Star Wars Lego Di Sunway Pyramid

7:38:00 am Yana Yani 13 Comments

Star Wars Lego Di Sunway Pyramid | Kami sekeluarga jarang ke Sunway Pyramid walau jarak antara shopping mall ini dengan rumah kami tidak begitu jauh. Kali terakhir kami singgah adalah sebelum kehadiran Aisyah dalam hidup kami. Salah satu faktor penyebab kami kami jarang ke sini adalah kawasan tempat letak kereta yang agak terhad. Ketika cuti bersempena sambutan Hari Natal baru-baru ini, kami mengambil kesempatan untuk ke kompleks yang seni binanya diinspirasi dari Piramid di Mesir.

Ketika kami sampai ada event #GoRogueThisChristmas yang YY pasti bersempena dengan filem antologi Star Wars yang pertama, Rogue One: A Star Wars Story yang baru sahaja ditayangkan pada 16 Disember yang lalu.

Star Wars Lego Di Sunway Pyramid
Afif dan Aisyah bersama Darth Vader

Dalam banyak-banyak watak dalam siri Star Wars, anak-anak YY cukup suka dengan watak Darth Vader yang merupakan bekas Jedi Knight. Kerana pengaruh dark side, Anakin Skywalker telah berubah menjadi Darth Vader. Entah kenapa ciri jahat pada Darth Vader telah menarik minat anak-anak YY. Kalau sebut Star Wars, memang nama Darth Vader yang akan disebut dahulu berbanding watak lain.

Darth Vader ni sebenarnya pernah tersenarai sebagai penjahat ketiga terbaik dalam sejarah perfileman yang dikeluarkan oleh American Film Institute (AFI) dalam 100 Years... 100 Heroes and Villains selepas Dr. Hannibal Lecter (The Silence of the Lambs) dan Norman Bates (Psycho).

Star Wars Lego Di Sunway Pyramid
Stormtropper

Bagi yang mengikuti cerita trilogy Star Wars asal dimulai dengan Episode IV: A New Hope pada tahun 1977, kemudian Episode V: The Empire Strikes Back pada tahun 1980 sehingga Episode VI: Return of the Jedi pada tahun 1983 pasti mengetahui sejarah Darth Vader. Masa dalam Episode VI: Return of the Jedi, YY terasa agak sedih juga masa Darth Vader suruh anak dia, Luke remove topeng dia dan bagitau yang dia pernah menjadi orang baik sebelum dia mati.

Anyway Carrie Fisher yang merupakan pelakon yang melakonkan watak kembar Lucas, Princess Leia telah meninggal dunia pada 27 Disember 2016 yang lalu.

Star Wars Lego Di Sunway Pyramid
Princess Leia, Chewbacca dan Han Solo

Sejarah jujurnya, YY hanya mengikuti cerita Star Wars ketika filem prequel trilogy pertama dipertontonkan iaitu Episode I: The Phantom Menace pada tahun 1999.

Masa ni diorang bercerita pasal Anakin Skywalker masa dia kecil. Diikuti Episode II: Attack of the Clones pada 2002 dan Episode III: Revenge of the Sith pada 2005. Perubahan watak dari seorang hero yang bercinta dengan seorang puteri cantik kepada penjahat yang kejam memang sangat menarik dalam prequel trilogy ni. Itulah yang merupakan faktor penyebab YY reverse tengok trilogy asal selepas berakhirnya prequel trilogy semata-mata nak fahamkan jalan cerita.

Star Wars Lego Di Sunway Pyramid
Obi-Wan Kenobi, Luke Skywalker dan Yoda

Tapi lepas tu YY dah tak tengok dah cerita Star Wars. Sequel trilogy dia, Episode VII: The Force Awakens yang dikeluarkan pada tahun 2015, YY tak tengok pun lagi. Lagilah filem antologi yang baru dikeluarkan, Rogue One: A Star Wars Story, memang tak jugalah jawabnya. Alasan tak logik yang YY boleh berikan adalah screenwriter dia bukan lagi George Lucas. Tapi alasan yang paling meyakinkan adalah YY tak sempat nak tengok dan mungkin bahasa paling tepat dah malas nak follow.

Obviously YY bukan peminat tegar filem ni. Hehe! Tapi nampak gayanya anak-anak pula yang mula menunjukkan minat menonton cerita francais paling epik dalam sejarah Amerika ciptaan George Lucas ni. Lepas ni akan ada lagi filem Star Wars yang akan dikeluarkan setiap tahun sehingga 2020. Siapa yang minat tu, jangan lupa tengoklah ye.

