Resepi Asam Pedas Ayam Mudah dan Ringkas

11:37:00 am Yana Yani 25 Comments

Resepi Asam Pedas Ayam Mudah dan Ringkas | Selain dari Mak YY, YY banyak juga belajar memasak dari Mak Mentua YY. Orang tua ni kalau kita tunjuk minat nak belajar, lagi seronok dia. Segala macam ilmu dia akan perturunkan nanti. Fakta tu tau! Haha! Antara resepi yang YY belajar adalah cara masak asam pedas ayam dengan mudah dan ringkas. Sebelum ni YY rasa nak masak asam pedas macam leceh sangat. Tapi dengan resepi yang Mak Mentua YY ajar ni, memang sangat mudah dan ringkas.

Bahan-bahan yang diperlukan pun senang aje nak dapatkan.

Resepi Ayam Asam Pedas Mudah dan Ringkas
Bahan-bahan untuk resepi ayam asam pedas mudah

Bahan-bahan yang perlukan adalah
- Tiga ketul daging ayam
- Sebatang serai diketuk
- Daun kesum
- Satu kiub tom yam
- Satu sudu kecil asam jawa Xtra
- Sebiji kentang (optional)

Bahan untuk dikisar
- Segenggam cili kering
- Dua biji bawang besar
- Tiga ulas bawang putih
- Satu inci halia

Please take note yang semua bahan yang disenaraikan di atas adalah untuk semangkuk asam pedas sahaja. Ia juga bergantung kepada cara korang sendiri adjust resepi. Nak depend sepenuhnya pada resepi pun tak boleh juga juga. Kalau kita treat as guideline, insya ALLAH menjadi. Yang penting, practise makes perfect

Resepi Ayam Asam Pedas Mudah dan Ringkas
Rebus cili kering

Mula-mula sekali korang belah atau potong cili kering. Tak kisah mana-mana cara yang korang nak buat, janji keluar biji dia. Masukkan air ke dalam periuk sampai tenggelam cili kering tu. Lepas tu biar aje atas api. YY biasanya rebus cili kering dengan api besar bagi dia cepat lembut. Tapi kalau buat camtu, air melimpah ruah. Ada petua suruh letak sudip kayu atas mulut periuk bagi air dia tak melimpah ruah. Contohnya macam gambar di atas. Menjadi tau!

Lepas tu korang kisarkan cili kering yang dah direbus dan ditos bersama dengan bawang merah, bawang putih dan halia. Bahan yang dah dikisar tu, korang masukkan aje dalam periuk panas bersama dengan serai yang dah diketuk. Tak payah letak minyak ye. Kiranya takde istilah menumis dalam resepi ni.

Resepi Ayam Asam Pedas Mudah dan Ringkas
Ayam asam pedas dah sedia dimakan

Biarkan aje sekejab. Dah menggelegak, masukkan ayam dan kentang. Kcau rata, lepas tu biarkan lagi kejab. Agak macam dah layu ayam tu, tambah air. Air ni ikut korang nak letak banyak mana. Nak pekat, kurang air. Nak cair, lebihkan air. Gitu aje. Lepas tu masukkan daun kesum dengan kiub tom yam. Garam jangan lupa masukkan ye. Kang rasa payau pula asam pedas korang. Kacau sekejab, time ni bau dia, perghhh! Bikin perut memberontak korang tau! Takpe, korang sabar jab. Bila kentang dah empuk, kira dah masaklah korang punya ayam asam pedas tu.

Nak makan asam pedas ni ada petua tau. Petua dia, makan masa dia dah sejuk. Time tu dah serap rasa. Orang tua katalah kan. Kalau nak ikut, ikutlah. Tapi kalau korang tanya YY, YY bedal aje. Perut dah lapar. Apa kira serap rasa ke dak. Janji dapat makan. Sedap ke tak belakang cerita. Yang pasti kalau sendiri masak, kepuasan dia lain macam. Haha!

