Benarkah Perkhidmatan Hospital Kerajaan Teruk?

1:12:00 pm Yana Yani 46 Comments

Cerita kurang enak mengenai hospital kerajaan bukan sesuatu perkara baru. Pandangan bersifat prejudice ini memang sudah lama kedengaran. Cumanya sejak teknologi semakin canggih, maka cerita lebih cepat tersebar. Persoalannya, benarkah perkhidmatan hospital kerajaan seteruk seperti yang digembar-gemburkan.

Benarkah Perkhidmatan Hospital Kerajaan Teruk?Untuk makluman, hospital kerajaan, Hospital Besar Tengku Ampuan Rahimah Klang (HTAR) to be specific sudah seperti rumah kedua YY kerana kondisi kesihatan YY.

Keluar masuk wad sudah menjadi sebahagian kehidupan YY. Even bersalin YY tidak berpeluang membuat pilihan. YY mesti bersalin di hospital tersebut.

HTAR adalah antara hospital kerajaan yang sering dilabel sebagai hospital yang memberi perkhidmatan lousy. Ada ramai kawan YY yang hanya dengar cerita atas cerita tidak mahu bersalin di hospital berkenaan. Sanggup travel jauh ke Hospital Besar Sungai Buloh (HSG) semata-mata inginkan keselesaan.

Ironinya hari ini, HSG menjadi bahan cemuhan netizen kerana dikatakan gagal memberikan servis sempurna untuk ibu yang mahu bersalin. Untuk makluman, HSG hanya dikhususkan untuk penduduk sekitar daerah Gombak, daerah Petaling dan juga daerah Kuala Selangor. Tapi ada yang bukan penduduk daerah berkenaan sanggup ke situ atas seribu alasan.

Dalam kes yang sedang viral hari ini, YY percaya ia terjadi kerana lambakan pesakit. Ianya di luar kemampuan pihak hospital untuk mengawal. Bila dah terlalu ramai, what do you aspect? Tambahan kita berurusan dengan manusia yang mempunyai perasaan sepertimana kita. Even diorang attended beratus kali latihan soft skill pun, perasaan adalah sesuatu yang kadang sukar dikawal.

YY sendiri pernah ditempatkan di katil yang betul-betul di belakang pintu masuk. Tolak aje pintu masuk, lepas tu jenguk sikit belakang pintu, nampaklah katil YY. Pernah juga menggunakan katil berlapis, sekali pandang macam berkongsi katil dengan orang sebelah. Sangat tak selesa. Suasana dah macam di hospital ketika perang dunia kedua. Tapi orang memang terlalu ramai time tu.

Benarkah Perkhidmatan Hospital Kerajaan Teruk?Staff pula sepanjang pengalaman YY, tidaklah seteruk yang orang kata. Atau mungkin juga nasib YY terlalu baik sebab YY tak pernah berjumpa dengan yang perangai teruk.

Tapi YY pernah jumpa staff yang langsung tak balik rumah. Rupa mengalahkan Zombie Kampung Pisang. Kadang satu staff terpaksa buat lebih daripada kerja yang sepatutnya dia buat disebabkan short of manpower.

Betul tak nafikan ada yang mulut macam celaka. Ikutkan hati nak tampar aje mulut tak ada insuran dia tu. Tapi tak akanlah sebab dua tiga orang yang buat lagu tu, kita kata semua staff sama. Tak adillah kan?

Sejauh mana teruknya perkhidmatan hospital kerajaan pada YY adalah disebabkan mindset kita. Mungkin juga expectation kita. Kalau kita mengharapkan layanan seperti hospital swasta, memang tak dapatlah. Pihak hospital pun kalau ada yang complaint, buatlah siasatan. Mungkin juga ada kebenaran.

Janganlah kata semua yang complaint hanya nak condemn. Manalah tahu ianya boleh digunakan untuk penambahbaikan servis hospital. Walk the talk. Jangan asal orang complaint, suruh pergi swasta. Camtu sampai bila nak maju dak?

Kesimpulan untuk cerita ini mudah. Kita semua perlu belajar menghormati peraturan walau di mana kita berada. Belajar juga menghormati perasaan orang tak kira sebagai orang yang memberi atau menerima perkhidmatan.

