Bersyukurlah, Rezeki Allah Sudah Tentukan
Bersyukurlah, Rezeki Allah Sudah Tentukan | Hari ini 17 Ramadhan 1437H, hari di mana kita mengimbas kembali peristiwa agung dan istimewa dalam sejarah umat iaitu hari di mana Al-Quran diturunkan. Ada setengah pendapat mengatakan mengatakan Nuzul Al-Quran sepatutnya disambut pada setiap 24 Ramadhan. Tapi YY bukan nak membahaskan mengenai hal itu. YY nak berkongsi sedikit rasa di hati. Mungkin juga satu penanda aras untuk YY terus bersyukur.YY dah hampir sedekad berkhidmat di syarikat sekarang ni. Terasa macam dah terlalu lama, dan tiba masa untuk YY beralih angin. Tapi tiap kali YY hantar surat perletakkan jawatan, tiap kali tu lah ianya ditolak. Tapi staff lain hantar surat yang sama, diterima dengan hati terbuka. Rupanya majikan YY ada perancangan tersendiri. Dia hanya percaya pada YY sebagai barisan terakhir sebelum syarikat ini ditutup sepenuhnya.
Teringat peristiwa hampir sama ketika hampir dua minggu menjelang hari penikahan YY. YY diperhentikan kerja atas sebab yang hampir sama. Sepanjang dua bulan selepas berkahwin YY melilau mencari kerja. Terasa susah sungguh nak cari kerja ketika itu. Sehinggalah YY ditakdirkan untuk bekerja di syarikat sekarang sehinggalah ke hari ini. Rezeki yang ALLAH sudah tentukan untuk YY. Alhamdulillah.
Belajar untuk tidak stress |
Setelah sembilan tahun, ianya terjadi lagi. Kali ini menjelang raya. Secara jujurnya, dari segi mental YY sudah bersedia. YY tak terasa sedih atau yang sewaktu dengannya. YY yakin ALLAH ada sebab mengaturkan semua ini untuk YY. Lagipun memang sudah kedengaran desas-desus penutupan sejak awal 2016. Cuma agak gusar nak melalui episod temuduga yang sudah lama tidak dilalui. Biasa YY aje yang dok temuduga orang, sekarang YY pula kena temuduga. Mau getar lutut dibuatnya. Hehe!
Insya ALLAH, YY okay. Cuma YY kesian dengan bos YY. Menangis aje kerja dia sejak berita penutupan disahkan. YY pernah tulis satu status di Facebook mengenai dia. Tapi ramai salah faham. Mesej yang cuba disampaikan, tak diterima atau difahami sepenuhnya. Ianya seolah nampak seperti YY menyumpah bos YY. Mungkin juga sebab status tu dalam Bahasa Inggeris. Awak Melayu, ada hati nak tulis dalam English, manalah orang nak faham dak? Hehe!
Beza antara kami walau sama jantina, adalah pegangan agama. Melalui dia YY nampak, betapa perlunya YY bersyukur dengan setiap apa yang YY miliki. Dalam sedu tangis, kadang terdengar dia mengeluh mengenai ujian yang dia terima. Penutupan syarikat digambarkan seolah Tuhan tidak berlaku adil pada dia. Sedangkan banyak sungguh nikmat yang YY nampak dia perolehi dari sudut mata kasar YY. Kalaulah dia tahu nikmatnya bersyukur dan berlapang dada.
Tapi dalam banyak benda yang boleh dia bersyukur, hanya satu yang YY biasa dengar. "Yana, I want you to know that I am always grateful to have you as one of my staff"
Belajar untuk sentiasa bersyukur |
So dikesempatan ni YY nak ajak semua pembaca blog YY ni untuk bersyukur dengan setiap rezeki yang kita perolehi. Setiap rezeki kita, ALLAH sudah tentukan sebelum kita lahir lagi. Bos YY mungkin tak faham kerana perbezaan agama. Tapi kita sebagai seorang Islam seharusnya faham. Berlapang dadalah dengan ALLAH. Kadang sedikit itu lebih baik daripada banyak kita tak mampu nak pikul.
YY rasa YY dah melalui pelbagai perkara dalam kehidupan selama tiga dekad ni. Dalam tempoh tu, YY belajar untuk sentiasa memandang ke bawah. Maksudnya pandang pada mereka yang lebih susah. Contoh macam saudara kita di Syria. Kita makan nasi lauk ikan kering kadang dah bising. Tapi diorang makan rumput tau! Tapi masih mampu lafazkan kesyukuran pada ALLAH. Tak beruntung ke kita jika dibandingkan dengan diorang? Dengan perbandingan tu, rasa marah dan dengki dengan rezeki orang lain, YY berjaya dikikis hari demi hari.
Sentiasa beringat dan ajukan soalan pada diri sendiri, "Siapa yang lebih tahu rahsia yang terbaik untuk kita?" Pasti automatik kita jawab, ALLAH SWT.
Moh sekejab luangkan tiga minit dalam masa berharga korang untuk hayati video oleh Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid ni. Semoga kita semua perolehi manfaat daripada perkongsian ni. Doakan juga semoga YY berjaya atasi rasa gemuruh ketika sesi temuduga yang entah bila akan dihadapi. Ingat juga pesan YY ni, Bersyukurlah, rezeki kita Allah sudah tentukan (^_^)
Sungguh benar bagai yg YY katakan. Allah tahu sejauh mana ujian itu mampu utk kita pikul. Amat bersyukur kerana kita masih berupaya dlm banyak hal walau ada sedikit ujian diberikan. Itu sebagai tanda Allah masih nampak kita.
