Cepatnya Masa Berlalu!

5:48:00 pm Yana Yani 60 Comments

Masa
Cepatnya masa berlalu.

Sedar tak sedar sekarang kita dah berada di dalam bulan September. Kalau ikut kalendar Islam pula, kita berada pada 17 Zulkaedah 1436H.

Umur kita pun semakin meningkat.

Selama mana agaknya kehidupan yang ALLAH pinjamkan ini akan DIA ambil balik kan?

YY sejak hampir terkena serangan thyroid storm satu ketika dulu, YY mudah sangat terasa takutkan mati.

Buat apapun, selalu dok bayangkan yang itu mungkin kali terakhir YY melakukannya. Sebab tu penat camne pun, anak-anak sebelum pergi kerja YY siapkan dulu.

YY pastikan anak-anak dah siap mandi. Tak pernah hantar anak-anak dalam keadaan kotor ke rumah Mak. YY juga pastikan mereka dah bersarapan hasil air tangan YY walau tak sesedap mana.

Kalau tak sempat makan pun, YY bungkuskan. Balik kerja pun YY buat benda yang sama.

YY tak akan sentuh kerja lain selagi tak dengar cerita anak-anak. Sebab tu YY dan MyChintaHati selalu makan malam agak lewat. Kebiasaanya pukul 11 malam baru kami selesai makan malam.

Dalam kepala otak dok set, kalau itu yang terakhir bagi sesiapa di antara kami, mungkin rasa ralat tu tak ada sangat. Cuma masalahnya sebagai hamba DIA, YY masih culas (^_^)

Nak kena banyak lagi perbaiki diri ni.

Anyway dikesempatan ini YY nak ucapkan ribuan terima kasih buat korang yang setia berkunjung ke blog YY yang tak seberapa ni. Sama ada silent readers atau yang meninggalkan jejak.

Dekat bawah ni adalah nama mereka yang aktif meninggalkan jejak sepanjang Ogos 2015. Terima kasih ye sebab sudi meluangkan masa membaca coretan YY.

YY sedar bukan senang nak curi masa berharga korang untuk membaca blog YY. Sebab tu YY sangat hargai kunjungan korang. Lagipun tanpa kujungan korangtak ke mana blog YY ni.

Kalau boleh klik sekali iklan yang berlegar dekat keliling blog ni ye (^_^)

Pengomen Awesome

Sebenarnya ada banyak cerita YY nak ceritakan ni. Cuma belum ada masa untuk menulis semua tu. Insya ALLAH panjang umur, YY akan coretkan juga di Diari Seorang Mama ni.

Untuk hari ni, YY rasa cukuplah setakat ini aje bebelan YY.

Till we meet again. Assalamualaikum (^_^)

60 comments:

  1. Memang sangat cepat masa berlalu. Enatah banyak mana sahaja lagi masa yang tinggal buat kita...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kan kak
      entah selama mana masa kita ada

      Delete
  2. Makin merosot pencapaian ;'(

    ReplyDelete
  3. YY mama yang komited. Tahniah. Semoga berjaya dunia akhirat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ish...ada lagi yang lebih komited
      saya masih culas lagi

      Delete
  4. memang cepat je kan masa berlalu.. ni dah bulan 9 dah.. laju betul

    Jemput singgahmuda sentiasa?

    ReplyDelete
  5. Memang cepat kan masa berlalu sekarang ni...
    Rasa mcm baru jer balik M'sia, tapi rupanya dah cukup dua bulan...
    Hidup pun masih lintang pukang nak sesuaikan dgn rutin harian.... hehehe

    Alahai, bila lah nak jadi mak yg baik mcm YY jugak ni...
    Skrang ni lagi lah rasa sikitnya masa yg diluangkan dgn anak2...
    Cuma dalam kereta masa hantar mereka ke sekolah aje lah sempat dengar celoteh mereka...

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasalah tu kan, nak sesuai rutin tu akan ambil masa
      takpe, take your time...insya allah lelama tu nanti okaylah

      jangan cakap gitu kak wei, segan saya dibuatnya
      saya bukan suh orang puji, saya nak ajak orang buat benda yang sama camtu
      masa anak-anak kecik ni lah kita nak buat banyak benda dengan diorang
      nanti dah besar, dah tak boleh. diorang dah ada life sendiri
      jangan samakan masa saya dengan akak...cara hidup kita berbeza
      bila kita anggap setiap moment adalah yang terakhir
      insya allah kita akan lebih hargai orang keliling kita =)

      Delete
  6. Oh, I lap you! Erkk, tetiba! Bukan apalah, teruja tengok namaku terpahat di atas sekali ^_^

    Kejapkan YY masa berlalu. Tengoklah ni, lagi tiga bulan dah nak masuk tahun baru. Kalau masa tu boleh diundur-undur gitu, nak aje tekan button stop kat mana-mana situasi yang kita nak lama-lama kekal di situ ^_^

