Main Buih Sabun di Taman Tasik Shah Alam

1:10:00 pm Yana Yani 39 Comments

Selepas melalui pengalaman yang menarik di Dinoscovery oleh Dinosaurs Live! kami singgah di Taman Tasik Shah Alam yang terletak di Seksyen 14, Shah Alam.

Taman rekreasi ini mempunyai pelbagai kelengkapan untuk aktiviti riadah bersama keluarga sekaligus menjadikan ia sebuah taman rekreasi yang popular bagi penduduk di kawasan sekitar.

Afif dan juga Aisyah sangat suka kalau ke sini sebab diorang boleh bermain di taman permainan yang disediakan sepuasnya. Kami hanya balik bila mereka sendiri yang ajak balik (^_^)

Main Buih Sabun di Taman Tasik Shah Alam

Afif sebagai seorang Abang memang agak protective apabila melibatkan Aisyah. Dia boleh buli Adik dia, tapi orang lain jangan mimpilah! Dia boleh bertukar jadi raksasa yang sangat ganas! (^_^)

Kebetulan hari itu kawasan persekitaran agak becek disebabkan hujan yang turun sebelum tu. Mungkin Afif kurang selesa selain takut baju dia kotor, dia juga bimbang Adik dia "diganggu"

So dia mula beralih minat ke arah lain.

Dek kerana kasihankan anak-anak yang tak mencapai titik kepuasan bermain seperti kebiasaannya, YY mula bertanya peralatan bermain buih sabun yang disewakan.

Jaring dan bekas air sabun yang diisi dengan tiga senduk air sabun disewakan pada harga lima ringgit. Jaring tambahan disewakan pada harga dua ringgit. Sangat mahal bagi YY.

Dalam sakit hati dengan harga yang tak reasonable tu, tetap juga menyewa demi anak-anak. Yang pasti itu yang pertama dan terakhir. Lepas ni bawa dari rumah aje ye anak-anak! 

Main Buih Sabun di Taman Tasik Shah Alam

Mujur juga dua beradik dah terbiasa berkongsi walau ada masa mereka akan berperang menyebabkan Mama diorang mengalami masalah keguguran rambut. Hehe!

So bekas yang mengandungi air sabun tu diorang berkongsi.

Acu diorang pula sebab sudah menginjak ke usia remaja, hanya mampu memerhati walau dalam hati confirm nak join sama! Suruh buat muka tebal main sama tak nak.

Nanti jatuh saham katanya. Apa-apalah Acu wei! (^_^)

Main Buih Sabun di Taman Tasik Shah Alam

Despite boleh berkongsi bekas air sabun, mereka tetap cari punca atau topik untuk berperang. So topik peperangan mereka pada hari itulah adalah buih siapa paling besar.

Masing-masing tak nak mengalah. Orang ni dapat tiup buih kecil, orang tu sikit punya seronok gelakkan. Bila time dia pula kena buih kecil, mulalah start tak puas hati.

Main Buih Sabun di Taman Tasik Shah Alam
Main Buih Sabun di Taman Tasik Shah Alam

YY pun kononnya nak menenangkan keadaan pun explained yang cara diorang main benda tu salah yang mungkin antara faktor benda tu tak menghasilkan buih yang besar.

"Korang kena layangkan dia camni, baru dapat buih besar" kata YY sambil menunjukkan cara bagaimana menggunakan peralatan bermain buih sabun tu.

Afif dengan selamba menjawab, "Memang Mama boleh buat sebab Mama kan dah besar. Kitorang ni budak kecik lagi. Kitorang pandai tiup aje"

"Eh-eh, menjawab pula kau ni!" kata YY sambil buat aksi mencekak pinggang yang kemudiannya disusuli gelak ketawa budak dua-beradik yang tengah berperang tu.

Main Buih Sabun di Taman Tasik Shah Alam

Diorang dua beradik masih lagi meneruskan bermain buih sabun dengan cara meniup tanpa menghiraukan cara yang YY ajar sebelum tu.

Biarpun nampak pelik cara mereka bermain, alasan mereka masih kecil mewajarkan mereka meneruskan permainan buih sabun dengan cara itu.

Lantak koranglah bebudak wei, janji bahagia (^_^)

Main Buih Sabun di Taman Tasik Shah Alam
Main Buih Sabun di Taman Tasik Shah Alam

Peperangan diorang juga masih berterusan. Kalau sebelum tu bergaduh pasal buih siapa paling besar, berterusan pula dengan siapa dapat habiskan air sabun paling cepat.

