Kenyataan Mufti Wilayah Persekutuan Mengenai Drama Menanti Februari
Kenyataan Mufti Wilayah Persekutuan Mengenai Drama Menanti Februari | Drama Menanti Februari yang ditayangkan di slot Samarinda TV3 menjadi tular disebabkan jalan cerita yang dikatakan bercanggah dengan ajaran Islam. Drama bersiri 16 episod arahan Ayie Mustafa ini memang havoc walau telah melabuhkan tirai pada awal minggu ini. Sana sini orang masih bercerita mengenai drama tersebut. Pelbagai pandangan dan kecaman dikeluarkan oleh pelbagai pihak. Even YY yang tak mengikuti drama ini turut terasa curious, sama ada sah atau tidak pernikahan antara Fiza lakonan Fathia Latiff dan Edi lakonan Afiq Muiz.Sebelum YY kongsikan dengan korang kenyataan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri mengenai drama ini, YY kongsikan dahulu sinopsis drama ini.
Drama ini tular kerana kontroversi jalan cerita |
Sinopsis Drama Menanti Februari
Drama ini mengisahkan perkahwinan antara Arie dan Fiza yang dibina atas dasar cinta. Ia menyebabkan Edi, rakan baik kedua mereka memendam rasa. Ketaksuban Arie dengan kerjanya menyebabkan Fiza terabai. Dalam drama ni, segala kejadian manis dan peristiwa pahit antara Arie dan Fiza berlaku dalam bulan yang sama iaitu Februari. Arie kemudian hilang dalam kemalangan di lautan. Dalam tempoh enam bulan kehilangan Arie, Fiza dan Edi semakin rapat dan akhirnya kedua mereka berkahwin. Tetiba mereka dikhabarkan Arie ditemui selamat tapi hilang ingatan. Bila ingatan pulih Arie terpaksa menghadapi hakikat yang Fiza dan Edi telah berkahwin. Tapi Arie tetap mahukan Fiza kembali kepadanya kerana ingin menebus kembali kesalahannya sebelum ini.
Disebabkan isu ni menjadi tular dan dibimbangi memberi fahaman yang salah kepada masyarakat, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri telah mengeluarkan kenyataan dan memberi penerangan yang cukup jelas terhadap isu ini.
Kenyataan Mufti Wilayah Persekutuan
Setelah dibincangkan pendapat para ulama’ di atas, pendapat yang terpilih di sisi kami dalam isu tempoh mafqud adalah ianya bergantung kepada keputusan dan pertimbangan hakim. Ini selari dengan pandangan masyhur Syafi’iyyah dalam isu ini. Di samping itu, hendaklah meraikan akta yang ditetapkan di Malaysia melalui Mahkamah Syariah. Ini bermakna, jika penentuan hakim sehingga mengambil masa empat tahun dan lebih, maka si isteri perlu menunggu dan dibenarkan berkahwin lain selepas ‘iddah. Manakala jika selepas enam bulan (sebagai contoh) sudah dapat disahkan dengan bukti bahawa suaminya meninggal dunia, maka si isteri boleh terus berkahwin lain setelah tamat ‘iddah.
Sekiranya si suami yang hilang kembali semula setelah tamat tempoh mafqud, beliau berhak memilih untuk menikahi isterinya kembali, atau menerima pemulangan mahar (merelakannya dengan suami baru). Ini berdasarkan kenyataan Saidina Umar dan Saidina Uthman:
“Apabila suaminya kembali (setelah tamat tempoh mafqud), maka si suami diberi pilihan antara kembali memperisterikannya atau menerima pengembalian mahar isterinya tersebut” (Riwayat Ibn Abi Syaibah, no. 16723)
Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri |
Isu Drama Menanti Februari
Berkenaan isu drama “Menanti Februari” yang timbul di media sosial baru-baru ini, jika suaminya hilang di laut (di Malaysia contohnya) maka keputusan tempoh mafqud itu tertakluk kepada keputusan hakim yang pastinya mengambil kira pandangan dan kajian Agensi Peguatkuasaan Maritim Malaysia, Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab melaksanakan tugas mencari dan menyelamat maritim di Zon Maritim Malaysia dan di lautan lepas.
