Kehangatan Pertandingan Karaoke 1Min2Fame Vol.2 di Klang Parade
Kehangatan Pertandingan Karaoke 1Min2Fame Vol.2 di Klang Parade | Sabtu baru ni YY berkesempatan menyaksikan pertandingan karaoke 1 Min 2 Fame yang telah dianjurkan buat kali kedua oleh K Song Family KTV di Klang Parade. Memang sangat meriah! Bayangkan sampai sekarang pun YY teringat kehangatan pertandingan yang disertai seramai 15 orang. Khabarnya kesemua peserta di pilih berdasarkan video yang mereka siarkan di Instagram peribadi masing-masing dengan menggunakan hashtag #KSongKaraoke, #KlangParade dan #1Min2FameMenambahkan kehangatan pertandingan ini adalah ia di"kemudi" oleh Azizi Zakaria yang sangat happening. Pandai dia buat orang melekat tau. Lepas tu, barisan juri pun bukan sebarangan. Ada Dina Nadzir yang kini lebih aktif menjadi DJ radio. Lepas tu, ada Riz Zaizizi. Jujurnya kan, YY tak kenal siapa mamat ni. Mujur ada Google. Barulah YY tahu yang dia merupakan salah seorang peserta Akademi Fantasia musim keenam. Well, faktor usia mungkin antara penyebabnya. Haha!
Barisan juri yang terdiri dari Dina Nadzir dan Riz Zaizizi |
Pengacara yang sangat cute. Eh, silap! Happening! Haha! |
By the way, penganjur pertandingan karaoke ni, K Song Family KTV merupakan pusat karaoke yang terletak di Tingkat Lima, Klang Parade. Ia dibuka setiap hari bermula 10 pagi sehingga tiga pagi tau. Sape yang kaki karaoke tu, jangan lupa singgah kat sini eh.
Berbalik pada cerita pertandingan tadi, walau ia hanya pertandingan karaoke, tapi jangan memain tau! Semua peserta hebat-hebat belaka ditambah dengan sistem bunyi yang sangat awesome! Korang bayangkan, YY nak gerak ke tandas pun rasa cam melekat. Tapi tipulah kalau YY kata YY melekat aje kat situ. Haha! YY just nak gambarkan kehebatan peserta yang terlibat. Lepas seorang peserta ke peserta yang lain buat persembahan, korang jadi susah nak predict siapa pememang.
Nampak tak betapa meriahnya pertandingan karaoke ni. |
Blogger Reef adalah antara salah seorang peserta |
Memang masing-masing, hebat-hebat belaka! Sebab tu YY tak boleh jadi juri! Memang confirm semua orang YY jadikan pemenang kang! Haha! Anyway kalau korang nak tahu, salah seorang peserta pertandingan tu adalah Blogger Reef. YY pun baru hari tu tau dia participate. Tapi kan, memang best giler dia nyanyi. Meremang dibuatnya. Kalau korang nak tengok persembahan dia, korang boleh usha video tu di Instagram Reef, @reefoffical.
Hasil dari markah yang diberikan oleh para juri, maka pememang pertandingan karaoke 1 Min 2 Fame Vol. 2 anjuran K Song Family KTV adalah seperti yang tersenarai di bawah. Blogger Reef adalah salah seorang pemenang! Tahniah Reef!
Johan: Faisal Md Saad
Naib Johan : Ardi Gunsuh
Tempat ketiga: Shariffudin Azhar Omar (Blogger Reef)
Ni lah dia barisan pemenang yang berjaya menambat hati juri |
Sempat Dina Nadzir buat persembahan |
Sebelum YY menonton pertandingan karaoke yang sangat happening tu, YY sempat menjamu selera di food court yang terletak di Tingkat Lima. Anyway, lama giler YY tak makan dekat sini. Satu ketika dulu YY kerap juga makan dekat sini sebab tempat YY kerja dulu terletak di belakang Klang Parade ni aje. Tapi masa tu masih bangunan lama. Lepas diorang buat renovation shopping mall ni, memang YY tak pernah sampai dah.
