Anak-Anak Ibarat Kain Putih
Anak-Anak Ibarat Kain Putih | Sebagai ibu bapa, kita bertanggungjawab sepenuhnya kepada pendidikan anak-anak kita. Malahan sebagai seorang Muslim juga kita diwajibkan menitikberatkan soal pendidikan yang harus berteraskan nilai baik dan terpuji yang bersumberkan al-Quran dan asSunnah. Jika kita melaksanakan tanggungjawab mendidik dengan baik, Insya ALLAH kita melindungi diri sendiri dan anak-anak kita daripada seksaan api neraka.YY percaya, kita sebagai ibu bapa tahu bahawa proses pendidikan seorang anak bermula sejak mereka berada dalam kandungan sehingga mereka menjadi dewasa. Anak-anak dilahirkan ke dunia ini dalam keadaan naif. Mereka tidak tahu membezakan mana yang baik dan mana yang buruk. Kita sebagai ibu bapalah yang bertanggungjawab untuk membentuk keperibadian anak-anak kerana mereka ibarat kain putih seperti yang dijelaskan dalam hadis di bawah
Sabda Rasulullah SAW, maksudnya:
“Setiap bayi yang dilahirkan adalah suci fitrahnya. Ibubapalah yang menjadikan mereka Yahudi, Nasrani mahupun Majusi.” - (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Sebelum ini YY pernah ceritakan mengenai kehilangan secara misteri beg sekolah Aisyah. Beg tersebut ghaib begitu sahaja tanpa sesiapa dapat mengesannya. Yang kelakarnya, kehilangan beg tersebut menjadi perbualan yang agak hangat di Tabika Aisyah ketika minggu pertama persekolahan. Pelbagai spekulasi dibangkitkan. Jujur YY katakan, YY tidak menanggap ia sesuatu yang serius. Bagi YY, adalah normal untuk budak pada usia itu "kehilangan" barang milik mereka.
Baca: Hari Pertama Di Tabika KEMAS
YY laporkan kehilangan beg pada Cikgu |
Setelah usaha mencari, gagal. Usaha memujuk dak Aisyah pula dilaksanakan. Jenuh jugalah nak pujuk. Bukan kerja mudah sebenarnya nak fahamkan budak seperti Aisyah yang beg tu bukan "berjodoh" dengan dia. Tapi siapa sangka setelah genap seminggu kehilangan beg tersebut, YY mendapat perkhabaran yang tak disangka. Beg tersebut telah ditemui. Bukan main excited Aisyah bila dapat tahu.
Beg dah jumpa! |
Tapi YY sangat terkejut bila Cikgu membongkarkan misteri disebalik kehilangan beg tersebut. Seriously tak sangka. Ingat wujud dalam drama aje.
Yang menambahkan rasa ralat adalah si ibu atau bapa telah menggantikan nama Aisyah yang YY letakkan pada keychain beg tu dengan nama anak dia. Sampai macam tu sekali "kesilapan" si ibu atau bapa tu mengajar anak. YY percaya bahawa budak yang "terambil" beg tu tidak tahu bahawa apa yang dia lakukan adalah salah. YY tak salahkan budak tu. Tapi YY salahkan ibu bapa dia. Dah lah tak tegur anak buat benda yang salah. Ditambah pula "melayan" dengan menukarkan nama pada beg.
Cerita disebalik misteri kehilangan |
Selain YY, Cikgu yang mengajar Aisyah turut merasa ralat dengan situasi yang berlaku.
Ya memang betul para guru telah dipikulkan amanah untuk mendidik anak-anak kita di sekolah. Namun tugasan formal itu sangat terhad sebab hanya terbatas pada waktu persekolahan sahaja. Nak memastikan kejayaan sepenuhnya proses pendidikan anak-anak, baik dari segi ilmu ataupun akhlak memerlukan sokongan dan kerjasama sepenuhnya dari kita, ibu bapa. Kehadiran para guru bukan bererti kita sebagai ibu bapa boleh lepas tangan daripada menjalankan kewajipan mendidik anak.
