Ramadhan 1434H: Hari Kedua Puluh Dua (^_^)

10:33:00 pm Yana Yani 2 Comments

Jawi tahan 45 orang tidak puasa

Itu adalah tajuk berita dalam surat khabar Kosmo! hari ni yang amat menarik minat aku untuk membaca. Walaupun secara jujurnya aku amat tak faham dengan si perlaku!

Tidak sempat bersahur dan penat bekerja merupakan alasan utama mereka yang dicekup Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) kerana tidak berpuasa - Kosmo! Rabu 31 Julai 2013

Alasan yang diberikan di atas hanyalah alasan untuk mengelak daripada ditangkap.

Kot ye tak puasa pun, tak boleh ke makan dekat rumah? Perlu ke makan secara terbuka?

Aku yang memang diberi kelonggaran untuk tak berpuasa pun tak berani makan depan orang! Menyorok ni kalau nak makan atau minum walaupun dengan rakan bukan seagama!

Apapun bagi aku perbuatan si perlaku seolah-olah menunjukkan mereka tidak menghormati langsung bulan Ramadhan yang mulia dan penuh dengan barakah ini.

Budak kecil pun tahu berpuasa, ni orang tua! Rumah kata, pergi-pergi. Kubur kata, mari-mari! Itu pun tak reti nak puasa! Malulah wei! Tahun depan belum tentu boleh berjumpa dengan RAMADHAN lagi!

Afif sendiri aku dah didik supaya jangan makan di depan orang ketika bulan puasa ni. Aku tak bekalkan dia dengan sebarang makanan atau minuman ketika dia ke sekolah.

Niat di hati nak ajar dia berpuasa tahun ni, tapi susah yang teramat nak kejutkan mamat seorang ni bangun sahur. Orang lain sahur pukul 5 pagi, dia sahur pukul 7 pagi!

Jadilah! Sekurang-kurangnya dapat juga dia berpuasa untuk 3 jam sebab dekat sekolah pun tak ada sediakan makanan atau minuman.

Aku selalu cakap dekat Afif, "Jangan makan depan orang, nanti polis tangkap!"

Ada satu hari tu, kami ke bazar Ramadhan di pekan Kapar. Dia menangis kononnya lapar sangat walau aku dah melarang jangan makan depan orang.

Entah macam mana tengah dia dok sedap makan fish ball, tiba-tiba muncul polis sukarelawan yang juga sedang membeli juadah untuk berbuka puasa.

Afif yang tengah makan time tu terus sumbat semua fish ball dalam mulut dan membuang lidi pencucuk on the spot! Aku terkejut juga dengan respon dia tu.

Tapi at least aku rasa lega sebab kata-kata aku sebelum ni masuk dalam kepala otak dia.

Sejak daripada peristiwa tu, Afif mesti makan menyorok!

By the way dia sempat dok cakap, "Wah, Papa hebat! Cakap dengan polis!"

Nak tergelak aku dengar dia cakap macam tu. Dia tak tahu salah seorang daripada polis tersebut adalah kawan Papa dia!

See, budak kecil pun tahu hormat bulan Ramadhan! Ni kan orang tua yang dah berakal! Shame on you!

2 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Ramadhan 1434H: Hari Kedua Puluh Satu (^_^)

11:47:00 pm Yana Yani 1 Comments

Berhabuk blog aku ni sebab dah lama tak post entry. Hehe! Habis tu nak buat macam mana? Laptop ada satu aje, terpaksa nak berebut pula tu!

Kalau Encik suami dah pegang laptop, usah mimpilah aku nak pegang sama. Kalau dapat pun, dah tengah malam. Tak kuasa pula nak menunggu. Biasanya dia sibuk dengan online business dia, eBay.

Kalau Afif pula sibuk dengan games! Terasa menyesal pula dok download games banyak-banyak hari tu. Niat just for entertainment, tapi dia dah addicted pula! Nasib baik still boleh control lagi.

Hari ni dekat office ada majlis buka puasa. Tapi aku tak pergi memikirkan anak-anak. Lagipun ni bukan majlis pertama anjuran office yang aku tak pergi. Hehe!

Apa-apa aje majlis lepas office hour memang aku tak pernah pergi. Aku ada prinsip aku sendiri dan mungkin tak akan difahami oleh sesiapa pun. Family will always comes first.

