Peralatan Tulis Murah Di Mr. DIY
Peralatan Tulis Murah Di Mr. DIY | Cuti persekolahan kali ini begitu singkat berbanding tahun-tahun sebelumnya. Sedar tak sedar, sesi persekolahan 2017 akan bermula pada minggu depan. Kiranya minggu ini adalah minggu terakhir untuk buat sebarang persiapan akhir. Seperti ibubapa yang lain, YY dan MyChintaHati juga sibuk menguruskan kelengkapan persekolahan buat kedua anak kami. Tahun ni Afif dah berada di Tahun Tiga manakala Aisyah pula akan bersekolah di Taman Bimbingan Kanak-Kanak atau lebih dikenali sebagai Tabika.Kos kelengkapan sesi 2017 tak begitu banyak berbanding sebelumnya. Obviously pengalaman banyak mengajar kami. Lagipun mana yang masih boleh dipakai, terus dipakai. Dekat situ kira dah banyak juga yang boleh dijimatkan. Cuma bab peralatan tulis yang nak tak nak terpaksa dibeli dalam kuantiti yang banyak. Dulu YY tak simpan sangat stok peralatan menulis. Tapi lepas dok perhati cara penggunaan Afif, maka penyimpanan stok peralatan tulis adalah wajar dilaksanakan. So misi mencari kedai yang menjual peralatan tulis murah pun dilaksanakan.
RM35 dah boleh beli macam-macam |
Untuk misi mencari peralatan tulis murah ni, YY mulakan dengan buat perbandingan harga. Setiap kali singgah di mana-mana pasaraya, pastinya harga peralatan tulis akan dilihat. Perbandingan tu YY buat di tiga pasaraya yang berdekatan seperti Tesco, Giant dan Econsave. Paling affordable adalah di Econsave. Memang YY bercadang nak beli di situ sahaja. Tapi last minute YY singgah di Mr. DIY. YY dok fikir, kalau dekat situ mahal, memang akan beli di Econsave aje. Seriously tak sangka peralatan tulis di Mr. DIY lebih murah berbanding tiga pasaraya lain yang YY dah singgah.
Kalau korang menitik beratkan soal jenama sesuatu peralatan tulis, mungkin Mr. DIY tak sesuai. Di sini hampir kesemua peralatan tulisnya bukan dari jenama yang dikenali. YY sarankan kalau korang punyai anak berusia di bawah usia 12 tahun, jangan dipandang sangat soal jenama. Kanak-kanak pada usia ini belum begitu pandai menjaga barang. Kemungkinan untuk setiap barangan itu hilang adalah sangat tinggi walau nama mereka korang dah tulis di setiap inci peralatan tulis tersebut.
Koleksi pensil warna dalam simpanan |
Pensil warna 24pcs ni murah di Mr. DIY |
Untuk pensil warna, YY suka beli jenis yang panjang. Dulu YY beli jenis yang pendek sebab YY rasakan ianya lebih murah. Masalah dengan jenis ni, dia cepat jadi pendek tiap kali diasah. Masa Afif berada di Tahun Satu, boleh kata tiap bulan perlu beli pensil warna. Melihat kesukaran Afif yang terpaksa mewarna dengan pensil warna yang terlalu pendek, YY mula membeli pensil warna jenis panjang. Di Mr. DIY, pensil warna jenis panjang dan mempunyai 24pcs ni dijual pada harga RM5.90. Sangat murah bagi YY.
Tahu tak kelau jenama Faber-Castell yang ada 12pcs tu, korang tak akan dapat dengan harga yang sama di Tesco. Masa YY survey, harga dia RM6 lebih. Dekat Mr. DIY, pensil warna yang ada 12 pcs tu, korang boleh beli pada harga RM3.10.
Glue stick ni pun murah |
YY sarankan kalau nak beli gam untuk anak-anak, belikan jenis yang stick macam gambar di atas. Kalau jenis liquid, cepat sangat habis.