Seperti hadis yang YY kongsikan di atas di mana ia cukup jelas mengatakan bahawa pendidikan awal bermula dari rumah. Dengan sikap acuh tak acuh kita dalam soal ini boleh membantutkan proses pembentukan jati diri anak kita. Nanti kalau anak tu dah buat benda lebih buruk dari sekarang, adakah para guru juga yang kita salahkan.
Cikgu meluahkan rasa ralat |
Amanah yang diberikan ini, dipikullah sebaiknya kerana ianya merupakan "saham" kita di akhirat kelak. Tegurlah anak-anak kita bila mereka melakukan kesalahan. Ingatkan mereka bahawa tak guna mereka cemerlang akademik sekiranya akhlak tidak cemerlang. Ia penting dititikberatkan memandangkan mereka kelak akan menjadi dewasa yang mempunyai peranan penting di masa hadapan.
Satu hari nanti anak-anak kita bakal menjadi pemimpin. Sama ada kita sedar atau tidak, mereka bakal menjadi harapan kita yang kelak bakal menjadi generasi tua. Mereka juga bakal menjadi pewaris agama, perjuang bangsa dan negara kita. So marilah kita berikan didikan sempurna kepada anak-anak kita. Korbankan sedikit masa untuk mereka. Selain harta, berikan juga kasih sayang serta tunjukkan contoh teladan yang terbaik.
Muka ceria dah dapat beg balik |
Apa yang YY kongsikan ini bukan berniat membuka aib sesiapa. Ia adalah peringatan buat diri YY sendiri yang juga tak dapat lari dari melakukan kekhilafan. Apa yang YY cuba tonjolkan bahawa anak-anak ibarat kain putih. Kita bertanggungjawab sepenuhnya dalam menentukan corak atau warna pada kain putih tersebut.
Semoga kita semua boleh mengambil pengajaran dari cerita ini.
Allahu series xsgka dpt jmpa tp bila jmpa nama da lain ????
ReplyDeleteda tu sblh ptg pula
part cikgu siasat mcm detektif conan pulak da =D
saya pun tak sangka sebenarnya
Deletesampai camtu sekali kan
haha...cikgu tu memang karakter dia ceria
memang pandang dia aje boleh senyum kita =)
Sayang Aisy dengan beg dia. Betul kak, anak kecik harus dipupuk dari awal. Semoga Aisy membesar menjadi anak yang baik syg..
ReplyDeletebiasa budak memang camtu sha
Deleteakak, dua orang anak, dua-dua camtu dengan beg...haha
aamiin. terima kasih sha ye
panduan untuk saya juga dlm mendidik anak...tq puan
ReplyDeletesama-sama kita belajar ye =)
Deletenice sharing
ReplyDelete=)
DeleteNice writing.
ReplyDeletePadat and clear.
terima kasih kerana membaca =)
DeleteSekolah rendha pun ada kes/perbuatan macam ni ya..
ReplyDeleteBahaya ni.. uNtuk generasi kita akan datang.. :'(
ni tadika kak long chan, bukan sekolah rendah
Deletetu yang cikgu dan saya sendiri kesal
si anak tak tahu, parent perlulah beritahu dak
serius juga apa y ibubapa budak tu buat..dlm hal ni..sepatutnya ibubapa suruh budak tu pulangkan balik..bkn bantu & galak buat sesuatu y salah.. lg2 bdk dlm tmpoh pmbelajaran..tp disajikan dgn perkara x betul... kesian anak..
ReplyDeletealhamdulillah..rezeki aisyah lg beg tu
tulah pasalnya lya, kesian budak tu
Deletecikgu yang mengajar pun tak sangka diorang buat gitu
benda tu salah, dilayankan pula
memang tak patut sangat apa diorang buat tu
aduyai macam tu pun boleh, patut ibubapa yang didik anak, ini ibubapa pula terbabit sekali,kalau betul pun tak dapat beli beg lagi untuk anak terangkanlah yang sebenarnya pada anak biar anak faham. semoga jadi pengajaran buat kita semua, bukan apa risau juga jika anak2 buat perkara yang sama
ReplyDelete