Lagipun aku tak akan mungkin akan enjoy bila asyik dok teringat anak-anak dekat rumah. Aku tak akan korbankan masa mereka hanya untuk satu bentuk enjoyment yang aku tak akan enjoy pun.
Anyway pejam celik kita dah nak sampai ke penghujung Ramadhan. Cepat betul masa berlalu kan?

Kebanyakan antara kita pada hari-hari terakhir ni sibuk mencari dan memburu malam Lailatul Qadar yang hanya dikurniakan untuk umat Nabi Muhamad SAW.

Semoga kita dipertemukan dengan malam tersebut dan mudah-mudahan kita semua diberikan umur yang panjang dan dipertemukan dengan Ramadhan yang akan datang. Amin!

1 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Ramadhan 1434H: Hari Keempat Belas (^_^)

11:44:00 pm Yana Yani 1 Comments

Sedar tak sedar dah empat belas hari kita umat Islam berpuasa. Syukur Alhamdulliah.

Hari ni macam-macam cerita yang gempar dan panas! Yang paling panas pasal isu budak-budak non-muslim makan di bilik persalinan.

Kalau korang nak baca, guna Google aje lah ye. Malas aku nak letak link. Tak ada faedahnya bagi aku.  Kebelakangan ni isu keagamaan atau lebih tepat racist begitu menjadi-jadi.

Kalau ia tidak dibendung, boleh jadi macam gunung berapi yang tunggu masa aje nak meletup! Isu dekat taman aku ni pun tak settle lagi, tiap-tiap hari ada aje polis buat rondaan.

Tiba-tiba teringat kata Abah pada aku tak berapa lama dulu, "Tepuk dada tanya iman!"

"Kenapa nak kena tanya iman pula, bukan hati?" tanya aku.

"Keimanan aje yang boleh buat kita pilih jalan yang lurus atau yang sebaliknya" jawab Abah dengan senyuman penuh makna.

---------------------------------------

Anyway aku nak ambil kesempatan ni untuk wish Selamat Hari Jadi kepada adik aku yang juga pembaca setia blog aku ni, Annur!

Annur,

Ingatlah bahawa kami semua SAYANG pada kamu. Perkataan sayang terlalu subjektif dan mungkin agak sukar dilihat dengan mata kasar. Tapi percayalah, ia WUJUD!

Apa yang paling pasti kasih sayang Mak dan Abah tiada tolok bandingnya. Ke mana pun kau pergi, kau tak akan dapat rasa kasih dan sayang yang sama.

Along berharap seiring dengan peningkatan usia, kau akan menjadi lebih matang. Pandai menilai antara kaca dan permata. Atau antara benci dan sayang.

Sorry Nur, tahun ni tak ada hadiah! By the way, tahu tak bahawa hanya kau satu-satunya dalam keluarga kita yang dapat hadiah dan makan kek setiap tahun?

See? Itulah salah satu bukti bahawa kau memang DISAYANGI!

Apapun Along doakan KEJAYAAN kau di dunia dan akhirat. Semoga panjang umur, memperolehi kekuatan untuk menghadapi apa jua rintangan, murah rezeki dan paling penting, sentiasa dalam rahmat-Nya

Ingat, marah bukan kebencian tapi tanda sayang! Oh ya, sila klik link ni. Along dedicate lagu ni untuk kau dan semua adik-adik Along yang lain, Angah, Kakak, Abang Chik dan Anis!

Along menangis tiap kali dengar lagu ni, tak tahulah korang! Hehe! Sila dengar dan fahami, okay!

Last but not least, love you so much! (^_^)

1 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Ramadhan 1434H: Hari Ketiga Belas (^_^)

11:17:00 pm Yana Yani 1 Comments

Lama betul rasanya tak update blog kesayangan aku ni. Tempat aku meluahkan segala isi hati dan perkara yang terjadi disekitar aku.

Pun begitu aku nak ucapkan terima kasih pada mereka yang masih lagi berkunjungan ke blog aku walaupun tanpa entry baru.

---------------------------------------------------

Baru-baru ni kita semua dikejutkan dengan berita kematian seorang kanak-kanak berusia 3 tahun, Nawal Iris Samsuddin yang terperangkap di dalam kereta ibunya hampir 7 jam.

