It Is Just My Two Cents

11:58:00 am Yana Yani 32 Comments

It It Just My Two CentsBagi sesiapa yang sering berkunjung ke Diari Seorang Mama (DSM) pasti perasaan lately YY banyak posted entry berbentuk pendapat. Bukan sebab nak tunjuk pandai ye. No, no, no!

Yang sebenarnya, YY masih belum dapat selesaikan masalah laptop YY. Daripada blog ini terbiar kosong, why not YY luahkan pendapat YY tentang sesuatu isu dari sudut pandangan mata YY. Besides, it is just my two cents (^_^)

Disebabkan masalah tu, banyak entry terpaksa dihold buat sementara waktu. Salah satunya entry yang ditujukan khas buat Afif sempena ulang tahun kelahiran dia. Rasa ralat juga. Tapi nak buat camne lagi dak?

Nak gunakan phone, YY rasa kurang selesa pula. So terpaksalah hadap situasi ni yang entah bila akan selesai. Apapun Afif tahu kan, Mama sayang sangat pada Afif dan Adik. Papa pun Mama sayang juga tau. Tapi Afif dengan Adik lebih sikit. Hehe!

Entry berbentuk pendapat ni lebih mudah dihasilkan sebab YY boleh gunakan masa rehat YY untuk luahkan pendapat YY. Lagipun ia hanya berdasarkan pandangan YY semata-mata. Tak semestinya korang perlu bersetuju dengan pandangan YY.

Kita semua tahu yang setiap di antara kita mempunyai justification yang berbeza. In fact, manusia itu sendiri sudah unik kejadiannya, maka perbezaan pendapat pasti ada. Mungkin pada pandangan YY ianya betul, tapi pada pandangan korang ianya adalah sebaliknya. So, it is normal.

It Is Just My Two Cents

So tiap kali YY post entry berbentuk pendapat, korang tak usah risau untuk meluahkan pendapat korang. YY hormati pendapat atau pandangan korang. Lagipun prinsip YY, cerita hari ni, habis hari ni. Tak ada maknanya nak berdendam kesumat hanya kerana perbezaan pendapat (^_^)

Rasanya sampai sini ajelah bebelan YY untuk hari ini. Semoga kita bertemu lagi di lain entry. Insya ALLAH. So, YY akhiri entry ini dengan ucapan, Assalamualaikum (^_^)

P/S - Sekarang ni musim hujan. Alert dengan keadaan sekeliling ye kekawan. Macam-macam boleh jadi dengan kekuasaan DIA yang SATU.

32 comments:

  1. betul tu yana setiap orang ada pendapat masing2, tak salah nak bagi pendapat cuma kadang2 malas nak bagi pendapat sebab ada orang ambil serius dan terlalu memikirkan pendapat yang kita bagi hingga membawa kepada perasaan sentap, bermasam muka...hehehe dan membawa kepada perasaan bersalah kepada si pemberi pendapat...

    kalau yang berlapang dada macam yana ni oklah nak bagi pendapat bertegang urat leher pun takpe rasanya hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang wujud manusia camtu, saya tak nafikan
      pada saya orang camtu adalah orang yang tak nak terima pendapat
      dan angap hanya dia sahaja betul sedangkan tiap manusia memandang
      dari sudut atau sisi berbeza

      hehe...saya tak ada masalah bertegang urat untuk benda yang saya percaya betul
      lepas tu habis dekat situ...besok cite lain..hehe
      atau mungkin bergaduh untuk benda lain...hehe

      Delete
  2. Selamat bercuti sekolah juga buat mama2 yang anak2nya dalsm cuti sekolah...
    Musim hujan...yang banjir2... yang tanah runyuh ye jugak.... cuma kita perlu lebih berhati2 menghadapi situasi sekarang ini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tak bercuti bunda
      tak adan perancangan setakat ni..hehe
      apapun terima kasih tuk peringatan tu ye bunda

      Delete
  3. Salam kenal sis mama.. 1st time lady berkunjung ke sini..

    Bg lady.. Stp org bebas keluarkan pndpt masing2.. Slgi tidak melanggar bts2 agama..

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumussalam
      eh ye ke? mungkin lady tak cam blog ni lepas renovate
      lady tak penah datang sini
      cuma lama tak nampak...saya pun dah lama tak singgah blog lady =)

      Delete
  4. saya suka artikel berbentuk pendapat..ia adalah unik berbanding artikel fakta yang macam ada persamaan antara satu sama lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu saudara hanafi sebab ianya diulas berdasarkan pandangan kita menilai dari sudut atau sisi kita
      saya juga lebih convenience menulis entry berbentuk pendapat
      terasa lebih dekat berbanding fakta yang perlukan kajian mendalam

      Delete
  5. dah namanya blog kan...memang medium bercerita apa yang kita rasa.orang lain bebas nak bersetuju atau tidak.debat sikit-sikit tu bagus, boleh membuka minda, jangan sampai bergaduh masam muka sudahla.saya pun dah lama tak buat entry pendapat ni.senang, bak kata akak, tak payah gambar pun boleh sampai maksud.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan sal...lebih mudah sebenarnya
      sebab ianya berdasarkan sisi pandangan kita bila lahirkan pendapat
      tak akanlah sebab lain pendapat, nak masam muka dak?
      tak molek gitu
      ceita hari ni, habis hari, full stop...hehe