Walau kadang pertelingkahan mulut tu kedengaran agak kuat, ianya langsung tidak menghalang diorang dari terus merasai keseronokkan pada hari tu.

Main buih sabun dengan peralatan seperti itu di Taman Tasik Shah Alam adalah benda yang baru mereka terokai dan yang pasti keduanya seronok sangat pada hari itu.

Main Buih Sabun di Taman Tasik Shah Alam
Main Buih Sabun di Taman Tasik Shah Alam

YY dan juga MyChintaHati juga terasa seronok melihat telatah dua beradik tu. Walau tak nafikan peperangan yang sering tercetus memeningkan kepala kami suami isteri, ianya tetap membahagiakan.

Mereka inilah sumber kekuatan kami untuk meneruskan kehidupan. Hari menjadi ceria walau hanya teringat tawa riang mereka. Alhamdulillah di atas nikmat yang diberikan oleh DIA.

Selalu ingat yang friends may forget but not your family. So please, SAYANGI KELUARGA korang. Gunakan setiap ruang dan peluang yang ada untuk merapatkan ikatan kekeluargaan.

Kita tak tahu selama mana hayat kita.

Till we meet again, Assalamualaikum (^_^)

39 comments:

  1. Seronok dia orang eak ... Bebudak memang suka main sabun kan ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kan hani
      budak mana yang tak suka main benda ni =)

      Delete
  2. apalah Acu...hehehe.umur tu memang pemalu sikit.kalau baya saya ni, lanyakkan aje..kekadang menjerit-jerit anak sedara sebab saya yang lebih-lebih

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...tulah pasalnya
      semua benda nak malu tau. relaxlah kan
      tak akan lari pakwe dikejar....hehe

      Delete
  3. best kan.. "bubbles in the, in the air"

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang best anak.
      tapi kita yang tengok pun layan juga =)

      Delete
  4. kih kih kih...'peperangan' tu yg buat nya jadi riouh rendah kan...

    ehh..sabun tu...guna sabun serbuk basuh kain tu ke YY? mahal tu...kalau ye dari sabun serbuk tu better bawak sendiri je dari rumah kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah JM. kadang peperangan tu lah yang dirindu =)

      tulah pasalnya JM. mahalkan?
      tak masuk akal harga dia

      Delete
    2. kak YY boleh google or tengok kat youtube cara buat belon ni kat rumah..senang je..mainlah sampai jemu

      Delete
    3. nak google apa? cara buat buih sabun?
      akak ada tengok bebaru ni taruk tepung bagai...hak tu ke?

      Delete
  5. tiup jangan tak tiup buih sabun tu.. hehe.. suka tengok gelagat afif dan aisyah.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...macam kelakar pun ye juga tengok diorang tiup camtu

      Delete
  6. Comelnya bebudak dua orang ni main buih ikut style sendiri :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...kelakar pada saya
      tapi tak apalah, janji diorang sonok

      Delete
  7. Memang macam tu la sis. Selagi diorg masih kecil ni luangkan masa dgn anak². Nnt bila dah remaja lain pulak kisahnya,dah tak nak ikut mak ayah keluar lagi dah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kan kak. saya tengok ramai gitu
      even adik-adik saya sendiri.
      ni yang nak enjoy setiap saat dengan diorang

      Delete
  8. mmg dh jd fenomena buih sabun ni..asya pon suka main..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bebudak main sonok
      kita yang tgk pun sonok =)

      Delete
  9. tulah kan diana kan
    nanti dah ada life memasing, tak akannya peduli ke kita
    insya allah saya dan suami buat sebaik mungkin

    ReplyDelete
  10. 'Mujur juga dua beradik dah terbiasa berkongsi walau ada masa mereka akan berperang menyebabkan Mama diorang mengalami masalah keguguran rambut. Hehe!' ~ repetitive statement macam ni memang nak minta kena belasah tau, YY ^_^ Sajalah tu nak membakar hati-hati yang lembut macam I ni....

    Alahai, Afif...tak payahlah protective sangat! Kalau nampak aunty dengan anak-anak aunty kat situ, serahkan tugas menjaga Aisyah tu kat kami. InsyaAllah, selamat (kami bawa balik rumah terus....)

    Eh, kenapa takda gambar Mama korang berdua dengan Papa ek? Ni mesti mereka sibuk dating bawah pokok kat celah mana ni. Kesian si Acu kena tolong tengok-tengokkan dua beradik ni. Pantang lepa, cepat aje MamaPapa depa ni pi dating berdua! Haip! Memang nak kena babat punggung ni!

