Berhenti Bersikap Judgmental

4:32:00 pm Yana Yani 34 Comments

Secara rasminya YY sudah tujuh tahun merasai dunia parenting. Walau kadang kala tidak dinafikan ianya memberi sedikit tekanan tapi pada masa yang sama ianya sebuah dunia yang sangat indah untuk diterokai. Ironinya dalam dunia parenting, kita bukan sahaja perlu menghadapi karenah anak-anak yang pelbagai. Tapi kita juga perlu menghadapi sikap judgmental parent lain terhadap diri kita.

Persoalannya, kenapa perlu bersikap judgmental?

Secara logik, ianya barangkali disebabkan masing-masing merasai diri sendiri adalah parent paling sempurna di dalam dunia. Justeru apabila ada parent lain tidak melakukan perkara yang sama sepertimana yang mereka biasa lakukan, maka secara tak langsung wujud sikap judgmental yang boleh mengundang krisis berpanjangan.

YY akui apabila memasuki dunia parenting, YY langsung tidak mempunyai pengalaman dalam selok belok penjagaan bayi. Even pernah dok jaga adik sendiri tapi pengalaman menjaga adik dan anak sendiri adalah dua perkara yang berbeza. Tambahan pula YY adalah seorang ibu yang berkerjaya.

Berhenti Bersikap Judgmental
Image from housemixblog.com

Satu ketika dahulu YY pernah ditegur oleh seorang ibu yang menyokong breastfeed. Yes YY aware bahawa breast milk memang bagus untuk bayi malahan tiada mana-mana susu formula mampu menandingi kehebatan breast milk. Malangnya kondisi kesihatan YY tidak membolehkan YY untuk breastfeed anak-anak YY walau YY terlalu inginkannya.

"Kenapa tak bagi breastfeed? Breast milk ni kena stimulate, barulah susu banyak keluar" Time tu YY terasa nak smacked down aje dia. Tapi atas dasar menghormati dia sebagai orang yang "berpengalaman" YY buat muka trademark YY, tersengih macam kerang busuk sambil dalam hati menyumpah, "You know nothing about me!"

Begitu juga bila Aisyah mempunyai habit menghisap jari. Persoalan seperti tak bedung, tak larang anak masukkan jari ke mulut dan so on adalah antara persoalan yang buat YY stress. Mana awak tau saya tak bedung or tak larang. Awak bukannya fairy godmother yang 24/7 dok sebelah saya.

Ada orang beranggapan bahawa tindakan mereka itu atas dasar memberi nasihat kepada parent lain sedangkan hakikat sebenarnya ianya bukan nasihat apabila kita bertindak judging atau menilai parent lain. Ianya seolah nak mengatakan bahawa awaklah parent yang terbaik di dalam dunia.

Pada YY, dalam dunia parenting, adalah tidak wajar untuk kita menilai atau mungkin bersangka buruk terhadap pilihan dan cara parent lain dalam membesarkan anak mereka. Ada banyak sebab kenapa pilihan itu mereka lakukan contohnya mungkin disebabkan masalah kesihatan, kewangan atau mungkin masalah lain yang di luar pengetahuan kita.

Tak salah memberi nasihat. Please share. YY sendiri suka dengar pengalaman orang lain dan ianya sedikit sebanyak membantu parent yang punyai zero experience seperti YY. Tapi jangan memaksa YY untuk mengikut cara korang. Tak semestinya ianya bagus untuk korang dan ianya juga perlu bagus untuk YY.

Mungkin video di bawah cukup sesuai untuk menggambarkan sikap judgmental dalam dunia parenting. Setiap parent dalam pelbagai lifestyle cuba mengatakan bahawa mereka adalah yang terbaik. Sedangkan hakikat sebenarnya mereka memerlukan antara satu sama lain terutama dari segi aspek sokongan moral dan sebagainya.

Ambil masa untuk pelajari sesuatu daripada video di bawah.


Entry ini diterbitkan berdasarkan pendapat peribadi YY. Tak semestinya korang yang membaca perlu menyokong apa yang YY coretkan. Perbezaan pendapat itu perlu dan ianya juga normal. Salah tetap salah dan betul tetap betul. So feel free untuk drop pendapat korang.

Last but not least, terimalah hakikat bahawa tiada sesiapa pun yang SEMPURNA dan kita semua menuju matlamat yang sama iaitu memberikan yang TERBAIK buat anak-anak kita.

