Cara Membuat Kek Batik Yang Mudah

7:50:00 am Yana Yani 7 Comments

Cara Membuat Kek Batik Yang Mudah | Hujung bulan ni, Insya ALLAH kita semua bakal menunaikan rukun Islam yang ketiga. Dalam dok sibuk menunaikan suruhan agama, menjelang waktu berbuka puasa, para ibu seperti YY adalah manusia paling sibuk. Laman carian seperti Google adalah teman setia sepanjang bulan puasa sebab dok cari resipi. Haha! So hari ni YY nak berkongsi cara membuat kek batik yang merupakan kek paling mudah dibuat berbanding resipi kek yang lain.

Even yang tak penah buat kek pun, boleh buat kek batik ni sambil pejam mata aje. Haha! YY cakap camtu sebab nak menggambarkan betapa mudahnya cara membuat kek batik ni. Tak perlukan mixer dan tak perlukan oven. Korang hanya perlu panaskan semua bahan dalam kuali aje. Memang mudah sangat selain sangat sedap.

Cara Membuat Kek Batik Yang Mudah
Bahan yang diperlukan

Untuk resipi kek batik versi YY, YY hanya menggunakan enam bahan mudah. YY tak gunakan telur atau esen vanila. Bahan yang diperlukan adalah seperti berikut:

- Dua bungkus biskut Marie
- Secawan mentega. Nak senang, beli terus yang bersaiz 250g
- Secawan Milo
- Secawan gula
- Secawan serbuk koko untuk lebih rasa coklat
- Secawan air

Cara Membuat Kek Batik Yang Mudah
Campak aje semua bahan dalam kuali

Memula sekali korang patahkan biskut Marie. YY suka patahkan kepada dua bahagian. Kalau patahkan empat, cam berderai pula nampaknya. Lagipun sooner or later kita tetap akan potong dia. Bayangkan orang yang korang geram time patahkan biskut Marie tu, hilang juga rasa tension. Haha!

Lepas semua biskut dah dipatahkan, korang panaskan kuali.

Semua bahan yang YY senaraikan dekat atas tadi kecuali biskut Marie, korang campak kan ke dalam kuali. Kalau korang rajin, korang masukkan mentega dulu. Bila mentega dah cair, masukkan air diikuti gula, Milo dan serbuk koko. YY ni jenis manusia malas nak menunggu. Memang semua YY campak sekali dalam kuali tu. Lantaklah! Haha!

Cara Membuat Kek Batik Yang Mudah
Siap! Boleh masuk dalam acuan

Agak dah cair cantik semua bahan, korang masukkan biskut Marie yang korang dah patahkan tadi. Kacau bagi semua tersalut dengan adunan. Lepas tu korang letak dalam loyang atau apa sahaja bekas yang sesuai. Tekan aje dengan sudu kasi mampat. Nanti nak potong senang. Biarkan sekejab sebab panas lagi. Kang dah sejuk, korang masukkan dalam peti sejuk. Biarkan dalam dua ke tiga jam.

Cara Membuat Kek Batik Yang Mudah
Hiasan comot atas kek batik YY

Siap dah kek batik korang! Mudah sangat kan?

Masa YY buat kek batik ni, sebenarnya hari lahir MyChintaHati. Disebabkan terlebih rajin, YY tambah decoration dekat atas kek batik tu. Memula YY letak dua aje ladybird. Datang Aisyah dengan Afif, diorang tambah lagi dua. Diorang kata itu diorang. Lepas tu diorang tambah lagi! Diorang kata itu Atuk, Nenek, Aki dengan Wan.

Penuh kek batik YY dengan ladybird! Sabar ajelah!

Cara Membuat Kek Batik Yang Mudah
Rupa kek batik yang dah dipotong

Korang cubalah buat. Memang senang sangat. Tak tipu! Dah buat tu, bagi dekat bakal Mak Mentua, confirm dia sayang lebih dekat korang! Haha!

Semoga kita bertemu lagi di lain entry. Assalamualaikum (^_^)

Sesiapa yang memberi makan orang yang berpuasa (iftar), maka baginya (pemberi) pahala seperti orang yang berpuasa itu tanpa dikurangkan sedikit pun pahala orang yang berpuasa tersebut - (Riwayat at-Tirmizi, Ibn Majah dan Ibn Hibban menilainya sahih)

Resepi lain yang harus dicuba
1. Cara Membuat Donat Simple
2. Resepi Kek Tok Gajah!
3. Resepi Kek Coklat Moist Bakar
4. Resepi Kek Marble Bakar
5. Resepi Kek Coklat 3 Minit Guna Microwave
6. Resepi Congo Bar Mengunakan Sukatan Cawan
7. Resepi Mudah Puding Roti Coklat
8. Resepi Kek Minyak Menggunakan Sukatan Cawan
9. Resepi Kek Pisang Menggunakan Sukatan Cawan
10. Cara Membuat Kek Batik Yang Mudah

7 comments:

  1. ladybird atas tu comel..
    walupun nmpk buruk, belom rasa belom tahu, sedap shingga menjilat jari hahaa

    ReplyDelete
  2. Yeayy blh cuba pasni... ^_^

    ReplyDelete
  3. suka juga buat kek batik tu, atas kek tu biasa akak taburkan dengan badam, tapi kek yana tu comellah dengan berekor2 ladybird tu

    ReplyDelete
  4. selalu buat kek batik. kat ofis ni ada supply milo. x hbis minum, buat blk, buat kek batik..pakat2 makn.

    ReplyDelete
  5. Suka makan je..tak tahu nak buat.

    ReplyDelete
  6. Habis semua orang ada diwakili oleh ladybird ada atas kek batik tu. Yang emaknya pun, nak letak dua aje - dia dan cintahatilah tu. 'Anak-anak' pun terlupa nak letak sama ^_^ Saya lama dah tak buat kek batik ni sebab tau ajelah saya ni, memang tak kuasa nak menambat hati mak mertua. Mak mertua den jauh ^_^

    ReplyDelete
  7. Saya tak pernah buat sendiri... nampak senang nnto boleh try..

    ReplyDelete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...