Perjalanan Lapan Tahun Yang Mengujakan

6:56:00 am Yana Yani 24 Comments

Perjalanan Lapan Tahun Yang Mengujakan
Yup, cinta sejati itu WUJUD!
Lapan tahun dahulu pada hari ini adalah antara hari yang paling sibuk dan mendebarkan dan ia merupakan antara kenangan terindah dalam sejarah kehidupan YY.

Siapa sangka sudah lapan tahun YY dan MyChintaHati melalui perjalanan di alam rumahtangga yang secara jujurnya amat mengujakan dengan segala suka dan duka.

Terlalu banyak telah kami lalui sepanjang tempoh lapan tahun ini. Daripada hanya menduduki rumah sewa, kami kini mampu tersenyum dengan pemilikan rumah sendiri.

Satu persatu rezeki dipermudahkan oleh ALLAH buat kami suami isteri.

Walaupun sering dimomokkan dengan ketidakmampuan memiliki zuriat sendiri, ALLAH MAHA MENGETAHUI. Kurnian sepasang zuriat sepanjang lapan tahun ini sudah melengkapi kehidupan kami. Dengan usia yang semakin meningkat dan doktor masih belum memberikan sebarang green light, mungkin hanya mereka berdua penyambung keturunan kami.

Tak mengapalah. Kami sudah belajar menerima seadanya. Sekurang-kurangnya kami merasai apa yang orang lain mungkin tidak rasa.

Perjalanan Lapan Tahun Yang Mengujakan
Direnjis-renjis dipilis, ditepungi tawar...ewahhhh!

Pada usia perkahwinan yang sudah nearly sedekad ini, kami sudah bejar untuk memberi dan menerima. Kami belajar melengkapi satu sama lain. Kami mula mengerti maksud pengorbanan yang sebenar dan kami juga belajar bahawa perasaan cinta itu wujud walau ianya tidak dilafazkan dengan perkataan.

Paling penting kami belajar untuk melengkapi satu sama lain.

Lagu: Terima Kasih Cinta
Penyanyi: Andy Flop Poppy

Ku pejamkan mata
Bayangkan dirimu
Menciptakan perasaan paling indah

Kau menyinari
Seluruh hidupku
Menemani di setiap malam-malamku

Terima kasih cinta
Hadirmu beri makna
Tak mungkin ku persia
Ikatan terbina
Kekasih

Biarpun tersiksa
Walaupun terluka
Cintaku padamu
Kekal selamanya

Ternyata bukan mimpi
Kasihmu abadi
Oh...

Terima kasih cinta
Hadirmu beri makna
Tak mungkin ku persia
Ikatan terbina

Nikmati segala bahagia

Buat MyChintaHati, lagu di atas Ayang tujukan khas untuk Sayang. Terima kasih untuk segalanya. Terima kasih kerana menerima diri ini seadanya. Semoga ikatan yang dibina atas dasar cinta ini berkekalan hingga ke akhir hayat. Aamin.

Perjalanan Lapan Tahun Yang Mengujakan
Kesempurnaan sesuatu hubungan itu wujud bila kita saling lengkap-melengkapi

24 comments:

  1. Selamat ulangtahun perkahwinan yg ke 8 yana & suami... Alhamdulillah semoga ikatan perkahwinan ini berkekalan hingga ke dalam syurga Allah.

    Tarikh kahwin kita pun dekat2 dah tu..akk 27 dis nanti hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kak. alhamdulillah. aaminn
      yeke? kalau camtu selamat ulang tahun jugalah ye =)

      Delete
  2. Barakallahu Lakuma Fii Khair..
    Buat YY dan Hubby..
    Semoga kekal hingga ke jannah..

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah 8 tahun menganyam kehidupan sebagai isteri
    Semoga terus mendapat limpahan rahmat dan barokah yg berpanjangan.

    ReplyDelete
  4. selamat ulang tahun sis n suami..

    ReplyDelete
  5. selamat ulang tahun yana n hubby..moga diberi kehidupan yang baik2 disamping 2 cahaya mata

    ReplyDelete
  6. sebak baca...selamat ulangtahun :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tang mana yang sebak tu =)
      apapun terima kasih ye

      Delete
  7. Salam kak , moga berbahgaia hingga syurga Allah :)

    ReplyDelete
  8. banyak suka duka selama 8 tahun ni ye kak YY..semoga kalian sekeluarga berbahagia sampai ke jannah.abaikan orang yang mengata, macam mempersoalkan kuasa Tuhan pulak

    haapy anniversary to both of you!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak yunk wei. pengalaman buat kami berdua
      tu yang secara tak langsung menguatkan cinta tu. cehwah!!
      apapun terima kasih ye yunk
      aaminn =)

      Delete
  9. selamat ulang tahun utk YY dan suami....moga bahagia hingga ke syurga...aminnnnnn :)

    ReplyDelete
  10. moga berbahagia hingga ke jannah :)
    apa yg penting, percaya! sabar!

    ReplyDelete
  11. Tak tahulah ni nak nangis ke atau nak gelak baca entri ni. Dalam hati ni hanya Tuhan yang tahu macamana berkobar-kobarnya nak meng-attack katanya ^_^

    Apa-apa pun tahniahlah YY dah sampai 8 tahun hidup bersama, dengan 2 kurniaan terindah daripada-Nya. Moga berkekalan kegembiraan dan kebahagiaan berkeluarga buat awak ya!

    Siap letak lagu khas untuk darling dia! Aduhai... jap eh, nak sambung gelak bawah meja jap! Takut bos baru nampak pulak nanti gelak sorang-sorang!

    ReplyDelete
    Replies
    1. eleh...orang tu dengki lettew
      gelaklah...tak heran pun
      jangan terhantuk meja udah
      kang saya yang gelak pula...hehe

      dah gelak pastu baru nak wish...menci tau
      tak nak...majuk! sambil mencebik muka
      hilang dah keayuan budak 13 tahun ni
      nanti kita bagitau darling kita awak ejek kita!
      tunggulah

      Delete
    2. Eleh, sikit-sikit nak ngadu! Sikit-sikit nak ngadu kat laling spek mata dia tu! Lepuk kang! (Hah, keberanian mengutuk dah sampai dah ni...)

      Pi ler ngadu! Pi ngadu, pi.... Tak takut pong ^_^

      Delete
    3. sebenarnya takutkan? ngaku ajelah...hehe

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...