P/S - Kita sibuk nak ke hospital swasta, warga asing pula sibuk ke hospital kerajaan. Kenapa? Sebab bayaran di hospital kerajaan adalah termurah di dunia disebabkan duit cukai yang kita bayar. Tak rasa sakit hati ke?

46 comments:

  1. ye.. tak semua hospital kerajaan macam tu. tapi kebanyakkan hospital kerajaan tak mesra customer... cuba pergi ke klinik kesaihatan Lenggong, Kat Negeri Perak tu...nurse n doctor OK, tapi kat farmasi tu bercakap ngan pesakit macam nak makan pesakit tu walhal pesakit tu tak buat salah pun

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila berurusan dengan manusia memang macam-macam boleh jadi
      saya tak pernah alami apa yang DP alami
      so saya tak berani nk bercerita panjang

      Delete
  2. masa saya kene admit kat HKL 3 tahun lalu, 3 minggu kat dalam hospital kelas dua.. Nurse semua baik, senyum memanjang, , cakap pun elok2 , sopan santun jer tapi doctor pulak yang sombong. Doktor perempuan je. Doktor lelaki semua ok. Doktor perempuan tu marah saya.. marah sebab apa? sebab die tension kot kene bertugas malam2 sorang2, tak ada doctor lain... since then. saya serik ke hospital kerajaan

    ReplyDelete
    Replies
    1. HKL adalah hospital paling sibuk dalam malaysia
      dan juga dikhabarkan semua pakar terdapat di sana
      ini yang saya biasa dengar apabila melibatkan hospital kerajaan
      well keputusan nak ke hospital mana tu adalah pilihan masing-masing
      cam saya, memang sampai mati hanya dekat hospital kerajaan =)

      Delete
  3. CT ada baca juga cerita ibu bersalin tu.. xtau nk komen apa sbb tak pernah bersalin jadi pengalaman tu x ada.. tapi mengulas isu hospital kerajaan.. pengalaman yang CT lalui pun teruk..

    jadi bila da lalui sndiri.. mmg prejudis muahahaha =P

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak ada baca apa yang CT alami di FB aritu
      sebenarnya sebagai ahli keluarga pesakit CT ada hak minta
      explanation untuk setiap tindakan
      kadang mereka hanya menjelaskan setelah ditanya

      cam akak, akak suka bertanya...dan akak ada habit memandang positif dulu
      sebelum negatif. biasa marah2 hanya terjadi dalam kes2 tertentu...hehe
      well, kadang pengalaman memang berikan impak

      Delete
  4. saya dari sejak lahir anak saya sampai sekarang masih berurusan dengan hos sg buloh. Saya rasa puas hati dengan perkhidmatan. kena tunggu lambat kekadang tu biasa la.. dulu kalau sakit2 ringan, deman ke hapa pergi jugak klinik swasta tapi sekarang semua pergi gov dah. Ok jer.. service sekarang. Kena tunggu lambat tu.. dah hadam tak rasa apa2 janji layanan doktor nurse & staff tak menyakitkan hati. Boleh baca pengalaman saya bersalin di hosp sg buloh kat blog saya nanti.. Memang ada juga kejadian yang tak di ingini berlaku... terkini >> AKU NAK BONGKAR PENGALAMAN BERSALIN DI HOSPITAL SUNGAI BULOH

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, ada banyak perbezaan dulu dan sekarang
      dulu mungkin apa yang disuarakan tuk betul
      tapi sekarang based pada pengalaman saya, diorang sangat berdedikasi
      mungkin ada certain lah hak buat perangai tu, tapi ok lah kan
      nak ok camne lagi

      Delete
  5. Saya dah pernah bersalin di hospital swasta & kerajaan. Stkt pengalaman saya, semua staf & doktor di QEH baik2 belaka, tp of course kurang selesa sikit sbb husband x dpt temankan kita waktu bersalin, tak mcm di h.swasta. And saya ada baca dlm local papers ttg horrifying experience org lain di hospital2 daerah. Maybe hospital kat bandar2 besar lebih baik drp yg di daerah2 kecil.

