Membuli Mampu Mengakibatkan Jenayah Lebih Serius

4:19:00 pm Yana Yani 34 Comments

Membuli Mampu Mengakibatkan Jenayah Lebih Serius | Minggu lepas, kita digemparkan dengan kes buli yang "ganas". Mangsa yang berusia lapan tahun dipotong sebahagian kecil lidah oleh rakan sekolah yang lebih senior. YY yang punyai anak sebaya dengan mangsa, rasa geram sangat pada si pelaku. Serius tak boleh terima! Membayangkan saat berlakunya kejadian sangat mengganggu fikiran.

Mangsa berkemungkinan besar mengalami trauma kesan daripada kejadian ini. Kalau hukuman setimpal tidak diberikan kepada si pembuli, sooner or later mereka mampu mengakibatkan jenayah yang lebih serius. Persoalannya adakah kanak-kanak yang dikategorikan naive ini mampu mendatangkan kecederaan serius pada orang lain?

YY teringat pada satu kes yang sangat popular di England pada era 90-an. Seorang kanak-kanak berusia dua tahun telah diseksa dan dibunuh dengan kejam pada 12 Februari 1993. Pembunuhan kejam James Bulger menjadi perdebatan hangat sehingga ke hari ini. Malahan faktor umur orang yang mengakibatkan kematian juga telah merubah sistem undang-undang Britain.

Membuli Mampu Mengakibatkan Jenayah Lebih Serius
James Bulger

Jon Venables dan Robert Thompson, keduanya didapati bersalah atas tuduhan menculik dan membunuh. Ketika kejadian dilakukan, mereka hanya berusia sepuluh tahun. Mereka juga menjadi pesalah termuda dalam sejarah moden English.

Mengikut fakta kes, James Bulger mengalami 42 kecederaan. Besi seberat 10kg yang dihempap kepada mangsa merupakan punca kematian. Tidak cukup dengan itu, mayat mangsa telah diletakkan di track keretapi bagi menyembunyikan punca sebenar kematian. Dua hari kemudian, mayat mangsa yang berkecai telah ditemui.

Membuli Mampu Mengakibatkan Jenayah Lebih Serius
Jon Venables dan Robert Thompson, pembunuh James Bulger

Jon Venables dan Robert Thompson dijatuhkan hukuman tahanan sehingga mereka mencapai usia dewasa. Bagaimanapun mereka berdua dibebaskan pada usia 18 tahun dan diberikan identiti baru. Pembebasan mereka mencetuskan amarah awam terutama keluarga James Bulger. Klik, [Murder of James Bulger] untuk makluman lanjut.

Cara hidup dan cerita yang ditonton oleh si pembunuh merupakan antara penyebab pembunuhan James Bulger. Mereka dikatakan terpengaruh dengan watak Chunky dalam cerita Child's Play. Oleh itu penting kita sebagai parent memantau apa sahaja yang ditonton oleh anak-anak kita. Kanak-kanak mudah terpengaruh dan meniru apa sahaja aksi yang ditonton. Molek untuk kita sentiasa bersama mereka ketika menonton.

Sebagai orang awam, kita juga bertanggungjawab membantu dalam mengatasi kes buli. Kalau nampak atau mendengar sebarang cerita, ambil tindakan. Ia mungkin boleh membantu mangsa. Dalam kes James Bulger, seramai 38 saksi dipanggil dan tiada seorang pun mampu mengesan mangsa dalam bahaya. What's a pity.

Diharap kes James Bulger ini mampu membuka mata masyarakat di Malaysia, bahawa kejadian buli mampu mengakibat jenayah yang serius di kemudian hari. Betul mereka hanya kanak-kanak yang naive. Tapi dengan menggunakan alasan sedemikian tidak dapat membantu mereka. Pembuli kebiasaannya mempunyai masalah tersendiri. Jesteru mereka melepaskannya dengan cara membuli orang lain.

Kalau sayangkan mereka, bantu mereka untuk keluar dari masalah itu. Bantuan kita mungkin membantu mengurangkan peluang mencipta penjenayah di masa depan.

Buat Adik Muhammad Ali Shukran, Acik Yana dari kejauhan mendoakan semoga Adik cepat sembuh. Insya ALLAH dengan bantuan keluarga, rakan-rakan dan guru-guru, Adik mampu hadapi semua ini. Jangan takut dan jangan bimbang, ALLAH bersama kita.

UPDATE : Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat mengesahkan bahawa kecederaan yang dialami oleh mangsa berpunca daripada dirinya sendiri dan bukan disebabkan kes buli.

