5 Cara Mengenali Pendera Seksual Kanak-Kanak
5 Cara Mengenali Pendera Seksual Kanak-Kanak | Dahulu, perkataan sexual abuser atau pendera seksual merupakan sesuatu yang sangat tabu untuk dibincangkan. Kini, seiring dengan peredaran zaman, masyarakat lebih terbuka terutama dalam melindungi kanak-kanak dari pemangsa seksual. Jadi tidak hairanlah jika kebelakangan ini terdapat banyak kes-kes yang melibatkan serangan seksual terhadap kanak-kanak didedahkan media. Bahkan pelbagai tips dan panduan dikongsikan bagi membantu ibu bapa melindungi anak-anak dari pemangsa seksual.Cuma yang menjadi masalah, sesiapa sahaja di sekililing kita boleh jadi pemangsa seksual. Sama ada kita kenal atau tidak. Ditambah pula pendera seksual merupakan seorang yang bijak memanipulasi. Tapi kita juga tak boleh main serkap jarang. Ia boleh menimbulkan chaos dalam masyarakat dan paling kejam akan menyebabkan gangguan emosi kepada tertuduh. Lagipun korang harus ingat bahawa bukan semua pedophiles adalah pendera seksual. Bunyi macam pelik, tapi itu fakta tau!
Lindungi anak-anak kita dari pemangsa seksual |
YY sebagai seorang Mama juga sangat concern dengan hal ini. Sentuhan selamat (akan YY bincangkan di dalam blog kelak) sering YY dedahkan pada Afif dan Aisyah sebagai salah satu cara YY melindungi mereka dari syaitan bertopengkan manusia. Di bawah ini YY kongsikan lima cara untuk membantu ibu bapa seperti YY mengenali profil pontesi pendera seksual kanak-kanak.
1 - Sesiapa sahaja boleh menjadi pendera seksual
Pendera seksual tidak berkongsi ciri-ciri fizikal, pekerjaan, hobi mahupun jenis personaliti yang sama. Mereka mungkin wujud di dalam mana-mana kaum, jantina mahupun agama. Kebanyakkan pendera seksual adalah mereka yang disenangi di dalam masyarakat. Mereka ni dari segi appearance kelihatan menarik dan baik, tapi pemikiran Nauzubilah!
Jangan ketepikan sebarang keraguan atau syak wasangka pada bahawa seseorang yang kita rasakan boleh menjadi pendera. Terutama apabila anak kita menunjukkan rasa resah atau gelisah dengan kewujudan atau kehadiran mereka. Ingat, "ALL CHILDREN who disclose about their abusers SHOULD BE BELIEVED"
Sesiapa sahaja boleh jadi pendera seksual |
2 - Kebanyakkan pendera seksual dikenali kanak-kanak
Menurut statisti yang YY baca, 30 peratus daripada kanak-kanak didera adalah oleh mereka yang mempunyai pertalian darah seperti bapa kandung, bapa saudara, datuk kandung dan tiri. Manakala 60 peratus kanak-kanak pula didera oleh dewasa yang tidak biasa tetapi sangat dikenali oleh mangsa seperti pengasuh, guru dan jurulatih. Lebihan 10 peratus daripada kanak-kanak pula diserang oleh orang yang tidak dikenali.
Pendera seksual kebiasaannya dikenali |
Berdasarkan statistik di atas kita boleh rumuskan bahawa 90 peratus kanak-kanak didera oleh orang yang mereka kenali. YY sangat sarankan korang tanamkan sedikit rasa syak wasangka terutama apabila melibatkan keselamatan anak-anak. Video di bawah adalah bukti kesahihan statistik di atas. Ia menceritakan seorang bapa tiri yang sangat baik di mata si ibu merupakan pendera seksual.
Antara yang menarik perhatian YY dalam petikan video tersebut di mana Catherine mengatakan, "They are the people we trust with our kids EVERY DAY"
Walaupun sesiapa sahaja boleh menjadi pemangsa seksual, kebanyakkan ciri yang hampir sama yang wujud pada pendera seksual adalah mereka pernah menjadi mangsa dera sama ada secara fizikal atau seksual. Ada juga yang mempunyai masalah mental seperti gangguan personaliti. Ada sumber yang YY baca mengatakan bahawa hanya lelaki yang mengamalkan homoseksual lebih cenderung menjadi pendera.
Malangnya maklumat berkenaan tidak tepat. Semua lelaki berkemungkinan equally mempunyai pontesi menjadi pendera. Begitu juga dengan wanita.
Lelaki mempunyai potensi besar menjadi pendera |
4 - Tingkah laku pendera seksual
Pedophiles mungkin mempunyai pekerjaan yang membolehkan mereka untuk berada di persekitaran yang dikelilingi kanak-kanak, atau mencari jalan untuk menghabiskan lebih banyak masa dengan mereka. Manakala pendera seksual pula cenderung untuk bercakap atau melayan kanak-kanak seolah-olah mereka adalah orang dewasa. Mereka juga sering mendakwa bahawa mereka sangat menyayangi kanak-kanak atau mereka berasa seolah-olah mereka masih kanak-kanak.
Ingat ye, ada beza antara pedophiles dan pendera seksual kanak-kanak.
