Star Wars Lego Di Sunway Pyramid
Star Wars Lego Di Sunway Pyramid | Kami sekeluarga jarang ke Sunway Pyramid walau jarak antara shopping mall ini dengan rumah kami tidak begitu jauh. Kali terakhir kami singgah adalah sebelum kehadiran Aisyah dalam hidup kami. Salah satu faktor penyebab kami kami jarang ke sini adalah kawasan tempat letak kereta yang agak terhad. Ketika cuti bersempena sambutan Hari Natal baru-baru ini, kami mengambil kesempatan untuk ke kompleks yang seni binanya diinspirasi dari Piramid di Mesir.Ketika kami sampai ada event #GoRogueThisChristmas yang YY pasti bersempena dengan filem antologi Star Wars yang pertama, Rogue One: A Star Wars Story yang baru sahaja ditayangkan pada 16 Disember yang lalu.
Afif dan Aisyah bersama Darth Vader |
Dalam banyak-banyak watak dalam siri Star Wars, anak-anak YY cukup suka dengan watak Darth Vader yang merupakan bekas Jedi Knight. Kerana pengaruh dark side, Anakin Skywalker telah berubah menjadi Darth Vader. Entah kenapa ciri jahat pada Darth Vader telah menarik minat anak-anak YY. Kalau sebut Star Wars, memang nama Darth Vader yang akan disebut dahulu berbanding watak lain.
Darth Vader ni sebenarnya pernah tersenarai sebagai penjahat ketiga terbaik dalam sejarah perfileman yang dikeluarkan oleh American Film Institute (AFI) dalam 100 Years... 100 Heroes and Villains selepas Dr. Hannibal Lecter (The Silence of the Lambs) dan Norman Bates (Psycho).
Stormtropper |
Bagi yang mengikuti cerita trilogy Star Wars asal dimulai dengan Episode IV: A New Hope pada tahun 1977, kemudian Episode V: The Empire Strikes Back pada tahun 1980 sehingga Episode VI: Return of the Jedi pada tahun 1983 pasti mengetahui sejarah Darth Vader. Masa dalam Episode VI: Return of the Jedi, YY terasa agak sedih juga masa Darth Vader suruh anak dia, Luke remove topeng dia dan bagitau yang dia pernah menjadi orang baik sebelum dia mati.
Anyway Carrie Fisher yang merupakan pelakon yang melakonkan watak kembar Lucas, Princess Leia telah meninggal dunia pada 27 Disember 2016 yang lalu.
Princess Leia, Chewbacca dan Han Solo |
Sejarah jujurnya, YY hanya mengikuti cerita Star Wars ketika filem prequel trilogy pertama dipertontonkan iaitu Episode I: The Phantom Menace pada tahun 1999.
Masa ni diorang bercerita pasal Anakin Skywalker masa dia kecil. Diikuti Episode II: Attack of the Clones pada 2002 dan Episode III: Revenge of the Sith pada 2005. Perubahan watak dari seorang hero yang bercinta dengan seorang puteri cantik kepada penjahat yang kejam memang sangat menarik dalam prequel trilogy ni. Itulah yang merupakan faktor penyebab YY reverse tengok trilogy asal selepas berakhirnya prequel trilogy semata-mata nak fahamkan jalan cerita.
Obi-Wan Kenobi, Luke Skywalker dan Yoda |
Tapi lepas tu YY dah tak tengok dah cerita Star Wars. Sequel trilogy dia, Episode VII: The Force Awakens yang dikeluarkan pada tahun 2015, YY tak tengok pun lagi. Lagilah filem antologi yang baru dikeluarkan, Rogue One: A Star Wars Story, memang tak jugalah jawabnya. Alasan tak logik yang YY boleh berikan adalah screenwriter dia bukan lagi George Lucas. Tapi alasan yang paling meyakinkan adalah YY tak sempat nak tengok dan mungkin bahasa paling tepat dah malas nak follow.
Obviously YY bukan peminat tegar filem ni. Hehe! Tapi nampak gayanya anak-anak pula yang mula menunjukkan minat menonton cerita francais paling epik dalam sejarah Amerika ciptaan George Lucas ni. Lepas ni akan ada lagi filem Star Wars yang akan dikeluarkan setiap tahun sehingga 2020. Siapa yang minat tu, jangan lupa tengoklah ye.
Stormtropper dan Royal Guard |
C-3PO dan R2-D2 |
Berbalik kepada cerita Star Wars Lego tadi, Afif adalah manusia paling teruja. Tak terkecuali Aisyah. Aisyah siap boleh mengajuk lagu tema Darth Vader sepanjang keberadaan kami di sana. Seronok betul dia bila dapat jumpa watak "villains" kegemaran. Hehe! Diorang memang sangat seronok hari tu.
Nak dijadikan cerita, sebab dah lama tak jejakkan kaki di Sunway Pyramid, kami sesat. Terpusing-pusinglah kami anak beranak dok cari jalan keluar. Boleh pula YY dan MyChintaHati lupa jalan kami mula masuk. YY harapkan dia ingat, dia pula harapkan YY. Memang mendapatlahkan. Masa dok terpusing-pusing tu, terasa besar pula Sunway Pyramid ni. Kaki sampai letih dok cari jalan keluar. Rasa macam dah tak larat nak heret kaki time tu. Bila teringat balik, terasa kelakar pun ye. Hehe!
Antara seni bina yang dihasilkan dari Lego berdasarkan cerita Star Wars |
So begitulah cerita Star Wars Lego yang kami lihat secara live di Sunway Pyramid. Walau penat sebab sesat cari jalan pulang, kami tetap seronok hari tu. Entah bila kami akan sampai lagi di kompleks yang mula dibuka pada tahun 1997 ni. Mungkin jawapan paling sesuai adalah tidak dalam masa terdekat ni. Jiwa kami anak beranak tidak selesa di tempat yang kelihatan ekslusif ni (^_^)
P/S - Tak lama lagi kita semua akan buka buku baru. Semoga buku 2017 akan dipenuhi kebahagian dan kecerian buat semua pembaca Diari Seorang Mama. Selamat Tahun Baru!
13 dah komen (^_^):
PERHATIAN:
Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.
Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.
Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN
Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA
✿ Yana Yani ✿