Afif Bercerita Tentang Gadis dan Kahwin
Afif Bercerita Tentang Gadis dan Kahwin | Terasa agak lama YY tak bercerita perihal Afif dan Aisyah dalam blog. Sebenarnya memang sengaja YY "sorokkan" diorang dari dunia maya ni. Diorang ada aje, sedang membesar dan makin aktif. At this moment, masing-masing tengah sibuk dengan rutin sebagai pelajar. Tapi kan, YY terasa cepat betul masa berlalu. Nak suruh diorang kecil balik, memang mission impossible. Nampaknya gayanya nak kena consider penambahan ahli baru ni. Haha.Afif, pada usia yang menghampiri sembilan tahun, boleh dikategorikan sebagai seseorang yang talkative. Ada sahaja cerita yang nak diceritakan. Kalau ambil dia balik sekolah, dah macam reporter melaporkan sesuatu berita ditempat kejadian. Time ni memang kebiasaannya segala benda dia akan ceritakan. Dari tak puas hati dengan harga makanan yang dia rasakan sangat mahal sehingga ke cerita betapa teruknya kawan-kawan dia yang mengejek dia tak pandai main badminton.
Kalau hari tu dia tiba-tiba senyap, something must going on. Sejak dah jadi Mama ni, YY pun dah dianugerahkan kuasa psikik. Don't play play!
Kompang dipalu, pengantin malu...ewah!! |
Anyway, bercerita tentang tajuk yang YY share ni. YY nak ceritakan perbualan antara YY dan Afif yang berlaku baru-baru ni. Dua dialog di bawah, sekali dengar terasa nak marah. Yelah, umur camtu dah pandai nak cerita bab serius. Tapi at the same time terasa agak kelakar. Hilang pula rasa nak marah tu. Haha
Dialog nak kahwin
Afif: Mama, Afif rasa nak kahwin lah
(Terlopong Mama ni dok dengar respond dia camtu. Tapi cover line lagi. Cuba mengawal emosi dan minda dan jawab dengan setenang yang mungkin)
Mama: Ingat senang ke kahwin tu
Afif: Senanglah! (Eh, dengan tak bersalah dia jawab. Ada yang makan siku ni kang!)
Mama: Senang? Cuba cerita senang macamananya.
Afif: Pakai baju cantik-cantik, ambil gambar, ada kompang, bagi orang makan. Lepas tu pergi hospital, dah dapat baby (Amboi, senang betul kahwin rupanya ye)
Mama: Dah tu, camne nak bagi isteri dengan anak Afif tu makan?
Afif: Banklah!
Mama: Mana pula datangnya duit dari bank tu
Afif: Mama dengan Papa lah! (Ni memang nak kena makan siku tau! Kuang asam betul!)
Posing di majlis perkahwinan bebaru ni |
Dialog ada gadis
Afif: Mama! Afif ada berita gembira!
(Mak tak sabar ni nak! Ni mesti nak bagitau result periksa giler gempak ni!)
Mama: Berita gembira? Apa dia?
Afif: Afif dah ada gadis baru! (Dengan muka excited dan langsung tak rasa bersalah)
(I was like, what? Gadis? Gadis merujuk kepada girlfriend bagi pemahaman Afif)
Mama: Amboi! Bukan main kau ye. Makan pun Mama suap lagi...bla...bla...bla...ada hati nak ada gadis! Mama dulu kecil-kecil tak pandai pun nak ada pakwe ke, makwe ni!
Afif: Mama kena menjiwai. Baru Mama rasa (Selamba badak kau jawab camtu ye! Memang nak makan siku budak ni tau!)
Mama: Ewah! Bla....bla...bla...(dan leteran pun bersambung)
Afif dan Aisyah |
Pada usia macam Afif ni, mereka sangat naïve. Apa sahaja minat kebanyakkan dipengaruhi oleh faktor persekitaran. Mungkin tak keterlaluan untuk YY katakan yang dia sebenarnya tak faham langsung apa yang dia katakan. Sebab tu rumusan yang dia berikan seolah sangat mudah. Of course sebagai seorang Mama YY cuba memberi nasihat sebaik mungkin. Penekanan tentang baik buruk tu perlu terutama dalam zaman yang penuh cabaran ni. But then, why so serious?
Kadang YY layankan juga cerita pasal pakwe makwe diorang ni. Haha
Dialog Aisyah suka Iqmal
Adik: Adik suka Iqmal
Mama: Siapa Iqmal?
Adik: Alah, dia naik van Cik Normah dengan Adik
Mama: Oh! Lelaki ke perempuan?
Adik: Lelaki macam Abang. Tapi Iqmal lagi handsome! (Penuh confident dia jawab dengan senyuman macam gambar dekat atas)
(Afif bengang, lepas tu terus menyampuk)
Afif: Jahatlah Adik ni! Abang banyak gadis pun tak pernah kata Adik tak comel!
Adik: Alah! Memang Abang tak handsome! (Okay, ni buat Mama nak gelak guling-guling)
Ya Tuhan kami, jadikanlah kami berdua orang yang berserah diri kepada-Mu dan (jadikanlah juga) di antara keturunan kami umat yang berserah diri kepada-Mu, dan tunjukkanlah kepada kami manasik (cara-cara dan tempat-tempat ibadat haji) kami, dan terimalah taubat kami. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Penerima taubat, Maha Penyayang - Surah Al-Baqarah Ayat 128
Hihihi.. cute jer alif dan Aisyah ni..
ReplyDeleteCepat lah mama dapat menantu nanti...
Irfan sekarang, kalau saya usik dah ada girlfriend ke belum, dia mcm buat muka.. dan mesti ckp yg girl ni suka sgt bagi masalah.. then, why nak ada girlfriend??..
haha, tergelak baca..
ReplyDeleteada satu video budak kecik yg merengek2 nak kawin nak kawin..alolo comei betul merengek2 nak kawin nak kawin. tah faham ke tak kawin tu apa..hahaa
Hihi..... tak lama lagi dapat menantulah gamaknya ye awak YY . Anak dah tak sabar tu nampaknya nak melamar gadis haha
ReplyDeleteYelah mmg mereka tak faham apa pun sebenarnya. Cuma kita je yg gedik melayan . Sebenarya suka dengar dia punya jawapan tu....