So begitulah cara YY masak ayam asam pedas. Setakat ni, memang ni resepi paling mudah dan ringkas. Kalau korang rasa tak mudah juga, tak tahulah YY nak kata apa.

Cuba resepi ini juga:
1. Resepi dan Cara Membuat Lemang
2. Resepi Kari Ayam Mudah
3. Resepi Asam Pedas Ayam Mudah dan Ringkas
4. Resepi Ikan Kerisi Masak Taucu

25 comments:

  1. Ohh... YY guna kuib tomyam utk asam pedas ye
    Resepi baru buat kakak ni:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya belajar dengan mak mentua saya kak
      memang camnilah cara dia masak
      cuma dia masak lagi sedap dari saya...haha

      Delete
  2. Bole try ni.. Selalu kalau asam pedas kite buat ikan je, ayam x pernah lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya kalau masak asam pedas ikan, tak sedap
      suka masak asam pedas ayam aje
      lagipun mudah sikit...haha

      Delete
  3. a,ah erkk tak prnah masuk kan kuib tom yam klu msk asam pedas, bolh try ni.. resepi baru

    ReplyDelete
    Replies
    1. resepi mak mentua saya
      tapi memanag sedap tau, at least pada tekak saya
      cubalah nanti =)

      Delete
  4. satu lg nak kongsi.
    asam pedas ni kalau dah semalaman bertambah sedap!

    ReplyDelete
  5. nyum !! saya kalau dah jemu masak yang biasa2.. memang asam pedas kan aje ayam nye.. hee~

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya paling kerap masak asam pedas ayam
      sebab paling mudah selain tom yam...haha

      Delete
  6. Replies
    1. saya pun baru tahu lepas kawin
      selama ni tak penah tahu..haha

      Delete
  7. Dulu-dulu masa tak berapa tahu nak masak, selalu aje buat asam pedas ayam ni tau. Yang saya tak reti masa tu nak buat ikan masak asam pedas. Punyalahkan...

    Tapi betul YY, tak pernah lagi guna kiub tomyam. Lain kali kalau datang lagi alzheimer tak tahu nak masak apa, saya buat nilah. Katanya senang bangatkan. Nak ngaku tak senang, takut kena kecam pulak. Hahaha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya ni dah kawin dengan mychintahati baru tahu
      saya tak tahu pula kewujudan ayam masak asam peda ni sebenarnya
      tapi sekarang, memang ni paling kerap masak
      sebab senang, tinggal campak aje semua...haha

      tapi memang sennaglah MD. cuba try test tengok! haha

      Delete
  8. nyumnyum sedapnya...unik juga ni resepinya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba, jangan tak cuba kalau nak tau keunikkannya =)

      Delete
  9. Ohhhh .....gayanya mcm masak asam pedas pun ada, mcm masak tomyam pun ada ye YY. Lebur gitu ajelah semuanya ye. Bagus ni untuk orang orang yg berangan aje nak diet mcm hakak, kurang kolestrol tak de minyak hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni confirm asam pedas, cuma letak kiub tomyam
      tujuan dia just nak bagi rasa macam masam sikit tu
      tapi memang ok lah pada tekak saya
      cubalah, memang kurang minyak
      jangan lupa buang kulit ayam ye..haha

      Delete
  10. REsepi yang menyihatkan ni..
    Belom pernah buat lagi resepi macam ni.
    Nak try buat la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha...cuba tau
      jangan tak cuba, saya boleh kata seminggu mesti ada sekali
      sihat tu tak piker sangat, piker senang aje...haha

      Delete
  11. febret lya ni.. tp y lya msk versi lain,xde msuk rencah tomyam tu.. nnti nk try versi YY lak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya suka masak ni sebab mudah je...haha
      ni tau nak buat pun sebab mak mentua ajar
      nanti cuba tau

      Delete
  12. kecur lak air liur tngok ayam masak asam pedas nih, memang lainlah resepinya dari yang akak biasa buat lain kali boleh try resepi yana pulak

    ReplyDelete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...