Gara-Gara Terbayang Cerita Seram

7:42:00 am Yana Yani 5 Comments

Gara-Gara Terbayang Cerita Seram | Dua tiga menjak ni, dekat newsfeed Facebook, asyik dok keluar cerita seram aje. Alah yang cerita dekat rumah sewa Taman Medan tu. Kalau baca memang tak nafikan level seram semacam. Silap haribulan boleh terbayanglah apa yang diceritakan. Lagilah orang penakut macam YY ni. So siapa yang belum baca cerita seram dekat rumah sewa Taman Medan tu, boleh baca pautan yang YY sediakan di bawah. Kalau lemah semangat jangan baca tau. Hehe!


Pada YY, baca cerita seram memang menyeramkan sebab suasana cerita tu dibina berdasarkan imaginasi kita sendiri berbanding dengan menonton cerita seram. Lagipun feel dia lain sikit sebab level seram tu terbina hasil khayalan orang lain. Anyway, abaikan pasal tu sebab YY bukan nak elaborate cerita seram kat rumah sewa Taman Medan tu. YY nak cerita kejadian yang berlaku pada diri YY sendiri gara-gara dok terbayang cerita seram yang YY pernah baca.

Baca: Mana Lebih Seram?

Gara-Gara Terbayang Cerita Seram
Seram

Dulu masa dekat tempat kerja lama, office YY terletak di tingkat 21. Lama juga YY kerja dekat situ. Lebih lapan tahun. Tapi satu yang tak berubah sejak mula bekerja sehingga ke saat last day bekerja adalah YY tak akan ke tandas selepas waktu kerja. Kalau dah pukul enam petang, memang YY sanggup tunggu lif ke tandas ground floor walau keinginan membuang hajat ketika tu pada level memuncak. Ni gara-gara teringat cerita rakan office sebelah yang dengar cerita dari makcik cleaner.

So bila ke tempat kerja baru, pandangan YY pada tandas masih tak berubah. YY masih tak selesa ke tandas terutama apabila hari sudah lewat petang. Kadang kepala otak ni automatic dok terbayang benda yang bukan-bukan bila berada di dalam tandas. Nak dijadikan cerita, ada satu hari tu time YY berada di dalam tandas, YY terdengar seolah ada orang sedang bersin di luar tandas. Bila YY buka pintu, tak ada orang langsung. Mula-mula YY abaikan aje keadaan tu.

Tapi kalau setiap kali YY ke tandas dok dengar bunyi sama, emosi terganggu juga. Dari tak rasa takut, mula terasa takut. Dalam kepala otak dok fikir, "Dah kenapa "benda" ni dok suka sangat bersin". Seriously rasa takut, tapi still cover perasaan. YY tak pernah cerita pada sesiapa. Lagipun ada juga terasa yang ianya mungkin hanya perasaan YY sahaja. Masuk bulan ketiga YY di tempat kerja baru, akhirnya YY dapat detect dari mana bunyi bersin yang selama ni dok menghantui YY.

Rupanya bunyi bersin tu datangnya dari automatic air freshener!

Gara-Gara Terbayang Cerita Seram
Automatic air freshener

Cis! Kuang asam tau! Dah tiga bulan kerja baru YY nampak benda tu tergantung! Yang si pencipta automatic air freshener ni pun satu hal tau. Dalam banyak bunyi, kenapa bunyi bersin juga yang diorang dok buat. Saja bikin suspend pada insan berjiwa lemah macam YY ni tau. Haha! Ni semua gara-gara terbayang cerita seram. So moral dari cerita YY ni, jangan baca cerita seram. Selain dari takde faedah, ia juga hanya akan mengganggu ketenteraam jiwa korang. Haha!

Itu ajelah bebelan YY di hari Jumaat yang mulia ni. Take care korang ye. Oh, jangan lupa baca sepuluh ayat terakhir dalam surah Al-Kahf ye.

Till we meet again, Assalamualaikum (^_^)

5 comments:

  1. bunyi bersin diikuti bau wangi kan Yana, memang agak seram disitu hahahah

    oh citer yang kat Fb tu akak ada baca juga, tapi betul2 ke terjadi tu? ya kadang2 kalau baca cerita seram atau tengok cerita seram memang akan buat teringat2 jadi akak akan elakkan dari tengok cerita seram. cerita yang kat taman medan tu akak baca jugalah tapi macam malas nak fikir2 sangat heheh anggap macam cerita rekaan sebab kalau difikirkan jadi terbayang2 pulak bak pulak kalau en.azmi tak de kat rumah mau gelabah

    ReplyDelete
  2. YY sama je dengan sorang office mate saya ni, asal petang ke atas je takut gi tandas. Lagi2 bila ramai yg dok citer seram pasal toilet kat office tu & kami pulak kerja shift. Tapi actually takda benda pun . dah nak 3tahun lebih kerja okay je pergi toilet kul3-4 pagi, takda apa la. semua tu imaginasi je. hihi

    ReplyDelete
  3. Aduhai, YY! Kenapalah bikin petang saya jadi kacau-bilau. Ni nak diklasifikasikan sebagai kisah seram ke atau seram-seram sejuk aje? Dah 3 bulan baru perasan bunyi bersin tu apa ke bendanya ya ^_^

    Tapi memang betul. Perkara seram ni kalau kita ikutkan sangat menghayatinya memang terus jadi macam betul-betul berlaku. Saya peminat cerita seram. Suka baca cerita seram. Tapi kalau mengalaminya, sayalah yang pitam dulu ^_^

    Macam kes kat pejabatlah. Masuk bilik air sebelum waktu bekerja. Sunyi yang amat. Bunyi sikit aje dah terasa seram, dah meremang bulu roma. Tapi esok, lusa buat lagi masuk bilik air awal pagi sebab nak bermake-up ^_^

    ReplyDelete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...