      Delete
  6. entri berbentuk pendapat unik.. setiap orang ada pandangan yang berbeza.. moga laptop yana cepat baik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah...dan ianya mudah
      maksud saya tanpa gambar pun okay =)

      tak tahulah bila nak ok tu aiza
      tak bawa p klinik lagi..hehe

      Delete
  7. yes. moga lappy YY segera pulih :)
    aida pun x suka blogging dari phone, tak syok!
    hormat pendpt org, tu penting.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...entah bila dia nak pulih aida
      kan...mata rasa tak seronok
      yes. hormat tu perlu

      Delete
  8. sy pun suka entry berbentuk pendapat....ktia leh tau pe pendapat org lain...kdg pendapat org lain mnybabkan kita memikir dalam prespektif yg berbeza....tp kalau bab bermasam muka sbb xsetuju tuh...amatlah tidak wajar....hak masing2 kan....kita xleh lah nk paksa org lain terima pendapat kita...selagi kita mmberi pendapat secara berhemah pada sy xde mslh....cuma kita pun kena berlapang dada la bila org lain bagi pendapat...nak pakai atau x....tu terpulang la kan....janji jgn bergaduh....sy pun de pengalaman yg xelok pasal benda ni...sampai boleh putus sahabat tuhhh....huhuhuhuhu....sedih kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh ada. saya dah beberapa kali kena
      kadang apa kita tulis hanya berkenan kita. malangnya ada yang terasa
      pastu bermasam muka...kan tak syok kan
      sebab tu perlu tekankan yang setiap orang punyai pandangan berbeza
      habis situ, situ ajelah kan. tak payah pepanjang marah
      yang rugi diri sendiri...
      even kalau benda tu ada kena mengena dengan diri sendiri, pandang dari sudut positif
      kalau tak boleh juga, maknanya kita ada masalah dengan ego

      Delete
  9. Eh? Tak perasanlah YY......yg pasti awak mvm chips more, kejap ada, kejap tak de. Ke okje yg mcm biskut kat sini hihi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha...adalah okje
      saya ada masalah berbangkit
      tak boleh nak fokus sangat cam dulu
      keja pula tu kan...bila free aje baru serang sesiapa yang berkenaan =)

      Delete
  10. Teruskan YY buat dengan cara yang YY biasa ni..dh ada trademark tu.. rasanya kalau kita niat yang baik, tak apa atau tak perlu risaukan pendapat orang lain.. memang orang no yang baik pun suka komen, yang tak baik lagila nk komen..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kerana menyokong cikgu AN
      terharu saya dibuatnya..hehe
      saya buat sekadar mengisi kekurangan slot aje
      cuma bimbang ada yang rasa annoying plak bila kerap sangat dok bagi entry pendapat ni

      Delete
  11. Akak pun sama macam YY. Kalau tak de laptop, tak best sangat nak buat entri blog :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan...rasa payah betul!
      tu yang sanggup tengok laptop kat rumah free...hehe

      Delete
  12. Kathy suka entri ni. Dan kathy setuju sangat. Kathy ni bertabah je la bw via hp.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...blogwalking setakat baca aje boleh
      kalau tinggal komen tu memang tak
      saya tak selesa gunakan hp =)

      Delete
  13. Blog kita, suka hati kitalah nak tulis tentang apa ya, YY. Kalau rasa nak meluahkan pendapat, kita luahkan aje. Sama ada orang bersetuju dengan kita, itu terserahlah. Bukannya bila kita menulis pendapat tentang sesuatu perkara kita berharap semua orang akan bersetuju dengan kita 100% Biasalah bila ada pro dan kontra dalam sesuatu perkara yang diperdebatkan; asalkan masing-masing tak menjadi keyboard warrior nak menegakkan pendapat masing-masing sudahlah...

    Saya kalau bab blogging ni memang tak suka guna smartphone mahupun tablet. Laptop pun saya tak suka. Lebih selesa duduk kat meja komputer dan gunakan desktop aje. Tradisional sangatkan ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...MD ni kalau diberi peluang dan ruang memang manjang komen dia
      salute atas kesungguhan MD
      saya pun belum tentu mampu buat sama cam MD buat. gigih!

      anyway saya sokong padangan MD tu
      pada saya mereka yang sentiasa mengakui diri tu betullah ada masalah dengan ego
      dalam hidup kita tak boleh sentiasa betul dan ianya hakikat

      Delete
  14. Hujan kat tempat mekja ni. Huu, bosan-bosan kita berblogwalking lah. Apa lagi. Hihii

    ReplyDelete
    Replies
    1. kamu memang sengaje melakukan aktivit mengebom pada waktu dan ketika ini kan...hehe
      apapun terima kasih lah ye =)

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...