    Oh, padanlah lambat makan malam! Ingatkan lambat no memasak ~_^ Satu lauk, satu jam gitu.... Betul tu, YY. Masa dengan anak-anak tu pentingkan. Tak akan kembali lagi situasi yang sama. Anak-anak pulak cepat betul membesar. Sedih sangat rasa tak dapat peluk cium bermanja-manja dengan anak-anak bila mereka dah besar panjang nanti. Harapnya umur kita pun panjanglah YY nak tengok anak-anak membesar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak lap saya tu pasal apa, p lap dapur rumah saya tu
      tadi pagi saya tengo cam berdaki dah nampaknya tu =)

      kan...pejam celik dah september
      nanti sedar-sedar dah masuk tahun baru. memang cepat betul masa berlalu

      saya masak kejab aje. kalau satu jam tu dah boleh siap 3 jenis lauk
      tapi tulah, kalau ada anak kecik ni...tak boleh nak cepat sangat
      sebab tu layan dulu diorang...kang diorang dah syok tengok tv
      barulah saya bersilat kat dapur plak
      betullah MD, memang diorang akan cepat besar
      nanti kita dah tak boleh buat dah semua yang kita biasa buat
      time ni lah nak peluk cium diorang...
      dah besar, diorang dah kurang dah nak buat semua tu
      lagipun diroang dah ada life sendiri, tanggungjawab dan komiitmen lain
      kita hanya mungkin mampu memerhati dari jauh aje

      Delete
  7. Saya suka masa cepat berlalu.. tak sabar nak habiskan tahun.. nk pengalaman baru.. silibus dah habis.. tgl 1 bab lg kalau subjek math.. hihi.. insyaAllah semua yang baik2 kita doakan

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...pelik cikgu AN
      yelah....insya ALLAH. saya juga moga dipermudahkan urusan cikgu AN

      Delete
  8. sayu plak bace entry yana kali ni...

    betul tu yana, masa ni tak tunggu kite.... lagi2 bile bersama org tersayang...cepat jek masa berlalu....lieya doa2 moga semua di panjangkan umur, diberi kesihatan yang baik utk kite dpt bersama dgn keluarga kite....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...tetiba time nulis terlebih emosi plak =)

      kan lieya. masa memang tak tunggu kita.
      pantas aje dia berlalu meninggalkan kita
      aaminn lieya...itulah yang saya juga harapkan

      Delete
  9. Huhu..sedih plak baca yy tulis..samela..saya pun sama..dah bagitau suami skit2 ape yg patut buat kalau saya xde...bab hutang2 dah bgtau suami. Nanti tolong settlekan. Ban harta tu tak buat hibah lagi...

    Tak salah bersiap utk mati. Org yg mengingati mati tu org yg bijak. Mentor sy sllu pesan buat yg terbaik utk harini sbb kita xtau esok kita masih ada atau tak..sob sob..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala...tak mo ler sedih-sedih
      bab camni kita kena beringat dan pada masa yang sama bersedia
      bila-bila masa aje boleh jadi

      betullah kata mentor amni tu kata
      apa sahaja kita lakukan buat seolah tiada hari esok

      Delete
  10. How time flies kan.

    Macam ibu berkerjaya ni, masa singkat tu lah nak kena spend dengan anak2. Tapi tu lah, bila dorang buat perangai kita mulalah naik hangin. Tapi sebenarnya dorang nak kan perhatian. Seharian kat skolah/nursery kan.

    Tahniah buat yg tersenarai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kan....masa dengan anak-anak singkat
      bila kita balik penat, bebudak plak hunger dengan perhatian
      tu yang kadang tercetus konflik...saya belajar banyak dah dari pengalaman
      suami saya pun tak bagi saya terkejar...so relax and steady je
      tu yang saya layan dulu diorang baru buat keja lain

      Delete
  11. Betul YY..lagi2 bila anak makin besar ni lagi la kita nak kena bagi perhatian kat diaorang..selagi ada peluang bersama dengan yang tersayang baik lah kita guna dengan sebaiknya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kan diana
      nanti tau-tau aje diorang dah besar
      masa macam sekaranglah perlu lebih masa bersama diorang
      nanti dah besar, diroang tak peduli kita dah

      Delete
  12. hari berganti hari minggu berganti minggu dan bulan berganti bulan dan tahun berganti tahun...jumlah masa etap sama tetapi kita teras cepat masa itu berlalu kan

    Bila teringat akan mati rasa serba kekurangan amalan utk akhirat nanti..ya Allah...ampunilah dosa2 ku...sis JM sentiasa ingat pepatah ni...org yg bijak adalah org yg sentiasa ingat mati

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya takut mati...tapi masih lagi culas
      camnelah saya ni kan
      moga saya terus perolehi kekuatan untuk dekat pada DIA