Till we meet again, Assalamualaikum (^_^)

34 comments:

  1. Mulut orang memang tak boleh tutup tapi tulaaa... depa bukan gheti nak jaga hati2 kita ni.... kekadang atas dasar hormat... dosa lain pulak kita cipta sebab menyumpah dalam hati... So do I... hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. mulut manusia mana boleh tutup macam mulut tempayan =)
      menyumpah dalam hati tak apa
      tak ada orang tahu...hehe

      Delete
  2. kdg sy lak yg naik rimas ngn org yg asik nk komen cara org lain didik anak...setiap ibu bapa mmg nak yg terbaik utk anak mereka....kdg cara kita mgkin xsesuai dgn org lain....nk bg cdngn xsalah tp jgn kita paksa org lain ikut cara kita...masing2 ada lifestyle sndiri kan...moga ibu2 semua bersabar la yer....teruskan usaha menjadi ibu yg terbaik utk anak kita.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang naik rimas deanna
      kadang cara bercakap tu tak kena walau mereka berniat baik
      setiap orang punyai perbezaan lifestyle
      mungkin benda tu tak baik untuk kita, tapi bagus untuk diorang
      sape kita untuk melakukan penilaian kan

      Delete
  3. Dalam apa jua keadaan pun... Selalu ingat kan diri sendiri supaya tak rasa diri ini sempurna dan baik...

    Memang org suka judge org lain sebab kita tak berada di tempat dan keadaan yang sama...

    Apa boleh buat... Melainkan diam dan senyum je... Kalau berbahas pun akan mengeruhkan keadaan je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. senyum dan diam tu yang biasanya makan dalam
      kalau sayalah...saya tak kata orang lain
      kita malas nak berbalah...sebab kebiasaan yang bersikap judging ni, kalau putih kata mereka...putihlah kita kena ikut
      diorang dah set dalam kepala otak yang diorang paling bagus

      Delete
  4. kadang2 bukan takut tapi malas nak komen kalau pendapat bertentangan kang mula la keluar sindir menyindir kat FB.. Tapi sebab kita dah lama kenal & dah biasa berbeza pendapat so saya tak kisah sangat nak berkomen. Bagi saya isu ni.. Yang jadi betul atau salah cara tu ikut kemampuan la. Saya seorang ibu yang sempat jugak BF anak.. tapi saya tak pernah pandang rendah atau pandang ibu yang tak BF anak tu sebab mereka taknak.. kita sedia maklum tak semua org ada rezeki susu ibu atau berkemampuan menyusu anak melalui susu badan. Ketakbsuban mereka yang mampu menyusu anak sampai 3 4 tahun ni kadang2 sampai merendahkan ibu2 yang tak mampu menyusu badan

    ReplyDelete
    Replies
    1. menyindir dalam FB? emm..
      berbeza pendapat tu pada saya normal
      sebab setiap manusia melihat sesuatu tu dari sudut berbeza
      tak semestinya apa yang kita kata betul, betul juga di mata orang lain

      untuk isu ni, saya selalu kena. kebanyakkan yang bercakap
      seolah dah kenal saya berkurun lamanya
      diorang tak tahu kondisi kesihatan saya atau bebanan lain yang saya terpaksa pikul
      kalau nasihat tu membina, saya tak ada masalah nak mengikut
      ni sampai semua benda tak betul...too much pada saya

      Delete
  5. Sebenarnya sikap judgmental tu tak payah dalam dunia parenting, dalam kerjaya,..personal life semuanya tak patut ada. Kita sendiri tak sempurna, macammana kita boleh layak bersikap judgmental pada orang lain? Tapi biasalah, sometimes mereka akan rasa lebih hebat, lebih baik/superior dengan buat macam tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dilihat secara teliti memang judgmental ni meluas
      cumanya saya mengupas dari sudut parenting
      benda ni macam satu virus sebenarnya
      cam kak farah katalah, rasa diri lebih hebat
      tu yang jadi lagu tu

      Delete
    2. ...dan kebiasaannya spesies parents yg judgmental dan rasa diri hebat ni akak tengok (based on my personal experinces la), baik dia mahupun si anak, tak gah mana pun. Pung pang pung pang je lebih :)

      Delete
    3. hehe...kebiasaan orang yang benar2 cemerlang, memang paling kurang berbunyi
      tapi orang yang terasa diri sangat cemerlang, memang paling kerap berbunyi
      hakikat dunia hari ini =)

      Delete
  6. meh yan tolong smackdown dia...huhuhu..

    ReplyDelete
  7. tak suka org macam nii..suka jaga tepi kain org..kenal pun tidak

    ReplyDelete
    Replies
    1. jaga tepi kain tu konsep dia meluas
      kadang untuk kebaikan kita juga
      cumanya saya mengupas bab penilaian
      semua orang buat tak betul, kita aje buat betul
      anak kita tak tidur buaianlah, apalah...mana kita tau yang budak tu atau parent dia ada masalah lain kan

      Delete
  8. Kalau ikutkan semua ibu bapa nak kan yg terbaik buat anak2...masing2 ada hak tersendiri kan...mgkin cara kita tak sama dgn org lain.. just hormati hak kita sbg ibu bapa....tak perlu nak judg org lain...peace... huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betullah tu atie, semua parent nak yang terbaik untuk anak-anak
      tapi bila ada kelompok yang seolah mengatakan mereka lebih "baik"
      itu yang menyebabkan konflik
      kita semua berhak menentukan apa yang terbaik
      just because benda tu baik untuk dia
      tak semestinya baik tuk kita kan

      Delete
  9. Cakap mudah - suka hati kitalah, anak kitakan! Hahaha...

