Cara Mengelak Kesakitan Dialami Ketika Tidur
Cara Mengelak Kesakitan Dialami Ketika Tidur | Menurut kajian Sains, kita memperuntukkan lebih kurang satu pertiga kehidupan kita dengan tidur. Tidur dari sudut Sains merujuk kepada keadaan semulajadi untuk minda dan badan berehat dengan kedua mata ditutup. Dalam bahasa mudah ia merujuk kepada keadaan di mana kita berehat sepenuhnya dalam keadaan tidak sedar dengan kedua mata terpejam. Jelas sekali tidur merupakan satu nikmat kurniaan Allah kepada manusia.Ia seperti yang dijelaskan di dalam Al-Quran yang maksudnya seperti berikut:
Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah tidurmu di waktu malam dan siang hari dan usahamu mencari sebagian dari karunia-Nya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang mendengarkan - Surah Ar-Rum ayat 23
Tidur yang cukup dan berkualiti mampu membuat tubuh badan kita sihat dan cergas. Tapi tahu tak bahawa kualiti tidur kita banyak bergantung kepada postur tidur kita?
Imej http://bit.ly/2ofwytY |
Yup! Banyak kesakitan yang kita alami ketika tidur adalah disebabkan postur tidur yang salah. Contoh seperti sakit leher dan bahu. Bila bangun tidur, sakit sangat di bahagian tersebut. Ia sekaligus beri impak ketika kita bekerja di siang hari. YY paling kerap kena cramps yang antara lain adalah disebabkan penyakit yang memang YY hidapi. Sakitnya Tuhan ajelah yang tahu bila cramps menyerang time tidur.
Hari ni YY nak kongsikan cara dari sudut Sains yang mampu membantu mengelakkan kesakitan yang dialami ketika tidur.
1) Sakit Bahu
Sakit bahu |
Jika korang bangun tidur dengan bahu sakit, elakkan tidur secara mengiring, terutamanya pada bahu yang terasa sakit. Korang juga tidak digalakkan untuk tidur secara meniarap kerana ia hanya akan menambah kesakitan. Cara yang betul adalah dengan baring secara terlentang dengan bantal yang sesuai.
Korang juga disarankan untuk memeluk bantal lain kerana ia amat membantu dalam memberikan kedudukan bahu yang betul dan stabil. Jangan tidur dalam keadaan tangan di bawah kepala kerana ia menghasilkan kedudukan bahu yang luar biasa. Ia juga boleh menjadi faktor kesakitan pada bahu.
2) Sakit Leher
Sakit leher |
Jika korang mudah terkena sakit leher, tidur secara terlentang dengan bantal di bawah kepala dan bantal di bawah setiap lengan adalah solution terbaik. Korang juga perlu memilih bantal yang bersesuaian.
Boleh tidur secara mengiring, tapi pastikan bantal yang digunakan tidak terlalu tinggi. Ketinggian bantal harus bersesuaian dengan lebar bahu. Ia bertujuan membantu memberikan kedudukan yang betul pada leher. Korang juga dinasihatkan jangan tidur secara meniarap kerana ia akan memberi ketegangan kepada leher yang sakit.
3) Kejang Kaki (Cramps)
Cramps |
Kejang kaki atau cramps adalah masalah biasa bagi pesakit tiroid seperti YY. Cramps adalah keadaan apabila bahagian otot di kaki mengetat secara tiba-tiba. Menurut statistik, hampir 80% daripada orang yang mengalami masalah ini, adalah disebabkan masalah kesihatan yang mereka alami sama ada disedari ataupun tidak. Kalau terlalu kerap, korang dinasihatkan berjumpa doktor. Tapi doktor pun hanya akan bagi ubat sapu atau makan bagi mengurangkan kesakitan.
Hanya ada satu penyelesaian bagi mengurangkan kesakitan akibat cramps. Korang kena bersenam. Yup, bersenam! Itu aje solution bagi menguatkan bahagian yang sering terkena cramps. Selain dari tu, korang boleh juga mengurut bahagian yang kerap terkena cramps sebelum tidur. Tapi bersenam tetap cara yang paling digalakkan.
4) Sakit Pinggang
Sakit pinggang |
Kalau korang mempunyai masalah sakit piggang, korang kena pastikan lengkung tulang belakang berada dalam keadaan normal. Maksudnya jangan bagi sebarang tekanan pada tulang belakang. Jika tilam terlalu lembut, korang perlu gantikan dengan yang lebih bersesuaian. Ada doktor yang menggalakkan tidur di atas lantai dengan alas yang tidak terlalu lembut.
Tidur secara terlentang adalah kedudukan yang terbaik. Korang juga dinasihatkan meletakkan bantal di bawah lutut untuk membantu tulang belakang berada dalam keadaan semula jadi. Ia juga membantu mengurangkan ketegangan. Korang juga boleh letakkan tuala di bawah bahagian bawah belakang sebagai alat sokongan tambahan.
Imej http://bit.ly/2np0rEE |
Itu sahaja yang YY dapat kongsikan berkenaan topik hari ini. YY harap perkongsian ini memberi manfaat bagi yang membaca. Ingat, kesakitan ketika tidur boleh dielakkan jika kita berada dalam posisi yang betul dengan disokong tilam dan bantal yang sesuai. Bangun di waktu pagi juga pasti lebih ceria (^_^)
Till we meet again, Assalamualaikum (^_^)
Sumber: http://bit.ly/2kEATnW
Akak selalu juga sakit bahu YY bila bangun tidur..
ReplyDeleteRupanya cara tidur kita juga..
Akak selalu tidur mengering kekanan mengikut sunah Nabi..
Tapi mungkin bantal akak yg tinggi tu yg tak kena..
Samalah dengan akak ni YY ..
Pesakit tyroid..
selalu gak cram kaki tu..
ju baru alami kaki cramp masa tdur pagi tadi.. rasa nak jerit nasib la mamai.. huhuhu sakit sgt ! 1st time kena mcm tu, rasanya mmg cara ju tdur salah =(
ReplyDeleteSaya dah terbiasa tidur mengiring. Kalau tidur terlentang tu, memang tak lena. Siap haribulan kena sleep paralysis pulak dah!
ReplyDeleteCramps tu pun biasa juga. Bila tiba musim memang asyik kena aje. Ini pun alhamdulillah, dah lama tak kena. Harapnya janganlah kena. Boleh beralih tempat tau sampai ke paha pulak!
semua aida tgk telentang kan?
ReplyDeletedgn bantal yg betol.
tq yy. jadi rujukan aida...
Nice sharing.nak tidur pun kene ada cara. Kalau tidak lenguh la sana sini.
ReplyDelete