Erti Raya Bagi Afif dan Aisyah
Erti Raya Bagi Afif dan Aisyah | Mengikut pemahaman seorang dewasa, Hari Raya merupakan perayaan yang disambut oleh semua umat Islam bagi menandakan berakhirnya Ramadhan. Ia juga menggambarkan kemenangan setelah sebulan berpuasa. Bagi Afif dan Aisyah, Hari Raya bermaksud hari yang menyeronokkan bagi mereka berbanding hari biasa. Menyambut raya dengan kelibat anak kecil seperti Afif dan Aisyah adalah sesuatu yang priceless.Sebelum berkahwin, YY secara jujurnya tak merasai nikmat seronok berhari raya. Tak tahulah kenapa. Hari Raya seolah sama seperti hari lain. Perasaan tu makin kuat terutama setelah mula bekerja. Kadang menyalahkan diri sendiri yang mungkin tidak sempurna beribadah sepanjang bulan Ramadhan mengakibatkan nikmat berhari Raya tidak lagi nikmati. Tapi sejak hadirnya Afif dan Aisyah dalam hidup YY, nikmat berhari raya tu dirasai semula melalui mereka.
Saat baru keluar rumah untuk beraya, smart aje memasing |
Afif sejak bersekolah sudah pandai countdown. Setiap hari sepanjang bulan puasa dia akan kira hari menjelangnya Hari Raya. Soalan seperti, "Mama, kita lagi lima hari kan nak raya?" adalah soalan yang paling kerap diajukan kepada YY dan MyChintaHati.
Paling seronok bila membelikan mereka kelengkapan berhari raya. Hilang segala penat lelah bila melihat keterujaan mereka mencuba segala kelengkapan untuk mereka. Afif sekarang dah pandai memilih kelengkapan sendiri. Cermin mata, baju dan kasut untuk tahun ni merupakan pilihan dia sendiri. Entah berapa kali dia gayakan kesemua tu sebelum raya. Perasan handsome.
Aisyah walau belum pandai memilih, tapi dia sangat suka dengan apa yang dibelikan. Bayangkan sampai tidur pun nak tidur dengan baju raya. Puas nak memujuk.
Baca Cerita Raya Kami di Kuala Lipis
Baca Cerita Raya Kami Lagi
Seronok Afif dan Aisyah main bunga api di malam raya |
Bunga api pula merupakan antara benda yang perlu ada bagi Afif dan Aisyah. Ia menambahkan lagi erti beraya pada mereka. Tak seronok raya katanya bila takde bunga api. So bunga api adalah merupakan pelaburan hangus yang perlu YY dan MyChintaHati sediakan bagi menambahkan keceriaan insan bernama anak. Lagipun keceriaan mereka adalah faktor penyumbang keceriaan kami.
Afif merajuk masa kami katakan tahun ni tak akan ada bunga api. Dia punya muncung sikit punya panjang. Mulut kecil dia tu mengomel aje time dok cuba menzahirkan betapa tak seronoknya beraya tanpa bunga api. Padahal Papa dia bersusah payah sorokkan bunga api yang telah awal dibeli. Kalau tak disorokkan, habis sekelip mata. Tak dan nak tunggu sampai malam raya.
Afif dan Aisyah bersama sepupu mereka, Rayyan dan Rayna |
Bila keluar beraya ni, macam-macam pengalaman yang diorang berdua peroleh. Tu yang diorang pada usia ni seronok sangat tiap kali diajak keluar beraya. Macam satu keterujaan pada diorang. Aisyah bila dok tengok YY dok iron baju aje dah tanya, "Kita nak beraya ye?"
Afif dan Aisyah memang kelihatan ceria sepanjang Hari Raya. Istilah letih langsung tak kedengaran dari mulut mereka. Kadang dok wondering juga. Entah dari mana diorang dapat semua tenaga tu. Macam kena charged tau!
Ada sekali tu kami beraya ke Subang. So area tu memang banyak kapal terbang turun naik. Bayangkanlah betapa terujanya diorang bila dapat tengok kapal terbang yang selama ni hanya boleh dilihat dari jauh. Melompat dan berlari tak kala nampak kelibat kapal terbang, sudah jelas menggambarkan betapa seronoknya diorang.
Keterujaan melihat kapal terbang turun. Pengalaman pertama mereka |
Tapi kan, bila dok tengok diorang berdua ceria camtu, buat YY teringat pula memori beraya masa zaman kanak-kanak dulu. Berlegar-legar dalam ingatan ni macam wayang tanpa gambar. Seronok bila diingatkan kembali. Boleh buat tersengih sorang-sorang. Hehe! Indahnya zaman kanak-kanak bila diingatkan kembali.
Time tu kita hanya tahu berseronok. Kalau dapat duit raya pula, berganda perasaan seronok tu. Tak kiralah walau nilainya hanya setakat lima puluh sen sekalipun. Janji nama dia "duit raya", memang seronok tak terkata dah. Situasi yang sama YY dapat lihat pada Afif dan Aisyah hari ini. Cumanya ianya pada zaman yang berbeza. Jelas erti raya sebenarnya sama aje pada semua insan bernama kanak-kanak.