Tapi kan korang, food court di Klang Parade dikenali sebagai Next Food Junction. Sangat besar tau sebab ianya terbahagi kepada dua seksyen iaitu makanan Halal dan tidak Halal. So takde isu in term of makanan. Tinggal pilih aje nak makan apa. Jangan rambang mata sudahlah sebab pilihan makanan kat sini agak huge. Mujur YY memang dah aimed nak makan makanan Western aje.
Ruang makan di Next Food Junction |
Jumpa dah restoran yang menjual Western food! Yeah! |
Dalam banyak-banyak menu yang tersenarai, YY tertarik dengan Butter Rice With Grill Chicken Chop. Harga dia adalah RM12.90. Memang okay sangat pada YY. Rasa grill chicken chop tu best sangat pada tekak YY. Kalau datang lagi, memang YY nak order benda yang sama. Confirm! Air pula YY beli jus oren yang berharga RM4.50. Hak ni pun not bad. Especially kalau dinilai dari segi kepadatan rasa.
Butter Rice With Grill Chicken Chop |
Bila kenyang, senang hati (^_^) |
Sebelum makan tu pula, YY pergi shopping di Tingkat Satu dulu. Memang best giler korang weh! Lagipun cer cakap perempuan mana yang tak seronok bila dapat shopping kan. Dia punya feeling tu dah macam dunia ni, kita yang punya. Lepas tu duit pun dah macam air paip mengalir laju aje kalau tak beringat. Silap percaturan, mau hujung bulan makan serdak biskut aje! Haha! YY pun nyaris jadi macam tu bila pergi ke Next Ladies.
Melangkah aje ke bahagian depan Next Ladies, istighfar panjang YY dibuatnya korang weh! Baju-baju dekat situ cantik giler! Serius! Tak tipu! Dah lah murah!
Berpinar biji mata sebelum masuk |
Memasing muka excited sebelum shopping |
Harga blouse mahupun dress di sini boleh dimiliki serendah RM20 tau. In fact ada macam-macam pilihan warna dan juga design. Memang rambang mata! Kalau YY dibagi RM1000 pun belum tentu puas nak membeli dekat situ. Satu peringatan dari YY, pastikan korang dah jelajah ke setiap ceruk butik sebelum buat keputusan nak beli. Butik Next Ladies ni, tersangatlah luas korang weh! Jangan jadi macam YY, dah beli, baru nampak yang lagi murah. Tak guna! Haha!
Terasa cam nak pitam tengok pilihan baju yang ada |
Nampak tak muka kepuasan tu dengan diapit Dina Nadzir |
Sabtu lepas memang antara hari yang sangat menyeronokkan. Tak sangka semua tu boleh didapati dalam satu bangunan yang sama. Klang Parade. Dapat tengok kehangatan pertandingan karaoke anjuran pusat karaoke popular, K Song Family KTV. Not to forget menjamu makanan yang menyelerakan di Next Food Junction and of course, shopping di Next Ladies.
Oh ya, sebelum YY terlupa. YY difahamkan ada banyak lot kedai yang boleh disewa di Klang Parade. So pada sesiapa yang ada perniagaan dan berminat nak buka stall di Klang Parade, korang boleh hubungi Cik Azel di talian +6012 313 8668.
Jom berniaga di Klang Parade |
Kalau korang singgah ke bandar Klang, pastikan korang datang ke Klang Parade tau. Sebab semuanya ada dekat sini (^_^)
NEXT Ladies
K Song Family KTV
NEXT Food Junction
cantik2 blous tu.harga pun tak mahal, ok
ReplyDeleteHarga pakaian bermula dengan RM20? Memang rambanglah mata, meremang bulu tengkuk tahu! Kalau adalah... ^_^
ReplyDeleteAmboi, YY! Pi tengok pertandingan karaoke tak ajak teman! Enjoy sorang-sorang jerk. Mana pi MyChintaHati busyuk-busyuk manja semua? Dok belakang tabirkah mereka? Hahaha!
Honestly speaking, walaupun saya kaki ukur jalan, belum pernah sampai lagi ke Klang Parade. Klang dah sampai. Port Klang dah terjah. Makan-makan pun sudah. Klang Parade rasanya tak pernah mai lagilah, YY!
memang sedapkan chicken chop with butter rice tu? hehe
ReplyDeletewww.neezalife.com
Betul tu, cn dh byr br perasan ada lg blouse yg cantik n murah, stress mak 😅
ReplyDelete