Pengalaman Mengandung Uri Ke Bawah

2:03:00 pm Yana Yani 28 Comments

Pengalaman Mengandung Uri Ke Bawah | Setiap wanita mengandung pasti akan melalui pengalaman berbeza untuk setiap kandungan. Begitu juga YY. Ketika mengandungkan Aisyah, anak kedua, uri YY disahkan ke bawah atau dalam istilah perubatan ia dikenali sebagai Placenta Previa. Ia pengalaman yang cukup sukar dilupakan dan YY pasti teringat setiap kali ulang tahun kelahiran Aisyah. So hari ini bersempena dengan ulang tahun kelahiran Aisyah yang kelima, YY ingin berkongsi pengalaman uri ke bawah yang pernah YY lalui.

Bagi wanita yang mengandung, kedudukan uri yang normal adalah di atas. Kedudukan uri dikatakan abnormal apabila ianya berada di bawah. Harus diingat bahawa kedudukan uri ke bawah pada trimester pertama dan kedua masih dianggap normal. Ini kerana kedudukan uri akan berubah mengikut pergerakkan bayi. Ia hanya dianggap abnormal atau paling tepat bahaya apabila kedudukan uri tersebut masih di bawah walau usia kandungan sudah memasuki trimester terakhir, trimester ketiga.

Pengalaman Mengandung Uri Ke Bawah
Uri ke bawah atau placenta previa

Uri YY disahkan berada di kedudukan bawah ketika usia kandungan YY sudah memasuki minggu ke 32. Maknanya YY sudah pun berada dalam trimester terakhir kehamilan. Ketika itu YY tak begitu memahami reaksi doktor yang seakan panik ketika dia mengarahkan YY masuk ke wad dengan kadar segara selepas melakukan scan. Ya, doktor memang ada menerangkan, tapi YY berada dalam keadaan blur. Hanya ketika berada di dalam wad barulah YY faham makna uri ke bawah yang sebenar.

Uri ke bawah atau placenta previa merupakan keadaan di mana kedudukan uri berhampiran atau menutupi sepenuhnya pintu servik. Kedudukan tersebut menghalang jalan keluar bayi dan ianya adalah sangat bahaya. Uri ke bawah boleh mengakibat kematian kepada ibu dan juga bayi sekiranya tidak berada di bawah jagaan pegawai perubatan. Terdapat empat jenis keadaan uri ke bawah iaitu:

Jenis 1 (Low Lying Previa) - Uri berada di dalam kedudukan bawah rahim tetapi tidak melindungi bukaan atau pintu servik.

Jenis 2 (Marginal Previa) - Uri berada di dalam kedudukan bawah rahim dan berada di pinggir bukaan atau pintu servik.

Jenis 3 (Partial Previa) - Uri berada di dalam kedudukan bawah rahim dan hampir menutupi bukaan atau pintu servik.

Jenis 4 (Complete Previa) - Uri berada di dalam kedudukan bawah rahim dan menutupi sepenuhnya bukaan atau pintu servik.

Pengalaman Mengandung Uri Ke Bawah
Jenis-jenis placenta previa

Menurut doktor, peluang untuk melahirkan bayi secara normal adalah tinggi sekiranya kedudukan uri berada pada jenis 1 dan 2. Tetapi keadaan sebaliknya sekiranya kedudukan uri berada pada jenis 3 dan 4. Pada jenis ini, pembedahan cesarean adalah perlu. Ketika itu YY disahkan berada pada jenis 3 iaitu partial previa. Perasaan takut mula mengusai diri bila YY mula mengetahui tahap risiko yang YY sedang alami.

Berdasarkan jenis kedudukan uri itu, YY dikehendaki berada di wad sehingga usia kandungan berada pada minggu ke 38. Menurut doktor yang merawat YY, pembedahan cesarean mungkin diperlukan sekiranya scan masih menunjukkan uri berada di kedudukan bawah pada minggu ke 38. Tuhan sahaja yang tahu betapa tertekannya YY pada waktu itu. Membayangkan YY perlu menghabis masa selama sebulan di wad dan terpaksa meninggalkan Afif yang masih kecil ketika itu, sangat menyakitkan.

Pengalaman Mengandung Uri Ke Bawah
Partial Previa antara jenis placenta previa yang berisko tinggi

YY tekad menandatangani Surat Akuan Discaj Atas Risiko Sendiri. Itupun setelah YY memahami risiko yang bakal dihadapi. Tapi bukan senang punya cerita. Pelbagai soalan diajukan oleh doktor bagi memastikan keselamatan YY seperti berapa jarak dari rumah ke hospital. YY juga dinasihatkan segera ke hospital sekiranya berlaku pendarahan walau tidak terasa sakit. Hubungan kelamin juga dilarang sama sekali. YY dan MyChintaHati diingatkan bahawa tindakan kami ketika itu adalah high risk.

YY juga dinasihatkan untuk tidak berurut kerana ia akan meningkatkan lagi risiko pendarahan. Menurut doktor, kedudukan uri tidak boleh berubah dengan urutan. Ia hanya berubah mengikut pergerakkan bayi dalam kandungan. Segala nasihat yang doktor berikan YY take note secara seriously. Takut juga. Tapi minda YY cuma nak berada di rumah. Sebab hanya di rumah aje hati rasa tenang. The good thing is, YY diberikan surat cuti sakit sehingga tarikh dijangka bersalin.

