Sambutan Hari Jadi Aki dan Afif

7:15:00 am Yana Yani 41 Comments

Sabtu malam minggu lepas, majlis sambutan hari jadi untuk Abah YY a.k.a Aki dan Afif diadakan. Kira dah agak lama. Baru sekarang YY dapat ceritakan. Punyalah sibuk sangat katanya. Hehe! Nak buat camne lagikan. Situasi yang bukan dipinta, terpaksa juga hadap. The good thing is, dapat juga update blog walau tak sekerap dulu.

Anyway, Abah YY dan Afif berkongsi bulan kelahiran yang sama. Beza sehari sahaja. So Sabtu lepas, adik-adik YY mengadakan sambutan hari jadi untuk mereka berdua. YY hanya datang makan aje. Tulah untungnya ada adik-beradik ramai dan paling best menjadi hak paling tua! Hehe!

Sambutan Hari Jadi Aki dan Afif
Antara makanan yang ada pada malam tu

Alhamdulillah, banyak juga rezeki kami pada malam tu.

Orang ni bawa sikit, orang tu bawa sikit, benda sikit pun jadi banyak, YY pun berganda size lepas tu. Dah macam ikan buntal kejadiannya. Mananya tidak, YY yang asalnya hanya bawa perut kosong mengalami kesukaran untuk bangun selepas tu sebab overload! Hehe! Niat nak berdiet tu memang harapan ajelah!

Sambutan Hari Jadi Aki dan Afif
Aki dan Afif potong kek

Afif ceria aje sebab dapat potong kek dengan Aki dia. Agaknya pasal tu dia tak heran sangat bila esoknya YY buatkan kek, dia main lahap aje tanpa sempat YY ambil gambar. Cerita pasal kek yang dia request ada YY ceritakan di sini.

Abah YY pun sama. Seronok aje sepanjang malam tu. Memang jelas nampak kegembiraan pada raut wajah dia. Mungkin dia rasa bahagia bila kesemua anak, menantu dan cucu ada di sisi meraikan hari yang cukup penting dalam hidup dia.

Sambutan Hari Jadi Aki dan Afif
Aisy, Anis, Angah, Afif dan Khaira sempat lagi posing walau tengah makan.

Malahan kami semua rasai keseronokkan yang sama pada malam itu walau cuaca agak sejuk disebabkan hujan lebat sejak petang. Ianya tidak sedikit pun merosakkan kelancaran sambutan yang diadakan secara kecil-kecilann ini. Dapat juga berkumpul semua dalam rumah di mana kami enam beradik dibesarkan.

Sambutan Hari Jadi Aki dan Afif
Posing lagi mereka ni. Pantang kamera dihala pada diorang!

YY tak teringat langsung nak ambil gambar kesemua adik-beradik YY pada malam tu. Entah kenapa hidangan satay dan KFC pada malam tu buat YY lupa sekejab suasana disekililing. Dapat pula makan kek Red Velvet daripada Resipi Rahsia. Memang marvelous! Makan memang tak pandang keliling dah! Sedap betul makan benda yang ada banyak kalori tu. Hehe!

Yang pastinya we had a very good time malam tu. Sangat memorable. Entah bila suasana dan keadaan seperti itu dapat diulangi semula. Yelah, masing-masing ada tanggungjawab dan tuntutan peribadi yang perlu dilaksanakan. Kadang terasa cepat betul masa berlalu. Rindu zaman kanak-kanak, zaman di mana walau kami sering bergaduh tapi kami cukup seronok.

Sambutan Hari Jadi Aki dan Afif
Dulu YY kecil aje, sekarang dah sama besar dengan Abah. Hehe!

Apapun, sambutan hari jadi Aki dan Afif memang meriah malam tu. Kalau boleh YY nak ulang semula apa yang berlaku pada malam tu. Especially part makananlah! Makanan malam tu best belaka! Nak pula orang belanja, memang best sangatlah! Hehe! Dasar pelahap! Dah tu ada hati nak kurus katanya! Mimpilah YY wei! (^_^)

Rabu ni hari jadi Aisyah pula. Tak tahulah sempat ke tidak nak buat sambutan sebab hari bekerjakan. Biasa buat juga walau hanya secara kecilan. Yelah, benda yang membawa erti seperti ini harus disambut mengikut justification YY. Hehe!

Rasanya sampai di sini sahaja bebelan YY mengenai sambutan hari jadi Aki dan Afif. Till we meet again, Assalamualaikum (^_^)

P/S - Esok, Insya Allah kita akan masuk ke bulan terakhir dalam kalendar Masihi untuk tahun 2015. Sungguh pantas masa berlalu kan? Tak terkejar kita dibuatnya.

41 comments:

  1. Meriahnya...Alhamdulillah majlis berjalan lancar

    ReplyDelete
    Replies
    1. meriah dikalangan kami adik beradik aje kak =)

      Delete
  2. Red velvet resepi rahsia..cuba bongkarkan rahsia tu kat cni...huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...kak yan buat lawak
      nama pu resipi rahsia kak yan wei...mana boleh share =)

      Delete
  3. Salam Kak YY,
    first time komen sini walaupun dah beberapa kali datang.

