Menjelajah Kuala Lumpur Upside Down House

11:05:00 am Yana Yani 4 Comments

Menjelajah Kuala Lumpur Upside Down House | Cerita ni dah agak lama, dah kategori basi kata orang. Baru sekarang YY berkesempatan nak cerita. Nak buat camne. Janji tetap cerita buat memori di masa depan. Anyway ketika cuti bersempena Tahun Baru Cina baru-baru ini, YY dan keluarga berkesempatan menjelajah ke Kuala Lumpur Upside Down House buat julung kalinya. Ia suatu pengalaman yang mengujakan terutama buat my little prince, Afif yang sudah beberapa kali mengajak kami ke situ. Bila hajat dia terlaksana, memang seronok sangat dia.

Perjalanan kami pada hari tu bermula lewat pagi. Keadaan cuaca pula tak berapa baik. Gerimis sepanjang perjalanan. Jalan pun Ya Rabbi! Jem! Walau musim cuti, jalan di sekitar bandaraya Kuala Lumpur agak sesak. Bayangkan jem ketika menaiki bukit ke Kuala Lumpur Upside Down House, ngeri juga weh! Situasi tu buat YY teringat ketika belajar memandu satu ketika dulu. Dok terundur aje! Selalulah kena marah. Haha! Anyway ketika sampai di puncak, rezeki kami, parking mudah pula dapat.

Alhamdulillah, urusan kami dipermudahkan.

Menjelajah Kuala Lumpur Upside Down House
Kuala Lumpur Upside Down House
Menjelajah Kuala Lumpur Upside Down House
Posing juga walau orang ramai

Masa hari YY dan keluarga berkunjung, manusia tersangatlah ramai. Memang sangat sesak dengan kunjungan pelancong asing dan warga tempatan. Tak sangka pula ramai yang menuju ke tempat yang sama pada hari yang sama. Mujur juga pihak pengurusan Kuala Lumpur Upside Down House telah menggunakan sistem nombor. Ia merupakan initiative yang sangat brilliant pada pandangan peribadi YY. Kalau tak, boleh roboh bangunan yang bersaiz rumah sebenar dengan ketinggian dua tingkat ni. Haha!

Apa yang menarik mengenai Kuala Lumpur Upside Down House yang berkonsepkan Cottage House ni adalah ia adalah bangunan rumah terbalik yang tertinggi di Malaysia dan yang pertama di Kuala Lumpur. Menambahkan keunikkannya, di bahagian hadapan Kuala Lumpur Upside Down House ni ada kereta antik Morris 1974 yang dipasang secara terbalik yang setia menyambut kedatangan korang. Korang pasti akan rasa nak snap gambar banyak kali dekat sini. Confirm punya! Haha!

Menjelajah Kuala Lumpur Upside Down House
Jelajah Menara KL sementara menunggu

Tiket masuk ke Kuala Lumpur Upside Down House ni adalah RM15 untuk warganegara dewasa dan untuk RM10 kanak-kanak. Masa bayar duit tiket tu, kami terus diberikan nombor giliran dan masa anggaran yang kami dijadualkan masuk. Kalau tak silap sekitar jam 2:30 petang baru giliran kami. Jenuh juga nak menunggu selama tu. So kami decided berjalan ke Menara KL yang terletak bersebelahan aje dengan Kuala Lumpur Upside Down House ni.

Kali terakhir YY ke Menara KL ni adalah sekitar tahun 1999. Kiranya dah hampir dua dekad YY tidak ke sini. Tak sangka dalam tempoh tu, terlalu banyak perubahan berlaku. Paling ketara ada banyak attraction dibina disekitar menara. Contohnya macam Blue Coral Aquarium, XD Theatre, Mini Zoo dan banyak lagi. Seingat YY, dulu hanya ada Menara KL ni aje. Sekarang, macam-macam ada. Tinggal keluarkan duit aje. Haha!

Menjelajah Kuala Lumpur Upside Down House
Lakonan yang tak menjadi
Menjelajah Kuala Lumpur Upside Down House
Failed! Haha!

Harga tiket pula, masya ALLAH! Nak ke Sky Deck tu aje dah dikenakan harga RM60 seorang, itu pun katanya murah sebab ada diskaun sempena sambutan Tahun Baru Cina. Harga tu pada YY memang mampu tengok aje. Tapi nak lagi murah, boleh aje pergi ke Observation Deck. Separuh dari harga Sky Deck tadi, tapi nak menunggu turn tu memang tak sanggup! End up kami hanya lepak sekitar Menara Kuala Lumpur aje sementara menunggu turn kami.

Setelah hampir dua jam menunggu, baru kami dapat masuk. YY teringat petugas Kuala Lumpur Upside Down House memanggil kami mengikut nombor giliran. Terasa kelakar sebab cara dia panggil, dah macam nurse panggil masuk bilik doktor pula. Haha!

