Pusat Permainan Indoor Kini Dibuka di Damansara dan Putrajaya
Pusat Permainan Indoor Kini Dibuka di Damansara dan Putrajaya | YY secara jujurnya tak pernah dengar taman permainan secara indoor. Sebab tu YY sangat teruja bila mengetahui Dreamworld Indoor Play Centre mengadakan pembukaan rasmi pada hari ini bagi cawangan mereka di Starling Mall, Damansara dan IOI City Mall, Putrajaya pada Sabtu minggu ini. Serius, tak sabar nak bawa Afif dan Aisyah ke sana.Untuk pengetahuan korang, Dreamworld Indoor Play Centre ditubuhkan bagi mewujudkan taman permainan secara indoor yang selamat dan menyeronokkan bagi semua peringkat umur kanak-kanak. Ia diuruskan oleh individu yang mempunyai satu dekad pengalaman dalam pembinaan taman tema, taman permainan berbentuk indoor dan pelbagai program lain yang melibatkan hiburan untuk kanak-kanak.
Pembukaan rasmi di The Starling Mall dan iOi Mall Putrajaya pada minggu ini |
Yang menariknya di Dreamworld Indoor Play Centre ni, korang boleh menemankan anak-anak korang bermain sambil belajar. Silap haribulan, korang pun boleh main sekali. Haha! Permainan yang disediakan di sini juga bukan sekadar permainan. Ia dibina bagi membolehkan kanak-kanak berfikir sambil meneroka. Paling penting, selamat! Pada YY, gabungan pendidikan dan hiburan ni memang sangat membantu perkembangan sosial, interaksi dan kemahiran motor kanak-kanak.
Taman permainan Dreamworld Indoor Play Centre ni juga sangat besar dan luas! Ia dikatakan berukuran enam ribu kaki persegi dan boleh menempatkan 120 orang kanak-kanak di bahagian taman permainan dan bilik parti pada satu-satu masa.
Wallie J the Eskimo adalah maskot rasmi Dreamworld Playland |
Nampak macam menarik aje kan |
Selain dari taman permainan, Dreamworld Indoor Play Centre ni juga specialise dalam parti, lawatan berkumpulan dan perancangan event. Untuk penganjuran parti, perancangan rapi akan dilakukan. Bagi memastikan parti anak-anak korang hebat dan menjadi kenangan indah buat mereka, pihak Dreamworld Indoor Play Centre akan berusaha mengaturkan kedatangan watak-watak adiwira kegemaran anank-anak korang untuk memeriahkan parti. Pasti anak-anak korang seronok.
Pihak Dreamworld Indoor Play Centre sangat mengalu-alukan lawatan secara berkumpulan. Selain dari pusat permainan dan persekitaran yang telah diperakui selamat oleh badan profesional, pihak Dreamworld Indoor Play Centre akan tetap menyediakankan peraturan khas di mana pengawal keselamatan akan mengiringi kumpulan ini dari saat drop-off sehingga ke berlepas. Ia bertujuan bagi memberi keselesaan bagi kumpulan kanak-kanak yang terlibat.
Mau lupa diri anak-anak YY kalau dapat ke sini |
Dari segi keselamatan, YY sangat yakin dengan Dreamworld Indoor Play Centre ni |
Untuk special event, Dreamworld Indoor Play Centre mempunyai pengalaman dalam menguruskan event dalam bentuk korporat mahupun private. Korang hanya perlu menghubungi pihak Dreamworld Indoor Play Centre untuk maklumat lanjut. Khabarnya, akan ada program menarik menyusul tak lama lagi seperti pertandingan mewarna, pertandingan membina lego tertinggi, pertandingan congkak dan pertandingan cosplay dengan kerjasama media tempatan. So follow rapat-rapat untuk ketahui semua maklumat mengenai event ni tau!
Yang bestnya, pihak Dreamworld Indoor Play Centre juga ada menyediakan perkhidmatan Drop N’ Shop di mana ada pasukan berpengalaman akan ditugaskan menjaga anak-anak korang ketika diorang bermain. Korang pun bolehlah membeli-belah dengan freely. Haha!
