Tertunai Hasrat | Meet and Greet With Transformer
Sebelum
ni YY pernah ceritakan di dalam
post yang bertajuk
Centro Mall Raikan Krismas Bersama Transformer untuk membawa Afif bertemu Optimus Prime dan Bumblebee yang merupakan antara watak animasi kegemaran dia dalam siri Transformer. Hasrat
tu YY pendamkan beberapa ketika kerana takut ianya tidak mampu dilaksanakan seperti yang pernah berlaku sebelum
ni.
Alhamdulillah sempena cuti hujung minggu yang agak panjang bagi negeri Selangor
couple of weeks ago, YY berjaya menunaikan hasrat yang setelah sekian lama dipendam.
Of course Afif adalah manusia paling teruja apabila diberitakan tentang perkhabaran tersebut. Hampir setiap saat dia
dok tanya bila YY
nak bawa dia bertemu dengan Optimus Prime dan Bumblebee. Mujur
tak bagitau awal. Kalau
tak, naya!
|
Setia menanti Optimus Prime dan Bumblebee |
Kami sampai agak awal. Konon
nak booking tempat. Bajet
event seperti itu pasti ramai orang terutama untuk sesi Meet and Greet With Transformer. Rupanya untuk sesi itu kami perlu berbelanja sebanyak RM20 di mana-mana
outlet yang terdapat di Centro Mall. Ingatkan
free, tapi zaman sekarang mana ada benda
free dak?
Hehe!
Selepas berbelanja RM20 di 99 Speedmart, kami dikehendaki menunjukkan resit sebagai
proof of purchase di kaunter pendaftaran untuk menebus tiket.
|
Antara games yang ada selain dari sesi Meet and Greet With Transformer |
Selain daripada sesi Meet and Greet With Transformer, ada banyak juga aktiviti lain yang diadakan tapi
again untuk melayakkan
korang main
games tersebut,
korang kena
spend another RM20. Nampak
tak sape yang pandai main
games sekarang?
Hehe!
MyChintaHati
tak ada masa
ni. Agak jenuh juga YY memujuk budak berdua
tu supaya
tak minta yang bukan-bukan. Biasa dengan Mama
aje diorang berani cerita lebih.
Dah kebal
dah pun.
Cer kalau ada Papa, kena jeling
aje pun dah getar lutut.
Sebab
tau diorang takutkan Papa
aje, kalau
diorang tak nak dengar kata, YY jerit
aje nama Papa
diorang. Senang sikit. Papa
diorang pun bukan buat apa. Takat sebut
aje nama
diorang dengan ton suara tinggi sikit.
Tak cukup tanah
bebudak tu lari!
YY
pun nampak gayanya
nak kena menuntut ilmu dengan MyChintaHati untuk keluarkan suara yang menggerunkan. Baru rasa berkuasa sikit! Uwahahaha!
|
Afif cukup berkenan dengan games ni, tapi YY buat pekak aje (^_^) |
Okay berbalik kepada cerita Meet and Greet With Transformer, lebih kurang pukul 1, semua yang sudah mempunyai tiket dikehendaki berkumpul berdekatan pentas utama. Afif sangat teruja masa
ni. Aisyah pun sama. Tapi Aisyah
tu konon
aje.
Masa kemunculan Optimus Prime dan Bumblebee, berlari dia cari YY. Siap menangis cakap takut. Sabar
ajelah!
|
Aisyah sebelum kemunculan Transformer |
Sebelum kemunculan Optimus Prime dan Bumblebee, ada beberapa
games diadakan. Setiap yang naik ke atas pentas akan mendapat
something walau tidak berjaya dalam
games tersebut. Masa
nak balik Afif kata, "Afif sebenarnya
nak hadiah yang orang
tu bagi. Tapi Afif
tak faham dia cakap apa"
Alahai kesiannya dia. Pengacara majlis memang hanya bertutur dalam Bahasa Inggeris pada hari tu.
Obviously Afif mempunyai masalah untuk memahami apa yang dituturkan. Kalau semua soalan dan
games diajukan dalam Bahasa Melayu, pasti Afif mampu melakukannya sebab semua
tu kacang putih pada dia.
Tak apalah sayang, Mama dulu masuk universiti baru lancar bertutur dalam Bahasa Inggeris. Bukan rezeki Afif hari
tu.
|
Pengacara menyuruh kanak-kanak di atas pentas meniru aksi dia |
Tak lama kemudian, muncullah kedua karakter yang dinantikan oleh Afif dan kanak-kanak lain. Walau yang muncul bukan dalam
size sebenar, ia tetap mengujakan setiap yang ada pada hari
tu. Seronok
dok tengok
diorang bersorak masa
tu. Aisyah
aje yang menangis dan menjerit macam orang nampak hantu.
Tak tahu pasal apa yang dia takut sangat. Padahal sebelum tu bukan main lagi.
Agak susah juga YY
nak snap gambar Afif pada waktu itu dengan keadaan orang yang terlalu ramai walau pengacara berulang kali meminta diberikan ruang untuk
parents mengambil gambar anak-anak mereka yang berada di pentas. Tapi biasalah orang Malaysia. Mana
nak dengar arahan
kan.
|
Afif tersenyum riang di sisi kedua karakter kegemaran dia |
Dapatlah
snap beberapa keping gambar Afif bersama-sama dengan Optimus Prime dan Bumblebee. Kalau Aisyah
tak takut, gambar dia
pun ada sama. Tapi dia ketakutan, dapat gambar Afif
aje.
Ni kalau
tak berhimpit, YY yakin lagi cantik gambar
ni.
Dah lah Aisyah
pun buat perangai. Tapi yang paling penting, Afif seronok. Itu yang penting. Hilang satu bebanan perasaan. YY
ni selagi
tak tunaikan impian atau hasrat anak, terasa
tak seronok. Asyik
dok teringat
aje. Bukan apa. Kita
kan tak tahu selama mana kita hidup.
|
Tertunai sudah hasrat bertemu Optimus Prime dan Bumblebee |
So begitulah cerita pengalaman kami di Centro Mall ketika sesi Meet and Greet With Transformer. Paling penting anak-anak seronok. Mana-mana
parents pun kalau anak seronok, pasti automatik akan buat diri kita
pun seronok. Sebab
tu seronok jadi parents
ni (^_^)
----------------------------
YY ada banyak benda nak cerita sebenarnya. Tak tahu sempat ke tidak nak cerita semua tu sebelum tahun baru. Blog walking pun belum sempat nak buat. Banyak pula komitmen menjelang tahun baru. Terima kasih buat semua yang tak jemu menjengah walau teratak kalian YY tak sempat kunjungi. Insya ALLAH akan sampai. Lambat dengan cepat aje.
40 dah komen (^_^):
PERHATIAN:
Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.
Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.
Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN
Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA
✿ Yana Yani ✿