Pengalaman Mengandung Uri Ke Bawah
Dah besar pun orangnya sekarang (^_^)

Masuk minggu ke 38 kehamilan, YY agak nervous untuk menghadiri temujanji yang ditetapkan. Takut kedudukan uri masih di bawah dan pembedahan cesarean harus dilakukan. Tapi kuasa ALLAH, selepas scan, doktor mengesahkan bahawa kepala bayi sudah berada elok dipintu servik. YY juga disahkan boleh bersalin secara normal. Tuhan ajelah yang tahu betapa terujanya YY ketika mendapat perkhabaran tu. Terasa seolah hilang segala bebanan yang ditanggung sebelum itu.

YY bersalin secara normal sehari lebih awal dari tarikh dijangka bersalin. Syukur Alhamdulillah. Hari ini bayi yang berada dalam kandungan tu dulu sudah pun genap berusia lima tahun. Dia membesar dengan sihat dan boleh tahan bijaknya. Haha!

Apapun, Aisyah, in case you read this in the future, ketahuilah bahawa Mama sangat menyayangi kamu. Mengingati saat mengandung dan melahirkan kamu membuat kasih sayang Mama semakin menebal. SELAMAT HARI LAHIR sayang. Semoga suatu hari nanti kamu juga akan menjadi Mama. Di saat itu pastinya kamu akan lebih memahami apa yang Mama ceritakan ini. Love you (^_^)

Please take note bahawa apa yang dikongsikan di atas adalah berdasarkan pengalaman peribadi semata-mata. Sekiranya ia bercanggah dengan mana-mana pendapat pengamal perubatan yang arif, korang sebagai pembaca adalah highly recommend untuk mengikut nasihat mereka. YY sebagai penulis tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang isu berbangkit melalui artikel ini.

28 comments:

  1. Sesak nafas kakak baca dari awal tapi tiba di penghujungnya terus kakak tarik nafas lega. Memang rezeki tak nak kena operation. Tengok babynya dah pun 5 tahun. Alhamdulillah.

    Happy 5th birthday Aisyah:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kak zakie. rezeki sayalah
      masa dekat wad tu, semua yang sama macam saya kena operate
      Alhamdulillah dapat bersalin normal

      apapun terima kasih kak ;)

      Delete
  2. Happy birthday Aisyah yang sangat comel dan cantik. Semoga kamu membesar dengan baik dan sentiasa dilindungi Allah SWT. Amin..

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah... Kuasa Allah kan... Tak siapa dapat jangka...

    ReplyDelete
  4. alhmdulilha semua selamat..comel anak YY..

    ReplyDelete
  5. Takut nak baca.
    Tunggu wsktu siang baru baca.

    ReplyDelete
  6. salah satu yang ramai ibu risaukan..
    besar dah aisyah kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa dah disahkan tu, memang risau giler
      tak lena tidur malam..haha
      tulah, sekejab aje besar dah dia =)

      Delete
  7. ofismate lya skarang pregnant uri bawah jugak..nnti nak suh dia baca n3 ni.. blh buat rujukan dia.. xpastii dia b'urut ke tak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau awal lagi, tak usah risau
      dia kalau dah dekat dengan due date tu yang bahaya
      kena dalam pemantauan esp yang stage 3 dengan 4

      Delete
  8. Cuaknya masa bace.. Alhamdulillah dapat jugak lahir secara normal..

    http://www.fatindays.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang baca dah cuak,yang mengalami, lagilah..haha

      Delete
  9. Sy pun ada masalah ni masa mengandung dulu. Terpaksa tinggal di wad sebulan lebih sampai tarikh czer. Sampai sekarang mcm serik plak nak mengandung lagi. Takut sejarah berulang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak kan sampai gitu takutnya yunk
      kadang lain anak, lain dugaan nya
      kalau tanya akak, nak aje...haha

      Delete
  10. Ewww, takut nya... Nnt nak kompem blk ngan Dr stage berapa... Tak de solution kan... Kecuali doa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang takde
      yang pasti ianya berisiko terytama stage 3 dan 4

      Delete
  11. Perkongsian info yang bagus untuk ibu hamil yang sedang risau berkenaan masalah uri ke bawah.

    ReplyDelete
  12. minggu lepas doktor cakap uri saya ke bawah sikit.insyaallah bulan depan akan pegi cek lg.harapnya okla

    ReplyDelete
    Replies
    1. uri ke bawah ni sebenarnya normal untuk di awal kehamilan
      tak usah bimbang sangat
      even kalau uri bawah pada hujung kehamilan tapi stage 1 & 2 pun
      tak perlu bimbang sebab masih boleh bersalin normal
      yang dibimbangkan bila stage 3 & 4 sebab sangat bahaya
      memang tak boleh bersalin normal

      macam kes saya, rezeki juga bersalin normal walau stage 3
      uri tu bergerak ikut pergerakkan baby

      Delete
  13. sis,kne duduk wad x?lps doc suruh kne tahan wad?

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang kena duduk wad sebab ni stage 3
      bahaya pada baby nak ibu
      tapi masa tu minta balik. sempat duduk seminggu
      sepatutnya kena tunggu sampai tarikh the next scan

      Delete
  14. Good sharing Kak. Thanks.
    Saje cari info sbb tadi detailed scan doktor bagitau low lying. Takut pula dan kebetulan akhir2 ni sakit pinggang kerap dan juga bahagian bawah perut ni. Baru 23 minggu. Harap 28 minggu ni uri dah naik .

    ReplyDelete
    Replies
    1. awal lagi. insya allah tak ada apa2. moga dipermudahkan segala urusan ye

      Delete
  15. Salam sis..nak Tanya, sis ada keluar darah x sebelum sis disahkan uri kat bawah stage 3?

    ReplyDelete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...