Mengenali Watak Ultraman - Part 3

7:06:00 am Yana Yani 12 Comments

Mengenali Watak Ultraman - Part 3 | Sejak YY dok berkongsi cerita mengenai watak Ultraman, anak bujang YY tiba-tiba menjadi pembaca setia blog Mama dia. Hari-hari dok bertanya bila YY nak update lagi cerita pasal Ultraman. Bila anak dok kata kita hebat sebab tahu benda yang dia tak tahu, perghhh! Tak tergambar okay! Macam berada di awang-awangan! Bangga giler bila anak kata kita hebat. Bertambah bersemangat nak senaraikan kesemua watak dalam siri Ultraman. Hehe!

Setakat ni YY dah senaraikan 20 watak dalam siri Ultraman. Campur entri hari ni, kira kita dah kenal atau akan kenal 30 watak dalam siri Ultraman. So dah tak jauh lagi perjalanan nak sampaikan ke 40 watak dalam siri Ultraman tu. Kalau sesiapa yang ketinggalan, jangan risau. Link untuk blog entri sebelum ni ada YY sediakan di bawah entri ni. Nanti korang beleklah ye. Alright, tanpa membuang masa, moh kita sambung mengenali watak dalam siri Ultraman bahagian tiga!

21) Ultraman Tiga - Ultraman Tiga adalah Ultra pertama diterbitkan pada tahun 1996 setelah 15 tahun siri Ultraman menyepi. Kali terakhir siri Ultraman diterbitkan pada 1981. Ultraman Tiga merupakan Ultraman pertama yang mempunyai campuran warna selain merah. Dia juga adalah Ultraman paling popular berbanding yang lain. Atas nama Ultraman Tiga ni aje, ada lima buah filem dan dua direct sequel telah diterbitkan!
Mengenali Watak Ultraman - Part 3
Ultraman Tiga

22) Ultraman Dyna - Dia merupakan pengganti kepada Ultraman Tiga dan dikatakan lebih mahir dan mempunyai kemahiran atau kebolehan yang hampir sama dengan Ultraman Tiga. Muncul buat pertama kali dalam Ultraman Dyna pada tahun 1997.
Mengenali Watak Ultraman - Part 3
Ultraman Dyna

23) Ultraman Gaia - Ultraman ketiga yang mempunyai warna campuran selain merah. Ultraman Gaia juga merupakan gelombong pertama kebangkitan siri Ultraman selepas Ultraman Tiga dan Ultraman Dyna.
Mengenali Watak Ultraman - Part 3
Ultraman Gaia

24) Ultraman Agul - Ultraman Agul merupakan Ultra pertama yang berwaran biru sepenuhnya dalam siri Ultraman. Dia muncul buat pertama kali dalam siri Ultraman Gaia episod 3. Dia ni boleh dikatakan kawan baik kepada Ultraman Gaia dan sering membantu Gaia bila diperlukan.
Mengenali Watak Ultraman - Part 3
Ultraman Agul

25) Ultraman Saga - Dia ni adalah Super Ultra yang merupakan gabungan kuasa antara Ultraman Zero, Dyna dan Cosmos. Dia hanya pernah muncul dalam filem Ultraman Saga pada tahun 2012. Lepas tu terus tak dah nampak batang hidung.
Mengenali Watak Ultraman - Part 3
Ultraman Saga

26) Ultraman Nice - Merupakan kawan baik kepada Ultraman Zearth. Berbanding Ultraman yang lain, dia hanya muncul dalam iklan TV selama seminit. Iklan tersebut tetap mempunyai jalan cerita disamping memperkenalkan pelbagai patung Ultraman keluaran Bandai. Ultraman Nice diperkenalkan kepada umum pada tahun 1999.
Mengenali Watak Ultraman - Part 3
Ultraman Nice

27) Ultraman Neos - Ultraman Neos mempunyai banyak persamaan dengan Ultraman pertama. In fact nama Neos itu sendiri diambil dari perkataan Greek, neo yang merujuk kepada baru. Ia menggambarkan bahawa Neos adalah Ultraman baru yang diaptasi dari ikon Ultraman, Ultraman dan Ultraman Jack
Mengenali Watak Ultraman - Part 3
Ultraman Neos

28) Ultraseven 21 - Tengok nama dah tahu yang ni resemble Ultraseven yang asal. Muncul buat pertama kali dalam siri Ultraman Neos, episod satu.
Mengenali Watak Ultraman - Part 3
Ultraseven 21

29) Ultraman Boy - Watak Ultraman Boy diwujudkan bagi memperkenalkan kanak-kanak dengan watak yang wujud dalam Tsuburaya Productions. Serius kelakar bila first time tengok gambar Ultraman Boy. Comel pun ye juga kan
Mengenali Watak Ultraman - Part 3
Ultraman Boy

30) Ultraman Cosmos - Asal usul Ultraman Cosmos ni tidak dapat dikenal pasti. Tapi dia merupakan Ultra yang sangat dikenali kerana sentiasa tenang dan menggunakan teknik gentle ketika berlawan. Dia muncul buat pertama kali pada tahun 2001
Mengenali Watak Ultraman - Part 3
Ultraman Cosmos

That's it! Cukup sepuluh untuk entri hari ni. Lain kali YY tambah lagi watak Ultraman yang pernah wujud dalam siri Ultraman ye. Bagi yang ketinggalan atau nak recall balik watak yang pernah dikupas sebelum ni, boleh baca pautan yang YY sediakan di bawah. Akan ada lebih kurang 14 watak aje lagi. YY akan cuba letak kesemuanya dalam satu blog entri nanti. Kita jumpa lagi dalam last part nanti ye.

Till then, Assalamulaikum (^_^)

Entri berkaitan:
Mengenali Watak Ultraman - Part 1
Mengenali Watak Ultraman - Part 2
Mengenali Watak Ultraman - Part 4

Sumber maklumat Ultraman: http://bit.ly/2iyRUjo
Sumber gambar Ultraman: http://bit.ly/2hQ0pTK

12 comments:

  1. rajin betul kak YY buat entry ni..haha.Ultraman Dyna tu favourite adik perempuan saya.sampai beli CD.pastu dia bengang ultraman jadi biru so dia x tgk dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. demi anak bujang kesayangan katanya
      ni pun dia dok request cari pasal ultraman jahat
      aduiii! ada ke ultraman jahat? jenuh nak buat research
      maca belajar dulu pun tak serajin camni...haha

      Delete
  2. banyak betul kisah ultraman yy ni..dah part3

    ReplyDelete
  3. Banyak betul ultramannya... time akak dulu ada ultraman je... hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha...saya pun kenal ultraman aje
      mana nak tahu ada banyak ultraman kan

      Delete
  4. YY. izzat now asyik dgn ultraman aje.
    adoi. terpaksa la aida tgk.
    dia kenal semua tu tau.
    aida nampak mcm sama aje :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. normal tu kalau budak lelaki suka ultraman
      pengaruh kawan pun satu hal

      tulah kan, camne diorang boleh detect
      sedangkan kita nampak sama aje...haha

      Delete
  5. Haha..zaman kecik dulu mmg layan jugak.. Teringat dulu smpai watak ultraman daia je kenal.. Y moden2 ni tak tau nama… hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya ingat taro aje. yang lelain memang tak kenal
      bukan tak kenal, tak ingat...haha

      Delete
  6. ada juga yang akak kenal hehehe

    ReplyDelete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...