Maka, kami berpandangan bahawa:
1. Pernikahan si isteri dengan suami baru adalah tidak sah kerana tempoh mafqud yang dinyatakan adalah enam bulan sahaja tanpa ada babak yang menunjukkan si isteri mendapat keputusan daripada mahkamah syariah berkenaan status perkahwinannya dengan suami yang hilang.
2. Isteri yang pertama masih dikira isteri yang sah bagi suami yang hilang kerana tempohnya tidak mencapai had tempoh mafqud.
3. Anak yang dikandung si isteri hasil hubungannya dengan suami kedua adalah anak syubhah yang lahir daripada persetubuhan syubhah dan dinasabkan kepada ayahnya serta berlaku hukum waris antara si ayah dan anak tersebut. Ulama juga sepakat wajibnya ‘iddah dan sahnya nasab dari hasil pernikahan yang disepakati batalnya seperti menikahi isteri orang lain, jika di sana ada syubhah yang menyebabkan gugurnya hukuman zina, iaitu dia tidak mengetahui haramnya pernikahan tersebut. Oleh itu, pernikahan (yang batal) yang tidak dikira zina, maka anak itu dinisbahkan kepada lelaki yang menyetubuhi ibunya.
4. Si isteri tidak boleh meminta fasakh kerana fasakh hanya boleh diminta kepada mahkamah jika suami hilang lebih daripada setahun sedangkan dalam drama berkenaan, suami baru hilang enam bulan. Rujuk Seksyen 52 Perintah untuk Membubarkan Perkahwinan Atau Untuk Fasakh Dalam Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 Akta 303
Penutup
Suami dan isteri perlu ada asas agama yang baik dan bertanyalah kepada mereka yang lebih arif dalam hal-hal kekeluargaan sekiranya tidak tahu. Nasihat kami kepada pengarah drama dan filem tanahair, sudah sampainya masanya pandangan pihak-pihak berwajib seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) diambil serius demi memartabatkan industri lakonan yang patuh syariah. Drama dan filem adalah satu medium yang sangat baik bagi menyebarkan pemahaman Islam dan nilai-nilai murni merentasi sempadan agama. Semoga Allah memberi kita pemahaman agama yang baik dan memelihara kita dan keluarga kita daripada sebarang hal yang menggoyahkan institusi rumahtangga.
Akhukum fillah
Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan
11 Mei 2017 bersamaan 15 Sya'ban 1438H
Diharap kenyataan yang dikeluarkan oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri ini menjawab segala kekeliruan yang timbul akibat dari jalan cerita drama Menanti Februari ini. Segala teguran yang diberikan oleh beliau, silalah dipandang dari sudut positif. Hal-hal yang berkaitan dengan agama, adalah amat wajar kita tanyakan kepada mereka yang lebih arif dalam hal agama supaya tidak wujud kekeliruan. Jangan dipandang remeh benda begini. Semoga dengan isu ini, ia dapat membuka mata industri drama atau perfileman negara untuk lebih peka.
".... maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kamu tidak mengetahui" (surah An-Nahl, ayat 43)
Sumber Kenyataan Mufti, http://bit.ly/2plZrGb
sy x minat cerita ni..x ikut.. minat cerita mok cun je..
ReplyDeleteya benar
ReplyDeleteaida tgk drama ni hingga episod heroin jumpa hero.
ReplyDeletetapi heroin masih dgn asben baru.
aida tau dah mcm x brape betol dah citer ni.
Tq Mufti wilayah persekutuan atas penerangan. Bagus untuk menjelaskan kekeliruan drama ni.
ReplyDeletesaya pun pening tgk citer ni, rasa mcm tk betul..tp ada jg babak bapa Edi ckp depa dah tanya ustaz ttg status perkahwinan Edi & Fiza...
ReplyDeletebahaya sungguh hal2 hukum dipandang ringan mcm ni kan..should be more detailed, ada babak kt mahkamah syariah..supaya penonton lbh jelas..
Drama sekarang memang banyak yang tak patuh syarak. Hukum hakam agama ni patutnya boleh je rujuk pada yang pakar sebelum shooting. Benda macam ni memang menimbulkan kekeliruan. Lebih-lebih lagi melibatkan agama...
ReplyDeleteAkak tak ikuti cerita ni,..tapi tahu sebab kes endingnya yang viral tu 😊
ReplyDelete