Perarakan Kemerdekaan di Dataran Shah Alam

7:28:00 am Yana Yani 33 Comments

Pada malam kemerdekaan baru-baru ni, YY sekeluarga berpeluang melihat perarakan kemerdekaan yang julung kalinya kami saksikan. Seumur hayat memang tak pernah!

Itupun sebenarnya secara kebetulan. Kami tak tahu langsung akan berlangsungnya sebarang acara di Dataran Shah Alam. Saja aje malam menjelang kemerdekaan tu pusing-pusing sekitar Shah Alam.

Pakai baju pun, baju nak masuk tidur sebab memang tak bajet turun kereta.

Tapi bila nampak akan ada acara perarakan sempena menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 58, memang kami tak nak lepaskan peluang yang belum tentu ada di kemudian hari.

Perarakan Kemerdekaan di Dataran Shah Alam

Masa kami sampai tu ada beberapa orang artis sedang membuat persembahan di pentas utama sebelum bermulanya acara perarakan. Kalau tak silap ada Aishah dengan Hafiz.

YY tak begitu beri tumpuan siapa yang menyanyi sebab YY lebih berminat dengan perarakan. Bayangkan dah tiga dekad hidup, baru ni pertama kali tengok perarakan kemerdekaan.

Mau tak teruja!

Perarakan Kemerdekaan di Dataran Shah Alam

Tidak lama selepas ketibaan Dato' Menteri Besar Mohamed Azmin Ali, bermula perarakan yang kami sekeluarga tunggu. Nak tengok ni terpaksa mencelah, orang sikit punya ramai!

Gambar tak berapa cantik sebab terlalu banyak sangat pergerakan. Tapi tak kisahlah, yang penting malam tu memang satu pengalaman baru bagi kami.

Antara kontijen yang terlibat adalah Majlis Perbandaran setiap daerah. Macam-macam fesyen dan gaya yang boleh dilihat. Nampak kesungguhan mereka melalui gaya yang dipamerkan.

Perarakan Kemerdekaan di Dataran Shah Alam

Ada pasukan pancaragam dari beberapa buah sekolah di seluruh negeri Selangor.

Perarakan Kemerdekaan di Dataran Shah Alam

Rasanya tak sah perarakan kemerdekaan tanpa pasukan beruniform. Kelibat mereka mengundang sorakan orang ramai. Afif pun sangat teruja bila nampak Abang askar secara dekat.

Perarakan Kemerdekaan di Dataran Shah Alam

Paling mendapat sambutan adalah kemunculan Darth Vader yang merupakan antara watak dalam siri trilogy popular, Star Wars. Masa ni orang ramai dah start mendekati jalan di mana ada perarakan.

Ada halangan diletakkan bagi mengelakkan orang ramai mendekati perarakan. Tapi bila dah terlalu ramai, susah juga pihak berkenaan nak mengawal.

Perarakan Kemerdekaan di Dataran Shah Alam

Time ni pun Afif dan Aisyah dah duduk atas rumput sebab penat berdiri lama.

Perarakan Kemerdekaan di Dataran Shah Alam

Perarakan terakhir adalah perarakan kenderaan bermotor. Ia dimulakan dengan kereta antik, lepas tu kelab kereta buatan Malaysia dan diakhiri dengan Bas Selangorku.

Perarakan Kemerdekaan di Dataran Shah Alam
Perarakan Kemerdekaan di Dataran Shah Alam
Perarakan Kemerdekaan di Dataran Shah Alam

YY pun sempat jugalah duduk kejab berhampiran laluan utama perbarisan sebab masa ni Aisyah dah start buat perangai nak berdukung. Pinggang YY tak cukup kuat nak dukung dia.

Tu yang buat muka tak malu langkah aje tali penghalang. Adik-adik yang membaca coretan ni, sila jangan ikut contoh tak baik ni ye. Akak ada excuse okay. Hehe!

Perarakan Kemerdekaan di Dataran Shah Alam

Habis aje perarakan kenderaan bermotor, ada tarian kebudayaan. Masa ni dah out of control. Tali dekat belakang YY tu putus orang rempuh.

Time ni agak menakutkan sebab takut diorang terpijak kami yang sedang duduk. Bersusah payah YY dok rangkul budak berdua tu jauh dari orang ramai.