Star Wars Lego Di Sunway Pyramid
Stormtropper dan Royal Guard
Star Wars Lego Di Sunway Pyramid
C-3PO dan R2-D2

Berbalik kepada cerita Star Wars Lego tadi, Afif adalah manusia paling teruja. Tak terkecuali Aisyah. Aisyah siap boleh mengajuk lagu tema Darth Vader sepanjang keberadaan kami di sana. Seronok betul dia bila dapat jumpa watak "villains" kegemaran. Hehe! Diorang memang sangat seronok hari tu.

Nak dijadikan cerita, sebab dah lama tak jejakkan kaki di Sunway Pyramid, kami sesat. Terpusing-pusinglah kami anak beranak dok cari jalan keluar. Boleh pula YY dan MyChintaHati lupa jalan kami mula masuk. YY harapkan dia ingat, dia pula harapkan YY. Memang mendapatlahkan. Masa dok terpusing-pusing tu, terasa besar pula Sunway Pyramid ni. Kaki sampai letih dok cari jalan keluar. Rasa macam dah tak larat nak heret kaki time tu. Bila teringat balik, terasa kelakar pun ye. Hehe!

Star Wars Lego Di Sunway Pyramid
Antara seni bina yang dihasilkan dari Lego berdasarkan cerita Star Wars

So begitulah cerita Star Wars Lego yang kami lihat secara live di Sunway Pyramid. Walau penat sebab sesat cari jalan pulang, kami tetap seronok hari tu. Entah bila kami akan sampai lagi di kompleks yang mula dibuka pada tahun 1997 ni. Mungkin jawapan paling sesuai adalah tidak dalam masa terdekat ni. Jiwa kami anak beranak tidak selesa di tempat yang kelihatan ekslusif ni (^_^)

P/S - Tak lama lagi kita semua akan buka buku baru. Semoga buku 2017 akan dipenuhi kebahagian dan kecerian buat semua pembaca Diari Seorang Mama. Selamat Tahun Baru!

13 comments:

  1. salam kak maaf lama tak singgah sini, e=seronok ye afif ngan aisyah !..
    lama tu akak xdatang ... kalau sesat memang terasa besar mall tu kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam...lahai, takpe lah yunk weh
      akak paham sebab akak pun jarang juga BW lately
      memang lama giler akak tak singgah sunway ni
      bila dha singgah, sesat cari jalan pulang...haha

      Delete
  2. wau best ye. ada lagi ke tu..kalu anak zie mau teruja nak hangkut bawak balik stromtropper tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. anak zie minat stormtropper ye
      kalau anak saya darth vader...haha

      Delete
  3. selamat tahun baru :)

    sudi2 la join contest Nurul ni ye :)
    http://syahirahvaliant.blogspot.my/2016/12/contest-menangi-percutian-ke-suria.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat tahun baru =)
      terima kasih menjemput...insya allah =)

      Delete
  4. Teringat hari tu encik hubby ajak tengok filem Star Wars, saya ni sejak dah ada anak-anak memang tak suka la buang masa kat wayang... hahahaha sekali masuk wayang saya tidur... encik hubby sorang je layan, alisya dengan faris dah resah nak tunggu cerita habis... maklum la tak paham...

    Saya pun dah lama tak pergi Sunway Pyramid... Dulu masa study di Shah Alam, rajin juga turun situ...

    cantiklah watak-watak Star Wars yang dibina tu... semua dengan LEGO ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau orang tak minat, memang akan rasa bosan.
      tapi saya rasa yang filem baru ni takde kaitan dengan mana-mana
      francais filem star wars. so kalau first time tengok rasa
      masih boleh follow. tapi memang tak best kot. haha

      saya memang lama juga tak ke sunway ni. masih zaman belajar
      sama macam akak lah, kerap juga. nengok wayang bagaikan...haha

      yang watak star wars tu patung aje. tapi seni bina dia, ye
      memang semua dari lego. terkagum juga saya nengoknya

      Delete
  5. menarik nyer YY.
    cute miut starwars tu.
    kl byk event best best ekk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kebetulan aje pun ni aida
      sunway bukan dekat KL, dekat subang aje ni
      itupun secara kebetulan menyinggah =)

      Delete
  6. ingat juga star wars dulu2 tapi sekarang tak follow dah pun mungkin faktor penuaan hahaha..ada kaitan ke. seronok bila tengok anak2 gembirakan. sunway tu pun dah lama akak tak jejak. mula kawin dulu je pergi itupun sebab pergi sunway lagoon menynggah la kejap kalau tak memang tak pergi la

    ReplyDelete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...