Masa Afif di Tahun Satu dulu, hanya dalam tempoh dua minggu, tiga jenis gam liquid habis! Tak tahulah sama ada dia makan or memang dia guna. So based pada pengalaman tu, YY memang beli jenis stick ni. Tahan lama sikit. Tapi masalahnya, jenis ni mahal. Di tempat lain, ada yang mencecah sehingga RM6 hanya untuk dua botol sahaja. Di Mr, DIY, untuk sebungkus yang mengandungi tiga botol glue sticks ni, YY boleh beli pada harga RM1.70. Memang YY borong!
Pengasah pensil |
Pengasah pensil beli sekadar perlu |
Kalau peralatan tulis yang lain YY sarankan beli banyak, yang ni jangan. Based pada pengalaman YY sendiri, pengasah pensil mudah jadi tumpul. Beli sekadar perlu sahaja. Dari segi harga, YY rasa harga dia lebih kurang untuk mana-mana pasaraya. Tak lari jauh sangat. Ada juga pasaraya yang jual sehingga berbelas ringgit untuk satu bekas, tapi ada banyak pengasah pensil dalam tu. Di Mr. DIY, untuk empat pengasah pensil seperti gambar di atas dijual pada harga RM1.30.
Elok beli jenis pensil 2B |
YY tak tahu budak lain macamana. Tapi anak bujang YY cukup suka mengasah pensil. So pensil memang perlu ada banyak di rumah YY. Dulu YY suka beli jenis pensil HB sebab rasakan ianya lebih murah dan YY tak nampak sebarang perbezaan. Tapi sebenarnya ianya sangat berbeza. Pensil jenis HB, singkatan bagi "Hard Black" ni agak light kalau kita menulis. Kalau jenis 2B pula, lebih darker. Sebab tu kalau exam bebudak digalakkan pakai pensil jenis 2B. Untuk jenis ni, harga dia adalah RM3.10 di Mr. DIY.
Peralatan penting yang perlu dibeli banyak |
Dulu masa anak baru masuk Tahun Satu, YY rajin melabelkan semua peralatan tulis dia. Siap print, gunting, lepas tu tampal pada setiap peralatan tulis dia. Malangnya hilang juga! Lepas tu YY jadi malas nak melabel beria sangat. Label ke, tak label ke, sama aje keberangkalian untuk hilang. Sekarang YY hanya tulis guna marker pen yang jenis fine atau bullet tip. Tulis pun sekadar buat syarat aje. Hehe!
Okaylah korang, rasanya setakat ni aje bebelan YY untuk peralatan tulis murah ni. Bagi YY, Mr. DIY ni memang murahlah berbanding tempat lain. Terpulang pada kemampuan sendiri mengatur perbelanjaan. Yang penting, kita sebagai parent adalah manusia yang paling sibuk bila anak mula bersekolah nanti. All the best untuk semua parent yang bakal mengharungi kesibukkan sesi persekolahan 2017 (^_^)
Entri berkaitan
Tips Membasuh Bersih Pakaian Sekolah
Surat Rasmi Tidak Hadir Ke Sekolah
Tips Membeli Kelengkapan Persekolahan
bestkan dapat beli barang kat MrDiy ni..murah dan berbaloi jugak...
ReplyDeletebest! rambang mata ok! haha
Deletetapi serious memang berbaloi
barg yg lain okey..
ReplyDeletetp kalau pensil warna yg bukan brand luna biaanya kurang terang n cepat patah
bab terang tu memang betul
Deletetapi harga untuk luna berganda mahal
lepas tu kalau dah tiap bulan kena beli sebab hilang
sakit jiwa juga. tunggulah dia dah pandai jaga barang
baru belikan yang elok sikit...hehe
Betul tu YY..
ReplyDeleteBudak2 ni bukan pandai jaga pun kalau kita beli yg berjenama..
Semendang hilang jer..
Jadi akak pun beli macam tu..
Akak suka beli di Mydin pulak..
Beli harga borang murah..
tulah kak. saya perhati anak saya aje
Deletesakit jiwa kak bila hilang manjang
tu beli murah dulu, tunggu dia reti jaga barang
baru saya beli hak yang berkualiti sikit
mydin memang murah juga
masalahnya jauh dari rumah saya
kalau ada pun mymydin. tapi mahallah dekat mymydin
Hash...boleh beli banyak2...budak2 sekolah rendah ni memang elok sedia banysk sikit.