Lidah antara bahagian paling sensitif. Even kalau kita tergigit lidah pun sakit. Kalau ikut logik, mana mungkin kita mampu memotong lidah kita sendiri dak? Emm

34 comments:

  1. Budak mangsa buli ni jika diberi bimbingan, semangat dan perhatian...Dia boleh menjadi seorang yang amat berjaya dan cemerlang!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye saya setuju denga komen BM Ni
      kejadian tu mampu jadi pemangkin kejayaan dia

      Delete
  2. Nauxubilahiminzalik. Moga anak-anak dilindungiNya kan, inshaAllah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kan. saya sebagai mama pun rasa ralat sangat dengan kejadian ni

      Delete
  3. sedih baca, kesian dengan magsa buli tu, kalau akak pun mau akak gunting lidah si pembuli tu pulak, kita lahirkan anak kita tanpa cacat cela, dorang pulak nak mecacatkan anak kita..geram dibuatnya.

    moga anak2 kita terhindar dari menjadi mangsa dan menjadi pembuli

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kan kak. naluri keibuaan kita memang tak boleh terima benda gini
      memang marah sangat pada perlaku
      saya kagum dengan respon mak bapak budak tu
      sangat rasional...hopefully diorang tabah

      ye, saya juga sentiasa doakan sedemikian

      Delete
  4. Anak ni dah takut nak pergi sekolah..
    Takut dibuli lagi..
    Sebagai ibubapa kita kena peka ada ke anak kita tu sikap membuli..
    Contohnya dgn adik beradik pun dibuli..
    Kena nasihatkan..
    Kesian dgn anak kan YY..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan kak...
      terbaru pihak kementerian mengesahkan tiada unsur buli
      tapi kita, masyarakat, ibubapa, pihak sekolaj still kena alert
      benda ini berikan banyak implikasi di kemudian hari

      Delete
  5. Hi YY.. mummy mai ronda.. hehehe

    ReplyDelete
  6. Mummy pun risau kes buli yg makin berleluasa skrg ni.. serius fobia!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan...sebab kita parent
      normal untuk rasa gitu

      Delete
  7. Anak2 mummy pulak semua takut bila cakap masuk asrama.. katanya byk kes buli..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betullah tu. kebanyakkan kes buli
      datangnya dari sekolah asrama

      Delete
  8. Berita terkini kata bukan kes buli kan....entahlah...
    Tak kisahlah walau apa ...moga kes mcm ni tak berlaku lagilah hendaknya.
    Mak bapak pulak yg traumakan YY..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye Okje, saya alert cerita terbaru tu
      cuma maleh nak edit cite...hehe
      tapi tulah, kes seperti ini patut dijadikan contoh sebenarnya
      jujurnya, saya tetap percaya ada unsur buli disitu

      Delete
  9. tq for sharing story ni, YY.
    aduhai... lemah longlai aida rasa bila berckp bab buli & jenayah di kalangan anak2.
    bagi aida, diorang yg involve problem ni pasti nyer kurang kasih syg.
    yg jadi mangsa, anak2 lain...
    aduhai. moga anak2 kita semua jadi anak2 yg sihat, cerdik berakal.
    dan kita as parents, tunjuk kanla sikap yg baik, kan.
    anak2 ni byk imitate parents sebeno nyer :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya teringat cerita ni
      menggambarkan bahawa sesiapa sahaja boleh jadi pembuli
      malahan kalau ianya tidak dibendung
      pembuli dan even mangsa buli mampu melakukan jenayah serius

      Delete
  10. Ingat tak kisah seorang budak lelaki gemuk yang membunuh anak perempuan guru tuisyennya? Apa puncanya? Sebab budak perempuan itu selalu mengejek ketika dia datang tuisyen. Kerana tak tahan, dia pun terbunuh anak cikgu tuisyen tu. Masuk penjara juvenile kot tak silap. Dek kerana kes begini, masa depan budak tu pun gelap. Tak tahulah apa jadi padanya.

    Kalau membaca kes buli membuli ni memang takutlah. Rasa nak simpan anak dalam rumah aje. Itu takut, ini takut. Semoga anak-anak kita semua sentiasa di bawah lindungan-Nya hendaknyalahkan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh saya tak ingat pula kes ni
      mungin sebab saya muda daripada MD...hehe
      sempat lagi tu! hehe

      yelah kan, tapi kadang anak kita ni
      depan kita aje malaikat, belakang boleh jadi lain
      so kena berpada juga bab percaya pada anak
      apapun, kita berdoalah bahawa
      benda seperti ini tak jadi pada keturunan kita

      Delete
  11. Saya pernah melalui sesi yg dibuat oleh rakan kpd budak2 yg kena buli... ada yg lebih setahun kena buli.. kena pow duit hari2 tp tak berani nk beritau mak ayah... sian..
    Lagi risau bila ada kes yg budak2 sekolah ajak rakan2 join geng2 gengster.. ada yuran perlindungan bayar kat gengster luar org dewasa... gilalah... ada pelajar sekolah cina smpi masuk icu... akhirnya meninggal sbb kena belasah tak nk bayar yuran ahli...
    semoga anak2 kita semua dijauhkanlah dari hal2 mcm tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sudara KK lai mahir bab gini dari saya
      masa saya jadi pengawas dulu, memang ada banyak cite begini
      kadang ianya agar sukar diatasi sebab mangsa terlalu takut
      cite KK ni pun buat saya teringat memori zaman sekolah
      meh kita sama-sama doa, moga anak-anak kita dijauhi dari perkara gini

