Tebus Mata Ganjaran di Connected Mums Club
Sejak sebelum berumahtangga, YY cukup gemar dengan program mata ganjaran. Program seperti ini bagi YY sangat mengujakan terutama apabila kita boleh menembus pelbagai barangan.Bagi YY syarikat yang mempunyai program mata ganjaran merupakan pengatur strategi pemasaran yang sangat bagus sebab program seperti inilah yang buat pengguna beli lebih (^_^)
YY sendiri tidak menafikan bahawa faktor utama YY memilih sesuatu produk atau servis adalah berdasarkan program mata ganjaran yang diwujudkan.
Program mata ganjaran yang paling aktif YY gunakan adalah Anmum Club atau sekarang lebih dikenali sebagai Connected Mums Club.
Kerana kegilaan pada program penebusan mata ganjaran tersebut membuatkan YY sentiasa mengumpul hujung penyeduk susu Anmum.
Pengumpulan penyeduk susu membuatkan YY boleh menebus pelbagai permainan yang kebiasaannya tidak mampu dimiliki dengan duit sendiri untuk anak-anak YY.
So baru-baru ini YY menghabiskan kesemua mata ganjaran yang YY dah kumpul selama ini untuk menebus barangan permainan untuk Afif dan juga Aisyah.
Untuk berlaku adil, dua-dua kena dapat. Nanti akan berlaku perang yang akan menambahkan lagi masalah keguguran rambut YY. (MummyDearie tok sah argue pasal ni ye! Hehe!)
Alhamdulillah ketika bulan Syawal hari itu barang yang YY tebus telah pun selamat diterima. Dok tengok keterujaan Afif dan Aisyah membuka kotak ketika tu memang priceless (^_^)
Afif seorang yang mempunyai kreativiti dan imaginasi yang agak tinggi. Makanya YY tebus barangan di bawah khusus untuk dia. Tak putus-putus mulut dia menuturkan terima kasih.
Setakat hari ini selain dari dinosaur, permainan ini lah yang paling kerap dia main. Dah macam-macam bentuk dia dah reka dan dia tak pernah sedikit pun bosan.
Satu perangai Afif yang YY sangat kagumi adalah dia cukup pandai menjaga barang. Semua permainan yang masih elok di rumah YY adalah disebabkan sikap cermat Afif.
Tapi dia sangat kedekut! (^_^)
Untuk Aisyah of course YY tebus barangan bersifat girlish. Aisyah ni tak macam budak perempuan lain yang suka main doll atau cuddly toys. Dia jarang sentuh benda-benda tu.
Dia lebih suka main kereta, train, lori atau permainan yang related dengan pergerakkan. Dia juga lebih suka angkut segala periuk belanga YY berbanding permainan masak-masak dia.
Sudip YY sampai hari ni hilang sebab dia. Arwah dah agaknya menatang tu.
Aisyah tak pandai jaga barangan permainan dia. Kalau beli pagi, petang confirm arwah dah! Tapi dia tak kedekut dengan orang lain. Dia sangat kedekut dengan Abang dia (^_^)
Ni lah yang selalu jadi punca bergaduh. Macamanalah tak gugur habis rambut Mama diorang ni. (MummyDearie, tak usah buat muka camtu ye! I nampak tau! Hehe!)
Apa yang pasti YY sangat berpuas hati dengan barangan yang YY tebus kali ini. Ia juga adalah yang terakhir buat masa ini disebabkan Aisyah sudah tak minum susu lagi.
Manalah tahu kot ada rezeki untuk Aisyah beradik, akan berulang semulalah kegilaan YY terhadap program penebusan seperti ini. Mungkin itu pun hanya harapan disebabkan faktor kesihatan YY.
Tak mengapalah. Rezeki ALLAH tu sangat luas! (^_^)
Yang pastinya ianya tak akan mengubah kegilaan YY terhadap program penebusan seperti ini. Ada banyak program penebusan yang wujud dekat Malaysia ni.
Pada YY setiap sen duit tu berbaloi dilaburkan apabila kita boleh menebus melalui program mata ganjaran seperti ini. Umpama beli barang, dapat barang. Baru puas hati! Hehe!
Yang penting kegembiraan tu bukan dimiliki oleh YY aje, ianya dikongsi dengan anak-anak. Malahan kegembiraan merekalah merupakan kunci kegembiraan YY (^_^)
Till we meet again, Assalamualaikum (^_^)
Wah.. berbaloi bila rajin mengumpul kan.. gembira anak2 tu tak ternilai.. tahniah YY.. rajin membawa berkat orang cakap..