    ReplyDelete
    Replies
    1. somehow i have to agreed with you
      memang ada kebenaran di situ. hospital di bandar kecil agak teruk
      adik saya sendiri enggan bersalin di hospital tanjong karang
      kata dia di sana selain daripada peralatan tak cukup
      kakitangan agak puaka mulut mereka
      mungkin sebab kurangnya spot check oleh pihak atasan
      berbanding dengan hospital di bandar besar

      Delete
  6. sebenarnya ia terjadi kerana sikap individu itu sendiri...macam kita sendiri ada mood tersendiri kadang2 tu kan.rasa nak marah, tak puas hati,biasalah tu, cuma mungkin penerimaan orang juga berbeza..tengah sakit kena marah atau orang bercakap kasar, ada lah tersentap sedikit agaknya kan, tapi takperlu diviralkan...janganlah sampai kerana nila setitik rosak susu sebelanga...

    akak pernah ada pengalaman di kedua-dua hospital swasta dan kerajaan...yang pasti tentulah berbeza kedua-duanya kan...pengalaman yang tak dapat dibeli, jadikan pengalaman dan kenangan saja

    ReplyDelete
    Replies
    1. rata-rata yang kata bermasalah tu memang macam apa akak cakaplah
      emosi manusia ni kadang tak menentu kan
      pada saya pun tak perlu viralkan, benda boleh selesai cara elok
      boleh buat report rasmi, kalau tak dapat repond, follow up
      ni habis semua yang tak berkaitan pun kena...kesian

      swasta tak penah ada pengalaman
      tapi kerajaan banyak kali terutama HTAR la
      lain tempat saya tak tahu =)

      Delete
  7. adik saya sendiri merupakan seorang doktor di hospital kerajaan, dia pernah cerita kat saya dia kerja berbelas jam, nak makan pun tak sempat. dia curi masa gi beli roti, ada patient nampak.sedap je patient tu gi ngadu kat doktor senior yang doktor dok makan, pesakit tak terjaga. saya yang dengar ni pun berasap telinga, tapi adik saya kata dia dah biasa semua tu. memang bukan senang jadi doktor di hospital kerajaan. tu pun saya pelik bila ramai doktor menganggur, tapi hospital kerajaan tak cukup kakitangan. bayar cukai berjuta, tapi perkhidmatan tak seberapa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada akak kerja dengan JKNS
      dia kata memang teruk kerja doktor, lagi kalau houseman
      masak kena cepuk dengan MO atau specialist
      tu belum dengan patient yang rata-rata tak nak berurusan dengan diorang
      doktor memang kurang kata adik akak...cuma akak kurang pasti apa penyebabnya

      Delete
  8. Pengalaman mumy buat masa semua ok.. waktu bersalin dan waktu hero besaq masuk hospital demam panas.. Syukur Alhamdullilah..Tapi tulahh pengalaman dorang ni lain2...ada sesetangah hospital ok.. ada sesetangah tak ok.. paling latest mummy baca tentang Siti yang menulis aka siti roro tu... sedih baca :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. yelah kan mummy, lain orang lain pengalaman
      atau mungkin lebih tepat, nasib dia
      saya baca juga...sedih kan
      nangis saya baca

      Delete
  9. Nak juga kongsi pengalaman bab nih.. Tapi terpaksa hold dulu entry tu... Apa pun... Sy yakin kepada rezeki dan segalanya berbalik kepada sikap kita... Mungkin kita dapat habuan macam sebab dosa kita yang kita tak sedar... Berbaliklah segalanya kepada Allah...

    Terkilannya dengan post yang viral tu... Ialah ambil gambar penghuni hospital yang kurang tutup aurat dengan sempurna... Hmm... Fikirkan sendiri apa kesannya...

    Jadi,fikir dahulu sebelum nak viralkan... Positif dan negatifnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya setuju pendapat maria
      kadang kita tak tahu camne ujian yang ALLAH berikan pada kita
      mungkin dalam bentuk yang kita anggap kesilapan manusia

      ni pun benda tak patut
      sebenarnya menjadi satu kesalahan mengambil gambar di hospital
      even nak sebar pun kan, patut hormati privasi pesakit lain
      kesian mereka kan