      Delete
  12. maaf tak berniat nak kondem penulis, just nak update untuk megelakkan salah faham. laporan terkini yang dikeluarkan dari badan penyiasat kementerian pendidikan melaporkan sebenarnya tiada sebarang kes buli dalam kes adik ni, dia sendiri yang tergunting lidah dia sewaktu bermain dengan gunting u sendirian. tiada sebarang tindakan lanjut untuk adik ni dari pihak kkm. cuma follow up ni ada dilaporkan dalam berita cuma tidak seviral waktu kes adik ni dikeluarkan. sekali lagi saya mohon maaf sekiranya tersinggung

    ReplyDelete
    Replies
    1. first of all terima kasih kerana menegur, saya sangat hargainya
      saya alert mengenai laporan yang dikeluarkan
      entry di atas diterbitkan sebelum pihak kementerian mengeluarkan laporan
      saya juga tidak mengubah entry kerana hala tuju entry saya
      adalah mengenai buli mampu mencipta penjenayah sekiranya tidak dibendung

      saya tidak tersinggung sama sekali, bahkan terima kasih saya ucapkan
      bukan semua orang mengambil pendekatan serupa.
      saya dah edit sedikit bagi elakkan kekeliruan.
      terima kasih sekali lagi.

      Delete
  13. yan dulu sekolah pun sering kena buli...ermmmm

    memang terseksa zahir batin..terutama mental

    ReplyDelete
    Replies
    1. alahai ciannya kak yan
      kenapa diamkan? benda ni bagi impak pada mental dan psikologi tau
      hopefully kak yan dah mampu tepis mimpi ngeri tu

      Delete
  14. saya nak komen pasal kes buli yang terjadi dekat england la,yg kes adik tu,bila polis dah keluarkan kenyataan rasmi,makanya... tak apalah.

    Tak sangka pula kan,kanak2 umur semuda tu boleh jadi pembunuh,dan sadis juga cara bunuhnya tu. Culik-bunuh-lupuskan mayat sampai berkecai.. kalau saya jd ahli keluarga mangsa pun,susah nak terima hakikat.

    isunya,banyak punca kes buli ni makin lama makin naik lemak. Dlm kes di atas,sebab pengaruh filem/cerita aksi/seram/etc yg tak sesuai ditonton kanak2. Jadi apa yg boleh kita ambil,kena pantau filem/cerita yg anak2 tengok. Jangan kata filem sekian-sekian tujuannya nak bagi pengajaran,padahal banyak babak tak sesuai (*orang kata ambil yg jernih buang yg keruh) tp itulah,normalnya manusia akan buat apa yg orang kata 'JANGAN'

    ReplyDelete
    Replies
    1. suka baca komen nana ni
      sebenarnya kanak-kanak pada usia itu perlukan bimbingan
      kadang pelbagai sebab boleh jadi penyebab
      mereka melakukan penganiayaan pada orang lain
      salah satunya adalah cara hidup atau didikan dan pengaruh media
      memang wajar cite sedemikian ditapis
      mereka (kanak-kanak) belum mampu membezakan mana yang betul dan salah
      pada mereka, apa yang dilihat itulah yang baik

      moga tiada keturunan kita menjadi mangsa atau pemangsa
      insya ALLAH dengan didikan, mereka bakal jadi orang yang baik
      untuk keluarga, masyarakat dan negara. aamiin

      Delete
  15. Hi, lama tak singgah. Hihi, blog pun ditinggal sepi. Tunggu nk boom blog akak-akak kita ni bila free nanti. Hee

    Ha'ah kak, nak pandang pun tak mampu bdk yg kena gunting lidah tu. Seriau rasa. 😱

    ReplyDelete
    Replies
    1. alahai yunk. akak pun lama juah menyepi yunk
      tak tahulah apa yang disibukkan
      bersawang dah blog ni dibuatnya
      insya allah akak cuba update blog ni sooner or later
      terima kasih sebab selalu singgah ye

      Delete
  16. fsya pon jd mngsa buli kt sek...
    teruk jgk dia kena..sedih sgt fikirkannya... ;-(

    ermm..mmg ikut logik gtulah YY... maybe tukar statement utk jga nama baik sek or apa2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke? sape lah yang suka sangat dok membuli
      kesiannya dia. hopefully dah oklah dia

      kan lya? cam tak logik dia nak gunting sendiri
      kan? saya juga mempunyai pandangan yang sama

      Delete
  17. Dahsyat betul kes jenayah melibatkan kanak² begini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu yang diberitakan. Yang kita tak tahu
      Mungkin lebih banyak

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...