Resepi Kari Ayam Mudah

7:17:00 am Yana Yani 18 Comments

Resepi Kari Ayam Mudah | Sebagai seorang wanita yang bekerjaya, memang kita inginkan semuanya mudah dan cepat. Memasak sebenarnya adalah kerja mudah. Cumanya kita harus pandai manage masa untuk menyediakan sesuatu masakan. Tapi kalau nak lagi mudah, masak dekat kedai ajelah kan. Menurut statistik, orang Malaysia secara purata spends sebanyak RM23.33 sehari di restoran. Tu sehari, kalau setahun? Pandai-pandailah korang darab sendiri ye.

Anyway berbalik kepada resipi kari ayam yang mudah tadi. Bahan-bahan yang diperlukan untuk semangkuk kari ayam adalah seperti berikut:

- Enam (6) ketul daging ayam
- Setengah biji kelapa
- Sebungkus serbuk kari daging
- Seinci halia*
- Dua (2) ulas bawang putih*
- Dua (2) biji bawang besar*
- Sebatang serai (diketuk)
- Kulit kayu manis, bunga lawang dan asam keeping secukupnya
- Sebiji kentang
- Sebiji cili merah untuk hiasan
- Garam secukup rasa

Resepi Kari Ayam Mudah
Bahan-bahan yang diperlukan

Mula-mula sekali korang kisar kesemua bahan yang bertanda *. Lepas tu masukkan bahan yang sudah dikisar tadi ke dalam mangkuk berasingan. Dalam mangkuk yang sama, masukkan juga serai yang sudah diketuk. Kemudian masukkan kulit kayu manis, bunga lawang dan asam keping yang sudah dibasuh bersih. Masukkan sekali serbuk kari. Kalau suka pedas, tambahkan sedikit serbuk cili.

Kacau rata bahan-bahan tadi.

Resepi Kari Ayam Mudah
Bahan-bahan yang sudah dikisar

Bagi mendapatkan santan, YY kebiasaannya menggunakan parutan kelapa. MyChintaHati tak suka rasa masakan dari santan kotak. Tak pure katanya. Malangnya tangan YY ni tak kuat memerah. So untuk mendapatkan santan yang pekat, YY biasanya akan masukkan parutan kelapa tadi ke dalam blender. Lebih mudah mendapatkan santan dengan cara ni. At least bagi YY lah kan (^_^)

Resepi Kari Ayam Mudah
Kisar parutan kelapa

Cara dia mudah aje. Korang hanya perlu masukkan parutan kelapa ke dalam blender. Lepas tu tambah air sampai tenggelam parutan kelapa tadi. Tekan button untuk kisar. Kemudian tapiskan parutan kelapa yang sudah dikisar tadi. Kita akan dapat santan yang pekat walau hanya dengan sekali perahan.

Lepas tu tumiskan bahan-bahan yang sudah dikisar. Bila dah naik bau, masukkan ketulan ayam dan kentang. Kacau rata seketika. Bila nampak ayam tu macam dah layu sikit, baru masukkan santan.

Resepi Kari Ayam Mudah
Masukkan ayam dan kentang bila bahan tumisan dah naik bau

Antara tips nak bagi santan tak pecah minyak adalah dengan memasukkan santan pada saat akhir masakan. Gunakan api yang perlahan dan sentiasa kacau rata. Santan kalau dia pecah minyak, tak cantik rupa dia. Tapi lain orang mungkin lain cara dia. Ini adalah cara yang YY amalkan. YY bab masak menggunakan santan ni boleh dikategori expert dah. Mananya tak, setiap hari makan masak lemak. Hehe!

Jangan lupa masukkan cili merah dan garam tau.

Resepi Kari Ayam Mudah
Masukkan santan di saat akhir

Bila kentang dah empuk, boleh tutup api.

Kari ayam korang sudah sedia untuk dihidangkan. Inilah resepi kari ayam mudah mengikut cara YY. Cara ini tak gunakan banyak bahan dan mengambil masa lebih kurang 40 minit untuk menyiapkan hidangan ini dari mula. Bolehlah cuba.

Kalau rasa tak mudah juga, beli ajelah kat kedai. Lagi mudah. Hehe!

Resepi Kari Ayam Mudah
Kari ayam yang sudah siap dihidang

Rasanya itu ajelah bebelan YY untuk hari ini. Semoga kita berjumpa lagi di lain blog entri. Take a good care of yourself ya. Assalamualaikum (^_^)

Cuba resepi ini juga:
1. Resepi dan Cara Membuat Lemang
2. Resepi Kari Ayam Mudah
3. Resepi Asam Pedas Ayam Mudah dan Ringkas
4. Resepi Ikan Kerisi Masak Taucu

18 comments:

  1. salam kak YY maaf lama tak singgah sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam...tak mengapa lah
      akak pun baru ni kembali aktif
      idak tahu selama mana...haha

      Delete
  2. sedap pulak tengok kari , pepagi singgah ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap pada tekak akak...
      pada tekak yana, tak tahulah kan...hehe

      Delete
  3. Sekali Tin YY masak terliur tengok kari ayam pagi2 ni tau..
    Samalah dgn CH ni Tin YY..
    Blander jer kelapa parut tu..
    Sebab tangan pun tak kuat nak perah..
    Sama pulak en suami tu..
    Memang suka santan kelapa parut ni..
    Sedap sikit masakan tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. senang sikit kan kalau blender
      kalau perah sendiri, kena buat banyak kali
      tak kuat tangan, kalau belender, sekali tu aje...haha

      eh sama ke laki kita, boleh jadi geng tu =)

      Delete
  4. assalamualaikum
    singgah pagi rabu

    ReplyDelete
  5. Hihi.... kalau beli kat kedai tu dah lain cerita YY
    Bukan mudah lagi tapi memang dah tinggal ngap aje:)

    ReplyDelete
  6. Wah, step by step gitu.
    Mudah dan lazat.

    ReplyDelete
  7. Replies
    1. bila orang cakap sedap ni kan
      kita rasa cam di awing-awangan plak...haha

      Delete
  8. Nak tanya ni. Kena letak serai jugak ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. setakat ni, tak penah lagi tak letak serai
      so tak tau lah plak rasa dia camne kalau takde serai

      Delete
  9. Saya ni nak berjinak2 dgn dapur. Itu yg saya tanya.
    Al maklum bini tak ada

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...takpe. try n error
      saya dulu pun gitu juga
      dalam banyak resepi kari, yang ni paling senang

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...