    Semoga Abah akak dan Afif dilimpahkan rahmat dan keberkataan Aamiin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumussalam
      la..awatnya. komen aje lah yunk wei
      bukan makan orang pun =)

      terima kasih. aaminn =)

      Delete
  4. kena bersenam lah kak YY, buang balik kalori tu.salah cuaca tu, sebab sejuk, tu yang jadi lapar makan berganda-ganda..hehehe.

    apa-apa pun, selamat harijadi untuk ayah akak dan Akif..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ko suruh akak bersenam sal...citt
      sebab kerap bersenamlah akak makin suka menambahkan kalori
      pastu ditambah dengan hujan...memang mendapat! hehe

      terima kasih ye yunk
      by the way afif ye nama anak akak. akif tu anak orang lain...hehe

      Delete
    2. hahaha..mesti sebab nak taip Aki dan Afif, tercombine jadi Akif...hihi

      Delete
    3. hehe...baguih ko punya cover line ye =)

      Delete
  5. hehehe....kalau sy pun mmg enjoy betul mkn kalau sorg bawak sikit2 nih...sedap dia lain macam....dh tentunya sy akan mkn yg org bwk...mknan yg sy buat mgkin sy xcuit pun...tu lom lg bab berebut makan.....adehhhh....pelahap kan....hahahhaah.....bestnyer kalau leh raikan besday bersekali mcm ni....senang dan lagi meriah.....hihihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh kita samalah!
      kalau sendiri buat tu rasa tak sedap aje kan
      nak orang lain yang buat juga...baru sedap atk hingat katanya! hehe
      ini pun rezeki abah, kebetulan semua free time tu =)

      Delete
  6. kak pun ada ramai adik-beradik tu boleh bayang camna seronoknya bila semua dapat berkumpul..

    pastinya ayah sangat gembira dikelilingi anak, menantu dan cucu yang menyayanginya:-))

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kan kak
      kalau reramai kumpul ni memang terasa sonok sangat
      ada banyak benda nak dibualkan

      abah memang sangat seronok malam tu
      mak apa lagi kan =)

      Delete
  7. Wahhhhh sambut besday sekali ye...happy belated besday semoga panjang umo murah rezeki bahagia selalu

    ReplyDelete
  8. Salam yunk....nini ada amik ode untuk bz book....hehe...bole wasap 014 863 7586..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke? ooo...
      saya dah xde anak kecik
      tapi nanti saya boleh war2 kan pada yang berkenan ye

      Delete
  9. mariah sambutan. pot luck ye.. bawak sprang sikit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh lah buat sesama ahli keluarga ahe
      sprang tu menatang apa?

      Delete
  10. happy belated birthday aki dan afif! heheh...

    ReplyDelete
  11. moga ayah yana diberi kesihatan yang baik, umur yang panjang dan bahagia disamping anak2..nampak betul kebahagiaan diwajah ayah yana tu, mest ayah yana gembira sangat dengan kehadiran anak2 dihari lahirnya.

    untuk afif juga...moga menjadi anak yang soleh, bijak, penyayang, berjaya didunia dan akhirat

    ReplyDelete
    Replies
    1. aaminn kak! terima kasih bebanyak. mudah-mudahan
      memang dia rasa seronok sebab suprise pun semua tu, dia tak tahu kami nak buat =)

      saya mengaminkan lagi doa akak. terima kasih =)

      Delete
  12. Seronok betul tgk afif dpt sambut bday dengan aki dia. YY dan adik beradik mesti rasa puas kan sebab dpt gembirakan hati ayah. Saya paling terliur tgk satay tu walaupun nampak sipi-sipi je. Sebab mmg teringin nak makan satay sejak sebelum pregnant lagi. Maksud saya, satay yg sedap la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah lyd..memang diorang berdua nampak seronok sangat malam tu
      benda bukan selalu dapat buatkan

      orang pregnant ni memang gitulah selera dia
      singgahlah memana yang ada jual satay ni lyd
      penuhi hasrat tu =)

      Delete
  13. haha..tu la pasalnya
    tak kan tengok aje dak? haha

    ReplyDelete
  14. Memanglah seronok bila berkumpul adik beradik, bukan senang kejadian macam ni nak berlaku bila masing-masing ada komitmenkan, YY. Lagi seronok bila banyak makanan dan semuanya orang belanja. Itu yang tak kenal pun perkataan diet tu apa, macam budak baru pandai bercakap, tak berapa fasih nak memahami makna perkataanlah kononnya.

    Saya pun dah lama tak dapat berkumpul dengan semua ahli keluarga. Memang jauhlah bezanya kemeriahan bersama keluarga ketika dulu dan sekarang bila masing-masing dah ada tanggungjawab sendiri!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah MD. memang benda camni bukan senang dapat dilakukan
      part makan orang belanja tu yang sedap dipendengaran...hehe
      memang lupa dah diet ke apa ke. janji sedap aje di tekak. hehe

      sekali-sekala kena juga buat perjumpaan gini
      boleh juga mengimbas kenangan ketika zaman kecik-kecik dulu =)

      Delete
  15. Diet ke laut jadinya. Hehehhe. Tapi rezeki depan mata jgn di tolak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe! memang ke laut jadinya kak
      tetiba hilang ingatan bab diet! hehe

      Delete
  16. Selamat hari jadi buat Aki dan Afif. Meriah majlisnya walaupun dikalangan kaum keluarga terdekat. Semoga ikatan kekeluargaan terjalin erat selamanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih BM
      aaminn. itulah harapan kami sekeluarga

      Delete
  17. alhamdulillah..slamat hari lahir buat aki n afif..
    smoga bbhgia duniakhirta..amin

    ReplyDelete
  18. Hepy Bezday buat Afif dan Aki moga sentiasa dilimpahi rahmat Allah ....
    Sama dgn TLBD dia pun sama bezday ngan atok...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih OKje...aaminn
      nak bagi kite sentiasa teringat agaknya =)

      Delete
  19. baca entry ni, terkenang abah aida dlm spital :( hu hu hu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hopefully abah aida dah sihat
      saya doakan moga dia cepat sembuh

      Delete
  20. Alhamdulillah...meriah majlis. Menu pon sedap ☺

    ReplyDelete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...