ReplyDeletemungkin sebab dah minat satu hal cikgu AN
Deletekalau tak rasanya tak terkumpul juga
biasa dah aim dah apa nak redeem
tu yang bersemangat! =)
best betul hadiah2 dia ye
ReplyDeletebest! kalau point banyak
Deletelagi best boleh redeem =)
Eh, dia nampaklah kita ketawa baca entri dia! Ni mesti hari tu hantar barang siap dengan kamera skodeng ni! Mana kad dia ek....jangan-jangan kamera skodeng belakang kad tu kot ^_^
ReplyDeleteIsh, tak fahamlah tetap juga nak salahkan budak berdua tu punca rambut gugur! Padahal memang dah lama pun gugurkan? Hahaha.... Kesian Afif dan terutamanya Aisyah yang comel, tak pasal-pasal korang berdua jadi mangsa yang dipersalahkan tau! Nanti aunty hire lawyer (buruk) kita lawan mama yerk ^_^ Aunty ada mata ganjaran kat pejabat lawyer tau....
Berbalik pada kisah entri kali ni (laa... baru nak komen rupanya...) saya pun suka kumpul mata ganjaran. Asal ada je peluang memang saya kumpullah. Ni hah tengah tersenyum riang dapat voucher RM100 dari Metrojaya lepas tebus mata ganjaran. Itu belum kira kat Aeon lagi, Aeonbig lagi, Tesco, Caltex, Petronas, Shell blahblahblah... Pendekata memang seronoklah sampai tak tahu dah nak express feeling kat komen ni macamana tau!
tak main lah hantar kamera bagai ni
Deletekita ada ilmu yang boleh sekodeng u buat apa MD
ni mesti tengah melopong sebab kagum dengan ilmu saya kan...kan...kan =)
eh suka kita lah. tak puas ati? meh lawan! siap dah depang tangan ni
meh lah! nape larinya! ishh...baru cakap dah lari takut
eleh...tak heran. kita pun ada semua tu =)
Respek sikit orang yang lebih tua. Kalau ikutkan setakat umur 13 tahun tu, belum akil baligh sepenuhnyalah YY. Entah macamana boleh kahwin dan ada anak dua pun tak tahulah! Pejabat agama terlepas tengok IC ni ^_^
DeleteEleh, setakat depang tangan tak mainlah! Ni nak ajak main galah panjang ke apa ni? Cer citer sikit!
kita pakai magic lah MD, tak kan tak tau
Deletebukan takat ilmu sekodeng
ilmu kekal usia 13 tahun pun kita ada
apasal? jealous lettew!
eleh...galah panjang! apa barang
lontar pelurulah baru adventure sikit!
Sweetnya mainan aisyah tu. Macam kek je kan sis? Memang best bila da tebus mata ganjaran ni.
ReplyDeletememang kek tu kak
Deletedia dah siap potong slide demi slide
so kira cam minum petang lah...jenuh juga kadang nak melayan
Wahhhhh seronok budak2 dpt adiah menan best....betul tu yana skrang byk produk yg leh redeem mcm2 ....lagi tang susu anak...jenuh là kumpul barcode ke sudu die kan hehehehe.....
ReplyDeleteTu laaa yana...kalo anak due mmg kene kumpul.mata lebih sikit so leh tebus due adiah...kalo x siap laaaa ngamuk kalo tgk adiah 1 je ekekekekek
kan lieya! tu yang saya ni dok bergigih kumpul hujung sudu
Deletebila dapat redeem tu, excited sungguh rasanya
memang kena kumpul lebih lieya
kalau idak berebut!
wah... seronok la dua beradik ni bila dapat barang tu...!! akak pun agak gila juga nak tebus2 hadiah ni dengan Sustagen dan Drypers! hehehe
ReplyDeletetulah kan. agaknya semua mak-mak ni dok gila benda ni
Deletelagipun berbaloikan kak =)
Sekarang ni banyak produk/perkhidmatan menggunakan teknik penebusan dan mata ganjaran sebagai satu cara utk pemasaran dan meningkatkan jualan serta kesetiaan. Tidak dinafikan cara itu amat berkesan dan berjaya.