Bedah siasat yang dilakukan di Hospital Serdang mengesahkan arwah adik Nawal meninggal dunia akibat heat stroke. Berita ini amat memilukan.

Bertambah memilukan apabila rata-rata media massa atau media elektronik lebih banyak bercakap tentang perkara yang pada aku amat menyinggung perasaan keluarga arwah adik Nawal.

Itu belum ditambah lagi dengan blog atau apa sahaja medium komunikasi yang digunakan untuk mengutuk dan meyalahkan keluarga arwah terutama si ibu, Nor Zatusy Hazwa Abd Rahim.

Mungkin benar ada usur kecuaian disitu, tapi ibu tetap ibu. Kematian anak adalah sesuatu yang amat MENYAKITKAN! Lebih-lebih lagi kita adalah puncanya!

Entah kenapa aku amat memahami perasaan Cikgu Nor Zatusy. Bila Aisy jatuh katil dulu pun aku menyalahkan diri sendiri dan aku masih gagal melupakan peristiwa tu.

Lebih-lebih lagi adanya parut yang seolah-olah memberitahu bahawa, "Inilah bukti kecuaian Mama!"

Boleh klik sini pada readers yang belum pernah baca peristiwa tu.


Mudahnya kita meyalahkan si ibu tanpa memikirkan betapa hancur dan luluhnya hati apabila anak kesayangan menemui ajal dalam keadaan yang tidak diduga.

Bertambah terlukanya si ibu apabila seluruh dunia menyalahkan dirinya. Bagaimana kehidupan harus diteruskan dengan perasaan bersalah yang tak mungkin akan hilang?

Beringatlah apabila kita menunding satu jari, ada lagi empat cari menunding ke arah kita. Seperti komen di bawah yang pada aku bercakap tanpa berfikir.


Kes ni akan disiasat mengikut Seksyen 33 Akta Kanak-Kanak 2001 kerana membiarkan kanak-kanak tanpa pengawasan yang berpatutan.

Mengikut Seksyen ini, hukuman denda maksimum RM5,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali jika disabit kesalahan.

Pun begitu aku ada terbaca paper baru-baru ni yang mengatakan Seksyen 33 bakal dirombak dengan denda maksimum RM20,000 atau sepuluh tahun penjara atau kedua-duanya sekali jika disabit kesalahan.

Persoalannya, wajarkah? Itukah yang terbaik boleh dilakukan?

Sometimes I do have a doubt with the current government!

1 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Ramadhan 1434H: Hari Kelapan (^_^)

11:04:00 pm Yana Yani 2 Comments

Alhamdulillah hari ni dah masuk hari kelapan semua umat Islam di Malaysia ni berpuasa.

Sedar tak sedar dah seminggu kita berpuasa kan?

Aku pula sejak dari mula puasa tak berapa nak sihat sebenarnya. Dugaan buat aku pada Ramadhan kali ni.

Hari pertama puasa aku terasa sakit sangat di bahagian bawah perut. Bertambah sakit selepas buang air kecil.

Kepala pun terasa berat. Sakit tu agak luar biasa sebab aku tak pernah kena sakit yang terlampau macam tu. Bagi akulah!

Aku pergi ke klinik sebab tak tahan sangat dengan sakit tu. Doktor kata aku kena kencing kotor!

Kencing kotor bukan perkara asing pada aku. Aku memang pernah kena time mengandung dulu. Tapi time tu aku tak lah rasa sakit macam ni.

Aku dibekalkan dengan antibiotik, ubat tahan sakit dan juga ubat untuk melawaskan kencing. Aku hanya makan ubat lawas kencing dan cuba seboleh mungkin minum air dengan banyak.

Aku ada juga makan antibiotik yang diberikan, tapi aku terasa mual dan pening pula bila makan.

Aku fikirkan aku alergik dengan ubat abtibiotik tu. So pengambilan antibiotik diberhentikan!

Hari ni, sakit tu bertambah teruk! Aku mula mengalami kesukaran untuk berjalan sebab terasa kejang dibahagian bawah perut.

Terpaksa MC lagi hari ni!

Aku pergi ke klinik lain pula untuk memastikan masalah yang aku hadapi.

Dan doktor kali ni menerangkan dengan cukup terperinci tentang kencing kotor. Penjelasan doktor tu lebih kurang sama dengan penjelasan di blog ni.

