MAHA 2016 Diserbu 3.7 Juta Pengunjung

3:46:00 pm Yana Yani 17 Comments

MAHA 2016 Diserbu 3.7 Juta Pengunjung | Pada 1 sehingga 11 Disember 2016 yang lalu, telah berlangsungnya Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia atau lebih dikenali sebagai MAHA (Malaysia Agriculture, Horticulture and Agrotourism International Show). Apa yang mengagumkan, MAHA 2016 telah mencatat sejarah kerana menerima 3.7 juta pengunjung! Jumlah itu melebihi sasaran awal penganjur dan merupakan jumlah pengunjung yang terbesar direkodkan sepanjang penganjurannya.

MAHA 2016 Diserbu 3.7 Juta Pengunjung
Imej kredit http://bit.ly/2hcyfEl

Sama seperti tahun sebelumnya, MAHA 2016 diadakan di MAEPS (Malaysia Agro Exposition Park Serdang). Walau MAHA diadakan setiap dua tahun sekali, YY secara jujurnya belum pernah berpeluang ke MAHA. Selalu clashed dengan planning lain. Tapi terasa sangat impress bila baca MAHA 2016 telah dikategorikan sebagai paling berjaya. Bayangkan, 3.7 juta pengunjung dalam tempoh 11 hari pameran berlangsung. Punyalah dahsyat penangan MAHA 2016.

Even nilai jualan juga khabarnya memberangsangkan. RM380 juta kutipan dicatatkan tau. Berdasar jumlah kutipan pada 2014 sebanyak RM152 juta, penganjur hanya menyasarkan kutipan sebanyak RM200 juta untuk MAHA 2016. Sekali lebih kau!

MAHA 2016 Diserbu 3.7 Juta Pengunjung
Imej kredit http://bit.ly/2hcyfEl
MAHA 2016 Diserbu 3.7 Juta Pengunjung
Imej kredit http://bit.ly/2hVS5m8

Jumlah kutipan tu sudah cukup jelas mengambarkan betapa happening nya MAHA 2016. MAHA 2016 juga digambarkan sebagai yang terbesar dan paling kreatif kerana mampu menarik penyertaan daripada golongan muda. YY rasa program berkonsepkan agrotainment seperti 'Rhythm of the Farmers' yang julung kali diadakan adalah antara faktor yang menarik minat golongan muda.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek pada sidang media MAHA 2016 menyebut ia merupakan petanda baik kerana selari dengan matlamat kerajaan untuk mendapatkan penyertaan lebih 40 peratus golongan belia dalam sektor pertanian.

MAHA 2016 Diserbu 3.7 Juta Pengunjung
Imej kredit http://bit.ly/2hcyfEl
MAHA 2016 Diserbu 3.7 Juta Pengunjung
Imej kredit http://bit.ly/2hcyfEl

Selain persembahan beberapa artis terkenal, khabarnya antara tarikan lain di MAHA 2016 termasuk kemunculan maskot Upin Ipin di Kampung Durian Runtuh, maskot Transformer, persembahan produk dan pelancaran, teknologi dan inovasi pertanian, bazar agro, persembahan kebudayaan, masakan tradisional dan pertandingan memancing. Terasa rugi pula YY tak dapat masuk dalam statistik 3.7 juta tu. Hehe!

Pameran pertanian dan makanan terbesar dan paling lama di rantau ini dijangka akan kembali lagi pada tahun 2018. Hopefully, kalau panjang umur dan sihat tubuh badan, YY dan family dapat pergilah time tu.

MAHA 2016 Diserbu 3.7 Juta Pengunjung
Imej kredit http://bit.ly/2hcyfEl
MAHA 2016 Diserbu 3.7 Juta Pengunjung
Imej kredit http://bit.ly/2hcyfEl

Selain gambar-gambar yang YY kongsi di atas di mana jelas memaparkan suasana MAHA 2016 yang diserbu jutaan orang, terdapat juga time-lapse video untuk tontonan korang. Moh tonton dua video berdurasi pendek di bawah;



Apapun YY ucapkan jutaan syabas dan tahniah kepada pihak penganjur MAHA 2016. Semoga kejayaan pengajuran kali ini akan terus memberi semangat untuk memberikan impak yang serupa untuk tahun-tahun penganjuran akan datang.

Sumber: BH Online

17 comments:

  1. sambutan luar biasa dr masyarakat =D

    ReplyDelete
  2. ramai tu YY...kalau diberi peluang, saya pun nak pergi

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah. saya yang dekat pun tak penah pegi lagi
      tapi bila baca ni, rasa excited kan

      Delete
  3. CH tak pernah sampai MAHA ni YY..
    Sebab tak suka orang ramai2 macam tu hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah kita pun tin CH
      tak penah sampai lagi
      cik abe tak larat nak berjalan katanya...haha

      Delete
  4. Tahun ini dikatakan paling ramai pengunjung
    Tapi sebenarnya kakak belum pernah pergi tau YY
    Hari itu ada lalu jalan ke sana tapi tak singgah pun sebab dah terlalu letih teramat sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, memang paling berbanding sebelumnya
      samalah kita kak. share pun sebab teruja dengan angka tu
      saya pun agaknya tak larat nak jalan tempat luas gitu

      Delete
  5. RAMAINYA..MEMENG GEMPAK LA MAHA KALI NI.. UNNI JE X BKSMPATAN NAK DTG :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. kali ni memang ramai
      kita pun tak sempat pergi

      Delete
  6. Bunda dengar cerita jer...tapi tak pergi pon MAHA haritu..

    ReplyDelete
  7. Ramainya... saya tak pernah sampai pun MAHA ni lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah, memang ramai based pada statistic
      tapi saya pun tak penah sampai...hehe

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...