      Delete
  10. pendpt aida, tgk haribulan la kot YY.
    ari ni kita gi, ok. esok org lain gi, tak ok.
    yes, free ~ ko nak layanan spital swasta? gi la byr.
    ramai org. kurang facilities. doktor busy.
    aida 3 kali bersalin spital melaka.
    nurin 1 kali admit = demam.
    mr.asben 1 kali admit = kidney.
    faham sgt... but, sabar aje la. free kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin ada kebenaran juga kata aida
      dalam suasana stress, anything can happen
      kalau saya, mana boleh sabar, saya sabar
      mana saya tak boleh, report aje ke saluran yang betul =)

      saya tak free, saya still kena bayar...hehe

      Delete
  11. Alhamdulillah saya bersalin di hospital yang bagus dan nurse2 pun baik belaka.Tapi pernah la buat checkup kat klinik kerajaan memang ada nurse dia mulut celaka..Lagi2 yang tua2 tu..yang muda2 ni tak berani nak melahar .

    masa saya bersalin dua2 anak saya ni, memang katil hospitakl ramai dengan warga asing je..dah la guna tandas pun tak reti nak bersihkan...mujur la cleaner baik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. klinik kerajaan memang saya pun pernah kena
      buat kerja macam tak nak kerja
      kadang tu mulut, allahurabbi...minta diberikan kesabaran aje
      setakat ni saya terima layanan agak baik di HTAR

      kan...warga asing memang ramai sekarang
      sebab murah tau diana,
      orang kita rata-rata tak rela ke hospital kerajaan

      Delete
  12. kalau nak perkhidmatan yang terbaik pergilah ke hospital swasta dan jangan pula merungut tentang bayaran yang dikenakan

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak boleh juga kata gitu sedara
      kadang perlu juga benda gini sebagai satu wake up call
      sampai bila nak berikan servis yang teruk
      betul hospital kerajaan kita paling murah di dunia, cumanya walk the talk

      tapi kalau mampu, silalah ke swasta...tiada yang melarang
      kadang swast pun bukan molek juga
      kalau diorang buat onar, dia hantar patient ke government
      diorang tak nak dapat nama buruk

      Delete
  13. Honestly speaking, saya pun antara yang takut nak ke hospital kerajaan. Dululah bukan sekarang. Saya jarang pergi hospital sebab ada satu sindrom sejak kecil, bila masuk perkarangan hospital aje saya pitam! Entah macamana ada hati nak jadi doktor bedah pun tak tahulah asal usulnya ^_^ Masa saya first time mengandung, berdukacitanya saya nak buat check up dan memikirkan nak bersalin di mana! Punyalah takutnya... Dahlah kita ni baru masuk pagar hospital pun dah nak rebah, inikan pulak nak kena admit masuk wad! Sebab itulah saya sanggup bayar beribu takut punya pasal. Tapi bak kata HD, sakitnya sama aje lebih kurang; tak kiralah masuk hospital kerajaan mahupun swasta! Bayaran aje yang jauh berbeza!

    Tapi bila first time saya ke hospital kerajaan atas rujukan klinik kerana si Adik Cute demam tak kebah (takut denggi), persepsi saya berbeza. Takdalah teruk mana pun servisnya tapi adatlah kita ni manusia. Silap sikit, mulalah nak bertegang urat. Dok menunggu lelama pun boleh buat masing-masing jadi stress mulalah itu tak kena, ini tak kena!

    Tapi YY perasan tak yang satu kaum ni walau kaya macamana tetap juga nak dapatkan rawatan di hospital kerajaan? Kenapalah agaknya yerk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha...kelakarlah MD ni
      camne boleh ada sindrom gini ni. eh tapi abah saya pun samalah
      asal aje pergi hospital aje, macam orang nak bunuh dia pula
      takut betul rasanya kalau suh p hospital

      kebiasaan kita dengar cerita atas cerita
      tak alami sendiri, once dah alami baru kita tak tahu sejauh mana
      benda ni pun akdang ikut nasib, kalau nasib tak baik...
      emm...mendapatlah kot...hehe

      saya tahu kaum apa yang MD maksudkan
      saya penah tanya salah seorang dari mereka
      diorang kata, kita bayar cukai maa...rugi tak gunakan =)

