Aisyah Pun Nak Celebrate Birthday Juga
Birthday Aisyah pada tahun ni jatuh pada hari bekerja. YY memang tak sempat nak buat apa-apa. Kebetulan juga pada hari yang sama, YY tak berapa sihat. Besoknya terpaksa ambil MC. Walau Aisyah belum mengerti maksud sebenar birthday, dia tetap dok bertanya tentang kek. Hati seorang Mama terasa macam diguris bila pertanyaan tersebut diajukan. Faham yang Aisyah pun nak celebrate birthday juga.Hari Sabtu tu gigih juga YY menyiapkan apa yang Aisyah suka makan. Aisyah ni apa sahaja pasal kek memang dia cukup suka. Memang dia akan berulang makan. Tu yang seronok baking bila anak-anak suka makan. Bila dia nampak YY dok sediakan segala macam bahan untuk buat kek, Aisyah seolah dah dapat bau. "Mama nak buat kek untuk Adik ye?" tanya Aisyah dengan senyuman meleret.
Gigih YY baking dua kali hari tu.
Congo bar coklat yang dimasak penuh kasih sayang untuk Aisyah (^_^) |
Satu YY buat congo bar dan satu lagi YY buat kek pelangi. Untuk kek pelangi, ini adalah pertama kali YY gunakan ovalette. Biasa YY gunakan resepi Mak YY yang hanya menggunakan telur. Malangnya kek tersebut mendap di tengah yang mungkin disebabkan suhu oven yang terlalu panas. Masa tu, YY terus masukkan adunan kek pelangi selepas congo bar siap dimasak.
Ish, malang betul. Ini pertama kali kejadian macam ni terjadi sepanjang YY dok ketagih membaking kebelakangan ni. Of course ianya satu pengalaman berharga buat YY.
Kek pelangi ni masak dengan kasih sayang, tapi terover kot. Tu pasal mendap (^_^) |
Tapi apa yang buat priceless adalah apabila melihat kesungguhan Aisyah makan apa yang YY sediakan untuk dia pada hari tu. Hilang segala penat lelah. Even perasaan kecewa yang disebabkan kek mendap pun hilang macam tu aje. Seronok betul dok tengok dia bersungguh makan. Hehe!
Bersungguh dia makan! |
Petangnya pula kami bawa Afif dan Aisyah berjalan ke Aeon Bukit Raja sebab diorang nak beli mainan. Diorang dapat duit RM10 daripada Acu sempena birthday diorang. Sebenarnya YY dan MyChintaHati memang sengaja bawa diorang berdua ke situ sebab tahu yang diorang tak akan dapat sebarang mainan dengan duit sebanyak tu. Jahat kami kan? Hehe!
Aisyah excited nak beli mainan. Afif pula tak kelihatan dalam gambar |
Nanti bila diorang dok tengok harga mainan yang berganda lebih mahal daripada duit yang diorang ada dalam tangan, masa tulah YY akan cucuk jarum suruh diorang menyimpan. That time, it was a brilliant idea. Tak terfikir yang diorang akan pergi lebih jauh daripada itu. Tapi hari itu memberikan satu pelajaran baru buat YY dan MyChintaHati yang budak zaman sekarang lebih bijak daripada apa yang disangka.
Diorang bukan sedih bila dok tengok harga mainan yang mahal tapi diorang boleh kata yang diorang boleh pergi kedai lain. Especially Afif. Aisyah hanya mengikut. Hampir setiap kedai yang dirasakan mempunyai mainan dijelajah Afif dan Aisyah sehingga mereka bertemu dengan Daiso.
Aisyah tengah dok leka main mainan yang baru dia beli |
Diorang bukan beli satu, tapi setiap seorang beli dua! Siap suruh Papa bayar tambahan duit. "Ala Papa, 60 sen aje!" kata Afif memujuk Papa dia menambah duit. Sabar ajelah! Payah kalau dah terlebih pandai ni. Next time Mama dan Papa kena lebih pandai putar belit ni. Idak naya kami!
Mainan tu pula dapatlah bertahan selama seminggu sebelum ianya musnah akibat pertempuran dua-beradik. Diorang berdua aje, tapi kalau bergaduh, bergegar rumah wei! Adui! Nak meletup otak kadang dibuatnya. Tu yang most of the time YY jadi King Kong. Kalau takat jadi Tarzan aje, diorang tak takut. Kalau jadi King Kong, ganas sikit. Gerun jugalah untuk seketika sebelum pertempuran disambung kembali. Hehe!
