Setiap Yang Bernyawa Pasti Akan Merasai Mati

10:31:00 am Yana Yani 4 Comments

Setiap Yang Bernyawa Pasti Akan Merasai Mati | Kita semua tahu bahawa satu hari nanti kita semua, tanpa mengira usia, darjat, jantina mahupun bangsa, kita pasti akan menghadapi kematian. Mati itu PASTI! Malahan bab ini sudah dijelaskan dengan tegas di dalam Al-Quran. Salah satunya di dalam surah Al-Anbiya ayat 35 di mana dalam ayat tersebut, ia mengatakan bahawa setiap makhluk yang bernyawa pasti akan merasai mati. Tiada satupun yang kekal, kecuali DIA yang SATU.

Setiap yang berjiwa pasti akan merasakan mati, Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai satu cubaan; dan kepada Kami lah kamu akan dikembalikan - Surah Al-Anbiya, Ayat 35

Yang kita tak tahu adalah bila, di mana dan bagaimana cara kematian itu akan menjemput kita. So bila menyentuh bab yang tu, ia boleh dikatakan sesuatu yang misteri. Sebab ianya kekal menjadi rahsia DIA, Tuhan Pencipta sekalian alam.

Baca: Mati itu PASTI

Setiap Yang Bernyawa Pasti Akan Merasai Mati
Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati

Minggu ni, YY sekeluarga mendapat perkhabaran duka.

Berita kepulangan jiran sebelah rumah YY kepada DIA yang SATU merupakan sesuatu yang sangat mengejutkan kami sekeluarga. Kami, dua keluarga ini, boleh dikatakan sangat rapat. YY dan isteri arwah sering bertukar juadah masakan. MyChintaHati dan arwah pula kerap berborak berjam lamanya di laman rumah. In fact, anak arwah merupakan kawan baik Afif dan Aisyah. So bila kami mendapat perkhabaran yang arwah sudah kembali mengadap TUHAN pencipta alam, ia sangat mengejutkan.

Arwah lebih muda dari YY dan MyChintaHati. Baru berusia 32 tahun. Ia secara tak langsung melahirkan rasa keinsafan pada diri YY. Memberi mesej jelas yang mati itu pasti. Ia boleh berlaku di mana sahaja dan tidak mengenal usia.

Baca: Pemergian Yang Tak Diduga

Setiap Yang Bernyawa Pasti Akan Merasai Mati
Mesej dalam komunti taman perumahan YY

Selepas mendapat perkhabaran duka tersebut, YY dan keluarga disertai dengan jiran-jiran yang lain menziarahi jenazah. Menurut cerita yang didengari, arwah meninggal ketika tidur berdasarkan keadaan mayat yang ditemui dalam keadaan berbaring di atas katil oleh isteri arwah. Hasil bedah siasat yang dilakukan, punca kematian adalah asphyxia atau dalam bahasa mudah, kekurangan oksigen di dalam badan.

Keesokkan harinya, YY dan MyChintaHati berpeluang menziarahi jenazah buat kali terakhir. Kami juga mengiringi jenazah sehingga ke kubur.

Bayangan si anak yang menangis ketika melihat jenazah buat kali terakhir masih segar di dalam ingatan YY. Korang tau, anak ini cukup petah berkata-kata. Tutur kata dia seolah tidak padan dengan usia. Dia juga punyai senyuman yang sangat manis. Tapi hari itu, YY tak dengar dia bercerita seperti kebiasaannya. Hari itu juga buat pertama kalinya YY melihat dia meratap pilu. Aduh, sebak YY melihat keadaan dia. Tak sanggup menatap babak itu lama-lama. Anak itu kini sudah menjadi yatim.

Setiap Yang Bernyawa Pasti Akan Merasai Mati
Mati adalah pasti

Jadikan cerita yang YY ceritakan di atas sebagai satu pedoman. Sooner or later kita semua pasti akan menghadapi kematian. So di hari Jumaat yang mulia ini, YY nak ajak korang semua mengingati kematian. Dengan mengingati mati, secara tak langsung ia akan melahirkan keinsafan. Automatik akan rasa takut melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah SWT. Kita pasti akan lebih fikirkan tentang bekalan dan amalan yang akan dibawa apabila tibanya saat kematian.

Mengingati mati tak cukup dengan hanya menyebut, "Aku takut mati". Kita perlu membayangkan ketika roh akan dicabut daripada jasad. Bayangkan bagaimana roh meninggalkan jasad kita. Bayangkan bagaimana perasaan kita ketika jasad dimandikan, dikapankan, dan ketika jasad kita diusung di dalam keranda. Malah kita juga perlu membayangkan keadaan jenazah kita yang diturunkan ke liang lahad sehinggalah saat disoal oleh malaikat Mungkar dan Nangkir.

Cuba bayangkan yang ini pula. Pada waktu kita sedang lena tidur, malaikat mengejutkan kita dari tidur dan dia berdiri dekat dengan kita. Kemudian malaikat menyebut kepada kita, “Wahai anak Adam, aku mencari setitis air untuk kamu minum, tetapi sudah tidak ada. Aku cari selangkah untuk kamu melangkah, sudah tidak ada. Aku mencari sepatah perkataan yang keluar daripada mulut kamu, tetapi sudah tidak ada. Wahai roh, sila keluar daripada jasad ini.”

Takut bukan?

Setiap Yang Bernyawa Pasti Akan Merasai Mati
Kita semua bakal menjadi mayat

Kita semua tahu dengan mengingati mati, ia memberi keinsafan bahawa hidup di dunia adalah sementara. Ia sekaligus menggerakkan diri kita untuk segera bertaubat.

Di dalam sebuah hadis menyebut pernah suatu ketika Rasulullah SAW duduk di kalangan para sahabat baginda, lalu sahabat-sahabat bertanya kepadanya siapakah yang paling cerdik di kalangan mereka. Baginda bersabda, mereka yang cerdik ialah orang yang sentiasa menyebut tentang kematian, orang yang mempersiapkan dirinya untuk menghadap Allah suatu ketika nanti, maka itulah secerdik-cerdik manusia. Rasulullah bersabda, orang ini tatkala pergi menghadap di depan Allah, dalam keadaan yang penuh dengan kemuliaan dunia (Riwayat Abdullah bin Umar r.a).

Marilah kita sama-sama beringat yang kita akan kembali kepada DIA satu hari nanti. Ingat DIA di setiap kesempatan yang ada, tidak kira di mana dan dalam keadaan apa sekalipun kerana apabila kita mengingati ALLAH, sudah pasti ALLAH juga akan mengingati hamba-Nya.

Sumber: http://bit.ly/2p2bl7V

4 comments:

  1. al fatihah
    entry yg sangat berkmakna

    ReplyDelete
  2. Innalillahiwainnailahirojiun...ya setiap yang bernyawa pasti merasai mati. Bersedialah kita untuk melaluinya

    ReplyDelete
  3. Mati itu pasti.. tak cepat atau lewat walau sesaat pun.
    Al Fatihah untuk keluarga arwah..

    ReplyDelete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...