Sekali lagi aku digalakkan minum air dengan banyak!

Aku tidak begitu digalakkan berpuasa kerana ianya boleh memudaratkan.

Pengambilan air barli juga digalakkan sebagai salah satu alternatif untuk melawaskan kencing.

Daripada penjelasan doktor tu buat aku bertambah alert tentang penyakit ni yang boleh menjadi serius!

Doktor tu juga adalah mengatakan yang rasa mual dan pening adalah perkara biasa ketika pengambilan antibiotik untuk merawat penyakit ni.

Yang penting mesti habiskan antibiotik tu! Hopefully aku akan bertambah sihat selepas ni. Ugutan Encik suami untuk bawa aku ke hospital agak MENGGERUNKAN!

Hospital will always be the last resort!

2 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Ramadhan 1434H: Hari Keempat (^_^)

10:50:00 pm Yana Yani 2 Comments

Hari ni baru ada sikit masa nak update entry pasal puasa keempat. Bulan puasa ni agak sibuk sikit. Terasa masa agak terhad.

Anyway hari ni first time kami sekuarga berkumpul untuk puasa kali ni. Terasa meriah sangat dengan pelbagai cerita dan berita. Juga menu yang MARVELOUS!

Rumah Mak dan Abah yang sebelum ni terasa besar jadi kecil hari tu! Ditambah pula dengan mereka-meraka yang bersaiz plus-plus termasuklah AKU! Padat gila!

Antara cerita dan berita yang menjadi topik hangat hari tu adalah tentang isu pergaduhan antara taman di mana aku duduk ni dengan taman sebelah.

Ada macam-macam versi cerita yang didengar. Ada yang macam tu, ada yang macam ni. Yang pasti memang ada orang tercedera dan sekarang terlantar di hospital.

Siapa sangka berita tu telah tersebar ke seluruh pelusuk Malaysia.

So berbalik kepada cerita perjumpaan kami hari tu, menu pada hari tu adalah yang paling MEWAH  setakat ni! Penuh meja makan sampai tak ada tempat nak letak! MERIAH sungguh!

Apapun syukur Alhamdulillah di atas kurnian rezeki-Nya kepada kami sekeluarga.

2 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Ramadhan 1434H: Hari Ketiga (^_^)

11:26:00 pm Yana Yani 2 Comments

Alhamdulillah sempurna sudah ibadah puasa yang dilaksanakan hari ini. Semoga segala amalan yang dilakukan hari ni diterima oleh Allah SWT .

Sesungguhnya aku teramat bersyukur dilahirkan sebagai seorang Islam. Tiada apa yang lebih bermakna dan bernilai daripada menjadi seorang Islam.

Bak kata Piere Andre ketika menerima trofi Anugerah Yasmin Ahmad pada Anugerah Skrin 2012 yang telah menggegarkan banyak jiwa termasuk aku.

"Anugerah paling hebat ialah kalimah 'Lailahaillallah', jagalah kalimah ini dalam diri kita. Love Allah dan love Muhammad"

Jujurnya aku masih dalam proses mengenali diri sendiri dan masih mencuba sedaya mungkin untuk mendekatkan diri kepada DIA yang satu.

Pada usia yang tak berapa nak muda ni, KEMATIAN sesuatu yang amat menakutkan. Bukan apa, takut pada bekalan yang tidak mencukupi.

Ditambahkan pula bila teringat pada perkara atau tindakan yang dilakukan ketika MAUT bukan satu ketakutan. 

Ia seolah-olah sebuah cerita yang dimainkan dalam kepala otak ni, cuma tanpa bunyi. Berdosa sungguh rasanya! 

Moga segala kesalahan dulu dapat diampunkan. Sesungguhnya ALLAH Maha Pengasih dan Penyanyang.

Anyway, aku nak share satu video yang mungkin boleh menjadi renungan buat kita semua. Apa yag cuba disampaikan dalam video ini adalah ILMU kunci segala pintu.

Tiada gunanya menggunakan kekerasan pada mereka yang menentang Islam. Adalah lebih molek berhujah dengan ILMU yang penuh didada.

