Mengenali Watak Ultraman - Part 4

9:22:00 am Yana Yani 18 Comments

Mengenali Watak Ultraman - Part 4 | Seperti yang dijanjikan, hari ini YY sambung lagi pengenalan secara ringkas watak Ultraman berdasarkan sumber-sumber yang YY perolehi. Bukan apa, senang untuk YY sendiri rujuk if in the near future anak bujang dok bertanya. Anywhere setakat ni YY dah kongsikan 30 watak Ultraman. Hari ni YY akan sambung lagi 14 watak. Ni kira bahagian akhir tau. Jenuh weh nak kumpul semua pasal 44 watak Ultraman ni!

Anyway, siapa yang terlepas bahagian sebelum ni, don't worry. Dekat bawah ni nanti YY akan letakkan link untuk ke bahagian-bahagian yang lepas. Nanti korang baca ye.

Mengenali Watak Ultraman - Part 4
Keluarga besar Ultraman

31) Ultraman Justice - Tak banyak maklumat yang YY perolehi mengenai Ultraman yang ni. Yang ada pun adalah pertalian keluarga antara dia dengan Ultraman Cosmos. Selain tu dia pernah muncul dalam dua filem iaitu Ultraman Cosmos 2: The Blue Planet dan Ultraman Cosmos Vs Ultraman Justice: The Final Battle
Mengenali Watak Ultraman - Part 4
Ultraman Justice

32) Ultraman Noa - Ultra yang ni dikatakan berasal dari dimensi yang berbeza berbanding Ultra yang lain. Dia juga mempunyai Ultra sisi jahat yang dikenali sebagai Dark Zagi. Kuasa dia juga dikatakan hebat di mana dia boleh memasuki pelbagai ruang zon masa alam semesta

Mengenali Watak Ultraman - Part 4
Ultraman Noa

33) Ultraman Nexus - Ultra yang ni sebenarnya adalah Ultraman Noa punya bentuk yang kedua. Maksudnya Ultraman Noa boleh bertukar menjadi Ultraman Nexus. Faham tak? Tak faham? YY pun tak faham. Haha!
Mengenali Watak Ultraman - Part 4
Ultraman Nexus

34) Ultraman Max - Dia muncul buat pertama kali pada tahun 2005. Tahun lepas adalah kali terakhir dia muncul dalam filem Ultraman X The Movie: Here Comes! Our Ultraman. Dia juga dipercayai mempunyai kelajuan terpantas berbanding Ultra lain
Mengenali Watak Ultraman - Part 4
Ultraman Max

35) Ultraman Xenon - Dia juga dikenali sebagai Ultraman Zenon, bukan Zainon ye. Kira macam bos pada Ultraman Max. Dia banyak menolong Ultraman Max dan merupakan Ultra yang berikan Max Galaxy kepada Ultraman Max
Mengenali Watak Ultraman - Part 4
Ultraman Xenon

36) Ultraman Mebius - Kalau dalam Part 1 dulu YY hanya senaraikan sembilan ahli dalam Ultra Brothers. Ultraman Mebius ni pula merupakan ahli yang kesepuluh. Mula muncul pada tahun 2006 dalam Ultraman Mebius The Series
Mengenali Watak Ultraman - Part 4
Ultraman Mebius

37) Ultraman Hikari - Dia merupakan bekas sainstis di Biro Sains Teknologi Angkasa dan pernah menjadi Pahlawan Pemburu Tsurugi. Dia juga mempunyai tanda bintang di dadanya seperti Ultraman Zoffy. Ia merupakan pingat penghormatan kepada bangsa Ultra sekaligus membuktikan bahawa dia adalah Ultra yang sangat dihormati.
Mengenali Watak Ultraman - Part 4
Ultraman Hikari

38) Ultraseven X - Siri ini khabarnya hanya diterbitkan untuk tonton orang dewasa kerana ianya agak ganas berbanding siri Ultra yang lain. Menurut review yang YY baca, banyak adegan darah dan orang terputus badan ada dalam siri tersebut.