Bertemakan salji, Dreamworld Indoor Play Centre memang lain dari yang lain |
Comel pula maskot yang diberi nama Wallie J the Eskimo ni |
Tertarik tak dengan apa yang YY kongsikan ni, Apa? Mana nak cari Dreamworld Indoor Play Centre ni? Okay, untuk Starling Mall, ia terletak di Damansara Uptown. Korang naik sampai tingkat dua dan Dreamworld Indoor Play Centre ni terletak bersebelahan dengan Popular Bookstore, Manakala bagi cawangan di IOI City Mall pula, Dreamworld Indoor Play Centre ni terletak di tingkat dua dan betul-betul di atas gelanggang luncur
Lagi satu nak bagitau ni, sekarang ni ada promosi BELI 1 PERCUMA 1 TIKET dalam tempoh tiga hari pertama bersempena pembukaan rasmi Dreamworld Indoor Play Centre pada hari ni , 25 Mei di Starling Mall dan IOI City Mall pada 27 Mei nanti. Korang kena cepat-cepat tau kalau nak menikmati promosi hebat ni.
Cawangan di the Starling Mall, Damansara Uptown |
Cawangan Dreamworld Indoor Play Centre di Starling menggabungkan permainan berbentuk indoor dan anak-anak korang boleh menunggang haiwan di dalam bangunan buat pertama kalinya! Yang best sekali, anak-anak korang juga boleh memandu kenderaan mereka sendiri sebelum mereka cukup umur tanpa sebarang kompromi soal keselamatan. YY pun suka sangat dengar weh! Haha!
Isnin hingga Jumaat: RM48
Sabtu dan Ahad : RM58
Pakej penjimatan (dengan tiga kali masuk) : RM108
Untuk pakej parti pula;
Isnin hingga Jumaat: RM68
Sabtu dan Ahad: RM78
Alamat cawangan di the Starling Mall adalah;
S-202, The Starling Mall,
No.6, Jalan SS 21/37, Damansara Uptown,
47400 Petaling Jaya, Selangor.
Hubungi: +6012-721 9509 (Yoong Fui)
Cawangan di IOI City Mall, Putrajaya |
Cawangan Dreamworld Indoor Play Centre di IOI City Mall pula akan ada pameran salji di dalam bilik dan taman permainan berbentuk indoor. Ia juga punyai pemandangan terus ke gelanggang luncur. Sebut aje salji, terasa macam seronok aje bunyinya kan. Bolehlah nyanyi, "Do you want to build a snowman?" Haha!
Harga masuk untuk cawangan IOI City Mall adalah;
Isnin hingga Jumaat: RM45
Sabtu dan Ahad : RM55
Pakej penjimatan (dengan tiga kali masuk) : RM108
Untuk pakej parti pula;
Isnin hingga Jumaat: RM65
Sabtu dan Ahad: RM75
Alamay cawangan IOI City Mall adalah;
L2-16, Level 2, IOI City Mall,
Lebuh IRC, iOi Resort City,
62502 Putrajaya, Malaysia.
Hubungi: +6012-702 9509 (Hazwan)
Penjimatan banyak dengan pakej keahlian enam bulan |
Harga tiket yang YY sebutkan di atas adalah harga untuk seorang kanak-kanak dengan ditemani oleh seorang dewasa tau. YY tak sabar nak bawa anak-anak YY ke sini. Rasanya tunggu habis raya lah kot. Tak akan pergi sekarang kan. Anyway, nanti kalau YY dah pergi, YY share dengan korang ye.
Rasanya sampai di sini ajelah bebelan YY. Siapa yang free hari ni, jangan lupa ke the Starling Mall ye sebab ada pembukaan rasmi cawangan Dreamworld Indoor Play Centre di sana. Kalau tak sempat, Sabtu ni pun ada di IOI City Mall. YY juga sarankan korang share apa yang YY ceritakan ni dengan sesiapa sahaja yang korang rasa berminat. Jangan keep it to yourself aje tau (^_^)
Till we meet again, Assalamualaikum (^_^)
Menarik... Indoor ok la sikit... tak panas. Kalau macam dekat Legoland tu aduhai... paneh!
ReplyDelete