Usaha saudara seagama dalam video ni amat aku kagumi dan menjadi sumber inpirasi. Harap readers juga (^_^)

2 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Bila Dah Popular! (^_^)

11:00:00 pm Yana Yani 2 Comments

Aku dah hampir setahun aktif berblog. Kalau nak ikutkan masih newbies lagi. Tapi rasa dah macam-macam perkara yang aku jumpa sepanjang tempoh tu.

Paling ketara sekali bab popularity dalam dunia blog ni. Ada setengah blogger bila dah popular sebelah mata pun tak pandang newbies.

Daripada berpuluh blog yang aku dok follow, boleh kira dengan tangan siapa yang dok follow aku balik.

Ada setengah tu dok cakap, "Bilangan followers ramai tak menjamin page viewers tinggi"

Mungkin ada betulnya, tapi pada aku tu cakap orang yang bongkak dan takbur!  

Followers dah beribu-ribu bolehlah kau cakap macam tu. Cuba kalau ciput, lain pula ceritanya.

Lepas tu aku dah jadi malas nak follow mana-mana blog, lebih baik jadi silent readers aje. Tak pun follow secara private. Senang cerita!

Lagi satu bab segment, giveaway atau yang sewaktu dengannya. Syarat sesetengah tu sikit punya ketat, macam nak menang berjuta-juta ringgit. Tak relevant langsung!

Suruh orang like sana, follow sini, komen sana, komen sini, tulis entry bagai, tapi in the end hanya dua atau tiga orang aje yang dipilih sebagai pemenang yang kononnya dipilih secara randomly. Betul ke?

Daripada berpuluh atau beratus yang participate tu, ada pengajur dok singgah blog dia orang? Paling koman pun, tak boleh nak follow balik ke? I follow you, you follow lah I balik! Tak gitu?

It suppose to be win and win situation. Or mungkin aku aje yang bernasib macam ni? Tak pasal-pasal nak meraban. Hehe!

Apapun aku dah malas nak fikir-fikir bab followers ke, page viewers ke, nuffnag lagilah sakit hati! Yang penting aku nak berbalik kepada tujuan asal aku berblog. Self satisfaction!

Anyway, selang berapa hari lagi seluruh umat Islam akan berpuasa.

So dikesempatan ni, aku nak ucapkan selamat berpuasa kepada semua yang dok singgah sini.

Sepanjang bulan puasa ni, aku mungkin tak akan aktif lagi post entry macam sebelum ni.

Faham-faham ajelah kalau tak ada entry baru ye.

Disempena bulan baik ni, marilah kita bersama-sama memperbanyakkan amalan.

Ingatlah segala amalan kebaikan yang kita lakukan pasti ada GANJARAN! Confirm!

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN! (^_^)

2 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Jatuhnya Morsi! (^_^)

11:13:00 pm Yana Yani 2 Comments


Aku terasa sedih apabila membaca berita baru-baru ini tentang jatuhnya kepimpinan Dr Muhammad Morsi di tangan golongan kurang cerdik Mesir!

Bagi aku, dia seorang pemimpin Arab paling HEBAT! Aku amat kagumi sifat zuhud dia. Dia sering mengucapkan, "Tidak mengapa, Allah ada untuk menjaga saya"

Dia juga adalah orang yang telah membuka semula sempadan Rafah antara Mesir dan Gaza bagi memudahkan segala bentuk penghantaran bantuan buat rakyat Palestin.

Tambah menyedihkan apabila semua negara Islam hanya diam membisu melihat kejatuhan Morsi yang jelaskan kali atas campur tangan AS dan Yahudi.

Mereka memang ingin melihat kejatuhan kerajaan Islam pimpinan Morsi yang cukup menakutkan mereka. Apabila Morsi jatuh, terlalu RAMAI yang gembira.

Jadi apakah pengajaran dalam cerita ini?

Jangan biarkan unsur-unsur luar memasuki kancah politik negara kita atas dasar demonkrasi. Kerana demokrasi yang mereka janjikan oleh Barat dan Yahudi hanya MENGHANCURKAN!

Bukti? Lihatlah betapa MEMBANGUNANNYA Iraq dan Afghanistan atas nama DEMOKRASI yang didambakan. Terkini, Mesir bakal menyusul.

Beginikah DEMOKRASI yang kita mahukan?

Bagi aku, adalah amat tidak wajar bergaduh disebabkan BERTUHANKAN parti! Jangan menang sorak, kampung tergadai!

