Hari Pertama Di Tabika KEMAS
Hari Pertama Di Tabika KEMAS | Sesi persekolahan bagi 2017 sudah pun bermula pada 3 Januari yang lalu. Kedua anak YY sangat excited hari tu. Terutama Aisyah yang pertama kali merasai pengalaman berada di Taman Bimbingan Kanak-kanak (Tabika). YY belum pernah menghantar dia ke mana-mana sebelum ni. Mungkin kerana ianya pengalaman pertama, so dia sangat teruja. Aisyah sangat ceria pagi tu bila dapat pakai segala kelengkapan persekolahan yang serba baru.Afif dulu kami hantar ke salah satu Tadika swasta yang berdekatan rumah Mak YY seawal usia dia lima tahun. Tapi atas sebab-sebab tertentu kami tak mahu menghantar Aisyah ke Tadika yang sama. Kami memilih untuk menghantar ke program pendidikan awal kanak-kanak yang dianjurkan oleh KEMAS. Konsep Tabika KEMAS iaitu ‘Belajar Melalui Bermain' memang sangat menarik minat YY dan MyChintaHati. Lagipun memang sifat semulajadi kanak-kanak pada usia Aisyah bermain.
Pengalaman mengajar YY untuk tidak menekan.
Gambar pertama sesi persekolahan 2017 |
Di Tabika KEMAS juga Aisyah akan diajar menguasai kemahiran 4M (Membaca, Menulis, Mengira dan Menaakul). Kata Cikgu Suziah yang mengajar Aisyah, kesemua kanak-kanak di situ akan diberi peluang dan galakan untuk menguasai kemahiran asas yang akan memudahkan mereka menerima pendidikan formal di sekolah rendah kelak.
Selepas menghantar Afif ke sekolah, kami terus menuju ke Tabika. Sepanjang dalam perjalanan menuju ke Tabika, bertubi-tubi pesanan dan peringatan YY berikan. Entah si kecil tu mampu ingat ke tidak setiap butir pesanan YY tu. Haha! Tapi cecara jujurnya, pesanan tu diberikan bagi menutupi kegusaran YY sendiri. Bila dikenang, terasa kelakar pun ada. Anak tu relax aje, Mama dia pula yang gelisah semacam!
Kali terakhir beg tu kelihatan. Haha! |
Masuk aje kawasan Tabika, dia suruh YY balik. Ewah! Eksyen ko ye!
Lepas tu dia terus berjalan masuk ke kelas tanpa toleh sikit pun pada YY. Salam tangan macam selalu pun dah tak nak. Excited kategori terlampau tau dak Aisyah ni. Beria YY panggil, dia asyik cakap, "Mama pergilah balik". YY tetap mengekor dia masuk ke kelas. Nampak tak siapa yang melampau sekarang? Haha! Ah, lantak! Nak juga masuk sebab nak capture moment yang mungkin tak akan lagi dapat dinikmati.
Anyway korang nampak tak gambar Aisyah dengan beg dia tu. Tau tak itu adalah kali terakhir beg tu kelihatan. Ketika blog entri ni ditulis pun, beg tu masih gagal dijumpai. Cikgu sampai pelik dengan kejadian yang dikatakan pertama kali terjadi pada dia yang sudah 16 tahun mengajar di Tabika KEMAS. Yang peliknya, Aisyah boleh pula bawa balik pencil case dia. Beg yang besar tu boleh dia tak ingat mana perginya. Haha!
Mungkin sifat extrovert yang ada buat dia mudah sesuaikan diri |
Overall, masa hari pertama di Tabika KEMAS, Aisyah memang sangat cepat sesuaikan diri. Mujur dia tak terkena jangkitan virus menangis macam beberapa kawan-kawan dia hari tu. Bila nampak dia okay tu YY dan MyChinta tinggalkan dia dengan rasa relief. Hopefully dia terus maintain sepanjang tahun camtu.
Berdasarkan pengalaman dengan Abang dia dulu, minggu pertama ni memang seronok aje. Lepas tu ko tunggulah minggu-minggu seterusnya. Haha!