Menjelajah Kuala Lumpur Upside Down House
Afif kata macam cerita Lord of The Ring
Menjelajah Kuala Lumpur Upside Down House
Bila Abang poyo, Adik be like, duhh! Haha!

Pada yang tak tahu, semua struktur dalam dan di luar Kuala Lumpur Upside Down House ni, dari bumbung sehingga lantai, perabot dan peralatan, berada di dalam keadaan terbalik sepenuhnya. Memula masuk tu terasa macam pening, sebab semua terbalik! Tapi lepas tu, excited sangat! Keadaan di dalam rumah ini sama macam rumah lain cuma ianya di dalam versi terbalik. Ada ruang tamu, bilik tidur utama, bilik tidur bayi, dining room, dapur, bilik mandi, tandas dan loteng.

Kami datang hanya berempat. So nak ambil gambar sekeluarga memang agak payah. Tapi mujur ada ramai petugas di dalam tu yang boleh bantu kita mengambil gambar. Even kita tak minta pun, diorang sendiri yang menawarkan diri untuk membantu. Siap ajar lagi teknik dan cara bergambar atau mengambil gambar. Cuma yang menjadi masalah, kami sekeluarga ni "kayu". Hasilnya gambar yang diambil tak nampak realistic walau kami tried so hard tau! Haha!

Menjelajah Kuala Lumpur Upside Down House
Macam comel pula gambar ni. Haha!
Menjelajah Kuala Lumpur Upside Down House
Kelakar pula tengok gambar ni. Cer pandang omputih tu. Haha!

Nasihat YY kalau korang nak ke tempat sebegini, seeloknya bukan ketika musim cuti. Padat dengan umat manusia dari seluruh dunia! Korang nak ambil gambar pun tak selesa. Nak tergedik pun segan sebab ada banyak mata yang memandang. Itulah yang terjadi pada YY sekeluarga pada hari kejadian. Menunggu hampir dua jam hanya untuk masuk, tapi kami berada di dalam tu tak sampai setengah jam pun. Walau kami diberi ruang untuk bergambar di setiap sudut yang ada, tetap ada rasa awkward.

Tapi kalau tak pergi time musim cuti, memang tak dapat pergilah jawabnya. Haha! Sedih! So kesimpulannya, pandai-pandailah korang hadap situasi tu! Tapi sejujurnya penjelajahan ke Kuala Lumpur Upside Down House memang sesuatu yang menyeronokkan bagi YY dan keluarga. Lagipun ia adalah rumah terbalik pertama yang kami lawati walau ia bukanlah rumah terbalik pertama di Malaysia.

Menjelajah Kuala Lumpur Upside Down House
Muka ceria lepas menjelajah Kuala Lumpur Upside Down House

Lepas kami masuk aje dalam kereta, hujan lebat serta merta! Rezeki kami. Yang pasti memang kami sekeluarga seronok sangat hari tu. Entah bila dapat menjelajah ke tempat sebegini lagi. Kalau korang belum pernah pergi ke Kuala Lumpur Upside Down House, YY sangat recommend korang pergi. Worth it terutama kalau ia adalah rumah terbalik pertama yang korang pergi. Kalau dah banyak yang korang pergi, mungkin expectation dia berbeza (^_^)

That's it! Semoga bertemu lagi di lain entry. Selamat berhujung minggu (^_^)

Tiket masuk ke KL Upside Down House
Dewasat: RM15 (MyKad)
Kanak-Kanak: RM10 (MyKad)
Masa operasi: Setiap hari dari 9 pagi sehingga 7 malam

Alamat:
Menara Kuala Lumpur
Jalan Puncak,
50250 Kuala Lumpur
Tel: +6 03 5523 0840 or +6 010 802 7547
Email: klupsidedown@yahoo.com
Facebook: https://www.facebook.com/klupsidedown/


4 comments:

  1. kelakar pulak baca cerita,
    mmg time peek season mmg hadap la rami orag, sekrag ni anak zie tak masuk sek betol lagi, zie pontengkan je diorang kalau nak jalan2, tapi tahun depan tak boleh dah, huhuu

    ReplyDelete
  2. Saya dah sampai ke Rumah Terbalik ni. Masa tu sebenarnya bukan semata-mata nak ke sana. Tak ingat pulak berjalan ke mana, tiba-tiba aje terus sampai ke Menara Kuala Lumpur. Saya pun naik Menara KL rasa-rasanya dalam tahun 2004 kot. Banyak dah perbezaannya. Dulu kalau tak silap nak naik harga cuma RM15 aje tapi sekarang lagi mahallah.

    ReplyDelete
  3. Wah tak tau pula di KL pun dah ada rumah upside down ni... hahaha nampak sangat lama dah tak turun KL. KL ni kalau hari cuti memang sesak la Yana...

    ReplyDelete
  4. hehee da merata2 ada konsep rumah terbalik ni. Untung bole ambil gambar di dalam. Kalau rumah terbalik tamparuli, tak dibenarkan ambil gambar bahagian dalam...

    ReplyDelete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...