Mengenali Watak Ultraman - Part 2

6:42:00 am Yana Yani 10 Comments

Mengenali Watak Ultraman - Part 2 | Bagi yang tidak tahu, siri Ultraman mula diterbitkan pada tahun 1966 oleh studio Tsuburaya Productions. Watak dalam siri Ultraman dicipta oleh Eiji Tsuburaya pada tahun 1963. Beliau juga merupakan orang yang mencipta watak Godzilla. Walaupun selepas kematian beliau pada 25 Disember 1970, siri Ultraman terus hidup sebagai salah satu ciptaan beliau yang terulung.

Seperti sebelum ni, YY akan senaraikan lagi sepuluh watak dalam siri Ultraman untuk rujukan korang. Senarai yang YY sediakan ini adalah berdasarkan rujukan yang YY rasakan sahih. Kalau salah tu harap maaflah ye. YY bukan pro dengan watak Ultraman. Senarai ini YY sediakan sebab anak bujang YY sangat meminati Ultraman. At least dengan mengambil tahu watak hero pujaan dia, YY harap dia tahu betapa pentingnya dia dalam kehidupan YY.

So let's check out sepuluh watak Ultraman untuk hari ini

11) Father of Ultra - Juga dikenali sebagai Ken. Kemunculan pertama Father of Ultra adalah dalam siri ke 27 episod Ultraman Ace. Dia juga merupakan suami kepada Mother of Ultra dan bapak kepada Ultraman Ultraman Taro dan Ultraman Ace. Dalam banyak-banyak Ultraman, dia ni kira Ultra yang paling kuat sekali di Land of Light. Lagipun dia berpangkat Komander tau.

Mengenali Watak Ultraman - Part 2
Father of Ultra

12) Mother of Ultra - Dikenali juga sebagai Marie, Mother of Ultra merupakan mak kepada Ultraman Taro. Dia pertama kali muncul dalam episod Ultraman Taro. Dia ni juga merupakan Ultra yang sangat penting sebab dia hebat dalam bidang medic.
Mengenali Watak Ultraman - Part 2
Mother of Ultra

13) Ultraman King - Dulu YY dengan penuh confident bagitau Afif yang dia ni atuk Ultraman. Dia ni sebenarnya Ultra yang paling tua dalam kelompok Ultra. Dia bukanlah raja di Land of Light walau nama dia seolah menggambarkan dia seorang raja. Dia lebih dianggap sebagai "Tuhan" dikalangan Ultra. Dia muncul buat pertama kali dalam episod ke 26 Ultraman Leo
Ultraman King

14) Ultra Yullian - Dia  merupakan seorang puteri di Land of Light. Dia ni kira macam kawan baik kepada Ultraman 80. Dia muncul buat pertama kali dalam episod 43 Ultraman 80 bagi memberi amaran kepada Ultraman 80 bahawa raksasa bernama King Galtan telah merancang untuk membunuh Ultaman 80. Yullian tak pernah terlibat dengan sebarang pertempuran. Mungkin sebab status dia sebagai seorang puteri.
Mengenali Watak Ultraman - Part 2
Ultraman Yulian

15) Ultraman Chuck - Ultraman Chuck merupakan ahli paling tua dan ketua dalam Ultra Force. Dia dan juga dua ahli lain dalam Ultra Force dikenali sebagai Ultraman "Mat Saleh" kerana ketiga-tiga watak tersebut diwujudkan oleh syarikat di Amerika. Dalam jisim manusia, Ultraman Chuck adalah seorang stunt pilot yang dikenali sebagai Chuck Gavin
Mengenali Watak Ultraman - Part 2
Ultraman Chuck

16) Ultraman Scott - Dia ni paling muda dalam Ultra Force. Macam paling handsome pun ye juga kan? Hehe! Dia buat kemunculan pertama bersama ahli lain dalam Ultra Force dalam siri Ultraman: The Adventure Begins
Mengenali Watak Ultraman - Part 2
Ultraman Scott

17) Ultrawoman Beth - Merupakan satu-satunya karakter Ultra berciri kewanitaan dalam pasukan Ultra Force. Diorang bertiga ni ditugaskan untuk memusnahkan raksasa yang dikenali sebagai Sorkin. Bukan stokin ye
Mengenali Watak Ultraman - Part 2
Ultrawoman Beth

