Centro Mall Raikan Krismas Bersama Transformer

7:05:00 am Yana Yani 28 Comments

Afif anak YY merupakan antara jutaan peminat Transformer. Sebagai seorang Mama, apabila melibatkan minat atau kegemaran anak, pasti kita akan mencuba sebaik mungkin untuk mengadakannya. Justeru apabila YY mendapat tahu Centro Mall akan meraikan Krismas bersama Transformer, YY adalah manusia yang paling teruja.

Ini bukan kali pertama Centro Mall mengadakan event ini. Kali pertama ianya diadakan pada 2013. Masa tu hanya YY yang pergi, maklumlah kerja dalam bangunan yang sama. Hehe! YY pernah ceritakan di sini. Tapi malangnya Afif tak dapat pergi walau YY berniat untuk membawa dia. Terasa agak ralat. Mujur juga tak beritahu dia awal-awal. Kalau tak, kes naya wei!

Afif jenis manusia yang kita tak boleh berjanji. Dia pasti TUNTUT walau hanya sekecil benda. So jangan berani berjanji dengan manusia bernama Aff ni. Sebab tu walau niat dah ada nak bawa dia, tapi YY tak pernah reveal kecuali pada MyChintaHati. Biar pecah di perut, jangan pecah di mulut. Nanti migrain datang! Hehe!

Centro Mall Raikan Krismas Bersama Transformer
Terima kasih pihak Centro Mall atas perkongsian poster

Transformer untuk makluman merupakan watak yang diwujudkan melalui francais media antara syarikat mainan Amerika, Hasbro dan syarikat mainan Jepun, Takara Tomy. Walaupun ia mula diperkenalkan dalam bentuk mainan sekitar 1984, ianya hanya mula menjadi sebutan apabila filem berciri aksi sains fiksyen mula dipertontonkan pada 2007.

Sejak itu filem arahan Michael Bay ni merupakan filem pecah panggung setiap kali dipertontonkan. So kalau korang juga adalah antara jutaan peminat Transformer, maka adalah harus untuk korang datang ke Centro Mall pada tarikh dan masa berikut:

Tarikh: 10 hingga 13 Disember 2015
Masa: 3 petang (10 Disember)
           1 dan 3 petang (11 hingga 13 Disember)



Kebetulan pun sekarang ni tengah cuti sekolah kan. so rasanya amat bersesuaian untuk bawa anak-anak ke sini. Ada banyak lagi aktiviti lain diadakan selain dari sesi Meet & Greet with Transformer. Jangan lepaskan peluang keemasan niOh ya, pastikan korang tak lupa untuk bawa kamera! (^_^)

Moga kali ni dapatlah YY tunaikan impian Afif (^_^)

28 comments:

  1. Replies
    1. terima kasih hanum
      maaf belum sempat membalas kunjungan

      Delete
  2. kalau dekat memang dah pergi ni..hehe.nanti share gambar ye..

    ReplyDelete
  3. salam kak, wah seronok la afif nanti, tak pe takyah bagitahu , nanti bagi tahukang kebetulan ada kerja, susah plak , kasi suprise sikit :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang dia seronok sangat yunk wei!
      lagilah benda tu suprise kan
      nantilah ada masa akak cite
      tak sempat lagi ni =)

      Delete
  4. ngeh3.. jangan janji memang kena tuntut.. sama spesis ngan anak buah CT.. kalo x dpt mmg zikir sokmo tuntut.. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha...budak baya tu kot
      memang diorang dok nuntut
      sebab tu nak buat apa pun tak penah sebut
      takut tak larat nak layan
      dahlah akak ni pun bukan penyabar sangat

      Delete
  5. Wah, jauh tu kat Klang! Tapi di mana ada kemahuan, pasti jumpa highway nak ke sanalah! Hahaha!

    Anak-anak saya tak minat transformer maka selamatlah sikit daripada dipujukrayu.Saya ni pun tengah misi mencari deko-deko Krismas kat shopping mall. Minggu lepas dah bermula. Minggu ni tak tahulah kita nak taram petik gambar kat deko yang mana!

    ReplyDelete
    Replies
    1. jauh ye...eleh MD tu cakap aje
      tau2 aje sampai
      kan memang dah trademark suka berjalan
      alasan tersesat katanya...hehe

      saya pun suka tengok diorang punya decoration
      tapi this time tak berjalan sangat
      banyak dekat rumah, penjimatan katanya =)

      Delete
  6. afif jenis macam adik bongsu yan..jenis tuntut janji....kadang grrrrr

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha...tulah kan
      geram kadang tu sebab diorang tak berdendang
      nyebut benda yang sama sampai naik rimas =)

      Delete
  7. Rasanya anak anak okje tak minat kot transformer ni, so tak payah beriya nak pergi. Tp tak taulah pulak kalau bapaknya minat hihi...


    ReplyDelete
    Replies
    1. dah besar tu memang kuranglah keinginan tu kot
      mungkin juga sebab diorang bukan peminat =)

      haha...tak mustahil OKje...haha

      Delete
  8. Bagus Afif ni... dah pandai tuntut janji dari kecik so orang tak boleh suka2 kenakan dia..... tak pernah minat transformer ni... cuba gak minat tapi tak berdaya...hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah pasalanya sha
      dia memang pandai menuntut
      tapi dari pemerhatian akak, memang budak kebiasaannya gitu
      pada usia sekarang ni diorang cam lurus tau
      apa kita cakap, itulah yang dia percaya
      sebab tu hati budak ni bersih =)

      akak minta gitu2 aje
      tapi ada anak dok minat ni, kira kena juga bagi moral support =)

      Delete
  9. Bestnya! Transformer pernah ddk kat 1Bornoe KK sblm wayang baru keluar dulu. Skrg ni anak2 tengah tunggu kemunculan jet Starwars tu pula - tapi nmpk mcm x akan sampai.... :C

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni sebenarnya lebih kurang cam maskot aje
      bukan transformer size sebenar...tapi kira okay untuk bebudak
      starwars pun anak-anak saya minat juga cuma tak segila transformer =)

      Delete
  10. smoga dpt bawakanak nanti..

    bapak2 budak pun minat ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah...dah tertunai
      hehe...frankly speaking, saya pun minat =)

      Delete
  11. alamak. da lepas tarikh nyer.
    teringin gak nak tgk.
    kat penang ari tu x dpt tgk transformers yg besar.
    pun da terlepas tarikh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah lepas dah
      tak apa..insya allah ada lagi
      biasa genting yang kerap buat even melibatkan menatang tu =)
      yang kat penang tu actual size, saya pun tak p

      Delete
  12. ahaks...afif..afif...boleh buat mama YY migrain eh...lagi x dapat mesti di sebut2 lah eh

    ReplyDelete
    Replies
    1. migrain bila dia dok sibuk menyebut benda yang sama...hehe
      ye betul, selagi tak dapat...adui! hehe

      Delete
  13. sy peminat tegar transformers.....hehehehehh.....boleh duduk seharian ngadap tv kalau citer transformer ditygkan....ulang byk kali pun tetap tgk...adehhhh.....hehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh samalah kita! sep sikit!
      memang tak bosan layan kan. mungkin sebab kita ni minat
      cer kalau tak minat, buat tak tahu juga...hehe

      Delete
  14. ANak² pon peminat transformers. Asal kluar iklan menan transformers, mesti soh beli.

    ReplyDelete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...