Selamat Hari Raya Aidil Adha

11:50:00 am Yana Yani 32 Comments

Selamat berpuasa bagi yang sedang berpuasa sunat Hari Arafah pada hari ini, 9 Zulhijjah 1436H. Moga perolehi ganjaran daripada amalan yang dilakukan.

Besok kita semua akan meraikan sambutan Hari Raya Aidil Adha yang sememangnya jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah iaitu bulan terakhir dalam kalendar Islam.

Perayaan ini akan berterusan disambut sehingga hari ketiga belas Zulhijjah nanti. Untuk lebih maklumat mengenai sejarah ringkas sambutan Hari Raya Aidil Adha, boleh klik di sini.

Sepatutnya hari ini YY balik ke Kuala Lipis untuk merayakan perayaan yang kebiasaannya disambut sangat meriah terutama di negeri Pantai Timur seperti kampung kelahiran YY.

Tapi disebabkan parent in law YY berada di Tanah Suci dan ketika ini sedang mengerjakan ibadah wuquf di Padang Arafah, maka rancangan asal dibantalkan.

Pengorbanan ini harus dilakukan. Lagipun tak sampai hati membiarkan adik-adik ipar YY merayakan raya kali ini tanpa sebarang hidangan yang kebiasaannya disediakan oleh Mak Mentua YY.

So dikesempatan ini YY dan keluaraga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha buat semua umat Islam di seluruh dunia dan khususnya buat semua umat Islam di Malaysia.

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Bagi yang akan pulang ke kampung halaman, berhati-hati di jalan raya ye. Biarlah lambat sampai, janji selamat. Ingat-ingatlah ahli keluarga yang sedang menanti.

Makan lemang ke ketupat ke or even rendang, ingat dekat YY tau! (^_^)

Till we meet again, Assalamualaikum (^_^)

32 comments:

  1. selamat berpuasa dan selamat menyambut hari raya YY..saya raya kat rumah sendiri je kali ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat berpuasa dan selamat hari raya diana
      setakat hari ini, belum penah lagi beraya di rumah sendiri =)

      Delete
  2. selamat hari raya aidiladha.. pengorbanan juga tu menjaga adik-beradik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat hari raya aidil adha aiza! =)
      pengorbanan kecil aje tu

      Delete
  3. Salam Aidiladha buat YY sekeluarga. Semoga kehidupan kita semua sentiasa diberkati Illahi... aamiin.. :)

    ReplyDelete
  4. salam aidiladha yana... itu dikira pengorbanan juga tu yana tak balik kampung demi adik2 ipar ,inshAllah ada ganjarannya tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam aidil adha kak!
      insya allah kak kalau itu boleh dianggap sebagai pengorbanan

      Delete
  5. Selamat Hari Raya Aidiladha diucapkan kepada Yana Yani..
    Berhati-hati dalam perjalanan pulang ke kampung..

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat hari raya aidil adha LZ!
      saya balik dekat aje =)
      apapun, terima kasih ye

      Delete
  6. selamat hari raya utk sis n keluarga

    ReplyDelete
  7. salam aididladha dari kaknoor Yana..

    ReplyDelete
  8. Salam Aidiladha YY......walaupun dah nak habis rayanya, mak baru dtg.... hihi

    So, pukul berapa bangun untuk masak hidangan Raya buat adik adik tercinta hari tu katanya?
    Mereka sure bangga dpt kakak ipar mcm awak YY.....Ye .....walaupun masakan tu tak sama rasa dgn air tangan mak diaorang , tp sekurang kurangnya mereka dpt feel Raya weyh ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat hari raya aidil adha okje =)
      tak apalah, habis dah ke apa ke. semangat tu yang perlu =)

      idaklah bangun pagi sangat okje. saya masak hari raya tu aje
      sebab ari sebelum tu saya keja.
      sempat jugalah buat ayam masak pendang, kuah lodeh dengan kek batik
      idaklah mewah macam time MIL ada.
      lagipun banyak juga orang keliling bersedekah. penuh juga meja makan
      yang pasti tak sedaplah saya masak...hehe

      Delete
  9. selamat hari raya korban...

    banyak dapat daging korban yy?

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat hari raya aidil adha kak yan =)
      tak adalah banyak sangat. tapi alhamdulillah
      dapat juga dari tak ada =)

      Delete
  10. salam aidiladha kak YY..walaupun dah habis.semoga parent in-law kak YY selamat mengerjakan haji ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...salam aidil adha sal
      insya allah sabtu ni diorang balik
      tak sabo nak jumpa. sebulan lebih tak nampak batang hidung =)

      Delete
  11. Salam Aidil Adha buat sis sekeluarga walau dah raya ke5.

    ReplyDelete
  12. Replies
    1. dah habis raya ni
      tak apalah...salam aidil adha jugalah =)

      Delete
  13. Dah habis pun raya makanya tak dapatlah saya buat ucapan live kat sini ^_^

    Eh, time makan ketupat rendang buat apa nak ingatkan YY... bukan ke tahun ni tugas YY menyediakan ketupat rendang untuk adik beradik ipar duai semuanya? Tentu puas makan sambil memasak, sambil merasakan!

    So, hujung minggu ni pi KL lah yerk menyambut PIL balik dari mengerjakan haji? Siapalah agaknya yang lebih dirindui yerk - menantu ke atau cucu-cucu yang comel tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tak buat pun ketupat ke or even rendang
      orang keliling banyak sedekah..saya tukang lahap aje...wahaha!

      yup! insya allah kalau takde aral melintang sampai malam minggu ni
      of courselah depa rindu cucu tu lebih lagi, anak kemudian
      menantu mungkin ada sikit...hehe

      Delete
  14. Harap jgn marah ye kalau ucapan ini agak terlewat...
    Salam Aidiladha dan Maaf zahir batin :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...tak mengapalah BM
      nak kata camne lagi =)

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...