18) Ultraman Great - Dalam siri Ultraman, Ultra yang ni merupakan Ultra pertama dibuat di luar Jepun dan yang pertama dibuat di Australia. Dia juga merupakan Ultraman pertama mampu bertutur dalam Bahasa Inggeris dengan baik. Rasa dia ada buat kelas tuition dak ye? Hehe!
Mengenali Watak Ultraman - Part 2
Ultraman Great

19) Ultraman Powered - Ultra yang ni merupakan Ultra kedua yang dibuat di luar Jepun. Dia punya jalan cerita sebiji macam Ultraman yang pertama sebab Ultra yang ni merupakan siri adaptation Amerika. Apa yang berbeza adalah setiap karakter raksasa dalam siri itu lebih realistik. In fact, Ultra yang ni lebih "seksi", siap berkumis kau! Jelingan mata yang tak boleh tahan tu. Hehe!
Mengenali Watak Ultraman - Part 2
Ultraman Powered

20) Ultraman Zearth - Watak Ultra yang ni merupakan watak parody Ultraman. MyChintaHati kata dia ni Ultraman berus gigi. Hehe! Dia berasal dari Land of Pikari, Nebula Z95. Dia ni jenis Ultra pembersih, tak suka benda kotor. Sanggup basuh tangan lepas dah berlawan. Dia punya matlamat adalah membersihkan bumi yang tercemar. Comel aje perangai Ultraman hak yang ni. Hehe!
Ultraman Zearth

So itulah dia senarai sepuluh watak Ultraman untuk kali ni. Rasanya tak sempat YY nak habiskan kesemua watak Ultraman dalam tahun 2016 yang hanya berbaki beberapa hari aje lagi ni. Kita sambung tahun depan ajelah ye. Insya ALLAH tahun depan YY tambah lagi sepuluh watak yang pernah wujud dalam siri Ultraman. Till then, Assalamualaikum!

Entri berkaitan:
Mengenali Watak Ultraman - Part 1
Mengenali Watak Ultraman - Part 3
Mengenali Watak Ultraman - Part 4

Sumber maklumat Ultraman: http://bit.ly/2iyRUjo
Sumber gambar Ultraman: http://bit.ly/2hQ0pTK

10 comments:

  1. saya baru balik dari jepun. Lupa pulak nak cari ultraman kat sana.

    ReplyDelete
  2. dayyan dulu mase kecik penah minat otomen....tak memasal2 dgn lieya2 pun dok cari2 otomen nie...kat toyrus mase tu tak byk..stok tak sampai lagi...siap nak kirim dgn kawan yg dok jepun kekdahnye...mujur tak beli...sampai skrang ke mane2 dah koleksi otomen dayyan tuh....

    ReplyDelete
    Replies
    1. afif sampai sekarang giler ke ultraman ni
      dia masih simpan mainan ultraman dia
      jenis manusia cermat dia, bergerak sikit dari tempat dia susun
      memang habislah. satu rumah bergegar! haha

      Delete
  3. hahahahaha hari tu saya pi tengok Ultraman live in Genting. Faris dengan Alisya boleh tau mana satu ayah Ultraman, mak Ultraman, adik beradik Ultraman... bila salah sebut, kemain marah lagi dorang! hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak tengok ye yang kat genting tu. saya tak berkesempatan
      tulah kak. pelik tu diorang boleh tau
      pening saya nak menjawab tau
      biasa saya ye kan aje...haha

      Delete
  4. Ha ah pegi yang kat Genting tu... tunaikan hutang, sebab tahun lepas kitaorg sampai tak dapat tengok sebab tiket habis...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo..kalau dah janji, memang kena buat lah kan
      saya tak berani berjanji
      sebab tak tahu mampu laksanakan ke idak...haha

      Delete
  5. hu hu aida tiap ari da kena tgk ultraman, YY.
    aduhai.
    before this tak pernah layan.
    nurin & syuhada tak minat.
    bila layan kali ni, rasa mcm kagum, "byk nyer ultraman!!!"

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya dulu masa kecik-kecik, layan juga
      bila dah jadi mama orang
      "terpaksa" layan sebab anak-anak
      eh tapi cite ultraman kena pantau juga tau
      ada yang tak sesuai untuk tontonan kanak-kanak

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...