Apa yang pasti hari tu memang sesuatu yang menyeronokkan lebih-lebih lagi bila dapat melunaskan hasrat anak-anak. Buat Afif dan Aisyah, kalau suatu hari nanti terbaca coretan Mama ni, percayalah yang Mama dan Papa dah sehabis adil memberikan layanan yang sama rata buat kamu berdua. Dan ketahuilah juga yang kami sangat menyayangi kamu dunia dan akhirat (^_^)
akhirnye dpt gak hadiah dgn nilai rm10 tu yeak yana...budak2 bijak mcm nie....tak kenal putus asa..cari dan terus mencari eheheheehe....
ReplyDeleterajin yana membaking...anak2 suke mkn mmg rajin kite nak buat kan ...lieya ni bab baking kek mmg lemahhhhh..... mixer tu dah lama jadi tukun dlm lemari hihihihi
hehe...tulah pasalnya lieya. ingatkan nak suh simpan
Deletetapi diorang nak juga beli walau benda tu murah
rajin tak rajinlah lieya. anak2 saya suka makan
saya pun rasa sonok bila diorang suka makan tu
tu yang bersemangat nak buat =)
gigih mmebaking tu..saya suka makan kek, tp membuat nye tuu..susah sgt..huhu
ReplyDeletegigih sangat katanya...haha
Deletepada saya tak susah sangat...saya suka
cumanya benda perlukan kesabaran dan teknik
tak betul teknik jadi cam sayalah...mendap! haha
memang seronok memasak kalau anak2 makan bersungguh kan.. betul tu yana sebagai ibubapa memang kita akan cuba berlaku seadil mungkin untuk anak2 kan
ReplyDeletetulah pasalnya kan kak
Deleterasa seronok sangat bila air tangan kita tu diorang makan
lagilah kalau diorang cakap sedap
mau hari-hari buat...haha
tulah kan kak...kadang diorang ni tak tahu
salam kak, wah semanagat nya aisyah makan congo bars!
ReplyDeletewalaikummusalam
Deletesemangat yunk wei! dia suka benda tu
mesti seronok kan bila diorang mkn je apa mama diorang masak..mendap pun mendap lah..selamat harijadi Aisyah..semoga makin bijak.pandai ye, masuk Daiso..hehe
ReplyDeleteseronok tak terkata sal wei
Deleteeven sal pun kalau masak, pastu orang lain suka, mesti sonok kan
ini pula anak sendiri...memang bersemangat! hehe
mendap pun habis juga sal =)
tulah...budak sekarang. aeon mahal...kita masuk daiso! hehe
hehehe....bersemangat aisyah makan....xsesia mama dia buatkan utk dia...mmg berbaloi kalau tgk anak2 mkn bersungguh hati makanan yg kita masak kan.....dh xkira dh penat tuhh hihihi
ReplyDeletebersemangat deanna! lagipun dia memang suka
Deletetu yang rasa happy sangat masak bila habis tau
rasa best sangat! hehe
lupa dah penat lelah =)
aida ni memang la x pandai baking.
ReplyDeletebuat kek aje mesti mendap :( sedih.
tu yg malas tu nak baking hu hu hu...
nanti lelama boleh tu aida
Deletekena selalu practise
sebab buat kek ni kena ikut measurement
salah measurement jadi lain
banyak rules dia, tapi saya seronok
memang akan buat lagi =)
samalah saya ni pun diana
ReplyDeleterasa sedap dah tapi mendap tengah tu
tension betul tau!
saya belum pandailah buat benda gitu...hehe
Comelnya dua beradik ni. Suka tengok Aisyah berselera + bersungguh makan kek dia. Happy belated birthjday, Aisyah :)
ReplyDeletetulah kak...suka betul dia makan kek tu
Deleteaisyah punya selera lebih besar daripada abang dia =)
Hahaha!
ReplyDeleteDengan budak-budak janganlah berani nak putar belit. Kang terbelit lidah sendiri, kelu tak boleh menepis dugaan kang!
Kita fikir kita pandailahkan YY sebab kita ni makan cikades lebih lama daripada mereka tapi yang sebenarnya anak-anak zaman sekarang ni akal mereka berfikir, kalutlah kita sebentar mencari jawapan!
Untunglah anak-anak suka emak masak apa pun. Kalau macam saya ni rajin ke dapur, memang saya ajelah yang untung! Saya masak, saya makan!
ish...dia gelak lagi
Deletehobilah tu dok gelakkan orang arini
tapi tulah...memang tak nafikan kepintaran budak zaman sekarang
terlalu extreme kadang tu
kita pula yang jadi biul balik sebab diorang
dah nama masakan mak...harus suka
tak suka memang nak kenalah jawabnya...haha