      Delete
  13. lama sis JM x singgah sini...terkejut nama terselit kat situ heeee

    ReplyDelete
  14. bukan senang nak jadi seorang ibu atau bapa yang sempurna....ada je pincang disana sini...
    cuba sedaya upaya jadi parents yang saling melengkapi

    ReplyDelete
    Replies
    1. betullah tu kak yan, saya setuju
      appaun terima kasih untuk nasihat tu ye

      Delete
  15. sebagai ibu sudah tentu mahu tinggalkan kenangan manis jika tetiba diambil DIA ... pemberian tu baru sampai hari ini . sejak kebelakangan ini posmen hanya hantar surat sekali seminggu . sama ada kurangkan pekerja atau kurangkan kos , redha je lah . janji surat sampai ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah vee...kalau boleh nak tingalkan something yang boleh diingat

      yeke? lambatnya ye. saya risau betullah.
      ada ramai lagi dengar ceritanya masih belum dapat
      terima kasih sebab memaklumkan ye =)

      Delete
  16. betul tu kak.. tolak masa kerja, tolak masa tidur, tinggal sikit je masa dengan anak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah masanya. memang masa dengan anak-anak tu sikit
      akak memang tepat masa kerja habis, terus balik
      tak adanya nak tunggu lagi dah =)

      Delete
  17. Semoga September ini membawa kebaikan lah hendakNYA kak yana ye... ameen :)

    ReplyDelete
  18. samalah dengan akak ni Yana kdang2 terfikir kalau hari ni adalah hari terakhir akak bersama anak-anak macammana? selalu berdoa moga akak pergi waktu anak2 telah mengerti erti hidup ni, bukan waktu mereka masih kecil ni..taks anggup nak fikir rasanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah kita kan kak
      memang selalu dok rasa berat bab anak-anaklah
      moga kita dan anak-anak diberikan umur yang panjang dan kesihatan yang baik

      Delete
  19. masa yg berlalu xdapat kembali..apa yg perlu kita wat sentiasa muhasabah diri..
    Lewatnya sis makan malam.. macam xbagus je amalan macam tu.. makan so-so je kan.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betullah tu, masa memang tak boleh kembali
      kena sentiasa beringat

      nak buat camne yunk. lagipun suami akak balik kerja lambat
      memang makan malam lambat. makan nasi pula tu =)
      tu badan membesar bagai juara gamaknya

      Delete
  20. Jadi ibu ni bukan senang kan..jelik je mata, terus fikir hal anak2 ngan suami.. Sis YY ibu yg hebat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betullah tu. memang itulah rutin setiap ibu
      idaklah hebat. sama aje macam orang lain
      cara hidup aje yang mungkin berbeza =)

      Delete
  21. aida listed :) yahoo...

    yes la cpat sgt masa berlalu.
    hu hu hu rasa sgt skit masa dgn anak-anak tiap hari :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. mestilah aida ada
      lately aida active singgah sini =)

      tulah kan aida. especially untuk ibu yang bekerja macam kita ni

      Delete
    2. Aida cuba sedaya upaya aktif di semua blog ahli gmbm. Ahli komited :-)
      Supaya lebih mantop frenship kita.
      Wassap + blog + fb :-)

      Delete
    3. hebat aida
      saya memang tak mampu buat semua tu
      mana yang sempat aje =)
      apapun keep it up ye aida. bagus ada orang cam aida ni

      Delete
  22. betul tu yy
    tahniah pada yg tersenarai :)

    ReplyDelete
  23. Sayu nnaca entry ni..saya pun masih banyak cuai dalam beri perhatian pada anak2..perlu lebih berubah ke arah kebaikan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita sama-sama perbaiki diri ye hana
      insya allah kita mampu berubah kearah kebaikan

      Delete
  24. Tulah YY....sejak dah kilauan ni mmg selalu gak ingat pasal mati ni....tp tulah namanya manusia, bila tgh happy mulalah lupa.....huhu....

    Tahniah bagi mereka yg dpt masuk carta...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah masalah manusia macam kita ni kan OKje
      time ingat tu, bukan mainlah
      tapi bila lupa...aduhh..

      Delete
  25. Salam singgah sini sis...sedih baca entri sis ni...setiap kita pasti akan mati walaupun kita tak pasti bila ajal menjemput...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mati tu pasti, hidup pula...insya ALLAH =)

      Delete
  26. Tahniah kepada semua yang telah tersenarai...

    ReplyDelete
  27. Memang tak terasa peredaran masa. Rasa macam baru je masuk 2015, tahu-tahu dah bulan september...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kan kak
      sedar-sedar aje dah masuk bulan september

      Delete
  28. Ku lihat namaku terselit di cartamu :)

    ReplyDelete
  29. memang terasa cepat sangat masa berlalu sekarang ni... terasa sangat. sebab tu kalau ada ruang dan peluang, mmg akan penuhi masa bersama anak2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kan kak
      saya pun memang seboleh mungkin cuba habiskan masa dengan anak-anak

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...