Afif sangat kecewa sebab tak dapat tengok secara dekat. Mujur ada screen besar. Dapatlah dia tengok juga walau perasaan tak puas hati dia tu masih tebal (^_^)

Perarakan Kemerdekaan di Dataran Shah Alam

Masa ni dekat padang Dataran Kemerdekaan penuh dengan orang ramai sebab semua kontijen yang terlibat dengan perarakan berkumpul dekat situ. Pening juga kepala tengok orang ramai sangat.

Perarakan Kemerdekaan di Dataran Shah Alam

Disebabkan terlalu sesak, MyChintaHati ajak kami pergi ke kawasan lain. Masa dok pusing ni lah kami dijodohkan untuk bertemu dengan karakter Star Wars. Afif sangat teruja.

Tak terkecuali MyChintaHati (^_^)

Perarakan Kemerdekaan di Dataran Shah Alam
Perarakan Kemerdekaan di Dataran Shah Alam

Oh, sebelum ada yang bertanya, kami tak kenal pun budak perempuan di atas. Masa kami nak bergambar, diorang pun nak bergambar juga.

Makanya gambar Afif ada pada diorang, gambar diorang ada pada Afif. Fair and square (^_^)

Tak lama selepas Dato' Menteri Besar berucap, ada countdown detik Hari Kemerdekaan. Memang sengaja tunggu sampai time tu sebab nak tengok bunga api (^_^)

Selepas Dato' Menteri Besar melaungkan perkataan Merdeka sepanjang tujuh kali diikuti para hadirin, bercahayalah langit di sekitar Dataran Merdeka dengan percikan bunga api.

Perarakan Kemerdekaan di Dataran Shah Alam

Aisyah mula tu takut, lepas tu dia pula jadi teruja dok tengok bunga api yang pelbagai warna dan bentuk. Afif pula memang bersemangat dari mula sehingga ke akhir majis (^_^)

Perarakan Kemerdekaan di Dataran Shah Alam
Perarakan Kemerdekaan di Dataran Shah Alam

In the end kami sekeluarga sangat seronok pada malam tu. Pengalaman yang sangat berharga sebab masing-masing pertama kali dok tengok acara yang kebiasaannya hanya dilihat di kaca TV.

Ada niat nak ke Kuala Lumpur keesokkan harinya. Tapi memasing keletihan. Tak larat nak bangun seawal pagi ke sana. Takpelah, siapa tahu tahun depan kami berpeluang ke sana pula (^_^)

So begitulah pengalaman kami di perarakan kemerdekaan di Dataran Shah Alam yang asalnya tidak dirancang. Yang pasti we had a great time! (^_^)

Rasanya sampai di sini ajelah bebelan YY. Till we meet again, Assalamualaikum (^_^)

33 comments:

  1. Seronok tu yana..akak pun tak pernah lagi tengok perarakan macam tu biasa tengok dekat tv je

    ReplyDelete
    Replies
    1. benda first time tau kak,
      dia punya excited semacam sikit =)

      Delete
  2. Mesti anak yy bangga dapat parent cam yy n hubby...
    Kenali malaysia sedari kecil...

    ReplyDelete
  3. Mana budak comel tak bergambar dengan Darth Vader? Takut eh.... Kalau Adik Cute nampak pun takut juga; anak kita tu ikut Mommynya semua pun takut! Baguslah kalau menantu pun menjaga tatasusila dan penakut serba-serbi. Senang nak kawal ~_^

    Aha, ni nak riak sikit walaupun dah fair & square sekarang - kita masa zaman anak dara dah tengok secara live tau perarakan hari kemerdekaan kat Dataran Merdeka. Malam Hari Merdeka siap ramai-ramai tidur budget hotel lagi ~_^ Itulah sekali, lepas tu taubat tak nak pergi lagi bersesak beramai-ramai. Semangat patriotik pun dah malap lepas tu...

