Ikan Kerisi Masak Taucu | Ikan kerisi atau crimson jobfish ni merupakan ikan yang cukup mudah diperolehi. Pada YY ikan ni masih dalam range affordable berbanding ikan lain. Kalau korang nak tahu, ikan kerisi atau nama saintifik dia, pristipomoides filamentosus ni merupakan ikan kegemaran keluarga YY. Ikan kerisi ni mempunyai rasa yang manis dan sedap walau hanya digoreng bersama sedikit garam dan kunyit. Kalau dalam keluarga kecil YY ni, ikan ni kebiasaannya YY masak taucu. So hari ini YY nak berkongsi resepi ikan kerisi masak taucu.

Bahan-bahan yang diperlukan untuk resipi ini adalah:

1. Digoreng
- Dua (2) ekor ikan kerisi
- Sedikit serbuk kunyit dan garam

2. Ditumbuk
- Sebji bawang besar
- Dua ulas bawang putih
- Beberapa biji cili padi (ikut suka rasa)

3. Bahan tambahan
- Sebungkus taucu
- Sekeping asam keping
- Cili merah untuk hiasan
- Sedikit gula

Resipi Ikan Kerisi Masak Taucu
Bahan yang diperlukan

Mula-mula sekali korang kena goreng ikan kerisi yang dah dibuang sisik. Level garing ikut korang punya suka. Sementara menunggu ikan siap digoreng, korang boleh tumbuk bahan-bahan yang perlu ditumbuk. Hebat jadi perempuan kan, multi tasking gitu. Haha! Anyway, bahan yang ditumbuk tadi tak perlu terlalu lumat. Agak-agak hancur aje. Ikan yang dah siap digoreng, korang put aside dulu. Tumis bahan yang ditumbuk tadi. Campak sekali asam keping dalam tumisan korang.

Resipi Ikan Kerisi Masak Taucu
Tumis bahan yang ditumbuk

Agak dah ada bau, masukkan taucu dengan sedikit air. Letak sedikit gula bagi sedikit rasa manis. Masukkan juga kicap sedikit untuk bagi warna pada masakan tadi. Biarkan sekejab. Lepas tu korang masukkan ikan kerisi yang dah siap digoreng tadi. Campak cili merah atau bawang untuk hiasan. Kacau kejab lepas tu, tutup api. Taraaa! Siap dah ikan kerisi masak taucu korang. Senang aje kan?

Selamat mencuba (^_^)

Resipi Ikan Kerisi Masak Taucu
Ikan kerisi masak taucu dah siap!

Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan, karena sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu : Surah Al-Baqarah, Ayat 168
Cuba resepi ini juga:
1. Resepi dan Cara Membuat Lemang
2. Resepi Kari Ayam Mudah
3. Resepi Asam Pedas Ayam Mudah dan Ringkas
4. Resepi Ikan Kerisi Masak Taucu

1 comment:

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...