Kemenangan Azharina Dalam GV3 Sudah Dijangka

10:57:00 am Yana Yani 11 Comments

Kemenangan Azharina Dalam GV3 Sudah Dijangka | Gegar Vaganza musim ketiga (GV3) yang diadakan secara langsung di auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) malam tadi sudah pun melabuhkan tirai dengan pengumuman pemenang yang YY boleh jangkakan. Seperti yang YY jangkakan, Azharina Azhar yang merupakan peserta paling consistent sepanjang GV3 berjaya menewaskan lima finalis lain dengan persembahan yang cukup bertenaga.

Kemenangan itu melayakkan beliau membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,000, sebidang tanah lot banglo, pakej percutian ke Eropah, trofi dan peluang merakamkan sebuah single terbaru terbitan Astro. Kemenangan Azharina adalah berdasarkan markah yang ditentukan sepenuhnya oleh juri tetap iaitu Datuk Ramli MS dan Datuk Khadijah Ibrahim bersama juri jemputan, Datuk Jamal Abdillah dan Hetty Koes Endang.

Kemenangan Azharina Dalam GV3 Sudah Dijangka
Imej kredit http://bit.ly/2gRICv6

Dalam GV3, seramai enam orang finalis yang berentap bagi merangkul gelaran juara, antaranya Ameng Spring, Zarul Umbrella, Gmie Screen, Siti Sarah, Azharina dan Intan Sarafina. Untuk GV3, YY menyokong Siti Sarah.

Meremang bulu roma YY ketika beliau menyanyikan lagu medley I Will Always Love You nyanyian asal Dolly Parton dan Matahari, nyanyian asal Agnes Monica. Tapi memang YY dah agak Siti Sarah hanya mampu memiliki naib juara kerana saingan sengit yang diberikan oleh Azharina. Sebagai naib juara, Siti Sarah membawa pulang wang tunai sebanyak RM50,000, sebidang tanah lot banglo, pakej percutian ke Eropah dan trofi. Siti Sarah juga memenangi anugerah Persembahan Terbaik Pilihan Penonton dan menerima wang tunai sebanyak RM5,000.

Pada yang tak tahu, Siti Sarah hampir tersingkir pada minggu keempat kerana markah rendah yang diterima. Dengar khabar pada minggu tersebut beliau tidak sihat dan pengsan di belakang pentas selepas membuat persembahan.

Kemenangan Azharina Dalam GV3 Sudah Dijangka
Imej kredit http://bit.ly/2fXRoL1

Seperti Gegar Vaganza musim kedua, senarai pemenang juga boleh dijangka. Masa musim pertama yang YY susah nak tentukan sebab Haleeda dan Ayai Ilusi sama-sama hebat. Anyway, berikut adalah keputusan rasmi Gegar Vaganza musim ketiga.

- Juara: Azharina (Wang Tunai RM100,000 + Trofi)
- Naib Juara: Siti Sarah (Wang Tunai RM 50,000 + Trofi)
- Tempat Ketiga: Zarul Umbrella (Wang Tunai RM30,000 + Trofi)
- Tempat Keempat: Ameng Spring (Wang Tunai RM15,000 + Trofi)
- Tempat Kelima: Intan Sarafina (Wang Tunai RM10,000 + Trofi)
- Tempat Ke Enam: Gmie Screen (Wang Tunai RM5,000 + Trofi)

Seperti biasa pengumuman pemenang akan membuat ramai yang tidak berpuas hati. Lebih-lebih lagi ia melibatkan artis kegemaran mereka.

Kemenangan Azharina Dalam GV3 Sudah Dijangka
Pertikaian kemenangan Azharina

Pada YY siapa sahaja yang menang memang sudah rezeki mereka. Pihak juri lebih arif dalam menentukan siapa yang layak bergelar juara. Yang pasti Gegar Vaganza akan dinantikan untuk musim seterusnya kerana format pertandingan ini yang unik kerana membariskan penyanyi professional yang sudah mempunyai peminat tersendiri.

Siapa peserta Gegar Vaganza musim keempat? Kita terpaksa tunggu pengumuman rasmi dari pihak Astro pada 2017 nanti. Hopefully Zamani Slam tersenarai. Haha!

11 comments:

  1. tahniah !!! Unni memang x penah follow GV ni.. ikut isu semasa dr blog jak

    ReplyDelete
  2. rezeki dia...

    tp thn ni rsa x syok sgt..
    \last year , semua peserta best2..
    semua lagu y nana nyanyi msti akn jd viral..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kan, lagipun dia lebih konsisten

      eh betullah lya. kali ni punya kurang umpp
      masa yang ada nana memang best giler
      aura dia yang buat melekat nak tengok
      kali ni punya banyak sangat kontroversi
      tu yang tak syok nengoknya

      Delete
  3. Memang Azharina hebat..nyanyi dari hati

    ReplyDelete
    Replies
    1. dari segi nyanyian, memang
      N
      nampak kesungguhan dia
      so memang patut dia menang

      Delete
  4. Pemenang tu takde masalah sangat semua penyanyi profesional.. tapi bab pengacaraan kadang2 macam lari topik je, berbual berjela2 drag masa makin lama makin nyampah plak.. orang nak tgk peserta menyanyi bukan nak dengar celoteh yang karut marut tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha...ni kira sakit hati dengan jihan n nabil ke
      kadang perlu juga kot diorang buat gitu
      nak kurangkan stress, tapi ada betul juga padin kata
      kadang perlu kurangkan benda yang melalut
      yang tonton tu semua lapisan umur
      bukan semua boleh terima kan

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...