Program Mengacau Dodol Mengeratkan Silaturahim

7:06:00 am Yana Yani 22 Comments

Program Mengacau Dodol Mengeratkan Silaturahim | Bulan Jun ni kiranya dah genap dua tahun YY duduk di rumah yang kami beli hasil daripada titik peluh kami suami isteri. Raya tahun ni kiranya dah raya ketiga kami di rumah ni. Alhamdulillah setelah tujuh tahun menyewa, kami berjaya memiliki rumah sendiri. Rezeki yang telah ditetapkan untuk kami sekeluarga. Anyway, walau dah dua tahun di sini, YY masih dalam proses mengenali jiran sekeliling.

Zaman yang sentiasa perlukan duit seperti sekarang ni, memang buat semua orang sibuk bekerja. Keluar pagi, malam balik. Bila kala nak beramah mesra kan. Mungkin atas faktor tu juga menyebabkan susah nak mengenali jiran sekeliling. Sebab YY dan MyChintaHati seboleh mungkin menyertai apa sahaja aktiviti taman yang dianjurkan. Kami rasa ini sahaja cara nak mengeratkan tali silaturahim sesama kami.

Baru-baru ni taman di mana kami duduki ni menganjurkan Program Mengacau Dodol yang buat julung kalinya diadakan. YY sebenarnya agak excited sebab belum pernah terlibat dengan program mengacau dodol walau dah tiga dekad menghirup udara di atas muka bumi ALLAH ni. Tapi program tu hanya untuk lelaki. Kecewa tau!

Program Mengacau Dodol Mengeratkan Silaturrahim
Screen shot daripada group taman

Hanya MyChintaHati sahaja yang menyertai program tu. Based daripada gambar yang dikongsikan, ramai juga hero-hero taman yang menyertai. Nampak seronok aje apabila kesemua mereka bergilir mengacau dodol tu. Kalau YY join juga program tu, rasanya YY jadi tukang tengok aje. Kudrat tak cukup kuat nak mengacau. Hehe! Time MyChintaHati dan geng-geng taman yang lain mengerah keringat, YY dan anak-anak membongkang dekat rumah. Best betul. Hehe!

Program Mengacau Dodol Mengeratkan Silaturrahim
Antara hero taman yang terlibat

Antara bahan yang diperlukan dalam pembuatan dodol menurut cerita MyChintaHati adalah gula melaka, tepung pulut, santan kelapa, garam dan air. Pastu katanya kita kena kacau adunan dodol tu tanpa henti terutama satu jam yang pertama. Time tu potensi dodol untuk hangus adalah sangat tinggi. Betullah gamaknya sebab biasanya YY tengok dekat TV orang dok kacau aje tak berhenti. YY bab ni memang tak tahu. Tahu makan aje dodol tu. Hehe!

Program Mengacau Dodol Mengeratkan Silaturrahim
Kacau lagi! Kacau lagi! Lapar dah ni

Gambar yang dikongsikan membuktikan bahawa program ini berjaya mengeratkan silaturahim warga taman seperti yang diharapkan. In fact kesemua gambar menceritakan kemeriahan mereka yang terlibat dalam program tersebut. Siap lepas kacau dodol tu, mereka bersahur bersama. Jealous daku dibuatnya tau. Hehe!

Dalam pukul lima pagi baru MyChintaHati balik rumah. Siang tu dia pula bantai membongkang. Penat sangat katanya mengacau dodol. Hehe!

Program Mengacau Dodol Mengeratkan Silaturrahim
Akhirnya berbaloi segala keringat apabila dodol siap dimasak

Dekat bawah ni lah rupa dodol yang berjaya dihasilkan setelah bersengkang mata dan membanting tulang empat kerat. Bila dah sejuk, dodol tu dibahagikan kepada semua yang terlibat. Dapatlah kami merasa sikit. Boleh tahan jugalah dia punya rasa. Aisyah sampai menangis teresak-esak bila Papa dia habiskan agihan kami. Punyalah dia suka.

Takpelah ye sayang, nanti kita beli dodol lagi ye. Lagipun raya dah dekat ni. Manalah tahu ada rumah yang dok hidang dodol, bolehlah kita tumpang berkaki-kaki. Hehe! Ni Mama kau pun dah dalam mood raya dah ni. Buat kerja apa pun dah malas. Hehe!

Program Mengacau Dodol Mengeratkan Silaturrahim
Dodol yang sudah siap dah sedia untuk diagihkan

Apapun kredit harus diberikan buat mereka yang terlibat. Jika tidak kerana keringat mereka. Tidaklah kami pun dapat makan dodol. Hehe! Semoga usaha dan hubungan silaturahim yang terjalin diberkati oleh ALLAH SWT.

"Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu-bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan jiran tetangga yang dekat, dan jiran tetangga yang jauh, dan rakan sejawat, dan orang musafir yang terlantar, dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri." - Surah An-Nisa' Ayat 36.

22 comments:

  1. oo.. tak pernah lagi buat dodol ni.. kalau bubur asyura tu pernah la buat. fuh boleh tahan tu nak mengacaunya penat2.. kalau buat siang mahu terliurnye tengok air sejuk ni.. :D

    btw terima kasih ye kad raya tu... ada saya update diblog :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun tak penah lagi buat
      ni pun nengok dalam gambar aje ha
      penat AH. kena bergilir mengacau ni

      sampai dah ye. alhamdulillah. sama-sama =)

      Delete
  2. sedapnya dapat makan dodol yang panas2 tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh ke makan panas-panas?
      saya makan time dah sejuk ni...hehe

      Delete
  3. bagus program macam ni, boleh eratkan silaturrahim. akak pernah jug akacau dodol nih masa arwah mak ada dulu,sekarang tak pernah lagi dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah. memang bagus kan
      saya tak penah sekali pun cuba kak

      Delete
  4. melalui pandangan peribadi, kadang2 program camni, produk atau hasil adalah objektif nombor 2.. yang nombor satu -- penglibatan dan silaturahim..

    ReplyDelete
  5. teringat pulak pada kuali yang lobang gara-gara dodol ... heheheeee

    ReplyDelete
  6. hai Kak YY.. CT datang ni.. maaf ya lama x menyinggah.. sebelum sebok beraya adalah ni haa masa sikit.. selamat hari raya ya.. drive safe dan have a blast raya =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai CT. akak pun lama tak singgah blog kamu =)

      Delete
  7. penuh tradisi sangat tau kacau dodol ni.. dulu arwah Tok ada lagi rajin dia mengacau.. sekarang ni memang xdela bila yang tua2 tak ada.. beli je semua..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang. tak sah raya kalau takde program camni kan
      cam akak memang takde pengalaman buat
      memang seumo beli

      Delete
  8. baguslaa kawasan kejiranan buat aktiviti macam ni.. eratkan silaturahim =)

    ReplyDelete
  9. saya pernah tengok orang kacau dodol ni..memang untuk lelaki dewasa sahaja. tu pun kena tukar-tukar orang.penat woo

    ReplyDelete
  10. tapi kalau rancangan raya, 3 hari 3 malam kacau dodol tak siap-siap.haha

    ReplyDelete
  11. Saya sendiri tak pernah mengacau dodol atau tengok secara live orang mengacau dodol. Tengok kat TV tu lain ceritalah. Saya tak berapa suka dodol tapi adakalanya kalau sedap sangat rasanya, saya bantai makan banyak juga.

    Saya lagi suka wajik. Wajik durian lagilah favorite ^_^

    ReplyDelete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...