Baca : Alasan Afif
Ceria aje nampaknya |
So begitulah cerita Aisyah di hari pertama di Tabika Kemas. Emm, cepat betul masa berlalu. Si kecil Aisyah dah sekolah dah. Nak suruh kecil balik tak boleh. Ni kira nak kena tambah ahli baru ke camne. Haha!
Okay, that's it. Till we meet again, Assalamualaikum (^_^)
waa..dah msuk sekolah ye aishah..belajar rajin2 ye...
ReplyDeleteinshaa Allah, mudahan aisyah bersemangat smpai hbs tahun..
Alhamdulillah, tahun ni dia genap 6 tahun
Deletememang patut sekolah...hehe
aamiin. tima kaish lya
Balik naik bas atau your cintaHati pick-up?
ReplyDeleteKalau naik bas/van mungkin tercicir dlm bas itulah kot YY
Habis buku-buku semua hilang ke YY?
Kesian pulak..
dia balik naik van sekolah kak
Deletemasa dia balik tu, saya memang mengintai
memang beg tu dah takde time dia nak naik van
mujurnya, tadika kemas takde buku lagi buat 3 bulan pertama ni
Dah patut pun tambah ahli baru tu YY..
ReplyDeleteAisyah pun dah 5 tahun kan..
Bagus Aisyah..
Happy school..
kalau kira ikut bulan, memang 5 tahun
Deletekira ikut tahun, dia dah 6 tahun dah
insya ALLAH CH, ada rezeki tu adalah
saya nak aje, rezeki aje belum ada =)
bab tambah anak baru tu ~ aida sokong :)
ReplyDeletegood girl aisyah. moga pandai ekk sesuai kan diri...
pandai dan ceria sentiasa.
haha...sokong aje aida ye
Deleteso far dia memang boleh aje sesuaikan diri
tapi hari ni, hari saya reply komen ni
dia demam, dah dua hari tak sekolah
ank zie smpi skrang gi sekolah nangis, dah masuk sek ok je pun dia.
ReplyDeletesmoga aisyah membesar dgn sihat & beljar rajin2 tau
biasa macam tulah budak kan
Deletekat rumah dia mengada, kat sekolah, jumpa kawan
hilang pula mengada dia...haha
aamiin, terima kasih ye zie
aisyah saya pun masik kemas..dekat dengan rumah pengasuh..senang
ReplyDeleteyang ni sebenarnya agak jauh dari rumah mak saya
Deletetapi saya tak nak lagi hantar ke tadika swasta yang dekat tu
takut peristiwa lama berulang
Salam YY!
ReplyDeleteNasib baiklah dia tak kena sawan tangis bila masuk tabika ni. Kalau tidak, dah tentu-tentu sawan tangis tu 'merasuk' mamanya sekali. Maklumlah, mak-mak ni memang spesies over tau, YY. Tak payah pergi jauh, macam penulis komen ni. Anak dah masuk Tahun 5 pun sibuk nak hantar sampai kelas. Nasib baik anak bujang dah pandai malu, makanya tak dapatlah dilaksanakan kehendak itu ^_^
Relakslah, Aisyah! Minggu pertama tak nangis tak akanlah minggu seterusnya nak nangis. Bukan best pun kalau duduk rumah dengan mama awal-awal persekolahan ni ~_^
salam MD! amboi lamanya besan to be ni menghilang
DeleteAlhamdulillah dia ok je, mood pun so far ok
cuma bangun pagi aje payah sikit...haha
ni demam, dah dua hari tak sekolah
takut cam abang dia dulu, lama tak sekolah
pastu start la dia buat perangai
amboi MD, biar betul. anak dah darjah 5 pun teman lagi
memang bikin malu sungguh tu. haha!
seronok ye aisyah pergi sekolah, tabika kemas pun dah bagus sekarang ni tak macam zaman akak dulu hari2 menyanyi saja hehehe
ReplyDelete