      Delete
  14. memang ada segelintir hospital/klinik kerajaan yang memberikan layanan yang kurang baik.. namun bagi aiza mereka juga manusia biasa yang ada emosi yang berubah-ubah.. tak dinafikan kebelakangan ini bilangan penjawat awam termasuk untuk klinik/hospital kerajaan semakin berkurangan dan mereka terpaksa melakukan pebagai tugasan walaupun ia bukan skop kerja mereka.. setakat ini hospital terbaik yang pernah aiza pergi di hospital putrajaya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betullah aiza kan...kita dealing dengan manusia
      saya faham juga...sebab tu most of the times saya diamkan aje =)

      saya ada dengar juga pasal hospital putrajaya tu
      dengar cite sekarang pun dah padat
      ada ramai yang bukan asal situ, nak bersalin dekat situ

      Delete
  15. setakat ni hospital kerajaan ok lagi bagi kak yan...cuma sesetengah jururawat dan guard sombong sikit..tak mahu beri kerjasama yang sepatutnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes! exactly. kebiasaan yang selalu dilaporkan buat onar, nurse
      tapi mungkin ada cerita disebalik sikap mereka yang kita tak tahu

      Delete
  16. alaaa....xsmpat plak nk baca entry nihhh....parking dulu...nnti sy dtg balik sambung baca....hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. parking kena charge GST ye
      sila proceed ke kaunter pembayaran...hehe

      Delete
  17. Rata rata org akan cakap gitu. Layanan hospital kerajaan mmg tak puas hati. Setuju dgn awak YY.....apa yg kita nak aspect lebih dgn bayaran yg murah dan org yg ramai.

    Biasalah manusia namanya. Nak yang sempurna sesaja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. lain orang lain dia punya level expectation
      somehow perlu juga hospital kerajaan perbaiki servis mereka
      tapi public pun tak usah demand lebih dari yang sepatutnya
      kita delaing dengan manusia kan

      Delete
  18. Saya pernah dgr orang kata kalau staf kerajaan mcm cikgu dilayan baik sikit oleh kakitangan hosp..jadi tak la lagi setakat ni saya dpt layanan teruk. Moga isu2 yang macam ni diberikan perhatian dan semua pihak dapat saling bertolak ansur demi keamanan sejagat .

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi mungkin juga ada yang dapat sebaliknya
      mungkin tengok tempat dan nasib kita aritu
      betul, saya setuju. pihak tertentu kena buat something
      sampai bila nak kena kutuk kan

      Delete
  19. Hmmm makin banyak dengar cerita ttg servis buruk hospital kerajaan. Susah nak point fingers sebenarnya. Ada kes memang staff tak mesra pelanggan/patient. Workload banyak, marah & berkasar jelah mainannya hari2. Ada kes lain pula patient yg banyak ragam, tak tahan sakit, nak kena attend sepenuh masa. Tapi personally akak cuma harap apapun keadaan& masalahnya, kakitangan hospital kerajaan perlu cuba utk beri servis yg terbaik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betullah tu. semuanya berbalik kepada sikap manusia tu sendiri
      waris atau patient tak sabar pastu staff pula buat perangai
      memang sampai bebila pun tak settle
      kena tolak ansur sebenarnya...

      Delete
  20. Prnah jg alami layanan teruk di hspital krajaan namun taklah setiap kali. Dan kathy mmg gunakan 100% servis hsspital krajaan. Baru 2 kali spjg hyt guna servis klinik swasta. Hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya langsung tak penah p hospital swasta
      memang selalu ke hospital kerajaan aje
      tapi tulah kan kak, semua ni nasib.

      Delete
  21. Mungkin ada yang nasibnya tidak baik kot. Tapi tak semua hospital kerajaan tu teruk tapi jgnlah nak mengharap layanan dan keselesaan macam hospital swasta... expectation tu biarlah berpada-pada.

    Tapi sekarang ni bukan ke wanita suka nak bersalin kat Hosp. Bangi... Ade Dr hensem katanye...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun percaya yang ye mungkin berdasarkan nasib
      atau takdir kita untuk bertemu orang sebegitu
      kadang ianya mungkin juga kifarah, kita aje mungkin tak sedar

      handsome pun bukan boleh buat baik penyakit BM wei! hehe

      Delete
  22. Huu, mekja selalu ikut peraturan. nerd katanya. kehkeh

    Tak byk pgalaman dgn hospital xreti nak judge. ngeh

    Byk dgr cerita jea.....

    ReplyDelete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...