ReplyDeleteSentiasa bersyukurlah.. lihat saudara kita di sana - sedihnya:(
tulah kak. benda camni memang banyak mengajar saya
Deleteapalah sangat dugaan saya ni dibanding dengan mereka kan
diorang lagi teruk...hari-hari ada aje orang yang disayang terbunuh
sungguh saya tak sekuat mereka
perkongsian yang sangat bermanfaat YY..dengan bersyukur, hati akan tenang
ReplyDeletemoga bermanfaat ye mar =)
DeleteBetul tu.. yakin dengan rezeki yang Allah yptentukan asalkan kita tak putus asa untuk terus berusaha dan menggapai rahmat Allah...
ReplyDeleteMoga dipermudahkan urusan yy
saya sedang berusaha ke arah tu
Deleteterima kasih ye MF =)
Dari penulisan YY ni saya rasa YY memang seorang yang sangat positif. InsyaAllah rezki yang lebih baik bakal YY perolehi selepas ini. Mungkin menerima berita ni semasa tempoh umat Islam yang lain nak beraya ni, hikmah yang tersembunyinya banyak drp apa yang buruk.. moga YY diberikan kemudahan selepas ini.. bos lama tu nampaknya sangat percaya dengan kebolehan YY. insyaAllah ada rezki lain buat YY dan bos tu.
ReplyDeletePs.. terima kasih bg kad raya kpd saya.
hanya ALLAH yang tahu setiap satu perkara tu kan AN
Deletetak mengapa saya yakin dengan DIA
terima kasih untuk kata-kata semangat tu =)
P/S - dapat dah ye. alhamdulillah =)
Semoga mendapat perkejaan yang baru ya.. memang gusar bila nak kena tutup syarikat ni, hanya tuhan je yang tahu betapa sedihnya. tambah2 lagi terhadap apa yang telah kita curah kan dalam proses pembangunan bisnes tu..
ReplyDeleteapa2 pun semoga berjaya dalam interview ye.. dulu interview org skrg kita pula kena interview.. begitu la putaran alam..
Blogwalking sini, jom share apakah post pertama anda?
Post Pertama AH di Dunia Blogging article..
aamiin. insya allah mudah-mudahan AH
Deletenak kat sedih sangat tu idak juga
saya cuma gementar nak melalui episod temuduga aje
terima kasih untuk kata-kata semangat tu ye AH
sangat hargai =)
kekal dalam ingatan saya kata2 "Tuhan selindungkan matahari dengan hujan dan halilintar... untuk memberi kita pelangi"... kadang2 kita mungkin mengeluh hilang apa yang kita selesa, tapi kita mungkin samar dengan keindahan yang bakal muncul..
ReplyDelete:D
wah...nice quote =)
Deletenormal manusia memang akan kebiasaannya begitu
tapi sejujurnya saya tak rasa gitu
saya cuma takut nak p interview aje ni...hehe
benar sungguh..
ReplyDeletememang tak boleh nak complain kat allah..
dah tertulis..
kan kak
Deletekita aje kena yakin =)
Redha dan bersyukur... insya Allah akan ada manis dipenghujungnya...
ReplyDeletep/s: lama tak singgah sini... :)
betul tu. sangat setuju!
Deleteyelah kan. saya pun lama tak ke sana juga =)
sekarang masa dah tiba untuk YY buat bisnes...
ReplyDeletebisnes up dan down serta penutupan bukan perkara luarbiasa..
terima dan redha dengan apa yang berlaku..
pesan saya banyakkan bersedekah..
memang suami saya ada juga buat online business secara kecil-kecilan
Deletesaya memang sedar hakikat tu
cuma saya ni agak gementar bila memikir mengenai interview
lama tak attend interview..hehe
apapun terima kasih. insya allah. saya akan cuba lakukan
Betul tu. Bersangka baik padaNYA. InsyaAllah...ada rezeki tu nanti. Good luck YY. Sedih plak bila baca. Smoga cepat2 dapat kerja.
ReplyDeletep/s: Kad raya dah dapat ☺☺
aamiin. insya allah fiza. saya memang yakin dengan DIA
Deletecuma saya takut aje ni, nak interview =)
P/S - yeke? lega dengar =)
Betul tue YY , rezeki kita Allah dah tentukan . Insyaallah , YY akan dapat kerja yang lebih baik lepas nie . Apa jua dugaan yang dtg pda kita , pasti ada hikmah dan mungkin Allah akan beri kita benda yang lebih baik dari sebelum nya . =)
ReplyDeletewah terima kaish nadiah tuk kata-kata positif ni
Deletememang sangat perlukan kata-kata seperti ni
aamiin. terima kasih ye nadiah =)
Sama-sama YY =)
Deletemoga urusan YY utk pekerjaan baru dipermudahkan.
ReplyDeletein shaa Allah.
sesungguhnya Allah tu Maha Tahu.
planning Nya sememangnya betul dan ada hikmah yg kita tak tau.
ye aida. saya sangat yakin part tu
Deleteterima kasih. insya allah. semoga doa aida ni diperkenankan
aamiin =)