Renung-renungkanlah!

2 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Pandangan Anak Seorang Babysitter (^_^)

11:35:00 pm Yana Yani 2 Comments

Kebanyakkan surirumah di kawasan perumahan aku ni merupakan pengasuh ataupun babysitter.

Aku anggarkan hampir 80% di antara mereka adalah pengasuh. Ramai kan?

Perkataan babysitter tu sendiri bukanlah satu perkara asing terutama bagi ibu-ibu yang berkerjaya.

Aku mungkin boleh dikategorikan sebagai bernasib baik kerana Mak tinggal berdekatan.

So tak timbul isu mencari babysitter. Bagi yang tak bernasib baik, babysitter merupakan satu keperluan!

Mak aku juga merupakan seorang babysitter. Mak mempunyai pengalaman lebih daripada 30 tahun dalam bidang ni. Dia boleh dikategorikan expert!

Sepanjang tempoh Mak mengasuh tu, aku banyak memerhati dan meneliti setiap perbuatan dan tindak tanduk mereka yang menghantar anak-anak untuk diasuh.

Dikesempatan ni aku nak share serba sedikit apa yang harus dan tidak harus dilakukan apabila menghantar anak untuk diasuh.

1. Sediakan kelengkapan yang cukup

Pastikan kita sediakan segala keperluan anak cukup apabila mereka berada seharian di rumah babysitter. Maksudnya segala diapers, susu, makanan, baju, sabun dan sebagainya cukup.

Itu memang tanggungjawab kita!

Kadang-kadang agak menyedihkan ada yang tak ambil berat tentang hal ni. Bila anak dia dok kena ruam lampin sebab tak cukup diaper nak ditukar, babysitter disalahkan!

2. Mandikan anak

Jujur aku katakan, aku agak sakit hati bila tengok anak orang yang dihantar ke rumah Mak tidak mandikan dahulu sebelum dihantar.

Aku sendiri walaupun Mak yang jaga anak-anak aku, aku akan pastikan mereka bersih sebelum sampai ke rumah Mak! Disebabkan dan terbiasa, anak-anak aku tak ada masalah nak mandi pagi.

Cubalah dibersihkan anak tu dulu, paling koman tukar diaper dulu ke. Ikatan antara anak dengan Ibu tu lebih kuat bila kita bersihkan anak kita sendiri.

Nanti kalau anak tu rapat dengan babysitter, babysitter disalahkan juga!

3. Prihatin kesihatan anak

Sebagai Ibubapa, kita seharusnya sedia maklum dengan tahap kesihatan anak kita. Contohnya macam alergik dan sebagainya, maklumkan pada babysitter.

Kalau ada ubat, bekalkan pada babysitter. Jangan buat bodoh aje dan harapkan babysitter yang uruskan. Again, itu tanggungjawab kita!

Nanti kalau anak tu ada rashes ke apa ke, babysitter juga disalahkan!

4. Hormati masa dan hak peribadi babysitter

Ni yang paling kerap dilakukan oleh kebanyakkan di antara kita. Hantar anak awal sangat tanpa dimaklumkan terlebih dahulu, main terjah aje!

Balik pula suka-suka hati nak ambil lambat. Beringatlah bahawa babysitter juga ada ruang peribadi yang perlu dipenuhi. Cubalah jadi insan bertanggungjawab sikit.

Sila minta izin babysitter kalau nak ke mana sahaja di dalam rumah mereka. Jangan buat kurang ajar macam main pergi aje dapur dia orang tanpa keizinan, buka peti sejuk, tuang air, minum!

Tak ke BIADAP tu!
-----------------------------------------------------

Semua yang di atas adalah pandangan aku semata hasil dari pemerhatian selama ni. Lagipun aku rasa wajar untuk berkongsi cerita ini.

Kalau korang rasa tak betul, tu korang punya pasal! Kalau korang rasa senang jaga anak orang ni, cuba try sebulan jaga anak orang. Lepas tu baru boleh bercakap!

Yang penting dan yang paling aku ingin suarakan adalah, Mak aku babysitter aje oi, bukan orang gaji! Ada yang terasa? Tu korang punya pasal juga!

Ada aku kisah?

