Bila Gigi Susu Tercabut

3:27:00 pm Yana Yani 6 Comments

Bila Gigi Susu Tercabut | Walau dah punyai dua orang anak, jujur YY katakan, YY masih kurang arif hal-hal berkaitan tumbesaran anak-anak. Banyak yang YY masih belajar. Mostly segala ilmu diperolehi dari pengalaman peribadi atau perkongsian ibu bapa lain. Bab gigi susu lagi teruk, tak begitu ambil tahu. Sehinggalah baru-baru anak YY yang paling kecil, Aisyah tercabut gigi susu pada usia enam tahun. Kejadian tu pencetus perasaan ingin tahu YY mengenai bila gigi susu tercabut. Terasa macam terlalu awal untuk budak pada usia dia tercabut gigi susu. Bila sepatutnya gigi susu tercabut?

Gigi susu merujuk kepada gigi sementara yang kebiasaannya tumbuh ketika anak-anak kita berusia di antara usia enam bulan sehingga dua tahun. Tapi ada juga bayi yang tumbuh sebelum usia mereka menjangkau enam bulan. Untuk makluman korang, gigi susu secara keseluruhan hanya mempunyai 20 batang gigi. Ianya terdiri dari lapan batang gigi depan, empat batang gigi taring dan lapan batang gigi geraham.

Bila Gigi Susu Tercabut
Ceria aje sebelum kejadian gigi susu tercabut

Gigi susu akan tercabut dan digantikan dengan gigi kekal secara berperingkat bermula ketika anak kita berusia enam ke tujuh tahun. Gigi susu akan berterusan tercabut sehingga anak-anak kita berusia 12 tahun. Kebiasaannya gigi susu yang akan mula tercabut adalah gigi depan dan diakhiri dengan gigi geraham. Lepas pada usia 12 tahun, kalau tercabut, dah memang gigi kekal. Bukan gigi susu lagi.

Berdasarkan pada cerita di atas, kiranya normal Aisyah tercabut gigi susu pada usia enam tahun. Hari tu masa gigi depan bahagian bawah tercabut, kecoh rumah jadinya. Aisyah takut bila Papa dia nak cabut gigi yang longgar tu. Yang MyChintaHati pula takut anak dara kesayangan dia tertelan gigi time tengah tidur. Kelakar pula teringat adegan berkejaran dua beranak tu. End up berjaya juga Papa dia cabut gigi susu Aisyah tanpa sebarang pendarahan. Drama betul dak Aisyah ni tau. Haha!

Baca: Afif Dah Rongak!

Bila Gigi Susu Tercabut
Muka cuak sebab gigi susu pertama tercabut. Haha!

Anyway, korang tahu tak bila gigi kekal tumbuh, ia akan jadi 32 batang gigi dan bukan lagi 20 batang gigi. Terdapat penambahan 12 batang gigi geraham yang tumbuh secara peringkat. Penambahan gigi kekal geraham ini sebenarnya dah bermula ketika kita berusia enam tahun. Kita perasan dengan tak aje. Gigi kekal geraham yang terakhir akan tumbuh pada ketika kita berusia antara 17 ke 21 tahun. Seriously YY baru tahu bab ni. Teruja sungguh bila dapat tahu. Mula dok kira gigi sendiri. Haha!

Umur tercabutnya gigi susu atau tumbuhnya gigi kekal seperti yang YY ceritakan di atas adalah hanya anggaran para dentist sahaja. Korang tak perlu rasa panik sekiranya umur anak-anak korang time gigi susu tercabut atau tumbuhnya gigi kekal terlebih awal atau lambat. Ia sebenarnya normal. Tapi korang boleh bawa anak korang berjumpa dengan doktor gigi untuk pemeriksaan sekiranya ada rasa was-was.

Bila Gigi Susu Tercabut
Yeah! Berjaya cabut gigi!

Kalau pergi klinik gigi kerajaan, lebih kurang RM4 untuk sekali sesi perjumpaan. Kalau tak silaplah ye, YY kurang pasti. Kalau nak pergi klinik gigi swasta, memang banyak pelaburan dia. Tapi kalau nak merasa rawatan klinik gigi swasta, YY recommend korang pergi klinik gigi swasta sepanjang bulan Mac setiap tahun. Sepanjang bulan tu takde sebarang charge dikenakan untuk pemeriksaan biasa. Diulang, pemeriksaan biasa. Kalau nak cabut ke apa ke, tetap kena charge ye. Korang boleh hubungi klinik gigi swasta berdekatan korang untuk maklumat lanjut.

YY memang setiap kali bulan Mac dok heret bebudak ni pergi klinik gigi. Saja nak bagi anak-anak biasa dengan doktor gigi. Lagipun Aisyah ni nanti YY nak bagi dia pakai braces sebab keadaan gigi dia tu. Doktor kata seawal usia dia sembilan tahun dah boleh mula pakai braces. Okaylah korang! Rasanya sampai sini aje bebelan YY untuk hari ini. Hari ini kita semua belajar pasal gigi susu dan gigi kekal disebabkan sifat curiosity YY. Kira not bad jugalah untuk orang yang baru nak ambil tahu kan. Haha!

Till we meet again, Assalamualaikum

Sumber: http://bit.ly/2pJ9ncY

6 comments:

  1. Kenapa bulan Mac, klinik gigi swasta tak charge untuk pemeriksaan biasa, ya? Ada peristiwa istimewa ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada kerjasama dengan colgate kalau tak silap saya.

      Delete
  2. Umi sedih ank 2 thn jtuh tercabut gigi...giginya putih bersih cantik lgi...agk2 bila la nk tumbuh gigi lg...😨

    ReplyDelete
    Replies
    1. kesiannya dia
      malangnya saya takde jawapan
      bawa jumpa doktor gigi ye

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...