ReplyDeletebetullah tu BM
Deletememang bagus kalau diorang gunakan strategi camni
boleh tingkat jualan kan
ehhh...sy pun suka bab penebusan mata gnjaran nihhh....sonok kan....puas jer tgk brg smpai umah....hehehhe
ReplyDeletetulah...dia jadi seronok
Deletebila time nak menebus tu. syok betul rasanya =)
anak sulung memang biasanya 'kedekut' kak...memang sifat macam tu kot? tapi tak boleh lawan kedekut si anak tunggal..saya pun suka konsep mata ganjaran tu,menggalakkan orang terus membeli
ReplyDeleteyeke? akak anak sulung
Deletekenapa akak tak rasa akak kedekut =)
baguskan konsep gini, orang mesti akan terus membeli
lagi menarik hadiah redemption, lagi banyak orang redeem
mmg berbaloi tu YY kalau beli dah by RM kena lebur . kelebihannya , blh pilih apa brg yg kita nak ... tgk anak gembira , itu lbh ptg bagi seorg ibu ... my anak buah lelaki pun cermat simpan brg mainan / brg yg dibeli tapi klu my anak buah perempuan , sama je mcm aisy ... hehehee
ReplyDeletetulah kan, seolah beli barang percuma lagi barang lain
Deletemana-mana ibu kat dunia, kegembiraan anak tulah yang penting sekali
yeke? biasa budak perempuan kan
ni terbalik pula...samalah dengan dak aisyah tu
ok lah penebusan barang yg pada I berbaloi.. Semoga sis sihat n Aisy dapat adik..hehe..
ReplyDeleteberbaloi sangat kat shida =)
Deleteamboi! hehe! insya allah kalau ada rezeki
memang dah ramai ahli keluarga
baru meriah =)
Waaa.. seronoknya nampak anak2 dapat mainan baru mereka..
ReplyDeleteyup bagus actually syarikat yang membuat collection point ni, dalam masa yang sama kita boleh tebus seperti voucher or barang2 yang ditawarkan oleh mereka...
singgah sini.
Review Prolin All Over Clear Lotion Work As Insect Repellent
mainan tu dapat dari redemption program
Deletebeli sendiri memang tak akan dapatlah! hehe
tulah kan, teknik pemasaran camni bagus
Seronoknya dapat hadiah...emmm anak tak serasi dengan anmum
ReplyDeleteseronok sangat!
Deleterasanya susu lain pun ada program redemption
saya ni antara faktor beli barang adalah program redemption =)
Nice sharing... Tak pernah tahu, dan baru tahu.
ReplyDeleteyeke? rasanya banyak produk ada program redemption diorang sendiri
DeleteLelaki part barang memang pandai menjaga kak... emm senyuman keterujaan dua beradik ni... memang priceless :) tetiba rasa teruja jugak tengok senyuman dua beradik ni..
ReplyDeleteyeke? akak rasa tengok orang kot
Deleteafif ni sama cam papa dia. cermat bab jaga barang
aisyah ni nak kata ikut akak pun idak..entahlah
mungkin kecik lagi kot...hehe
diorang memang sangat teruja dapat hadiah tu. seronok nengok
Wow berbaloi.
ReplyDeleteAida ni kekadang nak kumpul & redeem.
But most of the time hangat2 taik ayam :-)
saya sangat rajin benda gini
Deletesampai mak saya pun saya pesan suh simpan...hehe
ye ke? ada supporter ok la.
Deleteaida pun nak try la kumpul & redeem mcm YY.
in shaa Allah.
penyakit keturunan...hehe
Deletemak saya pun dulu suka buat benda sama macam saya
sebab tu dia buat juga. kadang saya lupa...dia ingatkan =)
akak tak pernah tebus apaapa pun...pada hal sudu susu anmum tu banyak yang akak simpan boleh tebus barangan...malas punya pasal la akak ni hehehe
ReplyDeletesayangnya kak! tak nak bagi sayalah! hehe
Deleteaiza pula suka kumpul mata ganjaran untuk bonus link di shell..
ReplyDeletebonus link ni saya ada juga
Deletetapi payah sangat nak kumpul point dia...hehe
bagus jugak penebusan mata ganjaran ni kak..so kita dapatlah balik something dari apa yang kita spend
ReplyDeletehehehe..memang anak sulung gitu kot.agak kedekut, tapi cermat jaga barang
tulah pasalnya. kira macam berbaloi kan
Deleteyeke kedekut? akak anak sulung..kenapa tak rasa kedekut pun...hehe
berapa byk YY kumpul penyeduk susu anmum tu sampai boleh tukar dgn barang mainan yg menarik ni
ReplyDeletetak ingatlah JM
Deletememang banyak sebab saya perlukan 1000 lebih points tuk dua barang tu