2 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Bantulah Mereka! (^_^)

11:28:00 pm Yana Yani 2 Comments

Kebelakangan ni aku agak stress dengan situasi di tempat kerja. Ditambahkan lagi dengan perasaan bersalah yang membelenggu di atas kejadian yang menimpa Aisy.

Tapi semua tu hilang serta merta apabila melihat penderitaan yang terpaksa ditanggung oleh saudara seagama di SYRIA. Sungguh BESAR dugaan yang mereka terpaksa hadapi.


Hati seorang Mama ni tersentuh melihat setiap keping gambar yang membayangkan kesengsaraan yang terpaksa mereka hadapi saban hari.

Entah kenapa isu SYRIA agak kurang mendapat tempat di media arus perdana. Majoriti umat Islam tidak mengetahui kesengsaraan yang ditanggung oleh saudara mereka di sana.

SYRIA diseksa oleh puak pelampau Syiah pimpinan Basyar Al-Assad. Syiah memang secara terang-terangan SESAT dan bagi mereka menghapuskan puak Sunni adalah satu kewajipan!

Klik sini untuk bacaan lanjut tentang kesesatan Syiah.

Bantulah puak Sunni di SYRIA dengan cara mendoakan mereka, menghulurkan bantuan dari segi kewangan atau apa sahaja yang termampu dan paling penting sekali, SEBARKAN!

Bantuan juga boleh dihulurkan melalui cara seperti berikut:

Alamat: Syria Care Office
No. 38B, Jalan Bbola Tampar 13/14, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor.

Emel: SyriaCareBeliDanDerma@gmail.com
Akaun MayBank (Pertubuhan Sinar Damsyik Malaysia): 562106630487

Untuk maklumat lanjut, sila layari Syria Care

By the way, gambar yang aku share di bawah mungkin agak NGERI bagi sesetengah readers, tapi itulah adalah HAKIKAT sebenar yang berlaku di SYRIA.

Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud:
"Barangsiapa yang tidak mengambil tahu hal orang Islam yang lain, maka bukan dari kalangan kami"



2 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Afif, Khalis, Baihaqi dan Aisy! (^_^)

11:17:00 pm Yana Yani 2 Comments

Biasa balik kampung Encik suami tiap hari Ahad, tapi hari Sabtu baru ni dapat call dari Mak Encik suami beritahu yang Kak Mala, kakak sulung Encik suami ada di kampung.

Kak Mala merupakan seorang guru di salah sebuah sekolah kebangsaan di Banting. Dia memang selalu juga balik ke kampung tapi kami jarang dapat peluang untuk berjumpa.

Biasanya dia balik time weekdays, kami pula weekend. Memang tak jumpa lah kan.

Tapi aku bukan nak cerita pasal Kak Mala. Aku nak cerita pasal anak-anak dia bila berjumpa dengan anak-anak aku. Bergegar rumah Mak mentua aku! Hehe!

Dia orang jarang dapat berjumpa. So bila berjumpa memang bikin ribut!

Ada aje benda yang dia orang dok buat. Tapi yang paling kesian dalam cerita ni, Aisy! Abang-abang dia dok sibuk bergusti, dia jadi pemerhati aje!

Paling koman pun dia dok sengih aje bila dok tengok "keganasan" abang-abang dia!

Kesian Aisy!





 
Tapi aku rasa bertambah kesian bila dok tengok gambar Aisy sebelum berlakunya kemalangan yang aku rasa totally mengubah aku.
 
Rasa sayu dan sebak datang tanpa diundang. Sedih sangat!
 
 
Perasaan bersalah tu tak pernah hilang tiap kali pandang muka Aisy dengan kesan luka yang masih berbekas. Tak kisahlah sama ada dia jaga atau tidur. Aku rasa bersalah sungguh!
 
Kesan luka pada atas hidung dia tu seolah-olah cuba memberitahu aku bahawa "Inilah kesan kecuaian Mama!"
 
Encik suami ada juga kata dengan niat memujuk, "Benda dah jadi, tak guna nak menyesal. Lepas ni beringatlah"
 
Tapi tak boleh nak redakan perasaan aku yang berkecamuk ni. Hati ni tak boleh nak buang langsung perasaan bersalah tu!
 
Persoalan seperti "Macam mana aku boleh tak sedar?" asyik berlegar-legar dalam kepala otak ni. Agaknya hanya masa yang boleh mengubahnya.
 

2 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...