ReplyDeletememang beli banyak pun bunda...
Deletekalau tak, mau hari-hari kena p kedai...hehe
Sally kalau kat DIY mmg suka beli brg-brg arts...sebab murah kalau nak cari stickers, reben...mmg berbaloi!
ReplyDeletesaya jarang belek bab barang arts
Deletetapi memang majority barang yang dijual
lebih murah berbanding tempat lain
Haa mmg minat bli brg dekat DIY, murah =D
ReplyDeletekan, lebih murah dari tempat lain
DeleteBarangan kat Mr. DIY memang murah dan berbaloi nak beli, jenama nie tak berapa nak ambik port sangat asalnya fungsi brang tue sama dengan barangan berjenama lain..
ReplyDeletesama pemikiran kita
Deletesaya pun tak pandang jenama, janji sama fungsi
pastu of course murah
best yer, kalu bab barang murah untk anak lagi laju nak pi beli...
ReplyDeletedari segi kewangan memang berbaloi
Deletelagi satu budak belum pandai jaga barang
kalau kita beli mahal, hilang, semacam dia punya sakit hati...hehe
so berdasarkan pengalaman, memang beli murah aje
setuju tu..kalau kanak2 bawah umur 12 tahun better beli yang biasa2 sebab most of their items sekejap je ada pastu kawan mabik la tetingal la..huhu budak2 besela kan..
ReplyDeletetu lagi satu factor
Deleteanak saya selalu juga kata kawan dia ambik
budak kan, kadang memang hilang, takut kena marah, dia kata kawan
sebab tu beli murah aje. hilang ke, kawan ambik ke
takdelah sakit jiwa sangat =)
Akak belum lg re-stock stationery anak2. Plan nak pergi besok - nmpknya kami akan singgah ke Mr DIY dulu. :D
ReplyDeletesaya ni pun kebetulan
Deletekalau tak memang tak tahu di situ lebih murah
ayat paling betul, tak terfikir pun...hehe
kalau masuk DIY ni memang rambang mata.. kadang ada barang2 yg rare boleh dapat.. kalo part mainan budak2.. ermm memang kering gak la poket kalo bawak anak2...
ReplyDeletehaha...memang betullah tu
Deletepetua dia jangan bawa duit banyak
idak memang habis semua diborong
baru pi DIY baru ni. best shopping situ. banyak choice, murah, comel2 plak tu.
ReplyDeleteni betul. memang banyak choice, yang penting harga dia murah
Deletetu yang menambah nikmat seronok shopping...haha
takde masalah
ReplyDeletememang diakui mrdiy menjadi pilihan
ReplyDeletetulah kan...in term of price memang berbaloi
Deletesemua benda murah kat mr diy.. paling suma phone case. banyak yg comel dan jauh lebih murh
ReplyDeleteada ye? kenapa saya tak perasan
Deleteok, next trip nak try nengok...hehe
hehee.. betul juga kan.. kalau baru nak besekolah ni tak perlu fikir sgt kualiti dan jenama popular.. hilang dan rosak tu tak boleh nak elak.. taklah terasa sangat kalau beli dengan harga murah
ReplyDeletetuah. diorang belum pandai jaga sangat
Deletesebab tu time ni usah dipandang bab kualiti
biasa kualiti bagus tu, mahal
kalau mahal, hilang, nangis woooo...mak bapak dia lah
budak relax aje buat muka tak salah...haha
Saya pun macam YY, kalau beli stationery, beli banyak2... and simpan dalam laci keramat.. hehehehe senang kalau esok-esok cek pencil box tak de pemadam ke pembaris ke just ambil yang dah standby...
ReplyDeletememula tu tak buat juga kak. lepas dok tengok anak bujang guna
Deleteterus simpan stok. senang sikit kan
tak payah manjang ke kedai...haha
aida tiap kali borong kat mydin tau YY.
ReplyDeletex prnah tgk kat diy.
nanti kena g tgk la... mana le tau lebih murah, kan ?
mydin jauhlah dari saya aida
Deletesebab tu tuju DIY. sebenarnya tak tau pun situ lagi murah. hehe
Mmg best masuk mrdiy keje nak memborongg ajee haha
ReplyDelete