    La ni biasanya tengok bunga api belakang rumah aje. Tahun ni macam banyak pulak percikan bunga api. Dari jauh nampak cantik, kalau tengok live lagi cantik! Perarakan pun tengok kat TV aje sambil-sambil mengunyah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia penakutlah MD. masa sampai sana pun ank berdukung aje kerjanya
      pandang orang ni takut, pandang orang tu takut
      padahal dekat rumah, dialah segala gangster! =)
      kalau dah dua-dua takut, siapa yang kena jadi berani pula ni

      betullah orang memang ramai sungguh!
      kalau jenis tak biasa orang ramai, memang terasa rimas sangat
      tapi rasanya kami ni tak serik lagi
      nak merasa juga ke Dataran Merdeka tu satu hari nanti =)

      Delete
  4. perarakan kecil2lan pernahlah tgk.. kalau besar2 camni tgk kat TV aja.. Lagi nampak clear.. tak sanggup nak berhimpit ngan org ramai, habis bau asem badan..hehe..
    apa2pun pengalaman itu best kan Sis YY.. Nampak muka happy semuanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. kebetulan ni. memang tak rancang
      alang-alang dah sampai tu, terus take part
      budak-budak pun seronok. sampai sekarang tak habis lagi bercerita =)
      betullah tu, pengalaman tu yang priceless

      Delete
  5. Bestnyer kan tengok acara macam ni,,, Kathy pun memang suka keramaian begini. Seronok campur syahdu.. heheheheh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasa bersemangat tau kak!
      seriously saya tak tahu macamana nak gambarkan perasaan tu
      memang seronok dan bersemangat =)

      Delete
  6. Seronoknya! Mesti excited budak berdua tu dapat tengok live perarakan dan bunga api :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. diorang memang seronok sangat kak!
      sampai sekarang tak habis lagi cerita keseronokkan diorang

      Delete
  7. bestnya ada character2 star wars!!! (^_^)

    ReplyDelete
    Replies
    1. anak bujang saya sangat excited dapat jumpa =)

      Delete
  8. Wah.. seronoknya korang.. ooh kat shah alam pun ada rupanya.. langsung tak tahu.. untungla dapat melihat secara langsung di tempat kejadian.. mau tak teruja, saya yang membaca pun teruja ni. Kalau dpaat ke sana, tak tahula macam mana perasaan ditambah dengan jakunnya.. hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah cikgu AN. tak tahu pun ada. kebetulan aje ni pun
      rezeki kami hari tu. memang sangat excited sebab pengalaman pertama kan
      hehe...hampir semua benda saya ambil gambar
      memang jakun sangat rasanya =)

      Delete
  9. Seronoknyaaa..anak² mesti excited sama..kenangan yang takkan mereka lupakan tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. diroang seronok sangat hana
      sampai sekarang dok bercerita terutama si aisyah
      asyik dok sebut merdeka aje =)

      Delete
  10. saya x pernah pergi ... kat sini dok dgr bunyi mercun je la dr putrajaya / bukit jalil ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya ni pun kebetulan vee
      kalau tak memang tak merasa juga =)

      Delete
  11. bestnya dpt tgk perarakan n bunga api
    kami thn ni dok umh j. xselesa pula nk bawa rania keluar jenjalan waktu malam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. rania kecil lagi. memang susah sikit nak bawa bjalan kalau malam
      tunggu besar sikitlah, baru rasa seronok bawa dia =)

      Delete
  12. huiyooooo...starwars pun ada......hehehhe....

    ReplyDelete
  13. Wahhhh...siap gi dataran tu sambut hari merdeka. Kitorang malam merdeka tu dah membuta kat umah.

    ReplyDelete
  14. wah seronoknya.... bagus juga buat perarakan malam sebelum merdeka tu... kalau pi yang kat dataran merdeka kl tu... lagi la ramai manusianya... huhuhu tapi ok la dapat juga anak2 tgk live kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah...malam terasa sejuk sikit berbanding siang
      yang dekat kl belum pernah pergi
      insya allah cuba tahun depan =)
      nak bagi pengalaman pada anak-anak

      Delete
  15. Wow seronok nyer...
    Jumpa darth vader...
    Mercun merdeka ...
    Sama la kita. x pernah tgk perarakan.
    Ni la thn nyer br gi. Dgn anak2 yg ramai :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila ptama kali tu yang btambah seronok kan aida
      pula tu kami pergi malam
      so agak selesa sikit
      next time nak cuba ke dataran merdeka di kl plak =)

      Delete
  16. bestnya dpt sambut merdeka dalam suasana begini..ini sambut depan TV je huhuhhu

    ReplyDelete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...