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang dok dengki saya dok kata gugur rambut sebab diorang ni, awatnya MD
      biarlah. kang saya kata sebab MD, lagi teruk jadi bahan
      saja nak menyalahkan bebudak tu. dah2...tok sah argue!

      ewah... ada hati bawa balik terus tu
      kalau mampu menahan jerit tangis aisyah. silalah.
      tapi rasanya belum sempat ambik si abang dah bertukar menjadi raksasa
      tak cukup tanah MD and her family lari. hehe

      laa..tunjuk salah, tak tujuk pun salah!
      memang ada niat nak tunjuk, tapi takut orang tu meroyan
      acu dia relax aje. rela sangat jaga anak sedara dia
      janji bawa dia pergi jalan aje. kan acu kan. hehe

      amboi...nak babat tu. mehlah...mehlah...

      Delete
  11. Lama dah tak pegi tasik shah alam,dulu takde lagi main buih sabun macam ni rasanya ..seronok ank2 dapat bermain macam tu kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya kerap juga ke sini kak
      anak-anak saya suka main kat sini
      dulu memang tak ada. sejak dua menjak ni
      ada macam-macam jual dekat sini. kalau ada mbsa baru clear sikit =)

      seronok tengok bebudak main benda tu

      Delete
  12. hehehhe..."peperangan" diorg tu sebenarnya yg mewarnai hidup mak ayah kan....kalau xde peperangan macam sunyi pulak....tp sy suka alasan afif...budak kecil hya mmpu tiup jer...hahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah deanna, kalau tak ada peperangan tu
      mau sunyi sangat hidup kami berdua ni

      afif memang sepatah kita cakap, berpuluh patah dia jawab =)

      Delete
  13. Wahhh bestnya... seronok. Dulu selalu singgah sini tapi dah lama tak pergi dah... pasti lagi cantik dan menarik suasana tempat tu sekarang... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebenarnya tak banyak perubahan KK
      masih seperti yang KK ingat, cumanya ada banyak aktiviti

      Delete
  14. Dulu masa kita kecik......mana ada buih sabun gergasi cenggini kan.....yg ada yg comel comel tu....best sangat dah tu.

    Tulah sesuai dgn peredaran zaman yg makin mencabar ni, buih pun udah jadi gergasi hihi..... Dahsyat sungguh weyh...

    Gentlemanlah Afik.....mmg terbaek!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kan, berapa sen aje sebotol dulu
      kadang buat guna sabun mak aje...hehe

      hehe...dia ada mood dia dak afif tu

      Delete
  15. kak yan pun suka maun buih sabun :-))

    ReplyDelete
    Replies
    1. sape yang tak suka kak yan
      saya pun sama...hehe

      Delete
  16. wow, ada juga mainan yg gitu disewakan ekk, YY.
    yes la, mahal. takkan la nak main sorang-sorang.
    at least bagi la lebih jaring, kan.

    sama la anak2 kita, kalau tak perang, tak sah ! :) ha haha.

    sgt lama tak jejak tmn tasik shah alam...
    jauh dari umah.
    tu yg da lama x ke sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah yang saya agak ralat tau aida
      kalau sewa tu murah, tak apa lagi tau
      ni agak mahal...lebih kurang sama macam beli

      hehe...tulah uniknya hubungan adik beradik
      berjumpa aje, berperang. tak jumpa...sunyi! hehe

      aida biasa ke sini ke? wah...syok juga aida ni
      semua tempat jelajah

      Delete
  17. benda tu memang bebudak tak jemu main ...

    ReplyDelete
  18. Pada permulaan baca tajuk saya dah bayangkan si Afif dan Aish mandi manda sambil bermain buih sabun... Tapi salah! Rupanya main belon buih sabun! huhu...
    Jangankan kanak-kanak, orang dewasa pun suka main belon buih sabun ni...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh tak sama ke? hehe
      ku fikirkan sama aje...ok. take note dah =)
      betullah kan. syok main benda ni

      Delete
  19. antara tempat yang CT jarang singgah adalah Shah Alam..
    kawan2 pun x gemar lepak SA.. eheh tp kadang2 tu ada gak terlepas ke sana..

    pernah main bubble kat SCM je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh awatnya tak suka ke situ
      mungkin sebab belum berkeluarga kot =)

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...