Lawa sangat anak dara orang ni weh! Nak buat menantulah |
Raya kali ni YY takdelah susah hati sangat sebab memasing dan besar. Diorang agak pandai jaga diri. Just pesan aje, jangan buat gini or gitu. Kalau buat, memang mendapatlah jawabnya. YY jenis kalau dah kata buat, memang buat. Takde excuses! Nak dijadikan cerita, ada sekali tu, Afif buat perangai time tetamu datang. Berbulu mata YY ni dok perangai dia. Balik aje tetamu, YY suruh dia datang dekat. Belum senaraikan kesalahan lagi, dia dah menangis dulu dah. Tau takut! Hehe!
Diorang ni pun dah pandai berkawan. Tapi kalau diperhatikan Aisyah yang akan conquer situasi. Pendek kata keceriaan memang bermula dari dia sebab dia cukup pandai berkawan berbanding Afif yang lebih suka memerhati dulu. Boleh nampak ketara sifat introvert dan extrovert pada diri mereka kalau bercerita bab kawan.
Baca Perbezaan Di Antara Introvert dan Extrovert
Yang pasti raya tetap raya. Ianya berikan erti yang sangat besar baik pada Afif mahupun Aisyah. Semoga ianya boleh jadi kenangan buat mereka. Sedar tak sedar, keseronokkan dan keceriaan diorang sepanjang Syawal ni berikan erti yang sangat besar pada YY dan MyChintaHati. Satu perasaan yang sukar digambarkan dengan kata-kata, priceless
Okaylah korang. Macam dah panjang sangat YY mengomel hari ni. Kita stop dulu entri terakhir untuk bulan Julai ni. Semoga kita bertemu lagi di lain entri.
Assalamualaikum (^_^)
Betul tu YY Hari Raya ni rasanya lebih bermakna bagi kanak kanak.... Mak ngan ayah apalah sangat.....
ReplyDeleteOkje dulu pun masa kecik sama mcm Afif...suka sangat countdown....seronoknya kalau dah dekat nak Raya sebab tak payah nak puasa dah hihi...
Zaman dulu manalah ada duit Raya, dapat beraya rumah jiran sekampung pun dah best sangat dah
Bunga api sinonim dengan hari raya bagi kanak2... bukannya nak main sampai putus jari ke ye tak...mak ayah pantau lah semasa mereka bermain...
ReplyDeletenice sharing
ReplyDeleteSelamat Hari Raya..
ReplyDeletesalam yana singgah maaf lama tak singgah sini hehehe
ReplyDeletebila baca entri ni sunggoh , teringat masa kecik kecik , yana puntak rasa ceria macam masa kecik kecik dulu , riuh sekampung , dan sekarang semua dah beasr besar , just kami adik beradik cuba cipta suasana tu
ReplyDeleteyup betul tu.. saya pula kalau musim nak raya je bila balik umah mesti adik2 sibuk tnye bila nak pasang lampu raya.. hehe.. abis kena deko halaman rumah dengan lampu raya plus main bunga api dgn dorg..
ReplyDeleteErti raya untuk anak-anak kecil memang berbeza sungguh dengan orang dewasa. Saya pun rasa raya yang seronok tu bila masa kecil aje. Bila dah besar ni, memang kurang dah.
ReplyDeleteMesti dapat banyak duit raya nie.. ehehe
ReplyDeleteSalam Yy. Bestnye kn dunia knk2.. Ank lady bru 3 tahun.. Xreti lg nk beraya.. Duit raya pun xtahu nilai lg.. Hihi.. Tp teruja tgk die teruja "berkenalan" dgn hari raya..
ReplyDeleteSeronok tengok dua beradik ni meriah beraya. Comel je Afif pandai countdown :)
ReplyDeletebudak2 biasanya waktu umur mcm itu,lebih meriah raya bagi diaorang,ya la dapat main/duit raya/jumpa saudara mara mak ayah + dapat tambah kawan baru etc. tak ada tanggungjwb atau kerja,mcm kita yang dah dewasa ni..lagipun bulan raya sekali ja dlm setahun,hehehe..
ReplyDeleteSalam YY!
ReplyDeleteSalam Aidil Fitri pun tak berucap maklumlah besanmu ini sibuk menghabiskan puasa enam katanya. Hehehe! Hari ni baru boleh beraya kat sini tapi masa dah lewat pulak. Kita warm uplah yerk dulu, nanti kita datang terjah lagi.
Biasalah budak-budak mana yang tak suka raya cumanya erti raya tu mungkin a bit berbeza. Macam anak-anak saya raya tu sinonim dengan peluang dapat balik kampung rumah Makcik, dapat main bunga api, dapat tidur lewat! Bab duit raya tu depa tak peduli sangat. Senanglah saya nak conquer duit raya anak-anak! Hahaha!
Err... anak dara sapa tu yang lawa sangat sampai boleh dibuat menantu ni? Saya join sekaki boleh?
betul kak .. raya kalau ada bebudak baru seronok.diorang excited dapat pakai baju baru, makan sedap, jumpa sepupu-sepapat. n yes, main bunga api. kalau mak tak bagi, mintak kat atuk, gerenti dapat..hehe
ReplyDeletelieya setuju dgn coretan yana...mmg betuul pun...raya ni lebih pada anak2 sebenarnye...persiapan pun dieorg punye dulu kite siapkan...pastu lagi2 baya mcm afif dah paham erti seronok raya...balik kampung, jumpe kazen, main bunga api, duit raya ...mcm kite lalui dulu laaaa....
ReplyDeleteHi kak YY =D
ReplyDeleteRaya memang x meriah tanpa mercun . tapi Beli mercun ni dah mcm bakar RM ... Huhuhuu
ReplyDelete