    Yang sebenarnya kalau langsung tak dengar nasihat pun tak boleh juga. Tapi kena jugalah tengok nasihat tu macam ni. Kalau buat menyakitkan hati aje memang dengar telinga kanan lepas tu terus keluar ikut telinga kiri! Kalau baik untuk jangka masa panjang dan kita mampu melakukannya, apa salahnya kita ikut kata, ya tak?

    Ni... bercakap pasal hisap jari ni tetiba teringat si anak bongsu kita ni. Lately bukan main lagi habis semua lima jari masuk mulut kalau dia tahu orang tengah tengok dia, mengata dia, memuji dia... tersipu-sipu malulah konon terus sumbat 5 jari masuk mulut! Tension weyh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. saya tak kata tak perlu ikut nasihat
      tapi ada perbezaan antara nasihat dan unsolicited advice
      bukan semua orang boleh terima nasihat
      kena tengok keadaan atau situasi sebelum memberi nasihat
      silap haribulan hanya mencetus konflik

      adik cute buat gitu ke?
      cam berjodoh aje tu...hehe

      Delete
  10. tidak sepatutnya mereka judge begitu.. setiap orang ada cara mereka yang tersendiri mendidik anak-anak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah yang saya cuba sampaikan aiza
      setiap manusia itu sendiri unik
      maka keunikkan itu juga ditransfer dalam dunia parenting
      tu saya kata berhenti bersikap judgmental

      Delete
  11. sgt setuju.
    kita ada cara kita.
    kita ada priority kita.
    aida sungguh la nyampah dgn org yg terasa bagus, terasa dia je betul.
    hormat org.
    hormat pendpt org.

    ReplyDelete
    Replies
    1. we are in the same shoes aida
      saya juga tak suka manusia camni
      kita perlu hormat hak orang lain
      bagus pada kita, belum tentu bagus tuk orang lain

      Delete
  12. Bagi je smacked down 2,3 das untuk org bajet bagus dan bajet perfect ni sis. Hehehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...terasa aje nak buat gitu kak
      tapi tak kesampaian hajat tu...hehe

      Delete
  13. senang gini.. ko jaga anak ko.. aku jaga anak aku.. kan kan ? hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...kadang nashat tu perlu
      tapi kena tengok keadaan
      bukan main taram aje! hehe

      Delete
  14. adoii...sikap suka judge org ni mmg sgt x suka...x perlu lah nk judge sbb setiap orang ada cara tersendiri..kekadang tu dah didik sehabis baik but kalau ada yg x kena dh di luar kuasa kita..ignore je lah org yg suka judge ni kalau nk beri nasihat or panduan x pe jgn judge

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah pasalnya JM
      tapi kita hidup dalam komuniti, nak ignore pun susah juga
      nak tak nak, terpaksa hadap
      paling senang, pekakkan aje...hehe
      mana baik, mungkin boleh dipertimbangakan
      tapi mostly suka condemn, cam dia aje yang bagus

      Delete
  15. waalaikumussalam yana...

    akak setuju dengan pendapat yana, akak sokong apa jua yg ibubapa lakukan untuk kebaikan anak-anak mereka tetapi janganlah mengharapkan ibubapa lain juga dapat buat yang sama seperti mereka, nak menegur atau mendidik orang lain perlu ada caranya...

    macam akak pun adam dan adrien breasfeed sekejap je, adelya dapat breastfeed sepenuhnya, nak buat macam mana rezeki anak2, orang suruh cuba,paksa anak minum tapi sebagai ibu akak tak sanggup tengok anak berlapar, terpaksa la berikan juga susu formula.

    Setiap ibubapa tu ada cara yang tersendiri untuk mendidik anak mereka kan, mereka tahu apa yang terbaik untuk anak-anak mereka

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kan kak...tak ada mana-mana parent dalam dunia ini yang tidak mahu
      berikan benda yang terbaik buat anak-anak mereka
      apa yang kita buat untuk anak-anak kita belum tentu terbaik tuk orang lain
      kita jangan cepat judging pada saya.

      tidak selagi kita tidak tahu keadaan atau situasi sebenar
      yes...saya setuju sangat apa yang akak katakan

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...