Mengenali Watak Ultraman - Part 4
Ultraseven X

39) Ultraman Ginga - Untuk Ultra yang sekor ni, takde siapa yang tahu dari mana dia berasal. Katanya dari masa depan. Dia juga mempunyai sisi jahat yang dikenali sebagai Dark Lugiel. Anyway, Ginga dalam Bahasa Melayu bermaksud Galaksi.
Mengenali Watak Ultraman - Part 4
Ultraman Ginga

40) Ultraman Victory - Dia dikatakan Ultra purba yang lahir dari kuasa batu Victorium. Dia juga merupakan penjaga kepada bangsa Victoria dan juga penjaga batu Victorium.
Mengenali Watak Ultraman - Part 4
Ultraman Victory

41) Ultraman Zero - Dia ni anak kepada Ultraseven. Pernah dilatih di bawah Ultraman Leo selepas beliau dicampak keluar dari Land of Light oleh bapanya sebab nakal. Haha! Dia akhirnya berjaya membuktikan yang dia telah berubah dengan menewaskan Belial (Ultraman jahat). Dia juga dikatakan Ultraman terkuat dalam sejarah Ultra.
Mengenali Watak Ultraman - Part 4
Ultraman Zero

42) Ultraman X - Dari segi penampilan, dia ada banyak persamaan dengan Ultraman Tiga. Tapi banyak bezanya. Contoh macam telingaPenampilan pertama pada tahun 2015 dalam siri Ultraman X
Mengenali Watak Ultraman - Part 4
Ultraman X

43) Ultraman Orb - Ultra yang ni mula muncul pada 2016 dan digambarkan sebagai seorang wanderer. Maksudnya dia suka wander dari satu tempat ke satu tempat lain tanpa ada "rumah" yang tetap. Dia juga mampu menggunakan kebolehan Ultra yang lain untuk mengubah dan mendapatkan kuasa mereka
Mengenali Watak Ultraman - Part 4
Ultraman Orb

44) Ultraman Ribut - Yang ni kalau tak kenal tak patut! Ultraman Ribut tercipta melalui kerjasama pencipta watak Upin dan Ipin, Les' Copaque dan Tsuburaya. Ultra yang ni merupakan Ultraman pertama dari Malaysia! Dia juga merupakan yang ketiga dicipta di luar Jepun selain dari Amerika dan Australia. Bangga weh! Malaysia pun ada Ultraman!
Mengenali Watak Ultraman - Part 4
Ultraman Ribut

Yeah! Dah habis! Jenuh nak buat research pasal semua watak Ultraman ni tau. Tu pun anak bujang kata ada Ultraman jahat! Dia suruh YY cerita apsal Ultaman jahat pula. YY was like, what? Really? Matilah nak! Tak tahulah mampu ke tidak memenuhi impian Afif untuk cari pasal Ultraman jahat. Mungkin buat juga. Tapi tak tahu bila. Haha!

So dengan ini YY mengesahkan secara rasminya bahawa korang telah berjaya menamatkan pembacaan dalam mengenali watak Ultraman. Well done! Sila tepuk bahu sendiri. Lepas ni bolehlah berlagak dengan anak masing-masing ye. Haha!

Entri berkaitan:
Mengenali Watak Ultraman - Part 1
Mengenali Watak Ultraman - Part 2
Mengenali Watak Ultraman - Part 3

Sumber maklumat Ultraman: http://bit.ly/2iyRUjo
Sumber gambar Ultraman: http://bit.ly/2hQ0pTK

18 comments:

  1. cukup la sy sorang je yg baca, kalu ank yg baca ni..
    menagih simpati suruh cari 4 hari 4 malm pun jadikkk..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha...paham
      anak saya pun sama. jenuh nak melayan. haha

      Delete
  2. tu dia, bagus info ni utk mak2

    ReplyDelete
  3. Amboi yana. Dah ada ensiklopedia ultraman pula dalam blog

    Haha

    Pengaruh anak tu ke. Ultraman ribut tu anak maznee suka sangat
    .
    Masa tengok upin ipin

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha...harus!
      lagipun dia dok suruh aje buatkan
      demi anak katanya, maka, jadikan juga =)

      Delete
  4. MAknanya ada 44 jns watak ultraman semuanya.. hehe

    tp y dulu2 ttp win! berlawan dgn raksasa dkt rumah kotak..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah lya! jenuh tau nak tulis semua ni..haha
      saya ingat ultraman taro aje...haha

      Delete
  5. Wah.. senang ultraman juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. senang ultraman juga?
      krik...krik...krik...

      Delete
  6. Aduhhh....jenuh pulak nak menghafal ni YY. Dah tua tua cenggini lambat pick uplah wey haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha...ingat mana yang perlu kira okay la tu...haha

      Delete
  7. Salam perkenalan.. blogwalking dan done follow blog ini. :)
    Best la artikel cmnie. sgt menarik. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam perkenalan
      terima kasih singgah ye =)

      Delete
  8. banyak tu nak kena hafal kalau nak cerita dengan anak2 sebab anak2 lagi terror pasal ultraman nih

    ReplyDelete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...