Pendera seksual cenderung melayan kanak-kanak seperti orang dewasa |
5 - Perhatikan kepada tanda
Di dalam bahasa Inggeris, perkataan "grooming" digunakan sebagai merujuk kepada kepada taktik yang digunakan pendera untuk mendapatkan kepercayaan kanak-kanak (dan kadang-kadang ibu bapa) untuk menjadi mangsa seksual mereka. Pendera seksual akan berusaha untuk menjadi rakan kepada keluarga mangsa, adakala menawarkan diri untuk menjaga kanak-kanak, mungkin membelikan sesuatu atau menghabiskan masa lapang bersama.
Kebanyakkan pendera seksual tidak akan melakukan sebarang serangan sehingga mereka mendapat kepercayaan kanak-kanak terbabit.
"Grooming" sering digunakan bagi mendekati kanak-kanak |
Pendera seksual kebiasaannnya akan menggunakan pelbagai teknik atau taktik untuk mendapatkan keyakinan kanak-kanak, seperti menyimpan rahsia (rahsia penting bagi kebanyakan kanak-kanak kerana mereka menganggap diri mereka seperti seorang dewasa dan rasa berkuasa). Selepas mendapat keyakinan, pendera seksual mungkin akan mendedahkan kanak-kanak dengan permainan berbentuk seksual dan bahan berunsur lucah. Sentuhan fizik akan bermula seperti peluk dan cium.
Mereka juga sedaya upaya mewujudkan rasa kasih sayang pada diri kanak-kanak disusuli dengan peras ugut mahupun rasuah. Perlu diingat bahawa taktik ini pada dasarnya digunakan untuk mengelirukan kanak-kanak. Video di bawah adalah contoh bagaimana penjenayah seksual (jiran dan rakan baik keluarga) menggunakan taktik untuk mendapatkan kepercayaan kanak-kanak bernama Komal sebelum menjadikan Komal mangsa kepada jenayah jijik jiran tersebut.
Berikut pula adalah maklumat tambahan yang korang perlu ingat :
1. Jika kanak-kanak seorang yang suka menyendiri atau sentiasa keseorangan, ia menjadikan mereka sasaran mudah pemangsa. Take part dalam kehidupan anak-anak. Boleh mulakan dengan bertanya tentang sekolah mereka atau kenali rakan-rakan mereka. Ingatkan mereka untuk sentiasa berada di dalam kumpulan. Ia adalah sangat penting dan dalam kebanyakkan kes, ia boleh menyelamatkan anak kita.
2. Pedophile adalah seseorang yang mempunyai keinginan atau minat secara seksual terhadap kanak-kanak. Manakala seorang abuser adalah mereka yang mengambil kesempatan ke atas kanak-kanak secara seksual tanpa mengira alasan.
Baca Paedophilia - Semua ibubapa patut TAHU!
3. Terdapat perbezaan yang jelas antara istilah pedophile dan pendera seksual kanak-kanak. Bukan semua pedophiles merupakan pendera seksual kanak-kanak dan begitu juga sebaliknya. Selalunya, terdapat motif tersembunyi untuk tingkah laku tidak bermoral tersebut dan ada yang secara tiba-tiba. Sumber yang YY baca mengatakan, ramai pedophiles mempunyai ketakutan pada minat mereka sendiri.
4. Ini tidak bermakna bahawa kita harus mempunyai rasa simpati kepada pedophiles. Apa yang mereka lakukan tetap sesuatu yang salah dan tidak normal.
Stop sexual abuse |
YY harap apa yang YY kongsikan hari ini dapat membantu korang melindungi anak-anak korang dari syaitan bertopengkan manusia. Masih belum terlambat untuk bertindak. Mulai hari ini kita perbetulkan semula keadaan ni dengan memberi perhatian kepada anak-anak kita. Lindungi mereka dari pedophiles. Antara yang paling mudah adalah berhati-hati memilih gambar anak untuk di upload di media sosial. Ingat, pedophile adalah seseorang yang mempunyai keinginan seksual terhadap kanak-kanak.
Bagi melindungi anak-anak kita dari pemangsa seksual pula, ajar anak-anak mengenai sentuhan selamat. Pastikan mereka faham bahagian badan yang tidak boleh disentuh oleh sesiapa pun. Badan mereka adalah hak mereka. Mereka berhak untuk berkata tidak kepada sesiapa pun termasuk diri kita sendiri. Korang juga perlu wujudkan komunikasi dua hala antara korang dan anak-anak. Paling penting, percaya pada setiap cerita anak-anak korang terutama apabila melibatkan sesuatu yang agak sensitif.
Ya Allah, Ya Tuhanku, aku memohon perlindungan dengan kalimat-Mu yang sempurna dari segala gangguan syaitan, binatang atau serangga berbisa, dan segala pengaruh mata jahat terhadap anak-anakku. Tuhanku, turunkan keberkatan-Mu pada anak-anakku. Jangan izinkan sesuatu kecelakaan kepada mereka. Aamiin
Sumber: http://bit.ly/2ohL0i7
0 dah komen (^_^):
PERHATIAN:
Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.
Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.
Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN
Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA
✿ Yana Yani ✿